Anda di halaman 1dari 49

MASTER OF ISLAMIC STUDIES

SEPTEMBER / 2018

AMSU5403

ISU-ISU SEMASA AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAM

NO. MATRIKULASI : CGS01506825


NO. KAD PENGNEALAN : 870524-02-5815
NO. TELEFON : 014-8393766
E-MEL : izdieysense87@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : ALOR SETAR, KEDAH


PENGENALAN

Perbuatan berdoa adalah suatu ibadah yang sangat dituntut di dalam Islam. Terdapat
banyak nas yang sahih daripada al-Quran dan juga al-Sunnah yang menerangkan tentang
kepentingan berdoa kepada Allah S.W.T. Di antaranya adalah sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh An-Nu’man bin Basyir R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya: Berdoa itu adalah suatu ibadah.

Kemudian baginda membaca firman Allah S.W.T:

‫َوقَا َل َربُّ ُك ُم ادْعُونِي أ َ ْست َِجبْ لَ ُك ْم‬

Maksudnya: Dan telah berkata Tuhan kamu: “Berdoalah kamu semua kepada-Ku nescaya
Aku akan memustajabkan buat kamu”.

Riwayat Abu Daud (1479)

Berdasarkan hadis dan ayat di atas, berdoa itu bukan sekadar suatu ibadah, bahkan ia
merupakan suatu perintah dari Allah S.W.T buat sekalian para hamba-Nya untuk berdoa
kepada-Nya. Bukan sekadar itu, Allah S.W.T turut memberikan jaminan bahawa Dia akan
memustajabkan sebarang permintaan hamba-Nya. Hal ini secara jelas menggambarkan peri
pentingnya ibadah doa, sehingga menjadi suatu arahan dan tuntutan kepada seseorang hamba
untuk melakukannya.

Imam al-Hafiz Ibn Kathir Rahimahullah apabila menafsirkan ayat ini, beliau
menukilkan kata-kata Imam Sufyan al-Tsauri: ‘’Wahai hamba-hamba yang paling dicintai-
Nya, adalah mereka yang meminta kepada-Nya dan banyak permintaannya. Dan golongan
yang dimurkai Allah dari kalangan hamba-Nya adalah mereka yang tidak meminta kepada-
Nya’’.

Beliau juga turut menukilkan kata-kata penyair: ‘’Allah itu murka sekiranya kamu
tidak meminta (berdoa) kepada-Nya. Manakala anak Adam (manusia) itu, berasa marah
apabila diminta sesuatu (darinya)’’. Lihat Tafsir al-Quran al-Azhim, Ibn Kathir (7/156).
Berdoa juga turut mempunyai beberapa adab dan juga keadaan-keadaan tertentu yang
membantu untuk ianya dimustajabkan Tuhan. Kami nyatakan perincian sebahagian daripada
adab dalam berdoa seperti berikut:

Pertama: Berdoa Dengan Penuh Harap Dan Yakin

Di antara adab berdoa, seseorang itu perlulah meminta kepada Allah S.W.T dalam
keadaan dirinya bersangka baik dengan-Nya agar permintaan itu dimustajabkan. Demikian
juga, seseorang itu perlulah berdoa dalam keadaan penuh harap (agar doa dimustajabkan) dan
juga perasaan takut (dari doa tertolak). Ini berdasarkan firman Allah S.W.T:

   


   
    

Maksudnya: Sesungguhnya mereka itu (para Nabi) sentiasa bersegera dalam melakukan
perkara kebaikan. Dan mereka berdoa kepada Kami dalam keadaan penuh harap dan rasa
takut.

Surah al-Anbiya’ (90)

Ayat di atas ini sebelumnya menceritakan berkenaan beberapa orang para Nabi dan
juga permintaan yang mereka lakukan. Nabi Ayyub A.S. berdoa kepada Allah S.W.T untuk
memberikan kesembuhan kepada penyakit yang menimpanya, lalu Allah mustajabkan. Nabi
Yunus A.S berdoa supaya diselamatkan dari musibah yang menimpa dirinya saat berada di
dalam perut ikan nun, kemudian Allah mustajabkan doanya. Berikutnya, Nabi Zakaria A.S
juga berdoa supaya dikurniakan zuriat, lalu Allah S.W.T memustajabkannya dengan
mengurniakan Nabi Yahya sebagai anak. Ketiga-tiga para Nabi ini dimustajabkan doa mereka
kerana berdoa dalam keadaan penuh harap dan takut kepada Allah S.W.T.
Begitu juga berdasarkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah
S.A.W bersabda:

Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin bahawa ianya akan dimustajabkan. Dan
ketahuilah kamu bahawa Allah S.W.T tidak akan memustajabkan doa yang datang daripada
hati yang lalai lagi alpa.

Riwayat al-Tirmizi (3479)

Kedua: Memuji Tuhan Sebelum Berdoa

Di antara adab dalam berdoa adalah dengan memuji Allah S.W.T sebelum meminta
sebarang hajat. Hal ini sebagai contoh mudahnya adalah dengan melihat kepada bacaan surah
al-fatihah yang dibacakan oleh seseorang. Ia berdasarkan sebuah riwayat yang panjang
daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W menceritakan
berkenaan bacaan al-Fatihah di dalam solat. Lalu Allah S.W.T membahagikan solat kepada
dua bahagian, untuk diri-Nya dan untuk para hamba-Nya.

Jelas dalam surah al-Fatihah, terdapat 5 pujian daripada ayat pertama hinggalah ke
ayat yang ke lima kepada Allah S.W.T. Kemudian pada ayat yang keenam, ia diikuti dengan
permintaan atau doa yang pertama iaitu:

 
 

Maksudnya: Berilah kami hidayah kepada jalan yang lurus.

Surah al-Fatihah ( Ayat 6)


Demikian juga seperti yang difirmankan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran yang
menceritakan berkenaan doa Nabi Ibrahim A.S, baginda memulakan dengan katanya:

   


   
   
   
   
    
   

Maksudnya: Dialah Tuhan yang telah menciptakan aku maka Dia jugalah yang memberikan
petunjuk. Dialah Tuhan yang memberi makan dan minum kepadaku. Dan apabila aku sakit,
maka Dialah yang memberikan kesembuhan. Dan Dialah Tuhan yang mematikan aku
kemudian menghidupan semula (diriku). Dan Dia jugalah Tuhan yang sangat aku harapkan
supaya Dia mengampunkan kesalahan-kesalahanku pada hari akhirat.

Surah al-Shu’ara (78 – 82)

Kesemua ungkapan di atas ini, jika diteliti ia adalah suatu puji-pujian seorang hamba
kepada Tuhannya. Maka Nabi Ibrahim A.S tidak terhenti sekadar lima pujian ini, bahkan
baginda menyambungnya dengan lima buah permintaan kepada Allah S.W.T melalui firman-
Nya:

    


  
    
   
   
   
   
  
Maksudnya: Tuhanku, berilah hikmah kepadaku dan golongkanlah diriku bersama dengan
orang-orang yang soleh. Berilah kepadaku lisan yang benar buat orang-orang yang
terkemudian. Dan jadikanlah aku di antara mereka yang mewarisi syurga al-na’im. Dan
ampunkanlah bapaku, sesungguhnya dia tergolong dalam kalangan mereka yang tersesat.
Dan janganlah Kau hinakan aku pada hari kebangkitan.

Surah al-Syu’ara’ (83-87)

Justeru, dapat kita fahami bahawa petunjuk qurani di dalam berdoa adalah dengan
memulakannya dengan ucapan pujian-pujian kepada Allah S.W.T.

Berdoa Di Tanah Suci

Berdoa di tanah haram tidak dinafikan mempunyai beberapa kelebihan dan


keutamaannya yang tertentu. Kami kongsikan kenyataan Imam Ibn Rajab al-
Hanbali Rahimahullah di dalam kitabnya Lathaif al-Ma’arif (Hlm. 269) yang berkata:

Ketahuilah bahawasanya penggandaan pahala bagi setiap amalan itu berlaku dengan
beberapa sebab seperti berikut:

Pertama: Kemuliaan tempat yang dilakukan padanya amalan tersebut, seperti tanah haram.
Oleh kerana itulah solat di dalam dua masjid Makkah dan juga Madinah itu dilipatgandakan
ganjarannya. Sebagaimana yang telah sabit di dalam sebuah hadis yang sahih daripada Nabi
S.A.W baginda bersabda:

َ ‫اج ِد إِالَّ أَ ْن يَ ُكونَ ْال َمس ِْجدَ ْال َح َر‬


‫ام‬ ِ ‫س‬َ ‫ فِي َما ِس َواهُ ِمنَ ْال َم‬- ٍ‫صالَة‬ ِ ‫ أ َ ْو َكأ َ ْل‬- ٍ‫صالَة‬
َ ‫ف‬ ِ ‫صالَة ٌ فِي َمس ِْجدِي َهذَا َخي ٌْر ِم ْن أ َ ْل‬
َ ‫ف‬ َ

Maksudnya: Solat di dalam masjidku ini (Masjid Nabawi) adalah lebih baik berbanding
1000 solat – atau menyamai 1000 solat – berbanding masjid-masjid selainnya, kecuali
Masjid al-Haram.

Riwayat Muslim (1394)

Justeru, hal ini jelas menunjukkan bahawa ibadah yang dilakukan di tanah haram itu
dilipatgandakan ganjaran pahalanya, dan termasuklah dalam perbuatan ibadah itu adalah doa
yang dilakukan oleh sesorang itu di dalam tanah haram.
Kesimpulan

Sebagai penutup, kami berpendapat bahawa perbuatan meminta orang lain yang terpilih di
sisi Allah S.W.T untuk menunaikan ibadah di Tanah Haram agar mendoakan kebaikan
kepada kita yang tidak berada di sana, yang lebih makruf di sisi uruf masyarakat kita dengan
perbuatan mengirimkan doa, hukumnya adalah dibolehkan. Kami kongsikan sebuah riwayat
daripada Saidina Umar al-Khattab R.A bahawa beliau pernah meminta izin kepada Nabi
S.A.W untuk menunaikan umrah, lalu baginda mengizinkannya dan berkata kepada Umar:

َّ ‫الَ تَ ْن َسنَا يَا أ ُ َخ‬


َ‫ى ِم ْن د ُ َعائِك‬

Maksudnya: Jangan lupakan kami wahai saudaraku dari doa kamu.

Riwayat Abu Daud (1498)

Kami juga menambah, dalam masa yang sama kita sendiri turut tidak mengabaikan
doa sendiri di negara kita, dengan meraikan adab-adab berdoa yang telah kami nyatakan.
Semoga dengan pencerahan ini sedikit sebanyak memberikan kefahaman yang jelas kepada
kita semua dalam beragama.
DEFINISI VALET, DOA DAN IBADAH

VALET

Menurut kamus dewan edisi keempat, parkir atau valet bermaksud menghentikan
(menyimpan) kereta atau sebuah tempat letak kereta. Makna yang lebih umum, parkir valet
adalah suatu perkhidmatan untuk meletakkan kenderaan oleh petugas valet. Pemandu tidak
perlu mencari tempat letak kereta kerana ia dilakukan oleh petugas valet parkir. Pemandu
kendaraan hanya perlu turun daripada kereta di depan lobi sesebuah hotel, pusat beli belah
atau sebagainya, dan menyerahkan kenderaan kepada petugas valet.

Begitu juga dengan valet doa, dimana pengirim doa tidak perlu ke baitullah, sekadar
hanya mengirim kepada seseorang dengan dikenakan bayaran tertentu dengan harapan doa
yang dikirimkan akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

DOA MENURUT AL-QURAN DAN SUNNAH

Menurut Ibnu Faris doa dari sudut bahasa ialah memalingkan sesuatu kepada anda
dengan suara dan kata (Maqayis al-Lughah). Menurut Ibnu Manzur doa dari segi asal bahasa
ialah menyeru(Lisan al-‘Arab).

Manakala doa menurut istilah syarak sepertimana yang didefinisikan oleh al-Imam al-
Khattabi ialah pemohonan pertolongan dan bantuan oleh seorang hamba dari Tuhannya dan
hakikat doa iaitu menzahirkan kefakiran, kelemahan dan kehinaan diri kepada Allah yang di
dalamnya termetrai pengagungan terhadap Allah swt dan mengiktiraf sifat kemulian dan
pemurahNya. (Sya’n al-Dua’)

Definisi doa yang dinyatakan oleh Imam al-Khattabi rahimahullah menjelaskan


bahawa doa merupakan pohonan seorang hamba dari Allah s.w.t, sepertimana firman Allah
swt di dalam surah al-Baqarah ayat 186:

   


    
   
  
   

Bermaksud : Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka


(jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang
berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala
perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam
kebenaran.

Terdapat Hadith Nabi s.a.w ada menjelaskan kepada kita doa adalah permohonan
dengan sabda Baginda:

“Kamu telah memohon dari Allah dengan menyebut namaNya yang agung Jika (Allah)
diminta dengannya, Allah akan memberi dan jika (Allah) didoa dengannya, Allah akan
memperkenankannya”.

Hadith riwayat Abu Daud

Definisi di atas juga menjelaskan bahawa doa itu adalah dambaan seorang hamba agar
Allah memberi pertolongan kepadanya. Ini berasaskan firman Allah swt yang mencela sikap
kaum kuffar yang memohon bantuan selain dariNya:

   


   
   
    
   
   
   

“Katakanlah (wahai Muhammad): Khabarkanlah kepadaku, jika datang kepada


kamu azab Allah atau datang kepada kamu hari kiamat, adakah kamu akan menyeru
yang lain dari Allah (untuk menolong kamu), jika betul kamu orang-orang yang
benar?

Bahkan Dialah (Allah) yang kamu seru lalu Dia hapuskan bahaya yang kamu
pohonkan kepadaNya jika Dia kehendaki dan kamu lupakan apa yang kamu
sekutukan (dengan Allah dalam masa kamu ditimpa bahaya itu).”

Al-An’am ayat 40-41.

Dalam konteks yang lain, doa bukan sahaja memberi maksud permohonan seseorang
dari tuhannya. Doa juga boleh diertikan sebagai satu gaya untuk mendekatkan diri kepada
Allah swt sepertimana yang didefinisikan oleh Ibnu Manzur di dalam karyanya Lisan al-
‘Arab iaitu ‘berkehendak kepada Allah swt’. Definisi ini membawa maksud pengabdian diri
seseorang hamba kepada Allah, ia merangkumi pengagungan, penyucian zat Allah swt dari
persamaan dengan sebarang makhluk, momohon rahmatNya, keampunan dariNya dan
seumpamanya, seperti firman Allah di dalam surah al-Kahf ayat 28:

   


   
   

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang


beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan
Allah semata-mata”

Menurut ahli-ahli tafsir perkataan ‘beribadat’ dalam maksud ayat di atas ialah
terjemahan dari perkataan yad’uu(berdoa). Definisi ini dikuatkan lagi dengan sabda Nabi
s.a.w yang diriwayat oleh al-Nu’man bin Basyir r.a:

(‫)العبادة هو الدعاء‬

“Doa itu adalah ibadat”

Hadith riwayat Tirmizi.


Maksud berkehendak kepada Allah swt juga meliputi seruan serta pujian-pujian untuk
Allah swt, seperti yang dinyatakan oleh Allah swt di dalam surah al-Israa’ ayat 110:

   


    
  
   
   
   


“Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang
mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah
mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia”

Imam Bukhari ada meriwayat sepotong hadith yang menunjukkan cara Nabi berdoa
kepada Allah dengan menggunakan kalimat agung memuji Allah swt, sebagaimana sabda
baginda s.a.w dalam keadaan berdoa yang bermaksud :

“Ya Allah, engkau adalah Tuhanku, tiada tuhan selainMu, Engkau yang telah menciptaku
dan aku adalah hambaMu, aku berada di atas perjanjianMu selagimana aku mampu, aku
memohon perlindungan dariMu dari keburukan yang telah aku lakukan, aku mengiktiraf
nikmat yang engkau limpahkan kepadaku, dan aku mengakui dosa-dosaku terhadapMu, maka
ampunilah aku sesungguhya tiada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau”.
Potongan hadith Nabi s.a.w di atas merupakan hakikat doa sepertimana yang dijelaskan oleh
al-Khattabi di atas iaitu mengagungkan sebagai tuhan serta merendahkan diri sebagai
seoranghamba.
Kesimpulan

Berlandaskan definisi doa di atas yang berhujahkan al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w,
secara jelas ungkapan kata-kata di dalam dialog sebelum ini tidak tepat untuk diketogarikan
ia sebagai doa. Malah ia tersasar jauh dari pengertian dan definisi tersebut.

Doa mempunyai pengertian tersendiri dan konsep yang menjadikan ia cukup


berlainan dan berbeza dengan kata-kata biasa. Ini kerana doa merupakan ibadat kerohanian
yang cukup tinggi nilainya, di mana setiap insan akan merasakan betapa tingginya
penghargaan dan pergantungan dengan kebesaran dan keagungan Allah swt, setelah usaha
dan ikhtiar dilakukan kemudian dituruti dengan permohonan dengan penuh khusyu’ dan
tawaduk, disertai dengan hati dan jiwa yang tenang dan mengharapkan sesuatu dari Allah.

Doa bukan hanya luahan kata geram, marah, kesal dan sebagainya, begitu juga doa
bukan hanya ekspresi yang melepaskan kemuncak kegembiraan dari dalam hati. Jika
kesemua ini dinamakan doa, maka ia satu penilaian yang tidak adil kepada fitrah manusia dan
hak doa itu sendiri yang berhak memiliki perbezaan dengan kata-kata yang lain. Moralnya
jangan pukul rata, jangan samakan semua kata dengan doa

IBADAH

Ibadah dalam Islam adalah berlainan sama sekali dengan Konsep dan amalan-amalan
lain-lain agama atau kepercayaan. Ianya bukan perbuatan mengasingkan diri, menolak dan
meninggalkan kehidupan dunia sebagaimana yang dipelopori oleh golongan “asceiimo”.
Ianya juga bukan terbatas kepada tempat-tempat tertentu sahaja atau hanya dilakukan melalui
perantaraan orang-orang yang tertentu atau dewa-dewa yang dipilih dan dibuat khas untuk
tujuan ini, tanpa mereka amalan seseorang itu tidak akan diterima.

Konsep-konsep seumpama ini tidak ada tempat langsung di dalam syariat Islam.
Namun demikian, pengaruh konsep asing ini dapat juga menyerap ke dalam kehidupan
sebahagian besar umat Islam. Oleh itu timbullah berbagai tanggapan terhadap ibadah, ada
yang menganggap ibadah itu tertumpu kepada solat, puasa, haji dan zakat sahaja, terdapat
juga mereka yang mengaku beribadat kepada Allah tetapi ubudiah mereka juga diberikan
kepada selain dari Allah. Malah ada yang berpendapat bahawa ruang lingkup ibadah itu sama
sekali tidak ada kaitannya dengan urusan masyarakat terutama di bidang politik.

Ibadah dalam Islam adalah merupakan kemuncak dari perasaan tunduk dan patuh
kepada Allah dan klimaks dari perasaan yang merasakan kebesaran Allah sebagai tempat
pengabdian diri. Ibadah juga merupakan tangga penyambung antara akhlak dan penciptanya.
Selain dari itu ibadah mempunyai kesan-kesan yang mendalam di sudut hubungan makhluk
dan penciptanya.

Sebenarnya Islam telah meletakkan ibadah di tempat yang paling istimewa sekali di
dalam Al-Quran di jelaskan seluruh jin dan manusia dijadikan semata-mata untuk tujuan ini.
islam juga telah memberi pengertian yang luas terhadap ibadah. Tegasnya Islam menuntut
supaya seluruh kehidupan ini dapat ibadah dan taat kepada Allah. Inilah yang dimaksudkan
dengan firman Allah dalam surah adz-zariyat ayat 60 yang bermaksud;

Dan Allah tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah
Aku

Dari segi bahasa “ibadah” bererti merendah diri, tunduk, patuh dan taat. Dari
segi syara’ “ibadah” diertikan sebagai taat, tunduk patuh dan merendah diri sepenuhnya
kepada Allah. Sheikh Ibn. Taimiyah pula menyatakan, “Ibadah asal maknanya kehinaan,
tetapi ibadah yang diperintah Allah atau yang disyariatkan ke atas manusia merangkumi
makna kehinaan dan kecintaan bersama iaitu kemuncak kehinaan diri seseorang bila
berhadapan dengan Allah dan kemuncak kecintaannya kepadanya.

Al-Tabari pula, menjelaskan maksud ibadah iaitu khusu’ kepadanya, merendah diri
dan tetap hati kepadanya. Sebagai kesimpulan ibadah bermaksud merangkumi segala perkara
yang disukai Allah dan diredhaiNya, sama ada keyakinan, sikap, perkataan, amal perbuatan,
zahir atau batin. Dalam kata lain ibadah ialah segala aktiviti manusia yang zahir dan batin
dalam mengerjakan sesuatu perkara atau meninggalkannya semata-mata dengan niat mencari
keredhaan Allah.
Antara dalil yang menunjukkan perintah beribadah itu sebagaimana firman Allah
SWT ;

“Hai orang-orang yang beriman makanlah rezeki yang baik yang kami berikan kepadamu.
Dan bersyukurlah kepada Allah jika kepadaNya kerana beribadah.

(Al-Baqarah: 172)

“katakanlah Akan kuberitakan -kepadamu tentang pembalasan Allah yang lebih buruk dari
itu yang dikutuki Allah dan dimurkaiNya, ada yang diadikan-Nya kara, ada yang dijadikan-
Nya babi dan menyembah taghut”

(Al-Maidah: 60)

“Kepada tiap umat kami utus seorang rasul dengan perintntah ber’ibadah kepada Allah dan
tinggalkan taghut

( An-nahl . 36)

“Dan mereka meninggalkan taghut tudak lagi ber’ibadah kepadanya, dan kembali kepada
Allah, bagi mereka berita gembira.

(Az-Zumar: 17)

Ruang lingkup ibadah

Islam mempunyai keistimewaan dengan menjadikan seluruh kegiatan manusia


sebagai ‘ibadah apabila ia diniatkan dengan penuh ikhlas kerana Allah demi untuk mencapai
keredaan-Nya serta dikerjakan menurut cara-cara yang disyari’atkan oleh-Nya. Islam tidak
menganggap ‘ibadah-‘ibadah tertentu sahaja sebagai amal salih malah ia meliputi segala
kegiatan lain sebagaimana firman Allah:

“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah Timor dan barat itu sesuatu kebaktian akan
tetapi sesungguhnya kebaktian itu ialah kebatian orang yang beriman kepada Allah Hari
Kemudian, malaikat-malaikat kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta dicintai kepada
kerabatnya, anak-anak yatim orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan)
dan Orang-orang yang meminta-minta, dan memerdekakan hamba sahaya, mendinkan salat
dan menunaikan zakat dan orang-orang yang menepati janjinya apabila berjanji dan orang-
orang yang sabar dalam kesempitan, pendentaan dan dalam peperangan. Mereka, Itulah
orang-orang yang benar (imannya) dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa. “

(Al-Baqarah: 177)

Firman Allah lagi;

“Yang demikian itu ialah kerana mereka tidak ditimpa kehausan,kepayahan dan kelaparan
pada jalan Allah dan tidak (pula) menginjak suatu tempat yang membangkitkan,
kemarahan orang-.orang kafir dan tidak menimpakan sesuatu bencana kepada musuh
melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal salih
Sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang berbuat baik Dan tidak mereka
menafkahkan suatu nafkah yang kecil dan tidak (pula) yang besar dan tidak melintasi suatu
lembah melainkan dituliskan bagi mereka (‘amal salih pula) kerana Allah akan memberi
balasan kepada mereka (dengan balasan) yang tinggi dari apa yang telah mereka kerjakan. –
(At-Taubah: 120-121)

Ada seorang bertanya kepada Rasulullah (s.a.w.):

“Betapa besarkah pahala orang yang berjihad itu.?” Jawab Rasulullah (s.a.w.):

“Kamu tidak terdaya melakukannya (di luar medan jihad Perbandingan orang yang berjihad
pada jalan Allan ialah seperti seorang yang berpuasa, bangkit malam (untuk salat khusyuk
membaca ayat-ayat (Al-Our’an) tidak terhenti henti mereka dari puasa dan salat sehingga
kembali orang-orang yang berjihad itu ke rumah

(Bukhari Muslim, tirmidhi Nasai dan ibn majah)

Daripada nas-nas di atas nyatalah bahawa kegiatan-kegiatan takwa yang dikerjakn


oleh seseorang seperti solat puasa dan zikir belum memadai untuk menjadikan ia sebagai
seorang Muslim yang salih. Seorang muslim yang salih itu adalah seorang yang menyerahkan
seluruh jiwa raganya kepada Allah Ini bermakna ia menjadikan seluruh masa dalam hidupnya
dan setiap tindakannya sebagai sesuatu yang ditujukan untuk mendapat keredaan Allah Oleh
itu tidak terdapat ruang-ruang di dalam hidupnya dan tidak terdapat sesuatu pun daripada
perbuatannya yang terlepas dari patuh mengikuti ketentuan-ketentuan yang ditetapkan oleh
Allah

Demi tujuan ini ia menyerahkan sepenuh hidupnya kepada Allah ia rela untuk
mengorbankan apa sahaja yang ada padanya walaupun ini bererti harta benda yang paling
dikasihi dan jiwanya sendiri. Itulah sebabnya perbezaan di antara seorang yang berjihad pada
jalan Allah bagi membentuk masyarakat yang Salih dengan seseorang yang membataskan
kegiatan ‘ibadahnya kepada bidang-bidang yang tertentu sahaja amatlah jauh Orang yang
pertama lebih tinggi martabatnya dan lebih hampir kepada Allah.’ Dari sini jelaslah bahawa
islam tidak membataskan ruang lingkup ‘ibadah kepada sudut-sudut tertentu sahaja. Tetapi
Islam menetapkan seluruh kehidupan manusia adalah medan ‘amal dan persediaan bekalan
bagi para mu’min sebelum mereka kembali berhadapan dengan Allah di Hari Pembalasan
nanti.

Hakikat ini ditegaskan oleh Al-Qur’an sebagai:

“(Allah) Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu
yang lebih baik ‘amalannya. Dan Dia maha Perkasa lagi Maha Pengampun.

(Al-Mulk: 2)

Apa sahaja kegiatan dan perbuatan yang dilakukan oleh seorang muslim dengan
penuh ikhlas untuk mendapatkan keredaan Allah serta dikerjakan menurut ketetapan-
ketetapan syara’ maka ianya dianggap sebagai ‘ibadah yang dikumpulkan sebagai ‘amal salih

Oleh itu ruang lingkup ‘ibadah di dalam islam sangatlah luas Ia adalah seluas tempoh
hayat seseorang muslim dan kesanggupan serta kekuatannya untuk melakukan apa sahaja
‘amal yang diredai oleh Allah di dalam tempoh tersebut.

Ciri-Ciri Ibadah Dalam islam

1. Ibadah hanya dikerjakan semata-mata kerana Allah

Al-Quran menitikberatkan bahawa ‘ibadah itu hendaklah dilakukan kerana Allah


semata-mata. Firman Allah:

“Dan Rabmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia
(Al-Isra’ 23.)

“Ia telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia.

(Yusuf 40)

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-NYa dengan sesuatu pun.

(An-Nisa’ 36)

“Mereka tetap menyembah Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Ku,

(An-Nur 55)

“Barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhan-Nya maka hendaklah ia


mengerjakan ‘amal yang salih dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam
beribadah kepada Tuhannya.

(Al-Kahfi: 110)

Oleh itu segala tindakan yang dilakukan oleh manusia mestilah diniatkan semata-mata
kerana Allah. Untuk mengawal asas dan dasar ini, Islam menegah setiap perbuatan atau
tindakan yang boleh mendatangkan maksud penyembahan sesama manusia atau pun
membuka jalan untuk mengelirukan pengertian ‘ibadah yang semestinya dikhususkan hanya
kepada Allah.

2. Perhubungan langsung di antara hamba dan Penciptanya.

Dalam islam perhubungan dapat dilakukan oleh seorang hamba dengan Allah secara
langsung. ‘Ibadah di dalam islam tidak berhajat adanya orang tengah sebagaimana yang
terdapat pada setengah-setengah agama lain. Begitu juga tidak terdapat dalam Islam tokoh-
tokoh tertentu yang menubuhkan satu lapisan tertentu yang dikenali dengan nama tokoh-
tokoh agama yang menjadi orang-orang perantaraan antara orang ramai dengan Allah.

Di dalam Islam peranan para ‘ulama’ dan fuqaha’ hanyalah untuk mengkaji dan
menyelilidiki hukum-hukum syara’ serta mengajarkannya kepada orang ramai. Peranan
mereka bukan untuk mengampuni dosa atau mengkabulkan doa seseorang kepada A11ah
sebagaimana yang terdapat pada setengah-setengah agama lain.’

3. Melambangkan khudu’ )‫ )الخضوع‬yang penuh dan keta’atan yang rnutlak kepada


Allah

Ibadah dalam Islam melambangkan khudu’ atau ketundukan seseorang sepenuhnya


kepada Allah serta keta’atannya yang mutlak terhadap-Nya. Oleh itu dalam bidang ‘ibadah
khusus ianya bersifat taufiqiyyah; iaitu ia dilaksanakan menurut garis-garis yang ditunjukkan
oleh Rasululullah (s.a.w.) dan berhenti setakat sempadan yang telah ditentukan oleh syara’
dan sebagaimana yang telah dilakukan sendiri oleh Rasulullah (s.a.w.). Tidak boleh ditambah
atau dikurangkan atau membuat sebarang perubahan terhadapnya. Sabda Rasulullah (s.a.w.):

“Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang.”

(Bukhari)

“Ambillah kamu daripadaku cara-cara (manasik) ibadat haji kamu.”

(Bukhari)

Ada pun bagi ibadah-ibadah umum ketundukan dan kepatuhan ini dapat dilaksanakan
dengan benar-benar mencontohi Rasulullah (s.a.w) dalam seluruh jalan kehidupan. Ini
berdasarkan kepada firman Allah

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu)
bagi orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah dan (kedatangan) Hari qiyamah dan dia
banyak menyebut Allah

(Al-Ahzab 21)

Firman Allah

“Katakanlah: jika kamu (benar-benar) mencintai Allah ikutilah situ, nescaya Allah
mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. “

(Ali-‘Imran 31)

Firman Allah
“Apa yang diberikan rasul kepada maka terimalah dia, dan apa yang dilarangnya bagimu
maka tinggalkanlah.

(Al-Hasyr: 7)

Kepatuhan mengikut apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah (s.a.w.) bererti
seseorang itu telah menundukkan dirinya mematuhi dan mentaati perintah Allah di dalam ia
melakukan segala ibadah di dalam kehidupan

Segala perkara atau amal selain dari kumpulan ibadah khusus di atas yang dilakukan
semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Ini termasuklah seluruh perbuatan manusia
dalam kehidupan hariannya.

Ruang Lingkup Ibadah Yang Luas

Ruang lingkup ibadah di dalam Islam amat luas sekali. Ianya merangkumi setiap
kegiatan kehidupan manusia. Setiap apa yang dilakukan baik yang bersangkut dengan
individu mahupun dengan masyarakat adalah ibadah menurut islam selagi mana ia memenuhi
syarat-syarat tertentu.

Syarat–syarat tersebut adalah seperti berikut

i. Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui islam bersesuaian dengan hukum-hukum
syara’ dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut. Adapun amalan-amalan yang
diingkari oleh Islam dan ada hubungan dengan yang haram dan maksiat, maka tidaklah
sekali-kali ia dijadikan amalan ibadah.

ii. Amalan tersebut dilakukan dengan niat yang baik bagi tujuan untuk memelihara
kehormatan diri, menyenangkan keluarganya, memberi manfaat kepada umat seluruhnya dan
bagi memakmurkan bumi sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah.

iii Amalan tersebut mestilah dibuat dengan seelok-eloknya bagi menepati apa yang
ditetapkan oleh Rasulullah (s.a.w.):

“Bahawa Allah suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerana dengan
memperelokkan kerjanya. “

(Muslim)
iv. Ketika membuat amalan tersebut hendaklah Sentiasa menurut hukum-hukum syara dan
ketentuan batasnya, tidak menzalimi orang lain, tidak khianat, tidak menipu dan tidak
menindas atau merampas hak orang.

v. Tidak mencuaikan ibadah-ibadah khusus seperti salat zakat dan sebagainya dalam
melaksanakan ibadah-ibadah umum

Firman Allah

“Wahai orang-orang yang beriman janganlah harta-harta dan anak-anak kamu melalaikan
kamu dari mengingati Allah batangsiapa berbuat demikian maka mereka sebenarnya orang-
orang yang rugi. “

(Al-Munafiqun 9)

Firman Allah

“Lelaki-lelaki yang tidak dilalaikan oleh pemiagaan ataujual beli dari mengingati Allah
mendirikan salat dan menunaikan zakat “

(An-Nur: 37)

Jadi, bila sahaja seorang mukmin dapat menyempurnakan kelima-lima syarat di atas
dalam mengendalikan segala pekerjaan dan urusan hidupnya setiap hari, maka dia akan dikira
sentiasa beribadah kepada Allah meskipun dia tidak duduk di dalam masjid ketika membuat
kerja-kerja tersebut.

Tidak terkongkong pada sesuatu tempat peribadatan sahaja.

Di dalam Islam perlaksanaan ibadah tidak tertakluk kepada tempat-tempat tertentu.


Seluruh bumi Allah adalah tempat beribadah bagi para mukmin. .

Firman Allah

Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya
dan makanlah sebahagian dari rezekiNya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu (kembali) setelah
dibangkitkan. “

(Al-Mulk: 15)
Di dalam Islarn ibadah boleh dilakukan di mana-mana sahaja kerana di mana sahaja
seseorang itu berada, perhubungannya adalah terus kepada Allah Islam menganggap seluruh
bumi sebagai masjid kecuali tempat-tempat yang najis dan kotor Itulah sebabnya Rasulullah
(s.a.w.) salat di mana-mana sahaja baginda berada, sama ada di tengah-tengah padang pasir
atau di atas kenderaannya.

Pembahagian Ibadah :

1. Ibadah Khusus : Ia adalah merupakan sekumpulan perintah yang wajib dilakukan


sebagaimana yang terkandung dalam rukum Islam dan juga seumpama seperti sembahyang,
puasa, zakat, haji, tilawatul Quran, zikir dan sebagainya.

2.Ibadah Umum : Segala perkara atau pekerjaan selain dari yang tersebut di atas yang
dilakukan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.

3. Ibadah Badaniah: tubuh badan seperti sembahyang, menolong orang dalam kesusahan
dan lain-lain.

4. Ibadah Maliyah : harta benda seperti zakat, memberi sedekah, derma dan lain-lain.

5. Ibadah Qalbiyah: hati seperti sangka baik, ikhlas, tidak hasad dengki dan lain-lain.

6. Ibadah Ijabiyah : positif iaitu perintah amal

7. Ibadah Salbiyah : negatif iaitu perintah tinggal

Syarat-Syarat Pekerjaan / Amalan Menjadi Ibadah

Sesuatu pekerjaan atau sebarang amalan itu boleh dijadikan sebagai ibadah kepada
Allah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

1. Orang yang melakukan hendaklah beragama Islam.


2. Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam. Sesuai dengan hukum syariah dan
tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut. Adapun amalan-amalan yang diingkari
Islam seperti pekerjaan yang ada hubungannya dengan riba, tari menari, perkara-perkara
maksiat dan sebagainya, tidaklah sekali-kali menjadi ibadah. Allah bersifat bersih dan baik,
tidak menerima amalan yang kotor kecuali yang baik dan bersih sahaja.

3. Amalan-amalan itu dikerjakan hendaklah dengan niat yang baik. Sama ada untuk
memelihara kehormatan diri atau menyenangkan keluarganya atau memberi manfaat kepada
umatnya atau untuk memakmurkan bumi Allah sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah.

4. Semasa membuat pekerjaan tersebut hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syariat


dan batasnya, tidak menzalimi orang, tidak menipu dan tidak menindas atau mencampur hak
orang.

5. Segala pekerjaan duniawi itu tidak melalaikan dan mencuaikan dari melaksanakan
kewajipan ibadah. Khususnya seperti sembahyang, puasa dan sebagainya sesuai dengan
firman Allah yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman janganlah hendaklah harta-harta kamu dan anak
pihak itu melalaikan kamu dari mengingatkan Allah. Sesiapa berbuat demikian maka
merekalah sebenarnya orang-orang yang rugi.

Jadi, bila sahaja seorang mukmin dapat menyempurnakan syarat-syarat di atas dalam
mengendalikan segala pekerjaan dan urusan hidupnya setiap hari dia adalah dikira sentiasa
beribadat kepada Allah meskipun dia tidak duduk di Masjid atau di surau ketika membuat
kerja-kerja itu.
Hikmah Ibadah

1. Ibadah dalam Islam adalah merupakan makanan atau riadhah ruhi sebagaimana jasad
memerlukan makan dan minuman.

2. Untuk memerdekakan diri manusia daripada menghambakan diri kepada sesuatu makhluk
selain daripada Allah.

3. Untuk memberikan suatu keyakinan dan tempat pergantungan yang sebenarnya yang telah
menjadi fitrah atau tabi’at semulajadi manusia.

4. Untuk mengembalikan dan meletakkan manusia itu di tempat fitrahnya yang betul sebagai
hamba Allah Taala.

5. Ibadah juga merupakan ujian Allah kepada hambanya dalam seluruh hidupnya.

6. Ibadah juga suatu garis pemisah yang membezakan antara Islam dengan kafir dan antara
manusia dengan makhluk-makhluk lain.

Kesimpulan

Sesungguhnya ibadah di dalam Islam tidak hanya terbatas kepada solat, zakat, puasa,
haji. berzikir, berdoa dan beristighfar sebagaimana yang difahami oleh setengah-setengah
golongan di kalangan umat Islam. Kebanyakan mereka menyangka bahawa bila mereka telah
menunaikan perkara-perkara yang fardhu bererti mereka telah menyernpurnakan segala hak
Allah dan kewajipan ubudiyyah terhadap-Nya.

Sebenarnya kewajipan-kewajipan yang besar dan rukun-rukun asasi walau bagaimana


tinggi kedudukannya, ia hanyalah sebahagian daripada tuntutan ‘ibadah kepada Allah. Ia
tidak merupakan seluruh ibadah yang ditetapkan Allah kepada hamba-hamba-Nya.
Kewajipan-kewajipan tersebut adalah tiang-tiang utama bagi mengasaskan dasar-dasar
ubudiyyah manusia kepada Allah. Selepas ini adalah dituntut bahawa setiap tindakan yang
dilakukan olehnya mestilah selaras dengan dasar-dasar tersebut serta mengukuhkannya.
Manusia telah dijadikan Allah dengan tujuan untuk beribadah kepada Allah. Oleh itu
tujuan ini hanya dapat dilaksanakan oleh manusia sekiranya ruang lingkup ‘ibadah dan
daerah-daerahnya cukup luas sehingga ia meliputi seluruh urusan kehidupan manusia itu
sendiri.

DOA SECARA TERPERINCI

PENDAHULUAN

Doa memiliki kedudukan yang tinggi disisi Allah, ia menzahirkan sifat kehambaan,
kehinaan dan rendah diri juga harapan dari seorang hamba kepada Tuhannya yang
menciptanya dan mentadbir segala urusannya. Seseorang yang berdoa, sebenarnya dia sedang
menguatkan roh dan mengubati jiwanya dalam menghadapi kehidupan yang mencabar.
Seorang yang berdoa juga tidak akan ditimpa keresahan dan putus asa, kerana dia telah
menyerahkan dirinya, semua urusan hidup dan kesudahannya kepada Allah SWT yang pasti
mendengar rintihan dan aduan hambaNya. Allah SWT berfirman:

‫الَ تَأ ْ ُخذُهُ ِسنَةٌ َوال ن َْو ٌم‬


Maksudnya: “(Allah) tidak mengantuk dan tidak tidur”.

(Al-Baqarah :255)
Justeru Allah tidak pernah terlalai dari mendengar setiap permohonan hambaNya. Dia
juga berfirman:

ُ ‫ان فَ ْليَ ْست َِجيبُوا ِلي َو ْليُؤْ ِمنُوا بِي لَعَلَّ ُه ْم يَ ْر‬
. َ‫شدُون‬ ِ ‫ع‬ ُ ‫عنِي فَإِنِي قَ ِريبٌ أ ُ ِج‬
َ َ‫يب دَع َْوة َ الدَّاعِ إِذَا د‬ َ ‫سأَلَكَ ِعبَادِي‬
َ ‫َوإِذَا‬

Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka


(beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada
mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa
kepadaKu…”

(Al-Baqarah:186)

Seseorang yang berdoa, dia sedar bahawa dirinya yang serba kekurangan dan lemah,
justeru dia berdoa kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, yang sentiasa mengasihinya dan
sentiasa mendengar apa yang dia pinta. Oleh itu menjadi kemestian bagi setiap muslim agar
tidak mengabaikan doa di dalam hidupnya, sama ada ketika bergembira mahupun bersedih,
ketika senang mahupun susah.

DEFINISI DOA

Menurut catatan Ibnu Faris di dalam Mu'jam Maqayis al-Lugha, doa dari sudut bahasa
ialah memalingkan sesuatu kepada anda dengan suara dan kata. Menurut Ibnu Manzur di
dalam karya agungnya Lisan al-‘Arab, doa dari segi asal bahasa ialah menyeru.

Manakala doa menurut istilah syara sepertimana yang didefinisikan oleh al-Imam al-
Khattabi di dalam Sya’n al-Dua’, doa ialah pemohonan pertolongan dan bantuan oleh seorang
hamba kepada Tuhannya. Malahan hakikat doa itu sendiri ialah menzahirkan kefakiran,
kelemahan dan kehinaan diri kepada Allah yang di dalamnya terkandung pengagungan
terhadap Allah dan mengiktiraf sifat kemuliaan dan pemurahNya.

Definisi doa yang dinyatakan oleh Imam al-Khattabi Rahimahullah menjelaskan hadis
doa merupakan pohonan, permintaan, dan harapan seorang hamba dari Allah, sepertimana
firman Allah:
ُ ‫ان فَ ْليَ ْست َِجيبُوا ِلي َو ْليُؤْ ِمنُوا بِي لَعَلَّ ُه ْم يَ ْر‬
. َ‫شدُون‬ ِ ‫ع‬ ُ ‫عنِي فَإِنِي قَ ِريبٌ أ ُ ِج‬
َ َ‫يب دَع َْوة َ الدَّاعِ إِذَا د‬ َ ‫سأَلَكَ ِعبَادِي‬
َ ‫َوإِذَا‬

Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka


(beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku
perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah
mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman
kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul”.

(Al-Baqarah:186)

Dalam konteks yang lain, doa bukan sahaja memberi maksud permohonan seseorang
dari tuhannya. Doa juga boleh diertikan sebagai satu gaya untuk mendekatkan diri kepada
Allah SWT. ini membawa maksud pengabdian diri seseorang hamba kepada Allah, ia
merangkumi pengagungan, penyucian zat Allah swt dari persamaan dengan sebarang
makhluk, momohon rahmatNya, keampunan dariNya dan seumpamanya. Justeru itu doa
dikira sebagai ibadah kerana ia menzahirkan kehinaan dan penyerahan diri kepada Allah
SWT. Inilah tujuan pensyariatan ibadah di dalam Islam. Allah berfirman:

ُ‫س َك َم َع ٱلَّذِينَ َي ْدعُونَ َربَّ ُهم بِ ْٱلغَدَاةِ َو ْٱل َعشِى ي ُِريد ُونَ َو ْج َهه‬
َ ‫صبِ ْر نَ ْف‬
ْ ‫َوٱ‬

Maksudnya: “Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang
beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan
Allah semata-mata”

(al-Kahf:28)

Penyataan ini dikuatkan lagi dengan sabda Nabi yang diriwayat oleh Imam Al-
Tirmidzi:

‫عونِي‬ َ :َ‫عا ُء ُه َو ْال ِعبَادَة ُ ث ُ َّم قَ َرأ‬


ُ ‫"وقَا َل َربُّ ُك ْم ا ْد‬ َ ُّ‫سلَّ َم قَا َل الد‬
َ ‫علَ ْي ِه َو‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ُ‫َّللا‬ َ ِ ‫ع ْن النَّبِي‬
َ ‫ِير‬ ِ ‫عن النُّ ْع َم‬
ٍ ‫ان ب ِْن بَش‬ ْ
ِ َ‫سيَ ْد ُخلُونَ َج َهنَّ َم د‬
." َ‫اخ ِرين‬ َ َ‫أ َ ْست َِجبْ لَ ُك ْم ِإ َّن الَّذِينَ يَ ْست َ ْك ِب ُرون‬
َ ‫ع ْن ِعبَادَتِي‬
Nabi SAW bersabda: “Doa itu adalah ibadah”. Kemudian beliau membaca: Tuhanmu
berfirman: "Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya
orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam
dalam keadaan hina dina"

(Hadis Riwayat Al-Tirmidzi)

Oleh itu, doa bukan hanya luahan kata geram, marah, kesal dan sebagainya, begitu
juga doa bukan hanya ekspresi yang melepaskan kemuncak kegembiraan dari dalam hati. Jika
kesemua ini dinamakan doa, maka ia satu penilaian yang tidak adil kepada fitrah manusia dan
hak doa itu sendiri yang berhak memiliki perbezaan dengan kata-kata yang lain. Secara
jelasnya, doa mempunyai pengertian tersendiri dan konsep yang menjadikan ia cukup
berlainan dan berbeza dengan kata-kata biasa manusia.

Ini kerana doa merupakan ibadat kerohanian yang cukup tinggi nilainya, di mana
setiap muslim akan merasakan betapa tingginya penghargaan dan pergantungan dengan
kebesaran dan keagungan Allah SWT, setelah usaha dan ikhtiar dilakukan kemudian dituruti
dengan permohonan dengan penuh khusyu’ dan tawaduk, disertai dengan hati dan jiwa yang
tenang dan mengharapkan sesuatu dari Allah SWT.
PERANAN DOA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Doa memiliki peranan, hasil dan rahsia yang amat besar, antaranya ialah:

(1) Bukti ketaatan kepada Allah SWT dan kepatuhan kepada arahanNya. Allah SWT
berfirman:

‫َوقَا َل َربُّ ُك ُم ادْعُونِي أَ ْست َِجبْ لَ ُك ْم‬

Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku
perkenankan doa permohonan kamu…”

(Ghafir: 60)

FirmanNya lagi:

َ‫صينَ لَهُ ال ِدينَ َك َما بَدَأ َ ُك ْم تَعُود ُون‬


ِ ‫َوادْعُوهُ ُم ْخ ِل‬

Maksudnya: “…Dan berdoalah kepada Allah dengan penuh ikhlas dan kepadaNya semata-
mata; (kerana) sebagaimana Dia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula)
kamu akan kembali (kepadaNya).”

(al-A’raaf: 29)

(2) Bebas dari Takabbur. Allah SWT berfirman:

َ ‫ َوقَا َل َربُّ ُك ُم ادْعُونِي أ َ ْست َِجبْ لَ ُك ْم إِ َّن الَّذِينَ يَ ْست َ ْكبِ ُرونَ َع ْن ِعبَادَتِي‬.
ِ َ‫سيَدْ ُخلُونَ َج َهنَّ َم د‬
َ‫اخ ِرين‬

Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku
perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur
daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan
hina.”
(3) Doa suatu perkara yang paling mulia di sisi Allah. Daripada Abu Hurairah RA,
Nabi SAW bersabda:

ِ ‫ش ْي ٌء أَ ْك َر ُم َع ْندَ هللاِ ِمنَ الدُّ َع‬


‫اء‬ َ ‫لَي‬
َ ‫ْس‬

Maksudnya: “Tiada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah berbanding doa.”

(Ahmad, al-Bukhari, Ibn Majah dan al-Tirmizi)

(4) Doa dapat terhindar dari kemurkaan Allah. Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang tidak berdoa kepada Allah, Allah akan murka kepadanya.”

(Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Majah)

(5) Doa merupakan bukti tawakkal kepada Allah SWT. Hakikat tawakkal ialah
penyandaran seluruh jiwa dan raga hanya kepada Allah SWT, disamping
menempuh sebab. Ia dapat dizahirkan melalui doa. Hal ini sedemikian kerana
seseorang yang berdoa sedang memohon pertolongan daripada Allah,
menyerahkan semua urusannya kepada Allah bukan selainNya.

Doa dapat menjadikan seseorang memiliki harga diri yang tinggi. Seseorang yang
berdoa kepada Allah SWT, bermakna dia telah bergantung harap kepada sesuatu yang amat
kukuh dalam urusannya. Dia tidak lagi mengharapkan bantuan manusia. Oleh yang demikian
dia selamat dari kejahatan manusia. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah RH menulis di dalam
kitabnya Al-Ubudiyyah: “Setiap kali bertambah kuat rasa keperluan seseorang hamba kepada
kelebihan dan rahmat Allah untuk memenuhi keperluan dan menolak kemudharatan, semakin
kuat juga ubudiyyahnya kepada Allah SWT, dan dia bebas dari bergantung harap selain
Allah…”
ADAB-ADAB BERDOA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Para Ulama menjelaskan tentang adab dan etika dalam berdoa agar dikabulkan,
sebagaimana tuntutan dalam al-Quran dan Hadis.

Al-Baghawi rahimahullah berkata: “Ada etika dan syarat-syarat dalam berdoa yang
merupakan sebab dikabulkannya doa. Barangsiapa memenuhinya, maka dia akan
mendapatkan apa yang diminta dan barangsiapa mengabaikannya, dialah orang yang
melampaui batas dalam berdoa; sehingga doanya tidak berhak dikabulkan”. Firman Allah
SWT:

‫عوهُ خ َْوفًا‬
ُ ‫صالَ ِح َها َوا ْد‬ ِ ‫عا َو ُخ ْفيَةً ۚ ِإنَّهُ ال ي ُِحبُّ ْال ُم ْعتَدِينَ َوال ت ُ ْف ِسدُوا فِي األ َ ْر‬
ْ ‫ض بَ ْعدَ ِإ‬ َ َ ‫عوا َربَّ ُك ْم ت‬
ً ‫ض ُّر‬ ُ ‫ا ْد‬
َ‫َّللاِ قَ ِريبٌ ِمنَ ْال ُمحْ ِسنِين‬ َّ َ‫ط َمعًا ۚ ِإ َّن َرحْ َمت‬ َ ‫َو‬

Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Janganlah kamu
membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah
kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan).
Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.

(Al-A‘raf:55-56)

Berikut merupakan hadis-hadis yang berkaitan dengan adab-adab tersebut antaranya:

Mengangkat kedua-dua tangan sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Salman al-
Farisi RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ِ ‫الر ُج ُل إِلَ ْي ِه يَدَ ْي ِه أ َ ْن يَ ُردَّ ُه َما‬


‫ص ْف ًرا خَائِبَتَي ِْن‬ َّ ‫ي َك ِري ٌم يَ ْستَحْ يِي إِذَا َرفَ َع‬
ٌ ِ‫قَا َل إِ َّن َّللاَ َحي‬

Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala Maha pemalu lagi Maha pemurah terhadap
seorang hamba yang mengangkat kedua tangannya (berdoa), kemudian kedua tangannya
kembali dengan kosong dan kehampaan (tidak dikabulkan).

(Ibnu Majah:3117)
Memulakan doa dengan pujian terhadap Allah SWT, kemudian Selawat dan Salam
kepada Rasulullah SAW, selanjutnya bertawasul kepada Allah SWT dengan tawasul yang
disyariatkan, seperti dengan bertauhid kepada Allah dengan Asma’ dan Sifat Allah atau
dengan amal soleh.

Bersangka baik terhadap Allah SWT. Diriwayatkan dalam sebuah hadis qudsi dari
Anas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

َ َ‫ع ْبدِي بِ ْي َوأَنَا َمعَهُ إِذَا د‬


‫عانِ ْي‬ َ َ‫ يَقُو ُل أَنَّا ِع ْند‬: ‫ع َّز َو َج َّل‬
َ ‫ظ ِن‬ َّ ‫يَقُو ُل‬
َ ‫َّللا‬

Maksudnya: “Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Aku (akan) sebagaimana hambaKu


menyangka tentangKu, dan Aku akan bersamanya jika ia berdoa kepadaKu”.

(Muslim:6805)

Imam al-Qurthubi menjelaskan tentang ayat di atas adalah hamba itu menyangka
dikabulkannya doa, diterimanya taubat, diberikan ampun melalui istighfar, serta menyangka
dibalas dengan pahala atas ibadah yang dilakukan sesuai syarat-syaratnya sebagai keyakinan
akan kebenaran janji Allah SWT.

Menjauhi sikap tergesa-gesa mengharapkan terkabulnya doa; ini kerana sikap


ketergesa-gesaan itu akan berakhir dengan sikap putus asa sehingga ia tidak lagi berdoa.
Rasulullah SAW bersabda:

‫االستِ ْع َجا ُل قَا َل‬ َّ ‫سو َل‬


ِ ‫َّللاِ َما‬ ُ ‫اب ِللعَ ْب ِد َما لَم ْيَدْع ُبِإِثْم أ َ ْو قَ ِطيعَ ِة َر ِح ٍم َمالَ ْم يَ ْست َ ْع ِجل قِي َل يَا َر‬
ُ ‫قَا َل الَيَزَ ا ُل يُست َ َج‬
ََ‫عاء‬ ُ َ‫يب ِلي فَيَ ْستَحْ س ُِر ِع ْندَ ذَلِكَ َويَد‬
َ ُّ‫ع الد‬ ُ ‫ع ْوتُ فَلَم أ َ َر يَ ْست َِج‬ َ َ‫يَقُو ُل قَ ْد د‬
َ َ‫ع ْوتُ َوقَ ْد د‬

Maksudnya: “Sentiasa akan dikabulkan (doa) seorang hamba selama tidak meminta sesuatu
yang membawa dosa atau memutuskan tali kekeluargaan, selama dia tidak tergesa-gesa.
Ditanyakan kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, apa yang dimaksud tergesa-gesa?”
Rasulullah SAW menjawab: Dia berkata “aku telah berdoa, aku telah berdoa namun aku
tidak pernah mendapatkan doaku dikabulkan”, kemudian ia berputus asa dan meninggalkan
berdoa.

(Muslim:6936)
Membersihkan jiwa raga dari berbagai kotoran dosa. Hati yang kotor dengan berbagai
maksiat atau jiwa yang tidak bersih dari perkara haram akan menghalang terkabulnya doa.

‫َّللاَ أ َ َم َر ْال ُمؤْ ِمنِي ِْنََ ِب َما‬


َّ ‫إن‬ َ َّ‫طيِبٌ الَ يَ ْقبَ ُل إِال‬
َّ ‫طيِبًا َو‬ َ َ‫َّللا‬ ُ َّ‫سلَّ َم أ َ ًّي َها الن‬
َّ ‫اس إِ َّن‬ َّ ‫َّللاِ صلَّى‬
َ ‫َّللاُ َعلَ ْي ِه َو‬ َّ ‫سو ُل‬ ُ ‫ قَا َل َر‬: ‫َع ْن أَبِي ه َُري َْرة َ قَا َل‬
‫صا ِل ًحا إِنِي بِ َما تَ ْع َملُونَ َع ِلي ٌم َوقَا َل يَاأَيُّ َهاالذِنيْنَ آ َمنُوا ُكلُوا ِم ْن‬َ ‫ت َوا ْع َملُوا‬ ِ ‫طيِبَا‬ َّ ‫س ُل ُكلُوا ِم ْن ال‬ َ ‫أ َ َم َر بِ ِه ْال ُم ْر‬
ُّ ‫س ِليْنَ فَقَا َل يَا أَيُّ َها‬
ُ ‫الري‬
ُ‫ط َع ُمهُ َح َرا ٌم َو َم َََِ ْش َربُه‬ ْ ‫ب َو َم‬ ِ ‫ار‬
َ َ‫ب ي‬ِ ‫ار‬ َ َ‫اء ي‬
ِ ‫س َم‬ َّ ‫ث أ َ ْغبَ َر َي ُمدُّ َيدَ ْي ِه ِإ َلى ال‬
َ ‫سفَ َر أ َ ْش َع‬ َّ ‫ت َما َرزَ ْقنَا ُك ْم ث ُ َّم دَك ََر‬
َّ ‫الر ُج َل ي ُِطي ُل ال‬ َ
ِ ‫ط ِيبَا‬
َ‫ِي ِب ْال َح َرا ٌم فَأَنَّى يُ ْست َ َجابُ ِلذَلِك‬ ُ ‫سهُ َح َرا ٌم َو‬
َ ‫غذ‬ ُ ‫َح َرا ٌم َو َم ْل َب‬

Maksudnya: “Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT baik dan tidak
menerima melainkan yang baik. Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan kaum Mukminin
dengan apa yang telah diperintahkannya kepada para rasul. Allah berfirman: “Wahai para
rasul makanlah kalian dari yang baik dan beramal solehlah, sesungguhnya Aku Maha
mengetahui apa yang kalian kerjakan.”

Kita harus mengikuti syarat-syarat dan adab atau etika berdoa agar doa yang
dipanjatkan dikabulkan oleh Allah, Di antara syarat yang harus dipenuhi adalah ketika berdoa
agar doa dikabulkan oleh Allah adalah khusyuk, iaitu tetap fokus serta menghadirkan hati di
hadapan Allah. Justeru, saat akan, sedang atau sesudah berdoa kita tetap fokus kepada Allah.
Hati, lisan dan tingkah laku dijaga dari kemaksiatan kepada Allah. Ini kerana orang yang
tunduk, taat dan patuh kepada Allah lebih banyak doanya dikabulkan.

Menurut Imam Ghazali, ada sepuluh adab berdoa yang perlu dijaga sebagai berikut:

Mengutamakan waktu-waktu yang tepat untuk berdoa seperti hari Arafah,


bulan Ramadhan, hari Jumaat, dan sepertiga malam yang terakhir.

Berdoa pada keadaan yang tepat seperti ketika bersujud. Pada saat bersujud,
ketika hujan turun, ketika sebelum dan sesudah mendirikan solat, dan lain-lain.

Menghadap ke arah Qiblat, mengangkat kedua tangan dan mengusapkannya


ke wajah setelah doanya berakhir.

Merendahkan dan memperlahankan suara.

Menggunakan bahasa yang sederhana, tepat dan tidak melampaui batas. Ini
bermakna tidak perlu menggunakan perkataan yang panjang, pantun dan sebagainya.
Berdoa dengan penuh harap dan berbaik sangka kepada Allah, khusyuk dan
fokus, serta takut.

Menaruh harapan yang besar kepada Allah dan yakin bahawa doa akan
dikabulkan.

Bersungguh-sungguh dalam dan tidak bermain-main atau bergurau semasa


berdoa.

Memulakan dan mengakhiri doa kepada Allah dengan berzikir dan memuji-
Nya dan berselawat atas Nabi Muhammad SAW.

Sebelum berdoa, bertaubatlah kepada Allah atas segala dosa yang telah
dilakukan. Apabila pernah berbuat zalim kepada orang lain maka harus meminta maaf
kepadanya serta mengembalikan haknya yang telah diambil.

Doa adalah senjata ampuh umat Islam untuk memohon pertolongan Allah. Dalam hal
ini terdapat tiga golongan yang doa mereka amat diterima oleh Allah bersandarkan kepada
sebuah hadis Qudsi yang disampaikan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:

“Tiga golongan yang tidak pernah ditolak doa mereka iaitu pertama, doa orang yang
berpuasa; kedua, doa pemerintah yang adil; dan ketiga, doa orang yang dizalimi, di mana
doa-doa mereka terbuka luas dan Allah memberi jaminan doa mereka pasti dipenuhi”.

(Hadis Riwayat Tirmizi)

Berdasarkan hadis di atas kita perlulah berhati-hati agar tidak melakukan pelbagai
bentuk kezaliman, pembohongan, ketidakadilan, fitnah-memfitnah dan penganiayaan dalam
keluarga, masyarakat dan negara. Sesungguhnya doa orang yang dizalimi dan teraniaya
adalah mustajab. Apatah lagi jika mereka itu orang-orang yang lemah, tiada kuasa dan
ibubapa.

Semakin lemah mereka, maka semakin besar dan cepat pula pertolongan Allah datang
membantu. Begitu juga dengan pemimpin yang adil kepada rakyatnya, doanya makbul di sisi
Allah SWT. Tetapi jika pemimpin pula yang zalim kepada rakyatnya, ketika ini doa rakyat
yang dizalimi akan makbul dan mustajab di sisi Allah SWT.
SEBAB-SEBAB DOA TIDAK DITERIMA

Cepat atau lambatnya doa diperkenankan adalah urusan Allah SWT. Bagaimanapun
doa yang tidak dimakbulkan disebabkan jiwa dan hati berprasangka buruk terhadap Allah
SWT selain tidak menuruti adab berdoa. Oleh itu, amalan baik menjadi kunci doa
dimakbulkan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Doa seseorang sentiasa akan dimakbulkan selama dia tidak berdoa untuk perbuatan dosa
atau pun untuk memutuskan tali silaturahim dan tidak terburu-buru. Seorang sahabat
bertanya: Ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan terburu-buru? Rasulullah SAW
menjawab: Yang dimaksudkan dengan terburu-buru adalah apabila orang yang berdoa itu
mengatakan: Aku telah berdoa dan terus berdoa, tetapi belum juga dikabulkan. Setelah itu,
ia berasa putus asa dan tidak pernah berdoa lagi."

(Hadis Riwayat Muslim)

Doa adalah satu bentuk harapan kerana manusia sangat mengharap pertolongan dan
bantuan daripada Allah SWT. Rasulullah SAW menjelaskan doa adalah senjata bagi
Mukmin. Ini bermakna besarnya peranan dan kedudukan doa pada saat tiada tali
kebergantungan selain doa kepada Allah SWT. Allah SWT yang Maha Pengasih dan

Penyayang tidak pernah lupa untuk memakbulkan doa hamba-Nya yang ikhlas
mengharap ihsan-Nya. Allah SWT tahu apakah perkara baik dan tidak baik untuk setiap
hamba-Nya. Doa kita kepada Allah SWT ada yang dimakbulkanNya dan ada juga belum
diperkenankan. Malah ada doa yang tidak dimakbulkan langsung.

Allah SWT yang Maha Berkuasa berhak untuk tidak memakbulkan doa hamba-Nya
jika perkara yang diminta itu tidak membawa sebarang kebaikan. Hikmah di sebalik setiap
doa yang tidak dimakbulkan kerana Allah SWT memberikan apa yang manusia perlu bukan
apa yang dia mahu. Sesungguhnya kita perlu yakin dan percaya bahawa Allah SWT telah
berjanji tidak akan membiarkan dan menghampakan hambaNya yang memohon sesuatu
dengan sepenuh hati kepadaNya sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan aku perkenankan permohonan itu."

(Surah Mukmin, ayat 60)


Antara ciri-ciri doa yang tidak dimakbulkan adalah doa yang tidak dilakukan secara
sepenuh hati. Ertinya, doa yang dimohon kepada Allah SWT, tetapi tidak disertakan dengan
keyakinan terhadap kasih sayang dan kekuasaan Allah SWT.

Melalui satu riwayat mengenai ulama terkenal iaitu Al-Imam al-Faqih Abu al-Lais
yang didatangi satu kumpulan pemuda, ingin menanyakan perihal doa mereka. Selepas
berkali-kali mereka berdoa, tetapi tidak pernah dimakbulkan oleh Allah SWT. Lalu mereka
mempertikaikan ayat al-Quran mengenai Allah SWT memperkenankan doa mereka. Antara
ayat itu ialah firman Allah SWT yang bermaksud:

"Apabila hamba-Ku bertanya mengenaiKu, maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat,
Aku perkenankan orang yang berdoa."

(Surah al-Baqarah, ayat 186)

Lalu mereka bertanya lagi, apakah ayat al-Quran itu silap atau salah? Al-Imam al-
Faqih menjawab: "Ayat itu tidak ada yang silap atau salah. Tetapi yang berdoa itu tidak
pernah ambil tahu mengenai kesalahan atau kesilapannya. Oleh itu, wahai orang muda!
Jangan pernah ada di hati kamu mempertikaikan ayat al-Quran itu. Seterusnya imam itu
berkata: “Sebab doa tidak disahut oleh Allah SWT kerana hati orang yang berdoa itu mati”.

Salah seorang ulama sufi yang terkemuka iaitu Ibrahim Bin Adham yang hidup pada
abad kelapan, pernah memberikan huraian tentang sebab-sebab doa seseorang tidak
diperkenankan Allah. Antara sebab-sebab doa tidak dimakbulkan ialah kerana:

(1) Tidak menunaikan hak-hak Allah. Hak Allah swt yang paling utama ialah untuk
disembah. Setiap orang wajib mensyukuri nikmat yang dilimpahkan Allah kepadanya
dengan menyembahnya dengan sebenar-benar erti ibadah. Allah tidak akan
memperkenankan doa seseorang hamba jika hamba tersebut meninggalkan
tanggungjawabnya sebagai hamba.
(2) Tidak mengamalkan isi al-Quran. Kitab Suci al-Quran dibaca, dilagukan tetapi isinya
tidak dipelajari dan dihayati. Kalau pun ada satu dua ayat yang dapat difahamkan
tidak pula diamalkan bahkan kadang-kadang sengaja dilanggar.
(3) Tidak mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. Iaitu sering mendakwa bahawa sangat
mencintai Rasulullah SAW, tetapi tidak pernah mengamalkan sunnahnya. Rasulullah
SAW menunjukkan jalan yang lurus tetapi ramai manusia yang memilih jalan yang
bengkok. Ada juga yang katanya mengikuti Sunnah Rasul tapi apa yang
dikerjakannya itu bertentangan dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
(4) Tunduk kepada syaitan. Iaitu sentiasa menyatakan bermusuh dengan syaitan padahal
patuhi telunjuk syaitan. Dalam kehidupan seharian kebanyakkan manusia berlutut
kepada syaitan dengan memperturutkan hawa nafsu yang buruk. Seharusnya
manusialah yang menguasai nafsunya dan mengalahkan godaan syaitan.
(5) Mendedahkan diri sendiri ke jurang kebinasaan. Iaitu berdoa supaya terhindar dari api
neraka tapi tindakan yang dilakukan sering berlawanan, tidak mahu mengerjakan
kebajikan tapi selalu bergelumang dengan perbuatan dosa dan maksiat.
(6) Ingin masuk Syurga tapi tidak beramal. Iaitu berdoa untuk masuk Syurga tetapi tidak
beramal untuk mendapatkannya.
(7) Sedar akan mati tapi tidak bersiap-siap untuk menghadapinya. Manusia mempercayai
bahawa kematian itu pasti datang tapi tidak pula mempersiapkan diri menghadapinya,
tidak mengerjakan amal saleh yang akan menjadi anak kunci membuka pintu
kehidupan yang abadi itu.
(8) Sering mencari salah dan silap orang lain dengan sibuk memikirkan dan mengurus aib
saudara-mara, tetapi tidak melihat aib sendiri. Orang yang demikian selalu menuding
jari kepada orang lain tetapi amat jarang menghadapkan telunjuknya ke dadanya
sendiri.
(9) Mengecapi nikmat tetapi tidak bersyukur. Dari kecil hingga dewasa, manusia
menikmati nikmat Ilahi dan beratus-ratus kurniaan yang lain tetapi tidak berterima
kasih, malah ada yang membangkang, bongkak dan lupa daratan.

(10)Menguburkan jenazah tapi tidak menginsafkan diri atau mengambil iktibar dari
peristiwa itu.
PENUTUP

Doa adalah ekspresi kedambaan seorang hamba kepada penciptanya, Allah SWT. Ini
bermaksud, dengan berdoa manusia mengaku sebagai makhluk yang lemah. Tanpa bantuan
dan kekuatan Allah, apa yang diinginkan manusia sangat mustahil akan tercapai.

Sebagaimana yang kita yakini, manusia tidak mampu menandingi kuasa Allah dalam
segala hal. Namun, manusia tetap diperintahkan untuk berusaha melakukan sesuatu sebagai
tanda pengabdian kepada pencipta. Meskipun begitu, natijahnya sangat tergantung kepada
sifat kemurahan Allah SWT.

Imam Bukhari ada meriwayatkan sepotong hadis yang menunjukkan cara Nabi berdoa
kepada Allah dengan menggunakan kalimat agung memuji Allah swt, sebagaimana sabda
baginda SAW dalam keadaan berdoa:

ُ َ ‫ أ‬، ُ‫ط ْعت‬


‫عوذُ ِبكَ ِم ْن ش َِر َما‬ َ َ ‫ع ْهدِكَ َو َو ْعدِكَ َما ا ْست‬ َ ‫ع َلى‬َ ‫ع ْبدُكَ َوأَنَا‬ َ ‫اللَّ ُه َّم أ َ ْنتَ َر ِبي ال ِإلَهَ ِإال أ َ ْنتَ َخلَ ْقتَنِي َوأَنَا‬
. َ‫وب ِإال أ َ ْنت‬َ ُ‫ فَا ْغ ِف ْر ِلي فَإِنَّهُ ال َي ْغ ِف ُر الذُّن‬،‫ي َوأَبُو ُء لَكَ ِبذَ ْن ِبي‬ َ َ‫ أَبُو ُء لَكَ ِبنِ ْع َمتِك‬، ُ‫صنَ ْعت‬
َّ َ‫عل‬ َ

Maksudnya“Ya Allah, engkau adalah Tuhanku, tiada tuhan selainMu, Engkau yang telah
menciptaku dan aku adalah hambaMu, aku berada di atas perjanjianMu selagimana aku
mampu, aku memohon perlindungan dariMu dari keburukan yang telah aku lakukan, aku
mengiktiraf nikmat yang engkau limpahkan kepadaku, dan aku mengakui dosa-dosaku
terhadapMu, maka ampunilah aku sesungguhya tiada yang dapat mengampuni segala dosa
kecuali Engkau”.

Potongan hadis di atas merupakan hakikat doa iaitu mengagungkan zat Allah SWT
sebagai tuhan serta merendahkan diri sebagai seorang hamba. Kenyataan ini diperkuatkan
lagi dengan sabda baginda SAW:

‫اذا صلى أحدكم فليبدأ بتحميد هللا تعالى والثناء عليه ثم ليصل على النبى صلى هللا عليه وسلم ثم ليدع بما‬
‫شاء‬

Maksudnya "Apabila diantara kamu berdoa, mulakan dengan memuji Allah, kemudian
berselawat ke atas Nabi, kemudian mintalah apa yang dia mahukan"
Hadis Riwayat Tirmizi

Sebagai seorang Muslim yang baik, kita haruslah mengikut saranan dan sunnah Nabi
SAW di dalam segala aspek kehidupan. Bugitu juga halnya dalam bab doa. Ini kerana,
Rasullullah SAW telahpun mengajar dan member panduan dan tatacara yang patut dilakukan
ketika berdoa.

Kesimpulannya, setiap orang Islam hendaklah menunjukkan tanda ketaatan dan


kepatuhan kepada Allah, melaksanakan segala perintahNya, dan berusaha memperoleh
pahala dari Allah SWT. Boleh saja seorang muslim berdoa dengan bentuk doa apapun yang
dikehendakinya; baik di dalam hati, diucapkan melalui lisan, atau dengan kalimah apapun,
dan ia tidak terikat dengan bentuk doa tertentu.

Ia boleh berdoa dengan doa-doa yang tercantum dalam Al-Quran, Hadis, dengan
bentuk susunannya sendiri atau dengan mengambil doa yang telah disusun oleh orang lain.
Apa yang paling penting ialah, berdoalah kepada Allah. Namun demikian yang lebih utama,
tentulah susunan doa sebagaimana yang tercatat di dalam Al-Quran dan Hadis Nabi SAW.

Pendapat Berkaitan Hubungan Antara Valet Doa Dan Akidah Umat Islam

Isu mengirim doa atau membayar upah kepada seseorang yang lain untuk berdoa bagi
pihaknya begitu hangat diperkatakan belakangan ini. Bagai sudah menjadi suatu trend dalam
kalangan masyarakat di negara ini. Pihak yang berautoriti juga turut menyatakan hujah dan
pandangan masing-masing terhadap isu ini, namun perkara ini masih lagi berlaku sehingga
memperlihatkan bahawa agama Islam itu merupakan suatu agama yang peribadatannya boleh
dikirim-kirim tanpa perlu dilakukan sendiri oleh pengirim. Perkara ini diburukkan lagi
apabila kiriman doa ini kenakan bayaran dengan jumlah yang tertentu memberi persepsi
negatif agama-agama lain terhadap agama Islam.

Valet doa atau mengirim doa kepada seseorang dilihat sebagai kebergantungan
seseorang terhadap seseorang yang lain untuk berdoa bagi pihaknya. Kebergantungngan ini
sedikit sebanyak mempengaruhi akidah seseorang itu. Hal ini kerana, individu yang
mengirim doa itu dilihat sebagai tidak bersungguh-sungguh untuk memohon doa kepada
Allah SWT, sebaliknya meminta orang lain yang berdoa bagi pihaknya. Lebih
membimbangkan doa yang dikirim turut dikenakan upah atau bayaran seolah-olah beribadah
itu perlu kepada wang ringgit.

Seni pengiklanan yang berlebih-lebihan. Terdapat beberapa keraguan dalam


perniagaannya iaitu memberikan jaminan seratus peratus pemakbulan doa, sedangkan ia
tidaklah sesuatu yang pasti dan pemakbulan Allah adalah hak mutlak Allah. Berhubung
‘servis doa’, barang yang diniagakan dan diupahkan adalah kemakbulan doa sedangkan
makbul atau tidaknya doa itu adalah hak Allah secara mutlak serta ia bersifat tidak jelas.
Ia tetap tidak boleh dilakukan sekalipun ada jaminan wang dikembalikan.

Ia juga tidak boleh diqiyaskan dengan badal haji kerana bukan haji mabrur yang
diupahkan tetapi amalan badal haji itu sendiri yang boleh menerima upah. Servis berkaitan
dengan ibadah amat perlu kepada nas kerana asal ibadah itu adalah tawaqquf dan ta’abbudi.
Kaedah menyebut “asal bagi ibadah adalah terhenti kepada al-Qur'an dan al-Sunnah”.

Mengkomersialkan doa dibimbangi termasuk dalam firman Allah SWT (maksudnya):

“Jangan kamu menjual ayat-ayat-Ku dengan harga benda yang murah.”

(Surah al-Baqarah: 41)

Imam Ibn Jarir al-Tabari berkata: “Jangan kamu ambil secara tamak untuk sedikit
harta benda sehingga kamu menyembunyikan nama Allah. Maka yang termasuk dalam harga
itu adalah ketamakan.” Lihat Tafsir al-Tabari, 1/565.

Al-Alusi berkata: “Jangan kamu tukar iman dengan ayat-ayat-Ku atau ikut untuk
mendapatkan habuan dunia yang sedikit lagi binasa dengan ganjaran akhirat.” Lihat Ruh al-
Ma’ani, 1/389.

Dr Wahbah al-Zuhaily: “Jangan kamu jual ayat-ayat Allah yang menunjukkan atas
kebenaran Muhammad pada kenabiannya dan dakwahnya dengan sedikit harta benda dunia.”
Lihat Tafsir al-Munir 1/150.

Berdasarkan kenyataan di atas, jelas menunjukkan unsur perniagaan serta menjaja dan
menggunakan acara ibadah dan doa untuk tujuan perniagaan yang tidak dibenarkan oleh
Islam serta menggugat akidah umat, secara tidak langsung.
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai hadis berkenaan tempat-tempat
makbul di Tanah Haram seperti doa di Multazam dan Hajar al-Aswad. Antara hadis
berkenaan kemustajaban doa di Multazam. Daripada ‘Amru bin Syu’aib daripada bapanya,
berkata(maksudnya):

“Aku sedang bertawaf bersama Abdullah (Abdullah bin Umar). Ketika kami berada di
belakang Baitullah, aku bertanya, 'Tidakah kamu memohon perlindungan?' Abdullah pun
berkata: ‘Kami berlindung kepada Allah dari panasnya seksaan api neraka.”

“Setelah selesai, Abdullah menyentuh Hajar al-Aswad dan berdiri antaranya dan pintu
Kaabah, lalu merapatkan dada, muka, kedua siku, dan kedua telapak tangan nya dan
berkata: 'Seperti inilah aku melihat Rasulullah SAW melakukannya.'”

(Riwayat Abu Daud, no. 1899)

Kata Ibn ‘Abbas R.Anhuma (maksudnya):

“Antara rukun Hajar Aswad dan pintu Kaabah terdapat Multazam. Tidak seorang pun
hamba Allah SWT yang berdoa di tempat ini, kecuali dikabulkan doanya.”

(Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, no. 3769)

Tidak dapat dinafikan betapa mulianya Mekah terutamanya Masjidil Haram yang
terdapat banyak-banyak mulia seperti hadith di atas. Justeru, Rasulullah SAW pernah
mengirim doa melalui Saidina Umar ketika beliau mahu menuju ke Mekah. Antaranya sabda
Nabi SAW (maksudnya):

“Hai saudara yang kukasihi, sertakan kami dalam doa kamu dan jangan lupa kami.”

(Riwayat al-Turmuzi, no. 3562 dan beliau berkata, hadis ini hasan sahih.)

Untuk mendapat kepastian dan lebih luas lagi pengetahuan berkenaan dengan isu ini,
maka sewajarnya kita melihat kitab-kitab berkaitan adab doa dan juga kitab khusus seperti al-
Azkar oleh Imam al-Nawawi dan juga al-Idhah fi Manasik al-Hajj wa al-'Umrah oleh Imam
al-Nawawi juga yang menyebut tempat-tempat yang mustajab doa.
Tetapi, semuanya didoakan dengan penuh keikhlasan daripada seseorang tanpa
sebarang bentuk perniagaan doa. Ini kerana, Allah sahaja yang bersifat penerima doa yang
yang memakbulkannya. Benarlah firman Allah SWT (maksudnya):

“Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: Wahai
kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain
daripadaNya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki
kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik,
kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa
dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hamba-Nya.”

(Surah al-A'raf: 73)

Maka, jelas di sini bahawa hak memakbulkan doa itu hanya milik mutlak Allah SWT.
Tidak wajar mana-mana individu menjamin doanya akan dimakbulkan Allah SWT dalam
keadaan hak tersebut bukan hak dirinya.

Apatah lagi jika menetapkan tempoh masa tertentu untuk kemakbulan doa, seolah-
olah individu terbabit memaksa Allah SWT untuk mengabulkan doa pada tempoh yang
ditetapkan. Sedangkan, tempoh untuk memakbulkan doa terpulang mutlak kepada-Nya tanpa
boleh dipaksa mana-mana hamba-Nya.

Perlu dinyatakan bahawa beberapa adab doa untuk panduan bersama. Antaranya:

(1) Seseorang yang berdoa itu perlu mentauhidkan Allah dan tidak mempersekutukan-Nya.
(2) Ikhlas kepada-Nya dalam doa.
(3) Memohon kepada-Nya dengan nama-nama Allah yang mulia.
(4) Memuji Allah sebelum berdoa.
(5) Berselawat ke atas Nabi SAW.
(6) Mengadap kiblat.
(7) Mengangkat kedua tangan.
(8) Yakin kepada Allah akan kemakbulannya.
(9) Memperbanyakkan memohon kepada-Nya.
(10) Khusyuk dalam berdoa.
(11) Mengulang-ulangi permohonan doa.

Oleh kerana acara doa merupakan ibadah yang sewajarnya dilakukan dengan syarat
yang benar lagi tepat, maka sewajarnya kita mempunyai akhlak kepada Allah. Antara bentuk
akhlak yang sesuai adalah, selayak dan seafdhalnya orang yang mempunyai hajat itu sendiri
yang berdoa. Ini berdasarkan kepada perintah Allah dan suruhan-Nya kepada kita. Mohon
pertolongan kepada Allah dapat difahami dengan konsep (maksudnya):

Maksudnya: “Hanya kepada Engkau kami beribadah dan hanya kepada Engkau kami
minta pertolongan.”

(Surah al-Fatihah: 5)

Ibn Kathir berkata: “Allah memerintahkan kamu supaya mengikhlaskan dalam ibadah
dan hanya meminta tolong kepada-Nya dalam urusan kamu.” Lihat Tafsir Ibn Kathir, 1/39.

Dalam kisah Nabi Zakaria yang melihat karamah dan kemuliaan Maryam dengan
rezeki yang luar biasa, maka Allah rakamkan kisah yang menarik ini (maksudnya):

“Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki
(buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya: 'Wahai Maryam dari
mana engkau dapati (buah-buahan) ini?' Maryam menjawab; 'Ia dari Allah, sesungguhnya
Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak dikira'. Ketika
itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: 'Wahai Tuhanku! Kurniakanlah
kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa
Mendengar (menerima) doa permohonan.'”

(Surah Ali Imran: 37-38)

Ayat ini menunjukkan adab yang diajar kepada kita iaitu apabila berhajatkan sesuatu,
masing-masing bertawajjuh, munajat dan berdoa kepada Allah SWT. Itulah petunjuk Ilahi
dan itu lebih menampakkan kesungguhan seseorang yang berhajat.
Dalam al-Quran bagaimana Allah mengajar Rasul-Nya SAW yang beliau sendiri tidak
mempunyai kuasa untuk memberi manfaat dan mudarat kecuali Allah SWT (maksudnya):

“Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat
menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah.”

(Surah al-A’raf: 188)

Ayat ini diturunkan kepada Rasulullah SAW dan sangat bertepatan dan kekeliruan
yang timbul di sebabkan isu Valet Doa ini.

Sekiranya Rasulullah SAW sendiri menafikan dirinya berkuasa untuk mendatangkan


mudarat dan manfaat kecuali Allah SWT, bagaimana pula seorang individu lain mampu
menjamin kemakbulan doa secara yakin, dengan bersandarkan beberapa buah hadis yang
disalahfahami?

Justeru, semua doa yang kita pohon kepada-Nya yang memakbulkan hanyalah Dia
yakni Allah SWT. Kerana itulah berkali-kali Allah menamakan diri-Nya dengan sami' al-
dua' (yang mendengar doa).

Kesimpulannya, valet atau kiriman doa begitu berkaitrapat dengan akidah seseorang
individu muslim. Daripadanya dapat dinilai tahap kekuatan dan kelemahan akidah seseorang
individu tersebut. Kebergantungan seorang muslim terhadap doa juga bakal memperlihatkan
sejauhmana ketaatan dan pengamalan terhadap konsep doa yang sebenar yang meliputi tujuan
utama memohon doa. Sewajarnya setiap permohonan doa itu harus dilakukan oleh individu
itu sendiri supaya kesungguhan dan ketaatan sebagai hamba itu dapat dilihat secara jelas.

CADANGAN AGAR MASYARAKAT TIDAK TERPENGARUH DENGAN ISU


KIRIM DOA

Memanipulasi doa sebagai sumber pendapatan. Doa yang baik perlu dipohon oleh
individu itu sendiri. Seharusnya masyarakat perlu sedar bahawa kiriman doa yang diiklankan
tersebut memberi keuntungan kepada sebelah pihak sahaja. Iklan yang dibuat pula seolah-
olah memberi gambaran bahawa setiap doa yang dikirimkan beserta upah akan dimakbulkan
oleh Allah SWT serta-merta. Masyarakat harus diberitahu bahawa setiap doa yang dipohon
oleh individu itu sendiri lebih baik dan lebih tinggi kebarangkaliannya untuk dikabul doanya
oleh Allah SWT.

Doa yang dikirimkan tidak semestinya termakbul. Doa yang bersungguh-sungguh


serta ikhlas dimana-mana sahaja pasti akan dimakbulkan oleh Allah. Doa yang dikirimkan
beserta upah itu, tidak semestinya akan termakbul atau tercapai. Hal ini kerana, urusan
tersebut adalah urusan Allah SWT dan kita tidak mungkin akan mengetahui samada doa yang
dikirim akan dimakbulkan atau tidak.

Isu mengirim doa untuk dibaca dihadapan Baitullah itu lebih mustajab doanya, jika
doa tersebut dibaca sendiri oleh orang yang ingin memohon doa. Daripada mengupah orang
lain berdoa bagi pihak kita, lebih baik dan elok kiranya doa tersebut didoakan oleh kita
sendiri. Keikhlasan, penyesalan dan pengharapan ketika doa itu dilafazkan tanpa mengira
dimana doa itu dilafazkan adalah lebih baik, walaupun bukan di Baitullah.

Kirim doa dilihat sebagai suatu sumber perniagaan dan tempat mencari keuntungan.
Hilangnya keberkatan. Selain memberi gambaran yang huruk terhadap agama Islam.
Masyarakat harus sedar dan tidak mudah terpengaruh bahawa kiriman doa ke Baitullah akan
termakbul. Iklan yang dibuat kadangkala terlalu berlebih-lebih seakan doa yang dikirimkan
itu pasti akan termakbul. Bayaran yang dikenakan pula kelihatan seperti menjual agama. Doa
untuk memohon kepada Allah perlu dibayar?pastinya menimbulkan persepsi yang negative
terhadap agama Islam.

Adab kita sebagai hamba Allah. Dimana letakknya rasa kehambaan jika doa
dikirimkan tanpa kita sendiri yang memohon?Percayalah bahawa doa yang ikhlas dan penuh
kesungguhan pastinya akan dimakbulkan oleh Allah SWT tanpa mengira tempat dan siapa
yang menadah tangan memohon kepada Allah. Seharusnya orang yang ingin memohon hajat,
berdoa sendiri tanpa melibatkan orang lain. Kesungguhan itu perlu, sebagai contoh seorang
anak ingin meminta duit daripada ayahnya tetapi meminta adiknya untuk memberitahu
kepada ayahnya sedangkan dia berada disebelah ayahnya.

Kesimpulannya, dapatkan maklumat yang tepat berkaitan isu daripada pihak yang
berautoriti supaya segala keputusan yang dibuat adalah berlandaskan syara’ bukan
berlandaskan nafsu semata-mata. Percaya pada kekuatan keihklasan pada diri sendiri.
Berdoalah walau dimana sahaja. Berusahalah semampu mungkin untuk sampai ke tanah suci,
untuk berdoa sendiri di sana. Sesungguhnya Allah mengetahui segala usaha kita kearah itu.

KESIMPULAN

Setiap Muslim mempunyai ‘senjata’ yang sangat ampuh iaitu doa. Setiap doa pasti
akan didengari oleh-NYA dan pasti akan termakbul tepat pada waktunya mengikut
ketentuan-NYA. Namun begitu, sejauh mana kemustajaban sesebuah doa tersebut hanya
Allah yang Maha Mengetahui dan layak memakbulkannya. Setiap usahawan Muslim
mestilah menjadikan doa sebagai senjata untuk memastikan kejayaan dan sentiasa iringi
keberkatan-NYA

Mengikut istilah syarie, ‘doa’ bermaksud; Pernyataan dan permohonan kehendak


(hajat) kebaikan atau kebajikan duniawi atau ukhrawi seseorang hamba kepada Allah Taala
dan menyerahkan diri kepada kekuasaan (haul) dan kekuatan (quwwah) Allah Ta’ala.

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:

“Aku mengikuti sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Dan Aku selalu menyertainya


sepanjang ia ingat kepada-Ku.”

(H.R. Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah pernah bersabda: “Tiadalah yang lebih dihargai
oleh Allah selain daripada doa.”

Berdoa adalah ibadat pengabadian diri. Setiap kali kita melakukan solat dan membaca
Al-Fatihah terdapat maksudnya:

“Hanya Dikau yang kami sembah (abdikan diri), dan hanya kepada Dikau kami
mohon pertolongan.”

Surah al-Fatihah, ayat 5.


Sabda Rasulullah SAW:

“Doa itu adalah otaknya ibadat.”

(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari).

Doa dipohon sebagai tanda menginsafi dan menyedari diri manusia sangat lemah dan
tidak mampu untuk menunaikan segala keperluan hidup. Firman Allah SWT:

“Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (jawablah),


bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa
apabila dia memohon kepadaku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala
perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada
dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, ayat 186).

Berdoa hendaklah memperlihatkan permohonan yang sangat menghibakan dengan


menyebut sesering mungkin, nama-nama Allah yang baik (Al-Asma’ Al-Husna) dan sifat-
sifat Allah yang agung dan mulia, sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-A’raaf:
180: “Hanya milik Allah asma-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut
asma-ul husna itu.” yang sangat diharapkan dengan melakukan hal tersebut, terkabulnya doa
yang dipanjatkan.

Allah tidak membiarkan hamba-Nya yang memohon sesuatu dengan sepenuh hati
pada keheningan malam dalam keadaan hampa. Sebagaimana firman-Nya;

“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Daku perkenankan permohonanmu itu.”

(Mu’min: 60).

Jangan cepat salahkan Allah jika doa tidak termakbul. Doa-doa atau ayat al-Quran
yang dibaca bukanlah faktor utama kesembuhan atau kemakbulan doa, ia hanya merupakan
kaedah-kaedah sebagai ikhtiar dengan tujuan untuk mendapatkan kemakbulan daripada
Allah.

Sekiranya doa tersebut dikabulkan Allah dengan kadar segera, maka kita hendaklah
bersyukur. Sebaliknya, hendaklah bersabar sekiranya doa yang dipohon lambat dikabulkan
atau tidak dikabulkan sama sekali kerana Allah Maha Mengetahui rahsia terhadap qada’ dan
qadar ketentuan-Nya. Sesungguhnya kiriman doa itu belum tentu menjanjikan apa-apa
kelebihan. Percayalah pada qada dan qadar Allah.
Doa yang dipohon ada kalanya diperkenankan ketika seseorang itu masih hidup dan
ada doa yang diperkenankan, tetapi ditangguhkan di akhirat kelak.

Allah memperkenankan doa dalam tiga bentuk:

1. Diperkenankan doa itu ketika di dunia, dengan diberikan apa sahaja yang dihajatkan.

2. Doanya diperkenankan, tetapi hajat itu disimpan dan akan diberikan pada hari akhirat.

3. Doa diperkenankan, tetapi bukan diberikan apa yang diminta, tetapi dengan cara
diselamatkan daripada keburukan dan bala bencana.

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seseorang yang berdoa dengan sesuatu doa
melainkan dikabulkan baginya, sama ada disegerakan baginya di dunia, dan ada kalanya
ditangguhkan baginya di akhirat, dan ada kalanya baginya akan dihapus dosa-dosanya dengan
kadar apa yang dia berdoa, selagi dia tidak berdoa dengan sesuatu dosa atau memutus
hubungan keluarga atau tergesa-gesa seraya mengatakan: Aku berdoa wahai Tuhanku, maka
bagaimana Dikau tidak mengabulkan kepadaku.” (HR Ahmad dan Hakim)
RUJUKAN

http://ar.islamway.net/fatwa/29326

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0217&sec=Rencana&pg=ot_02.htm

http://www.mutiaraHadis.com/41/32/75/lain2.htm

http://www.sinarharian.com.my/rehal/doa-itu-ibadah-1.622282

https://affiliatemalaysiatop.wordpress.com/2013/01/21/kepentingan-doa-dalam-
islampengharapan-hamba-kepada-allah-s-w-t/

http://abubasyer.blogspot.my/2011/12/peranan-doa-dalam-kehidupan-seorang.html

http://www.ismaweb.net/2017/02/valet-doa-beri-gambaran-memalukan-terhadap-islamm/

http://sajadahmuslimku.blogspot.my/2014/07/doa-dalam-islam.html

https://almanhaj.or.id/4003-adab-adab-dalam-berdoa.html

http://muslim.or.id/28020-tsalatsatul-ushul-13-doa-adalah-ibadah.html

http://www.bharian.com.my/node/49614

http://cahayamukmin.blogspot.com/2009/04/mengapa-doa-tidak-
makbul.html#ixzz4boFFJT9c

Anda mungkin juga menyukai