Anda di halaman 1dari 26

Pengenalan

Setiap agama berbeza dari segi ajaran, penekanan dan cara amalannya. Walau
bagaimapun, semua agama menyeru penganutnya melakukan kebaikan dan mengamalkan nilai-
nilai murni, di samping menghindarkan diri daripada segala bentuk pemikiran, perasaan dan
perbuatan yang negatif. Contohnya, setiap agama mengajar umatnya menjaga hubungan yang
baik sesama manusia dengan mengamalkan sikap bertegur sapa dan saling bantu-membantu
tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama. (Petikan: Nilai Masyarakat Malaysia, Oxford
Fajar Sdn. Bhd.).

Berdasarkan bancian tahun 2010 yang telah dijalankan oleh Jabatan Perangkaan
Malaysia, didapati bahawa Islam merupakan agama yang paling ramai penganutnya di Malaysia,
iaitu sebanyak 61.3%. selebihnya ialah penganut agama lain, iaitu sebanyak 19.8% penganut
agama Buddha, 9.2% penganut agama Kristian, dan 6.3% penganut agama Hindu. Penganut
lain-lain agama ialah 1.7% serta sebanyak 1.7% penduduk Malaysia yang tidak menganut apa-
apa agama dan kepercayaan. (Petikan: Nilai Masyarakat Malaysia, Oxford Fajar Sdn. Bhd.).

Penghayatan agama adalah penghayatan akidah dan ibadat adalah khusus bagi orang
Islam. Orang bukan Islam tidak dituntut menghayati ajaran-ajaran khusus ini. Namun, Islam
tidak melarang jika mereka mahu mengamalkannya.
(http://documents.tips/documents/penghayatan-agama.html).

Salah satu lagi ciri agama ialah ia berkaitan dengan tatasusila masyarakat. Ini bermakna
agama bukan sahaja merupakan soal perhubungan antara manusia dengan tuhan, malah
merupakan soal hubungan manusia dengan manusia. Manusia yang tidak tidak mempercayai
adanya tuhan dan menolak semua kepercayaan beragama pula dipanggil ateisme. (Wikipedia,
ensiklopedia bebas).

Persoalannya, mengapakah agama mendapat penghayatan yang kurang dalam kalangan


masyarakat dan apakah kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya masalah ini kian berterusan?

1
Definisi: Agama

Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan
sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut.
Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama
mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang
kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan. Kepercayaan yang hanya
melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama
haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. (Wikipedia, ensiklopedia bebas).

Definisi: Penghayatan

Dari segi bahasa, penghayatan berasal dari ‘hayat’ iaitu perkataan Arab bermakna hidup
manakala kata kerja ‘menghayati’ memberi maksud mengalami dan merasai (dalam batin) atau
meresap ke dalam jiwa. Penghayatan bererti perihal menghayati, perihal mengalami dan merasai
dalam batin (Sheikh Othman Sheikh Salim, 2002: 447). (Penghayatan Agama Sebagai Asas
Pembangunan Pelajar/Analisis Terhadap Beberapa Pandangan Al-Imam Al-Ghazali/Prof. Madya
Dr. Zulkiple Abd. Ghani /Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor).

2
Punca-punca kurangnya penghayatan dalam agama

1. Kurang didikan agama daripada ibu bapa:


 Ibu bapa kini tidak memberikan didikan agama yang secukupnya kepada
anak-anak walaupun mereka menyedari bahawa didikan agama yang
sempurna dapat dijadikan pedoman hidup.
 Mereka lebih mementingkan soal ekonomi dan kebendaan daripada
mendidik anak-anak mengenai ilmu agama.
 Hal ini menyebabkan pengetahuan agama anak-anak agak cetek dan masih
tidak dapat membezakan mengenai perkara yang baik dengan perkara
yang buruk.
 Mereka juga tidak tahu membezakan yang halal mahupun haram sesuatu
perkara dan akhirnya menyebabkan mereka mudah terjerumus dengan
anasir-anasir yang tidak berfaedah.
 Anak-anak yang kurang didikan agama lebih gemar menghabiskan masa
lapang mereka di pusat siber ataupun di pusat permainan video selepas
pulang dari sekolah.
 Sepatutnya, kesempatan yang ada sebaiknya digunakan untuk menunaikan
solat dan melakukan aktiviti-aktiviti yang lebih bermanfaat seperti
membaca buku, menyiapkan kerja sekolah dan bersukan.


3
2. Pengaruh negatif media elektronik dan media sosial:
 Pengaruh media massa terhadap masyarakat sememangnya tidak dapat
disangkal lagi. Masyarakat cenderung untuk melakukan perkara yang
pernah didengar atau dilihat di media massa kerana mereka mempunyai
naluri ingin mencuba.
 Sebenarnya sikap ingin mencuba ini adalah sikap yang baik tetapi bukan
semua perkara boleh dicuba sewenang-wenangnya. Mereka perlulah
menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara yang diperolehi melalui
media massa.
 Keseronokkan pengaruh media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter
dan Wechat membutakan mata masyarakat kita terhadap ilmu agama.
 Mereka lebih gemar menghadap media-media elektronik canggih seperti
telefon pintar ini sehingga lupa akan tuntutan agama masing-masing.
 Contohnya, mereka lupa untuk menunaikan solat, ponteng kelas-kelas
agama dan tidak menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
 Penyalahgunaan media-media tersebut menyebabkan mereka mudah
terpesong dari ajaran agama yang akhirnya memberi kesan negatif kepada
mereka.

4
3. Terpengaruh dengan rakan sebaya:
 Rakan sebaya turut menjadi punca kurangnya penghayatan dalam agama
terutamanya dalam kalangan remaja. Hal ini kerana rakan sebaya
merupakan individu yang rapat dengan remaja selain ibu bapa.
 Malah remaja kini lebih banyak meluangkan masa dengan rakan
berbanding dengan keluarga. Hal ini menyebabkan remaja terlalu
mempercayai rakan sehingga sanggup melakukan apa sahaja bersama-
sama tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan tersebut.
 Selain itu, remaja takut diri mereka akan dipinggirkan daripada kumpulan
rakan-rakan sekiranya tidak mengikut perbuatan mereka.
 Contohnya, apabila sekumpulan pelajar merokok, pasti remaja dalam
kumpulan tersebut akan didesak supaya melakukan perbuatan yang sama.
 Keadaan ini akan menimbulkan konflik dalam diri mereka yang tidak
mahu disisihkan atau dianggap tidak berani mencuba. Akhirnya, mereka
akan memilih untuk menyertai rakan dengan mengikut perbuatan mereka
itu.
 Dalam hal ini, remaja perlu sedar bahawa mereka perlu bijak memilih
rakan. Hal ini kerana apabila berkawan dengan penjual minyak wangi,
harumnya akan melekat pada badan kita, manakala apabila berkawan
dengan tukang besi,bahang kepanasan akan turut kita rasai.
 Jelaslah bahawa rakan sebaya turut memainkan peranan dalam
penghayatan dalam agama. Jika masyarakat terutamanya remaja bijak
memilih rakan mereka, maka tidak timbul isu kurang penghayatan agama
dalam diri mereka.
 Hal ini kerana, rakan yang baik mestilah mendorong mereka untuk
mendekatkan diri dengan ajaran-ajaran agama.

5
4. Kurangnya aktiviti keagamaan:
 Tidak dinafikan bahawa pihak sekolah atau pihak institusi pengajian
tingga ada mengadakan aktiviti keagamaan.
 Namun, aktiviti keagamaan yang dijalankan tidak diadakan secara
berterusan.
 Hal ini disebabkan oleh kesibukan para pelajar menyiapkan kerja-kerja
yang diberikan dan kesempitan masa para guru atau pensyarah kerana
mereka juga perlu meluangkan masa bersama keluarga.
 Kedua-dua pihak sukar mencari masa yang sesuai untuk memberikan
fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti keagamaan yang dijalankan di
sekolah atau di institusi pengajian tinggi tersebut.
 Hal inilah yang menyebabkan aktiviti agama kurang dijalankan. Kelas-
kelas agama dan perjumpaan keagamaan terpaksa dibatalkan disebabkan
waktu lapang yang terhad.
 Kesannya, para pelajar kurang mendapat pembelajaran ilmu agama.
Mereka juga beranggapan bahawa kelas-kelas agama ini adalah beban
bagi mereka.
 Mereka lebih mementingkan tugasan yang diberikan kerana bagi mereka
markah tugasan yang bakal diperolehi lebih penting daripada meluangkan
masa di pusat-pusat agama.
 Intihannya, mereka hanya menjadi insan yang berilmu namun cetek nilai-
nilai agama dalam diri.

6
5. Kurang dorongan agama dalam diri:
 Apabila sesorang itu meningkat dewasa, tanggungjawab terhadap dirinya
kian bertambah. Hal ini memberi kesan kepada kehidupan diri seseorang
terutamanya dalam hal menjaga kebajikan diri sendiri.
 Oleh itu, dorongan pihak-pihak yang lain seperti ahli keluarga, rakan
ataupun suami isteri perlu untuk memastikan individu tersebut tidak
terpesong dari jalan yang benar.
 Begitu juga dengan hal-hal keagamaan dalam diri individu. Setiap
individu memerlukan dorongan dan sokongan daripada orang-orang di
sisinya untuk terus mendekatkan diri dengan ilmu agama.
 Tanpa dorongan yang kuat, usaha untuk menuntut ilmu agama hanyalah
sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam sahaja’.
 Dorongan ini perlu supaya setiap individu tidak cepat lupa akan
tanggungjawabnya sebagai penuntut agama.
 Sebagai contoh, seseorang individu akan menunaikan solat pada waktunya
walaupun sibuk dengan pekerjaan kerana sering diingatkan oleh orang-
orang disisi yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya.
 Dorongan dalam diri ini penting supaya setiap individu sentiasa diingatkan
untuk menjalankan tuntutan agama masing-masing dan sentiasa saling
mengingati antara satu sama lain.

7
Kesan-kesan kurangnya penghayatan agama

1. Keruntuhan akhlak:
 Keruntuhan akhlak dan moral remaja pada masa ini adalah isu-isu yang
berkaitan dengan perlakuan remaja seperti isu buli, pembuangan bayi, seks
bebas, sumbang mahram, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.
 Isu berkaitan kanak-kanak dan remaja harus diberi penekanan yang tinggi
kerana jatuh bangunnya sesebuah negara itu bergantung kepada
bagaimana badan-badan kerajaan dan juga bukan kerajaan serta ibu bapa
memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah keruntuhan akhlak
dan moral di kalangan kanak-kanak dan remaja.
 Dalam islam telah menetapkan supaya kita menjaga kebajikan diri dan
masyarakat daripada sebarang kebinasaan sama ada berbentuk fizikal
mahupun spiritual.
 Antara perkara yang wajib dijaga ialah memelihara agama iaitu menjaga
diri daripada melakukan sesuatu yang boleh merosakkan imannya. Selain
itu, menjaga nyawa, ianya perlu dipelihara dengan memelihara diri
daripada perkara yang boleh menyebabkan kematian.
 Seterusnya, memelihara keselamatan tubuh badan. Tubuh badan manusia
perlu dijaga dari melakukan perkara yang boleh merosakkan tubuh badan
dan akal, contohnya pengambilan alkohol dan dadah.
 Seks bebas merupakan satu perbuatan yang terkutuk dan paling dibenci
dan dimurkai oleh Allah.
 Tetapi remaja pada masa ini tidak takut soal dosa dan pahala, halal dan
haram, betul atau salah apa yang telah mereka lakukan.
 Gejala yang tidak bermoral ini berlaku disebabkan terlalu bebas dalam
pergaulan antara lelaki dan perempuan.
 Gejala keruntuhan moral yang muncul hari ini boleh membawa kepada
pelbagai implikasi akhlak dan masalah lain. Sebagai contohnya, penawar
bagi penyakit AIDS masih belum ditemui.
 Oleh itu, peranan dan didikan agama dari kecil adalah salah satu cara
untuk mencegah dan menghalang dari perbuatan terkutuk itu.

8
2. Keruntuhan institusi keluarga
 Sebagaimana yang kita ketahui, setiap manusia mempunyai pegangan
agama masing-masing sama ada seseorang itu menganut agama Islam,
Buddha, Hindu, Kristian dan sebagainya.
 Semua agama mengajar penganutnya melakukan perkara yang baik dan
taat kepada setiap ajarannya. Dalam institusi keluarga, pegangan agama
yang kukuh dapat menjamin keutuhan rumah tangga serta kebahagiaan di
dunia dan di akhirat. Malangnya, kebanyakan masyarakat tidak
mengamalkannya.
 Punca berlakunya kelonggaran pegangan agama dalam sesebuah institusi
keluarga adalah disebabkan kurangnya pengetahuan ilmu agama dalam
diri seseorang.
 Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan setiap ahli
keluarga mereka mentaati agama yang dianuti. Sebaliknya yang berlaku
pada masa kini, mereka lebih mementingkan kerjaya dan kesenangan di
dunia tanpa memikirkan soal agama.
 Era pembangunan kini, kebanyakan ibu bapa tidak mementingkan ilmu
keagamaan, mereka lebih mementingkan kebendaan dan kemewahan
dunia berbanding di akhirat.
 Malahan ajaran agama yang sedia ada tidak dihayati sepenuhnya. Mereka
seolah-olah meletakkan agama di tempat kedua manakala kemewahan dan
kesenangan di dunia di tempat pertama.
 Kepentingan kerjaya melebihi kepentingan agama dan keluarga. Bagi
mereka mencari nafkah adalah penting untuk membahagiakan keluarga
tanpa mereka sedari yang anak-anak memerlukan belaian dan kasih
sayang dari mereka bukan harta dan kemewahan semata-mata.
 Ketekunan ibu bapa dalam bekerja sehingga lupa akan kewajipan sebagai
umat Islam untuk menunaikan solat lima waktu, membayar zakat,berpuasa
dan sebagainya dengan alasan sibuk mencari nafkah.

9
 Apabila ibu bapa sering tiada di rumah untuk pergi bekerja, anak-anak
mereka akan merasa kesunyian dan akan mencari sesuatu yang baru untuk
menghilangkan rasa bosan tinggal di rumah seorang diri.
 Akibatnya, ramai kanak-kanak dan remaja bawah umur terjebak dengan
gejala sosial dan pergaulan bebas.

10
3. Mudah terpengaruh dengan budaya luar
 Budaya negatif Barat kini menjadi ikutan masyarakat negara ini,
terutamanya generasi muda. Antara budaya negatif Barat yang telah
menular di Malaysia adalah seperti punk, black metal, fesyen barat dan
hedonisme.
 Punk didefinisikan melalui fesyen, muzik, kelakuan dan dikaitkan dengan
kegelapan dan berunsurkan pemberontakkan.
 Black Metal pula merupakan kumpulan muzik yang mengadakan
persembahan separuh gila, berunsurkan lucah dan kesyaitanan dan lirik
lagu yang berunsurkan pemujaan iblis dan roh.
 Segelintir golongan belia pada hari ini lebih memilih untuk mengenakan
fesyen ala Barat seperti memakai skirt pendek, berseluar jeans ketat dan
berpakaian jarang serta tidak menutup aurat.
 Fesyen Barat tidak menitikberatkan maruah si pemakainya, berbeza
dengan fesyen tradisional mesyarakat tempatan yang penuh dengan
kesopanan serta meninggikan martabat pemakainya.
 Ciri-ciri tersebut dapat dilihat pada pakaian tradisional seperti baju
kurung, cheongsam, sari dan baju Melayu.
 Malangnya, segelintir golongan belia lebih tertarik untuk mengikuti fesyen
Barat yang seksi dan mencolok mata.
 Pemakaian seperti itu boleh mengundang kepada perkara-perkara yang
tidak baik seperti cabul, gangguan seksual dan rogol.
 Hedonisme ialah istilah Greek, iaitu ‘hedone’ yang bermaksud
keseronokan, kelazatan dan kegembiraan.
 Budaya ini melibatkan hiburan dan pergaulan bebas semata-mata.
 Contohnya, mereka gemar mengunjungi tempat-tempat hiburan seperti
pusat karaoke, konsert, parti dan sebagainya.
 Kita sebagai rakyat Malaysia perlu menolak sepenuhnya budaya buruk ini
kerana hedonisme bertentangan dengan budaya ketimuran.
 Kita perlu menghormati adab serta berpegang kepada amalan dan
keprcayaan agama masing-masing.

11
4. Timbul masalah dalam perpaduan antara kaum:
 Apabila kurangnya penghayatan terhadap agama, maka timbulah isu-isu
keregangan perpaduan antara kaum di Malaysia.
 Hal ini kerana setiap agama mengajar penganutnya untuk menghormati
agama lain dan berbuat baik sesama manusia.
 Contohnya, al-Quran mengajar manusia berlemah lembut dalam
pertuturan ketika memberikan nasihat, berlaku adil walaupun berlainan
bangsa, agama dan keturunan, berbuat baik dengan ibu bapa serta
menghormati hak orang lain.
 Firman Allah dalam surah al-Nahl yang bermaksud:
 “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah
dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih
baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dia yang Maha Mengetahui akan
orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dia jua lebih mengetahui
akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”
(Surah al-Nahl 16:125)
 Pertelingkahan dan salah faham antara kaum berpunca daripada pemikiran
manusia itu sendiri. Mereka tidak menghayati tuntutan agama yang
menyeru agar manusia hidup dalam bersatu padu.
 Hal ini memudahkan pertelingkahan dan salah faham wujud dalam diri
masyarakat kita yang cetek dalam ilmu agama.
 Sebagai contoh, wujudnya salah faham antara kaum apabila tiba musim
perayaan kerana mereka kurang memahami adat kaum dan agama kaum
lain.
 Akhirnya, masyarakat kita berkembang menjadi sebuah negara yang
mundur akibat perpaduan kaumnya yang lemah.
 Oleh itu, penghayatan dalam agama adalah sangat penting dalam
menjamin perpaduan kaum.

12
Cara-cara mengatasi isu kurang penghayatan dalam agama

1. Mengadakan program penghayatan agama:


 Program-program yang berasaskan keagamaan perlulah diadakan secara
berterusan.
 Ini akan menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya menghayati
agama serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
 Sebagai contoh salah satu program yang berasaskan keagamaan ialah:
 “Bagi menggalakkan persefahaman dan mengukuhkan keamanan
serta perpaduan, golongan belia negara ini perlu mengutamakan
dan membudayakan nilai-nilai integriti yang terkandung dalam
agama yang dianuti, ulas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM),
Haji Mua’mar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaluddin ketika
menghadiri Dialog Pembudayaan dan Pengukuhan Integriti Dari
Perspektif Pelbagai Agama di Malaysia yang berlangsung di
Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI).”
 Dalam ucapannya, Dr. Ahmad Fadzli menyatakan bahawa program
tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran
masyarakat khususnya golongan belia tentang nilai-nilai murni
yang wujud dalam agama, sekali gus menggalakkan kepada sikap
menghormati penganutnya terhadap kebudayaan dan kepercayaan
agama masing-masing.
 “Konflik yang tercetus dalam masyarakat majmuk lazimnya bukan
kerana agama, tetapi disebabkan kegagalan rakyat memahami
nilai-nilai yang terkandung dalam agama itu sendiri,” ujar beliau
lagi.
 Justeru, Dr. Ahmad Fadzli berharap agar menerusi dialog ini,
pengamalan dan pembudayaan nilai-nilai integriti yang terkandung
dalam setiap agama dapat disuburkan, sekali gus menjadi
penggerak dan pengukuhan perpaduan, kesejahteraan serta
keharmonian masyarakat.

13
2. Mendidik anak-anak tentang agama dari kecil:
 Anak-anak seharusnya dididik dari kecil mengenal tentang agama.
 Hal ini kerana, anak-anak kecil mudah mengikuti perintah orang yang
lebih dewasa.
 Peranan ibu bapa sangatlah penting dalam mendidik anak-anak mereka
tentang agama masing-masing.
 Apabila anak-anak meningkat remaja, agak sukar bagi ibu bapa untuk
mendidik anak-anak mereka tentang agama kerana remaja sangat dikenali
dengan sikap yang degil dan suka membantah.
 Sekiranya ibu bapa berjaya mendidik anak-anak mereka tentang ilmu
agama mulai dari kecil, maka mereka akan membesar menjadi insan yang
berakhlak mulia apabila meningkat dewasa, bak kata pepatah Melayu, “ke
mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”.
 Sebagai contoh, dalam Islam, anak-anak perlu dididik supaya mengenal
Allah melalui al-Quran.
 Anak-anak perlu dibiasakan dengan menunaikan solat lima waktu supaya
kelak mereka tidak lupa akan Allah di dalam setiap perkara yang mereka
bakal lakukan.
 Ibu bapa juga perlu menasihati anak-anak mengenai perkara yang halal
dan haram.
 Hal ini kerana apabila anak-anak ini meningkat dewasa, mereka sentiasa
ingat pesanan ibu bapa dan menghindari diri daripada perbuatan yang
dilarang oleh agama mereka.
 Maka kuranglah isu-isu masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan
masyarakat kita terutamanya dalam kalangan remaja.

14
3. Menerapkan ajaran agama dalam kurikulum pelajar:
 Salah satu cara yang berkesan untuk membangkitkan perasaan minat
untuk mempelajari agama adalah melalui pembelajaran di sekolah ataupun
institusi pengajian tinggi.
 Hal ini kerana para pelajar berasa selesa mempelajari sesuatu ketika
berada di sekolah mahupun institusi pengajian tinggi.
 Mereka mempunyai ramai guru atau pensyarah yang bakal mengajar
mereka akan agama masing-masing.
 Hal ini mendekatkan diri pelajar dengan ajaran agama mereka sekali gus
melatih mereka untuk mengamalkan ajaran agama mereka di tempat
awam.
 Dengan cara ini juga mereka boleh memahami sedikit sebanyak tentang
agama-agama lain.
 Sekiranya para pelajar mampu bertoleransi untuk memahami dan
menghormati agama orang lain, maka isu-isu perpaduan di negara kita
bukanlah menjadi batu penghalang dalam kemajuan negara.
 Isu-isu perkauman juga dapat dikikis sekiranya mereka mampu
menerapkan nilai agama dalam diri kerana agama menekankan setiap
individu supaya sentiasa menghormati penganut agama lain.
 Oleh itu, kerajaan perlulah menerapkan lebih banyak lagi kurikulum
berasaskan nilai-nilai keagamaan dalam subjek-subjek di sekolah
mahupun di institudi pengajian tinggi.
 Contohnya seperti subjek Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, Pengajian Am dan Pendidikan Islam.

15
Kepentingan penghayatan dalam agama

1. Pemangkin kepada kehidupan manusia:


 Agama adalah pegangan yang harus ada dalam diri setiap manusia.
Tanpa pegangan agama, maka akan goyahlah kehidupan manusia.
 Peranan agama yang paling dominant adalah ia dapat menjadi
pemangkin kepada pembangunan manusia.
 Pegangan agama juga boleh menjadi asas kepada ketamadunan dan
acuan kepada latar budaya masyarakat.
 Agama juga dapat membentuk pandangan semesta seseorang dan
sesebuah masyarakat serta perilaku dan tindakan mereka dalam
kehidupan.
 Ini dapat dilihat dari segi pertuturan, perilaku dan gaya hidup
seseorang manusia.
 Selain itu agama memainkan peranan yang penting dalam membentuk
pandangan dunia dalam kehidupan manusia serta mendatangkan
ketengan dan keamanan dalam kalangan penduduk dunia sehinggakan
agama itu dijadikan sebagai sumber kekuatan dan mekanisme yang
berpengaruh dalam pembentukan keselamatan serantau.
 Ini dibuktikan dengan prinsip agama Islam yang bencikan peperangan.
Agama islam juga melarang umatnya untuk memulakan peperangan
dan menggalakkan menyelesaikan masalah dengan aman
(perbincangan).
 Agama dan tamadun merupakan perkara yang sinonim. Tanpa agama
sesuatu tamadun tidak akan membangun dengan cepat.
 Ini kerana agama mampu memberikan suatu lonjakkan paradigma
kepada tamadun yang sedang ingin membangun dan ia juga
merupakan salah satu elemen yang menolak dan menggerakkan
sesebuah tamadun dalam kehidupan.
 Mari kita singkap sejarah Dinasti Sung yang tidak bermoral kerana
maharajanya secara dictator dan kejam. Dinasti ini pernah di labelkan
"zaman pencerobohan orang gasar".

16
 Akibat kerajaan maharaja yang kejam dan tidak bermoral rakyatnya
memberontak di bawah pimpinan petani dan akhirnya dinasti tersebut
berjaya digulingkan.
 Dengan ini dapat disimpulkan bahawa agama memainkan peranan
yang amat vital dalam kehidupan manusia dan seterusnya dalam
pembinaan tamadun.

17
2. Penyatuan rakyat dalam pembangunan negara:
 Agama sebagai tema penting dalam ideologi penyatuan negara,
khususnya dalam negara majmuk, sering dianggap sebagai sesuatu
yang tidak realistik.
 Hal ini adalah kerana, walaupun yang dianuti bersama, didapati boleh
membawa kepada perpecahan dalam kalangan penganutnya.
 Oleh itu, apatah lagi cadangan untuk menggunakannya, lebih-lebih
lagi fahaman kepelbagaian agama sebagai ideologi penyatuan dalam
negara majmuk. Ia dianggap bukan saja tidak berpijak di bumi nyata,
tetapi akhirnya boleh mengundang kepada konflik agama.
 Sesungguhnya hal sebegini tidak semestinya berlaku. Malah, ia boleh
dilaksanakan dan Malaysia boleh membuktikannya.
 Hal ini antaranya adalah kerana Rukun Negara, yakni ideologi
nasional mengenai cara negara berdaulat ini diurus tadbir selain
menjadi amalan hidup rakyatnya, boleh dimanfaatkan sebagai alat
penyatuan negara.
 Prinsip pertamanya, iaitu kepercayaan kepada Tuhan, digubal atas
dasar kesedaran bahawa agama dan kepercayaan kepada Tuhan adalah
perkara penting dalam kehidupan manusia.
 Dengan ini, walau apapun juga agama, sistem kepercayaan dan kuasa
ajaib yang kita semua anuti, percayai dan yakini, boleh dikatakn
bahawa sudah wujud asas teguh kerohanian dalam jiwa rakyat
Malaysia.
 Oleh sebab inilah, prinsip pertama dalam Rukun Negara disusun untuk
dipromosikan bukan saja sebagai satu asas mengurus tadbir negara,
tetapi yang lebih penting ialah untuk rakyat Malaysia agar lebih
bermakna lagi dari segi rohaniah.
 Kepelbagaian kelompok etnik di negara ini diterima oleh semua dan ia
merupakan sumber kekuatan . Satu aspek penting yang menjadi
penanda jati diri masyarakat Malaysia ialah agama.

18
 Kepelbagaian agama di kalangan pelbagai penduduk Malaysia
merencamkan pola perbezaan jati diri yang sedia ada seperti bahasa,
warna kulit, adat resam dan lain-lain lagi.
 Agama memainkan peranan yang penting dan merupakan penanda jati
diri yang kuat oleh pemimpin kita sejak awal lagi.
 Contohnya prinsip Rukun Negara yang pertama telah menegaskan
bahawa “Kepercayaan Kepada Tuhan” ialah sebahagian daripada cara
hidup rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agamanya.

19
Kesimpulan

Kesimpulannya, penghayatan agama yang membawa maksud menghayati, mengamal dan


melaksanakan agama secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan dengan segala
dimensinya iaitu akidah, ibadah, akhlak dan syariah. Kerohanian merupakan suatu aspek yang
mendasari penghayatan agama yang mana penghayatan dimensi akidah, ibadah, akhlak dan
syariah kesemuanya memberi kesan kepada bahagian dalaman (batin atau rohani) manusia.

Penghayatan agama sebagai asas pembangunan masyarakat diharap dapat melahirkan generasi
rabbani yang disebut oleh Fathi Yakan (2002: 125-126) sebagai generasi yang memberi
tumpuan, dan kepatuhan yang menyeluruh dan tidak berbelah bagi kepada Allah (s.w.t) dalam
menunaikan segala syariat dan mengikut jalan yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w), sehingga
fitrah yang mengalir dalam setiap pergerakan, ibadat, akhlak dan pergaulan mereka, di dalam
setiap aspek kehidupan, pada ketika sunyi atau terang-terangan; seluruhnya dalam pengawasan
Allah (s.w.t) dan dalam ketaatan kepadaNya.

Didikan dari awal sangatlah penting kerana kanak-kanak harus dilengkapi dengan ilmu agama
supaya membesar sebagai seorang yang berakhlak mulia suatu hari kelak. Peranan ibu bapalah
yang penting dalam mendidik anak-anak mereka supaya menghayati agama masing-masing. Ibu
bapa perlu tahu tentang isu-isu semasa dalam memberi pendidikan yang cukup baik untuk anak-
anak supaya mereka menjadi seorang insan yang berguna. Apabila mereka mendalami ilmu
agama seperti solat lima waktu, membaca al-Quran, berbudi bahasa dan sebagainya, mereka
akan berjaya dalam hidup. Oleh itu, ibu bapa sebagai pendidik utama anak-anak mestilah bijak
dalam mendidik anak-anak dan sentiasa meningkatkan pendidikan agama dalam diri mereka agar
mereka tidak lupa diri.

Akhir kata, masyarakat haruslah didedahkan kepada ilmu-ilmu keagamaan bagi menyedarkan
mereka bahawa mereka merupakan generasi yang menjadi pemangkin dalam kemajuan negara.
Kelengkapan ilmu agama dalam diri membantu membentuk sebuah masyarakat harmoni yang
hidup dalam keadaan saling hormat-menghormati.

20
Berikut adalah statistik-statistik kesan daripada kurangnya penghayatan agama

21
22
23
Rujukan

1. Internet:
a. http://documents.tips/documents/penghayatan-agama.html
b. Wikipedia, ensiklopedia bebas
c. http://nurlaily241093.blogspot.my/2015/06/kelonggaran-pegangan-agama-
menjadi.html
d. http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2010/5/1/mstar_berita/20100501194155
e. http://integriti.my/dev/2016/01/19/penghayatan-agama-semarakkan-
pembudayaan-integriti/
f. http://dokumen.tips/documents/peranan-dan-kepentingan-agama-dalam-
kehidupan-manusia.html
g. http://documents.tips/documents/peranan-agama-dalam-mempersatukan-pelbagai-
rakyat-di-malaysia.html
h. http://documents.tips/documents/peranan-agama-dalam-merapatkan-hubungan-
etnik-autosaved.html
2. Buku:
a. Judul buku: Nilai Masyarakat Malaysia
3. Majalah:
a. Dewan Siswa-Menetapkan Tahap Kesempurnaan Diri. Terbitan Dewan Bahasa
Pustaka.
b. Dewan Siswa-Ketagihan Digital Hilang Kemanusiaan Kerana Telefon Pintar.
Terbitan Dewan Bahasa Pustaka.
c. Dewan Masyarakat-Selamatkah Anak Kita?. Terbitan Dewan Bahasa Pustaka.

24
Lampiran

25
26

Anda mungkin juga menyukai