Anda di halaman 1dari 21

UNIVERSITY KUALA LUMPUR

MALAYSIAN INSTITUTE OF AVIATION


TECHNOLOGY

DIPLOMA OF AIRCRAFT MAINTENANCE ENGINEERING


TECHNOLOGY IN AEROPLANE

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163)

TUGASAN : LAPORAN MENGENAI ISU GELANDANGAN

PENSYARAH : NOOR AZIRA BINTI ABD RASHID@ KAMARUDDIN

NO NAMA ID.NO

1. NAZRUL SHAH MITTER B. AJAI MITTER 53106115307

2. MUHAMMAD NOOR IMRAN BIN YAHAYA 53106115185

3. AHMAD NASRALLAH BIN ABDUL RASHI 53106115130

4. NUR ELIYINA BINTI ROSLAN 53106115076

5. MOHD AZRUL ARIEF BIN MOHD AZMI 53106115061

6. MOHAMMAD FADZIL NUR BIN MOHD ALWI 53106115190

7. AKALIL BIN MOHD SULTAN 53106115329


ISI KANDUNGAN

1.) PENGENALAN...........................................................................................................

1.1) Definisi gelandangan……………………………………………………………………………………………

2) ISI………………………………………………………………………………………………

2.1) Sebab tajuk dipilih………………………………………………………………………………………

2.2) Faktor mendorong kepada gelandagan……………………………………………………………..

2.3) Kesan terhadap masyarakat …………………………………………………………………………..

2.4) Tindakan yang telah diambil oleh kerajaan………………………………………………………….

2.5) Kelemahan dari tindakan yang telah diambil………………………………………………………..

2.6) Cadangan untuk memperbaiki kelemahan ………………………………………………………......

3) KESIMPULAN DAN SARANAN ................................................................................................

4) RUJUKAN …………………………………………………………………………..........................
1.1 PENGENALAN

Gelandangan (orang-orang merempat) di Kuala Lumpur kini mencecah 2,500 orang dan ada
lebih 500 orang adalah gelandangan tegar. Yang menyedihkan ialah, hampir 80 peratus
gelandangan adalah terdiri dari kalangan orang Melayu. Antara faktor mengapa gelandangan ini
semakin berleluasa ialah kerana kemiskinan.Gelandangan berbeza dengan "pengemis". Anon
(1980) menyatakan "Gelandangan" ialah orang-orangyang hidup dalam keadaan tidak sesuai
dengan norma kehidupan yang layak dalam masyarakat setempat, serta tidak mempunyai tempat
tinggal dan pekerjaan yang tetap di wilayah tertentu dan hidup mengembara di tempat umum.
Sedangkan, pengemis adalah orang-orang yang mendapatkan penghasilan dengan meminta-
minta di muka umum dengan pelbagai cara dan alasan untuk mengharapkan belas kasihan dari
orang lain. (Maklumat Oleh : Dayangku)Apa penyebab masalah gelandangan? Tidak ada yang
tahu dengan pasti. Mungkin ini berpunca dari masalah gelandangan disebabkan alasan ekonomi.
Ramai penyelidik menjadikan Amerika sebagai contoh iaitu negara maju tersebut mengalami
resesi ekonomi pada awal tahun 2000an. Harga-harga barangannaik, sementara pendapatan kaum
miskin tidak berubah, atau malah berkurang. Ada orang yang produktif dan tidak menderita cacat
mental, tetapi tidak mampu memenuhi keperluan harian sendiri. Walau apapun
penyebabnya,kehidupan harian sangat berat bagi seorang gelandangan di Amerika. Untuk
mencari tempat berteduh dan kawasan terelak dari panas dan hujan serta kering setiap malam
menyebabkan mereka tidur d kawasan bawah jambatan, tepian hentian bas, di bawah pokok
rendang di tengah kota dengan susunan kotan dan sebagainya. (Idea Oleh : Mohammad Razdini,
disusun oleh cg sue)Jelas faktor sekular yang menjadi penyebab gelandangan ialah lemiskinan.
Hal ini kerana, akibat dari kemiskinanlah segala-galanya tidak menjadi. Sewa rumah, bayaran
bil, makanan dan pakaian tidak mampu untuk diperolehi. Lantas dengan faktor inilah menjadikan
jumlah gelandangan semakin banyak di kota besar. Oscar dan Suparlan, 1984 menyatakan
kemiskinan merupakan suatu ketidaksanggupan seseorang untuk memuaskan keperluan-
keperluan materialnya. Ada berbagai alasan yang menjadikan seseorang memilih untuk
menjalani hidupnya sebagai seorang gelandangan. Mulai dari permasalahan psikologi,
kerenggangan hubungan dengan orang tua, atau keinginan untuk hidup bebas. Namun alasan
yang paling kerap digunakan dan paling umum adalah kegagalan para perantau dalam mencari
pekerjaan yang bergaji lumayan. (Info : Sahrullnizam)Sebagai usaha menangani isu
gelandangan ini, beberapa jalan penyelesaian dilakukan. Antaranya ialah usaha oleh pertubuhan
badan bukan kerajaan, Rich Organization yang memperjuangkan isu gelandangan (homeless) di
sekitar Lembah Klang. Begitu juga dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat (KPWKM) telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Isu Golongan
Gelandangan dalam usaha membanteras masalah individu berpeleseran di negara ini melalui
pendekatan yang terbaik. Bagi mereka yang ingin mencari pekerjaan, kaunter Jabatan Tenaga
Kerja dibuka setiap malam Selasa dan Khamis di Masjid India dan kawasan berhampiran
Hentian Puduraya. Selain itu, Mesyuarat Majlis Sosial Negara memutuskan untuk menubuhkan
sebuah Pusat Sehenti Intervensi bertujuan membantu golongan gelandangan. Pusat itu
ditubuhkan bagi menangani isu membabitkan golongan itu serta memberikan perlindungan
sementara supaya selepas itu mereka boleh berdikari.

1
http://documents.tips/documents/isu-gelandangan.html
1.2 Definisi Gelandangan

Gelandangan merupakan orang-orang yang hidup dalam keadaan yang tidak sesuai dengan
norma masyarakat setempat serta tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yantetap di
wilayah tertentu dan hidup di tempat umum. Gelandangan menurut Kamus Dewan Bahasa dan
Pusataka (DBP) ialah orang yang tidak mempunyai tempat tinggal atau pekerjaan yang tetap.
Menurut Hall (2009), istilah gelandangan atau homeless pada asalnya disebut sebagai vagrants
dan digantikan kepada bahasa Eufemistis iaitu homeless. Menurut Sarlito W. Sarwono (1978),
gelandangan adalah orang-orang miskin yang hidup di kota-kota yang tidak mempunyai tempat
tinggal tertentu yang sah menurut hukum.Muthalib dan Sudjarwo (1990), memeberikan tiga
gambaran umum gelandangan iaitu sekelompok orang miskin atau dimiskinkan oleh
masyarakatnya, orang yang disigkirkan dari kehidupan khalayak ramai, dan orang yang berpola
hidup agar mampu bertahan dalam keniskinan dan keterasingan.

Menurut Neo- Marxis dalam teori kebergantungan, di mana integrasi dalam kapitalis global
semakin membatasi kemungkinan untuk mengembangkan cara hidup yang sesuai dengan
struktur dan budaya negara-negara terbelakang sehingga tidak mampu mengejar negara-negara
yang semakin maju, timbullah masalah sosial slah satunya adalah gelandangan. Manakala, Dr
Dominic Mapstone, Social Worker and Director of Rebecca Comunity pula menyatakan
gelandangan sebagai ‘... an inadequate experience of connectednessof family or comunity”.
Melalui takrifan tersebut dapat kita fahamkan bahawa gelandangan merupakan individu atau
sekumpulan orang yang bukan sahaja tidak mempunyai pekerjaan atau tempat tinggal malah
telah hilang peranannya dalam sesebuah keluarga ataupun masyarakat.
2.1 Sebab tajuk dipilih

Melihatkan masalah sosial gelandangan terbiar terutamanya di Kuala Lumpur semakin parah,
kami sebagai seorang mahasiswa terpanggil untuk turut bersama-sama mengubah situasi ini
kepada yang lebih baik. Golongan gelandangan hidup terbiar di merata tempat di ceruk-ceruk
bahu jalan seakan tiada arah dalam kehidupan. Isu gelandangan di Kuala Lumpur bukan satu
perkara baharu. Kajian mendapati kebanyakannya merupakan gelandangan sementara dan hanya
sebahagian kecil merupakan gelandangan tegar. Setakat ini, statistik menunjukkan terdapat lebih
13 ribu golongan gelandangan di sekitar ibu negara menerima bantuan makanan daripada
individu mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) setiap bulan.

Gelandangan perlu difahami secara individu dan tidak hanya dilihat dari luaran hingga melabel
mereka sebagai 'pencemar' kawasan bandar.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilihat telah banyak membantu golongan ini, tetapi ia tidak
mengurangkan jumlah gelandangan di Kuala Lumpur. Inisaitif kami adalah untuk sekurang-
kurangnya membantu mengurangkan dan membaiki kualiti hidup sebahagian golongan ini.

2
3510 _www.blog.projek anti gelandangan
2.2) Faktor mendorong kepada gelandagan

Di zaman serba moden ini, dilihat masalah gelandangan semakin menular. Ia bukan sahaja
berlaku di Malaysia di negara-negara maju seperti Kanada, Amerika Syarikat dan banyak lagi.
Menurut kajian “Homelessness in Malaysia: Policy Sheet”, 1/5 daripada gelandang bergelandang
kerana pendapatan mereka yang rendah. Mereka tidak berupaya berbelanja untuk mengekalkan
kehidupan mereka. Hal ini kerana, Dasar Gaji Minimum di Semenanjung Malaysia adalah
sebanyak RM900 sahaja. Kajian juga mendapati jumlah gendalangan di kawasan urban adalah
jauh lebih banyak jika berbanding dengan kawasan rural, hal ini kerana kos hidup di kawasan
bandar adalah lebih tinggi. Dengan pendapatan minimum iaitu RM900, adalah susah untuk
memenuhi pembelanjaan keperluan. Pada masa yang sama, banyak pekerja tidak mendapat gaji
yang ditetapkan dalam dasar gaji minimum tersebut.

Kajian “Homelessness in Malaysia: Policy Sheet” mendapati 50% gelandang menyatakan


mereka bergelandang kerana mengganggur. Malaysia belum wujud sistem perundangan yang
tertentu untuk membantu penganggur dan memastikan penganggur mendapat pampasan
yang sepatutnya. Tambahan pula, Jabatan Kebajikan Masyarakat hanya menghulurkan bantuan
kepada golongan-golongan kemiskinan yang tertentu sahaja misalnya: Orang Kelainan upaya,
ibu tunggal dan orang tua .Mereka yang kehilangan kerja berisiko mengalami kemiskinan dan
memerlukan bantuan dari pihak berkuasa juga.Sebanyak 15%-30% daripada golongan
gelandangan menghidapi penyakit kronik.Selain itu, 1/5 daripada mereka juga didapati
mempunyai masalah mental. Bagi mereka yang berpenyakit kronik misalnya: diabetes, asma,
penyakit artritis tidakmendapat penjagaan yang sepatutnya dan kurang bersedar dengan penyakit
merekasendiri. Bagi golongan gelandangan yang mempunyai masalah mental mudah diabaikan
dan distigma. Golongan gelandangan juga terdiri daripada penagih dadah.

Mereka memerlukan bantuan institusi dan mendapatkan rawatan yang sesuai agar dapat
membantu mereka untuk melaksanakan peranan sosial mereka sendiri. Selain itu, 1/5 individu
dalam golongan gelandangan adalah orang tua, mereka berusia 60 tahun ke atas. Mereka menjadi
gelandang kerana ditinggalkan oleh keluarga atauanak-anak. Mereka juga pernah bekerja semasa
mereka muda tetapi dieksploitasi oleh majikan dan mereka tidak mendapat pembayaran pencen
yang sepatutnya. Mereka juga terdiri daripada mangsa keganasan rumah tangga dan mereka
melarikan diri dari rumah tersebut dan terpaksa tinggal di kawasan awam, misalnya ibu tunggal.
2.3 Kesan terhadap masyarakat

Fenomena gelandangan mendorong kepada pelbagai masalah dari segi individu, masyarakat
mahupun negara. Antara faktor terbesar yang mendorong kepada masalah ini ialah kerena
hampir kesemua gelandangan tidak mempunyai rumah untuk berteduh dan tidak mempunyai
wang untuk menyara kehidupan. Bahagian ini akan menumpukan kepada masalah yang dihadapi
di Malaysia yang berpunca dari fenomena gelandangan

A. INDIVIDU

Individu yang menggelandang akan terdedah kepada pelbagai masalah. Pertama, menggelandang
menyukarkan mereka untuk memperoleh pekerjaan. Ini kerana, persepsi oleh sesetengah pihak
yang melihat individu yang menggelandang sebagai seorang mempunyai masalah mental. Selain
itu, mereka juga dilihat sebagai seorang yang bermasalah dan malas. Maka, peluang untuk
memperoleh pekerjaan juga adalah sukar. Kedua, individu yang menggelandang juga terdedah
kepada pelbagai risiko penyakit merbahaya. Ini kerana, faktor persekitaran yang kurang bersih
dan juga gaya hidup mereka. Ada juga yang menjadi mangsa penderaan dan ada juga yang
mempunyai masalah ketagihan minuman keras. Gaya hidup dan persekitaran yang tidak sihat ini
akan menjadikan mereka lebih terdedah kepada penyakit merbahaya. Seterusnya, keadaan
mereka yang kekurangan wang menjadikannya sukar bagi mereka untuk merawat masalah
kesihatan yang dihadapi oleh mereka lalu dibiarkan berlanjutan. Masalah yang dihadapi oleh
mereka menyukarkan mereka untuk memperoleh bantuan dari kerajaan dan mendapatkan
perkerjaan seterusnya meyukarkan mereka untuk keluar dari masalah gelandangan.
B. MASYARAKAT

Bagi masyarakat pula, masalah gelandangan menjadikan mereka takut untuk berjalan di kawasan
yang diduduki oleh golongan gelandangan. Ini kerana, mereka bimbang sekiranya mereka akan
dicederakan atau golongan ini datang merayu memohon pertolongan kepada mereka. Selain itu,
keadaan persekitaran golongan gelandangan yang tidak terurus menjadikan mereka bimbang
sekiranya dijangkiti penyakit yang dihadapi oleh golongan gelandangan. Seterusnya, golongan
gelandangan yang berada di kawasan kota kadang-kala menyukarkan penduduk untuk ke tempat
kerja oleh kerana sesetengah lorong atau kawasan di bawah jambatan telah didominasi oleh
golongan ini, maka penduduk perlu mencari alternatif lain untuk berjalan ke tempat kerja.
Faktor-faktor sebegini yang mendorong masyarakat berasa simpati terhadap golongan
gelandangan dan pada masa yang sama, menimbulkan persepsi negatif terhadap golongan ini.

C. NEGARA

Dalam konteks negara pula, golongan gelandangan sedikit sebanyak akan mengganggu imej dan
ekonomi negara. Oleh kerana mereka tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap, maka
golongan gelandangan ini kebiasaannya dapat dilihat di kawasan kaki lima dan di lorong-lorong
jalan. Keadaan mereka yang tinggal dalam keadaan yang tidak tetap menjadikan pengunjung dari
kawasan luar tidak selesa. Ia dilihat sebagai suatu perkara yang mengganggu imej negara biarpun
bukan kehendak mereka untuk hidup sebegitu. Kadang-kala, golongan ini datang memohon
bantuan di dalam kedai-kedai yang berada di sekitar mereka. Keadaan mereka yang tidak terurus
menjadikan pelanggan tidak selesa dan meninggalkan kedai tersebut. Hal ini akan mengganggu
perniagaan mereka yang berada di sekitar kawasan gelandangan. Terdapat pihak yang prihatin
terhadap keadaan golongan gelandangan ini namun bantuan yang diberikan perlulah mengikut
saluran yang betul agar masalah ini tidak semakin menular.

3
2.4 Tindakan yang telah diambil oleh kerajaan

Masalah gelandangan telah menyumbang terhadap masalah kebersihan di Kuala Lumpur


khususnya lokasi-lokasi tumpuan pengunjung/pelancong. Mereka tidur di tempat-tempat yang
tidak sesuai di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dalam persekitaran yang tidak bersih dan
terdedah kepada penyakit berjangkit.

Manakala golongan pengemis pula kebanyakannya meminta sedekah di hadapan kompleks


perniagaan, tepi-tepi jalan dan sebagainya. Kedua-dua faktor ini bukan sahaja menyumbang
kepada masalah kebersihan, malah turut menyumbang pelbagai masalah lain seperti sosial;
keselamatan; menjejaskan imej Kuala Lumpur dengan pandangan kurang elok jika dilihat oleh
pelancong. Menurut siasatan oleh pihak berkuasa, didapati terdapat sindiket yang beroperasi
membawa golongan ini untuk mengemis di ibukota terutamanya di kawasan yang menjadi
tumpuan orang ramai. Mengemis juga seolah-olah telah dijadikan sebagai satu kerjaya yang
mendatangkan hasil yang lumayan. Malah, terdapat diantara pengemis yang pernah ditahan oleh
pihak berkuasa menginap di hotel-hotel berdekatan dengan tempat mereka mengemis;

Bagi tahun 2013, operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL) telah mengangkut sejumlah 965 orang gelandangan dan didapati 125 orang daripada
mereka adalah pendatang asing . Pada tahun 2014 (sehingga Mei) sejumlah 117 orang
gelandangan telah berjaya diangkut menerusi operasi bersepadu yang dijalankan dan didapati 21
orang daripada mereka adalah pendatang asing.

Masalah gelandangan ini menjadi semakin rumit apabila mereka mempunyai kumpulan
masing-masing yang menguasai kawasan tertentu. Masalah timbul apabila mereka berebut
kawasan dan berlaku pergaduhan diantara mereka;
Antara faktor yang menyumbang kepada masalah gelandangan ialah tiada pekerjaan, miskin,
masalah mental/kemurungan,/penyakit melarat, warga asing tiada pekerjaan, ketidakupayaan
mengurus diri, ditinggalkan keluarga serta penagihan dadah/arak/bekas banduan dan warga
emas.

Kawasan “Hot Spot” masalah gelandangan di Kuala Lumpur ialah Mydin Kotaraya; Masjid
Negara; Central Market; Menara Maybank; Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India,
Jalan Tiong Nam (Chow Kit), Jalan Silang, Masjid Jamek, Bank Negara, Bulatan Sultan
Mohamad dan Dataran Merdeka.

Antara pendekatan strategik yang akan dilaksanakan bagi menangani masalah gelandangan
ialah Pelaksanaan Zon Sifar Gelandangan iaitu 2.0 KM Radius bermula daripada Simpang
Empat Lot 10. Pemilihan kawasan ini adalah berasaskan kepada aspek tumpuan pelancong,
kawasan perniagaan dan berada di pusat Bandar Kuala Lumpur.

Tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan di kawasan ini dengan mengenakan denda dan
bayar serta merta (terhadap mereka yang memberi makanan dan derma) serta melaksanakan
proses “pungutan” terhadap gelandangan dan pengemis yang berada di kawasan berkenaan.

Pihak DBKL juga akan melaksanaan Perundangan Di bawah PBT di mana penggubalan
undang-undang kecil akan dilaksanakan yang memberi kuasa kepada pihak DBKL untuk
mengangkut golongan gelandangan dan pengemis yang berada di 2.0 km radius dan
menyerahkan kepada pihak yang berwajib untuk tindakan selanjutnya seperti PDRM,
Imigeresen; Jabatan Kebajikan Masyarakat; AADK dan pihak-pihak lain yang berkenaan.

Di samping itu, Kementerian Wilayah Persekutuan akan bekerjasama rapat dengan Agensi
Kerajaan yang lain serta NGO-NGO yang berkaitan secara bersepadu bagi mewujudkan prosedur
operasi standard (SOP) untuk memastikan masalah ini dapat ditangani secara berkesan.

Sehingga kini, pihak DBKL telah mengenalpasti 12 NGO yang aktif memberi makanan
kepada golongan gelandangan ini mengikut hari dan waktu serta lokasi popular pengagihan
makanan seperti Pasar Seni; Dataran Kota Raya; Stesen Bas Klang, Masjid India; Masjid
Negara; Bangkok Bank, Jalan Tun HS Lee; Kota Raya; Pudu Sentral; dan Swiss Garden Hotel,
Jalan Pudu.

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bersama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
akan mengenalpasti pusat pengagihan makanan yang sesuai supaya NGO terbabit dapat
meneruskan aktiviti sukarelawan serta menderma makanan kepada golongan ini. Usaha ini juga
mampu mengurangkan masalah kekotoran yang akan timbul akibat pembuangan sampah oleh
golongan berkenaan. Pemilihan lokasi ini juga akan mengambil kira daripada aspek kesampaian
yang mudah kepada golongan gelandangan ini.

KWP bersama dengan DBKL akan mengenalpasti lokasi yang sesuai bagi penempatan golongan
ini iaitu dengan menyediakan bangunan seperti konsep “Anjung Singgah” yang akan
menyediakan beberapa kemudahan untuk golongan gelandangan seperti:

 Menyediakan makanan yang berkhasiat secara percuma dan pihak NGO juga dialu-
alukan untuk menyumbang makanan di pusat pengumpulan golongan tersebut;
 Menyediakan tempat rehat dan tidur bagi memberikan keselesaan dan keselamatan
kepada golongan ini;
 Menyediakan pusat rawatan kesihatan bagi memastikan tiada masalah penyakit
berjangkit akan tersebar oleh golongan ini;
 Menyediakan pusat pendaftaran bersepadu yang akan merekod perihal golongan ini
dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk maklumat diri, waris dan
sebagainya;
 Menyediakan kemudahan riadah, mendobi pakaian dan sebagainya untuk kesihatan dan
kekemasan diri; dan
 Menyediakan perkhidmatan kaunseling dan membantu mendapatkan pekerjaan yang
bersesuaian.
Justeru, saya ingin menafikan sekeras-kerasnya bahawa kerajaan bertindak zalim dan tidak
berperikemanusiaan, sebaliknya tindakan tersebut adalah bagi membantu golongan gelandangan
dan pengemis ini dengan kehidupan yang lebih baik dan sempurna melalui perkhidmatan yang
disediakan di ‘Anjung Singgah’.

Usaha-usaha yang dilaksanakan ini juga adalah bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan
warga kota sentiasa terpelihara serta aktiviti-aktiviti sindiket mengemis dapat dibanteras.

Saya menghargai segala usaha murni yang dilaksanakan oleh NGO-NGO yang terlibat dan Ketua
Setiauasaha Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengadakan perbincangan bersama dengan
NGO-NGO ini pada hari Selasa (8 Julai 2014) bagi menetapkan lokasi yang bersesuaian supaya
pengagihan makanan dan bantuan-bantuan lain dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.

4
http://www.mykmu.net/2014/07/kerajaan-serius-tangani-masalah-pengemis-dan-gelandangan-di-kuala-lumpur-
ku-nan/
2.5 Kelemahan dari tindakan yang telah diambil

Antara kelemahan dari tindakan yang telah diambil bukan sahaja melibatkan dari segi social
masyarkat malah turut melibatkan insiatif yang efektif dan berkesan perlu dilakukan.

Dari dimensi ini, kemisikinan/gelandangan merupakan sesuatu yang terhasil daripada masalah
sosio-ekonomi yang wujud dalam sesuatu masyarakat dan bukanlah sesuatu yang diakibatkan
oleh kelemahan individu itu sendiri. Antara sebab musabab kemisikinan yang berhubung dengan
masalah masyarakat adalah seperti berikut:

 Konflik
konflik seperti peperangan, rusuhan dan sebagainya akan menyebabkan kegiatan
ekonomi terbantut dan ia juga membinasakan infrastruktur yang penting untuk menjana
kekayaan. Semua ini akan menyebabkan kemiskinan berlaku.

 Ketidakadilan Sosial
Menurut teori Marxisme, dalam masyarakat yang mengamalkan ekonomi pasaran bebas,
kemisikinan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Dalam masyarakat ini, harta
cenderung untuk bertumpu kepada golongan yang terkaya, manakala orang yang misikin
cenderung menjadi lebih miskin. Ini adalah kerana dalam pasaran bebas, komoditi itu
dijualkan kepada mereka yang mampu menawarkan harga yang lebih tinggi. Prinsip ini
menyebabkan faktor pengeluargan seperti tanah, cenderung dimiliki oleh golongan
terkaya, kerana mereka mempunyai kuasa pembelian yang lebih tinggi. Pemilikikan
faktor pengeluaran ini akan menyebabkan orang terkaya ini menjadi lebih kaya, dan
mereka akan membeli lebih banyak faktor pengeluaran di pasaran bebas. Proses ini akan
berterusan, sehingga golongan terkaya ini memonopoli segala faktor pengeluaran, dan
menyebabkan orang lain dalam masyarakat miskin kerana tidak memiliki faktor
pengeluaran.
Tetapi teori ekonomi marxisme sudah dibukti salah oleh ramai ahli
ekonomi.[1][2][3][4] Semua negara yang telah cuba mengikuti cadangan Karl Marx gagal
mengurangi kemiskinan. Kini hampir semua ahli ekonomi dan ahli sejarah ekonomi
cadangkan ekonomi bebas untuk mengurangi kemiskinan.[5]

 5 Hal ini juga boleh dikaitkan dengan fenomena penyingkiran sosial yang berlaku
kerana ketidakseimbangan dalam program pembangunan masyarakat dan juga peluang
pendidikan yang tidak menyeluruh. Lazimnya masyarakat marginal seringkali dikaitkan
dengan kemiskinan dan hidup serba naif. Demi menampung keperluan, mereka
mempunyai kecenderungan untuk terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral, menyalahi
etika dan norma, dan pelbagai aktiviti negatif seperti terlibat dalam penagihan narkoba,
pengedaran narkoba, pelacur dan individu yang terlibat dengan jenayah.

5
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kemiskinan/gelandangan
2.6 Cadangan untuk memperbaiki kelemahan

Pada dasarnya masalah gelandangan sangat berkait dengan faktor kemisikinan. Selain itu juga
gelandangan ini juga turut mampu menjadi pekerja yang dapat memberi manfaat dan membantu
ekonomi keluarga mereka. Namun cadangan untuk memperbaiki melalui penguatkuasaan
undang-undang tidak cukup dan terdapat banyak yang perlu diperbaiki.

Antara cadangan untuk memperbaiki kelemahan :

 Individu
- Seseorang itu akan cenderung untuk tidak berusaha dan kurang kompeten. Hal ini
disebabkan penguatkuasaan undan-undang yang dilakukan oleh badan-badan NGO, di
mana menyediakan segala keperluan tanpa membantu gelandangan tersebut untuk
membantu mereka berusaha.Sebagai contoh membantu mereka dari segi pendidikan dan
seterusnya melonjakkan mereka untuk berfikir secara kompetitif.

 Pembangunan ekonomi
- Pembangunan ekonomi bermaksud kerajaan perlu memastikan barangan dan
perkhidmatan yang ditawarkan adalah berpatutan untuk memastikan isu gelandangan ini
berkurangan.Namun pembangunan ekonomi perlu disertai dengan pegagihan pendapatan
yang adil dan saksama.

 Pembangunan masyarakat
- Pembangunan masyarakat ini melibatkan cara dan kaedah masyarkat untuk membantu
dan bekerjasama dalam membanteras isu ini.Hal ini kerana,dengan adanya kerjasama
yang bersepadu antara kerajaan dan masyarakat cadangan untuk memperbaiki dapat
diperkukuhkan.
6

6
https://www.scribd.com/doc/86197504/gelandangan
KESIMPULAN DAN SARANAN

3.1. Kesimpulan

Perilaku gelandangan dan pengemis erat kaitannya dengan urbanisasi dan urbanisasi erat
kaitannya dengan adanya kesenjangan pembangunan wilayah pedesaan dan perkotaan. Selama
adanya kesenjangan ini maka urbanisasi akan sulit dibendung dan akan memberi peluang
munculnya kegiatan sektor informal seperti kegiatan gelandangan dan pengemis. Pada
hakikatnya tidak ada norma sosial yang mengatur perilaku gelandangan dan pengemis. Perilaku
gelandangan dan pengemis berkembang secara almiah dan melalui pemikiran yang rasional.
Pendidikan keluarga gelandangan dan pengemis pada umumnya rendah.

3.2. Saranan

Langkah pertama yang dapat disarankan adalah dengan tetap mengadakan Razia dan hasil
razia dipakai untuk memilah-milih pelaku gelandangan dan pengemis,terutama dipisahkan
pelaku gelandangan dan pengemis yang mempunyai motivasi untuk beralih pekerjaan.
Pembinaan tetap dilakukan dengan berusaha menyentuh keserasian pemenuhan kebutuhan
material dan spiritual serta keserasian pemenuhan kebutuhan jangka pendek dan jangka panjang.
Langkah selanjutnya adalah mengembangkan usaha-usaha yang telah menampakkan hasil di
desa asal. Semua langkah ini diikuti dengan langkah pemenuhan kebutuhan spiritual untuk
memelihara sikap idealis yang telah ada di masyarakat.
LAMPIRAN

Figure 1 : seorang gelandangan yang cuba meminta sedekah dari pemandu-pemandu di jalan raya.
Figure 2 : menemuramah bersama seorang warga gelandangan

Figure 3 : pembabitan masyarakat dalam membantu gelandangan


RUJUKAN

1) http://documents.tips/documents/isu-gelandangan.html

2) http: // 3510 _www.blog.projek anti gelandangan.html

3) https://prezi.com/kmg4pwak4ark/isu-gelandangan-di-malaysia/

Anda mungkin juga menyukai