Anda di halaman 1dari 5

WAJ 3101: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Isu-isu semasa mengenai Tamadun Islam.


Terdapat banyak isu kontemporari yang hangat diperbincangkan dalam Tamadun Islam. Antaranya termasuklah pendidikan dalam Islam, hak asasi manusia menurut pespektif Islam, jihad dalam Islam, sains dan teknologi dari perspektif Islam, dan Isu alam sekitar. Pendidikan Islam adalah sangat penting kerana ia bertujuan untuk mendapatkan ilmu dan keredaan Allah SWT, melahirkan individu yang serba lengkap di dunia dan di akhirat, beribadah dan bertaqarrub (mendekati diri dengan Allah) (menurut al-Ghazali), menyedia dan membangunkan manusia ke arah kehidupan yang lebih baik (menurut Ibn Khaldun), dan membasmi buta huruf. Menurut Langgulung (1997), pendidikan Islam mencakupi bidang yang sangat luas, termasuklah At-Tarbiyyah Ad-Din (Pendidikan keagamaan), At-Talim fil Islamik (pengajaran keislaman), Tarbiyyah Al-Muslimin (Pendidikan orang-orang islam), Attarbiyyah fil Islam (Pendidikan dalam islam), At-Tarbiyyah inda Muslimin (pendidikan dalam kalangan Orang-orang Islam), dan At-Tarbiyyah Al-Islamiyyah (Pendidikan Islamik). Pendidik Islam ialah seseorang yang menjalankan proses mendidik secara Islamik untuk mencapai tujuan yang diharapkan. Para pendidik Islam lebih menekankan keseimbangan dari aspek talim, tarbiyah, dan Tadib. Talim bermaksud proses pengajaran atau pemindahan ilmu kepada manusia untuk merealisasikan fungsi, tugas dan statusnya sebagai khalifah Allah di dunia. Tarbiyah pula bererti proses pembentukan peribadi manusia dari satu tahap sehingga mencapai matlamat terakhir, iaitu insan yang sempurna serta mengabadikan diri dengan Allah SWT. Tadib pula dapat didefinisikan sebagai proses menidik manusia agar mampu memperkembang segala potensi ke arah pembentukan tatasusila perlakuan atau peradaban sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Kini, pendidikan Islam telah berkembang pesat dengan penubuhan institusi pendidikan yang pelbagai bermula dengan masjid sehinggalah ke peringkat universiti.

famchiewgiekppgsn1611

Pengiktirafan hak-hak asasi manusia dalam Islam pula bermula sejak penurunan wahyu ke atas Nabi Muhammad SAW. Antara hak yang harus dipertahankan termasuklah hak untuk hidup kerana hidup merupakan hak dalam kemasyarakatan yang dimiliki oleh setiap manusia. Selain itu, hak kebebasan juga penting kerana Islam menetapkan hak kebebasan yang sesuai baginya, tetapi tanpa batasan kerana manusia akan dipengaruhi oleh hawa nafsu. Dalam Islam, hak kehormatan atau maruah ini hendaklah dikawal. Islam menghendaki manusia memelihara keturunan dan tidak boleh menghina orang lain walaupun berbeza agama, keturunan, dan bangsa. Hak persamaan juga ditekankan dan boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu huququllah (hak Allah) dan huququlibad (hak manusia). Hak milik pula, sama ada terhadap Allah, peribadi ataupun umum adalah penting kerana hak milik ialah fitrah bagi setiap manusia. Segala bidang dan aspek kehidupan manusia adalah berteraskan dan bersumberkan daripada apa yang dikemukakan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Apa yang dikemukakan oleh manusia dan ianya harus diamalkan oleh manusia keseluruhannya sama ada di peringkat individu atau negara. Jihad merupakan asas kepada pembentukan dan kemajuan Tamadun Islam di dunia bagi mencapai kejayaan yang sebenar di akhirat. Perkataan jihad ini diambil daripada perkataan al-juhdu yang bermaksud usaha tangga dan al-jaduh yang bererti penat jerih. Ia bererti melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh atau disebut sebagai didih dan dedikasi, Seorang muhajid atau seseorang yang berjihad itu adalah seseorang yang sanggup menghabiskan usaha tenaganya dengan merasai penat jerih. Jihad merupakan suatu konsep umum yang menerangkan segala aspek perjuangan untuk menegakkan agama Islam yang maha suci. Oleh itu, jihad bukan hanya terbatas kepada peperangan melawan orang kafir, tetapi juga untuk berusaha menguasai diri-sendiri daripada godaan syaitan, membina keluarga Islam yang kukuh, melaksanakan ajaran, segala aturan dan peraturan Islam, mempertahankan Islam, masyarakat dan negara daripada ancaman musuh, serta banyak lagi. Antara jenis bentuk jihad yang ada termasuklah jihad Al-Nafs, jihad ilmu dan pendidikan, jihad kemasyarakatan, jihad ekonomi, jihad politik, dan sebagainya. Jadi jihad adalah satu konsep agama Islam yang murni. Oleh itu, ilmu yang tepat amat penting khususnya dalam melihat pengertian jihad dalam skop yang luas dan

famchiewgiekppgsn1611

tidak sempit agar kita tidak mudah terpengaruhi oleh dakyah-dakyah yang tidak sihat. Dalam Islam, antara sumber asas untuk Sains dan teknologi Islam termasuklah wahyu, ilham, akal, dan pancaindera. Sains Islam bertujuan untuk mengarah dan membawa seseorang untuk mengenali dan mengetahui Tuhan (Allah), mendekatkan dan menghampiri diri seseorang dengan Pecipta, meningkatkan tahap ketaqwaan dan keimanan, membentuk dan membina manusia yang baik dari segi rohani dan jasmani, mempertingkatkan amal ibadah, kerja-kerja sosial, memenuhi keperluan hisup beragama, dan banyak lagi. Antara aspek pengajaran Sains yang terkandung dalam kitab suci al-Quran termasuklah embriologi, anatomi, oceanografi, tenaga, kosmologi, kejadian alam semesta, dan sebagainya. Antara tokoh sarjana Sains Islam yang tersohor adalah seperti al-Kindi (matematik), al-Batani (trigonometri), al-Haitam (fizik dan perubatan), al-Zahrawi (pembedahan), al-Farabi (fizik), Jabir al-Hayyan (kimia), dan banyak lagi. Semua penuntut Sains mematuhi etika Sains, seperti tunduk dan rendah diri kepada Allah AWT, menjaga nilai-nilai akhlak dalam setiap tindakan, menjaga keindahan alam, dan memikirkan kepentingan masyarakat termasuk hidupan air, darat, dan udara. Manakala sifat dan peribadi ahli Sains Islam haruslah sentiasa bersyurkur di atas kejayaan dalam bidang masing-masing, menyebarkan ilmu sebagai tanda kesyukuran kepada Allah AWT dan berasa salah apabila menyalahgunakan ilmunya. Bagi isu alam sekitar, al-Quran mempunyai pendekatan yang tersendiri dalam menghuraikan konsep kejadian alam. Al-Quran menegaskan bahawa unsur pertama yang membawa kepada pembentukan alam sekitar ialah iar. Selain daripada air, terdapat juga unsur-unsur lain yang bergabung dengan air yang diriwayat oleh Abdullah bin Abbas dalam sebuah hadis Ahad, iaitu cahaya, angin, dan tanah. Kini, masalah pencemaran dan kemerosotan kualiti alam sekitar meruakan salah satu cabaran dalam kehidupan, baik pada peringkat tempatan ataupun global. Permasalahan alam sekitar biasanya bersifat kompleks dan melibatkan perhubungan di antara banyak faktor. Jadi, pemuliharaan alam sekitar merupakan elemen terpenting dalam Islam untuk kesinambungan kehidupan manusia di dunia. Penekanan kebersihan alam sekitar menurut Islam ini dapat direalisasikan melalui peranan akhlak atau etika dan kesedaran manusia selaku khalifah yang bertanggungjawab dalam memelihara kesejahtaraan alam sekitar.
famchiewgiekppgsn1611

Masalah krisis alam sekitar ini sebenarnya dapat diatasi dengan pelbagai cara yang beretika dengan kerjasama dan gabungan tenaga pelbagai pihak. Ringkasan/ Rumusan: Banyak masalah yang dihadapi oleh masyarakat pada hari ini berpunca daripada proses globalisasi yang melanda seluruh dunia. Globalisasi ialah satu arus perubahan yang berlaku akibat proses interaksi yang berlaku antara negara di dunia ini. Kesannya, terdapat banyak isu semasa yang telah timbul sepanjang tamadun Islam diwujudkan sehingga sekarang. Oleh itu, persepsi atau pandangan masyarakat Islam terhadap beberapa isu semasa, iaitu pendidikan Islam, hak asasi manusia dari perspektif Islam, jihad dalam Islam, Sains dan teknologi, dan Isu alam sekitar dikupas dan dibincangkan sini dengan diharapkan bahawa persepsi atau pandangan songsang yang terdapat dalam kalangan orang ramai dapat diubah dan dibetulkan. Pendek kata, setiap manusia hendaklah mempunyai jati diri dan berupaya untuk menaakul tentang baik buruk sesuatu agar diri-sendiri dapat hidup dengan sempurna tanpa dibawa oleh arus permodenan ini. Bibliografi Ali, M. K. (2005, May 20). Islam Hadhari: Membangunkan Ekonomi Secara Seimbang dan Komprehensif. Didapatkan Mac 2, 2011, daripada http://yadim.org.my/Hadhari/IsHadhariFull.asp?offset=10&Id=107 Arif, S., Noor, A. R. M., Sulaiman, N., Hassan, M. A. & Rawi, A. H. M. (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Selangor: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Aros, A. M., Dali, A. M., Noor, A. M., & Zainol, S. (2001). Siri Sejarah Fajar Bakti TITAS Kertas 1. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mohamad, Z., Yunos, N., & Haron, M. S. (2006). Tamadun Islam & Tamadun Asia TITAS. Bangi: Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia. Ramli, A. H. (t.t). PERSEPSI MASYARAKAT ISLAM TERHADAP ISU-ISU SEMASA . Didapatkan Mac 4, 2011, daripada http://www.angelfire.com/ut/uitmsegamat/persepsi.htm

famchiewgiekppgsn1611

Siri Teks Pengajian Tinggi Tamadun Islam dan Tamadun Melayu. (2006). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

famchiewgiekppgsn1611

Anda mungkin juga menyukai