Anda di halaman 1dari 10

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan


kurniaNya, akhirnya kertas projek ilmiah tahun akhir ini dapat disempurnakan.
Walaupun pada peringkat awal saya mengalami pelbagai masalah dan kesulitan,
namun dengan berkat kesabaran dan dedikasi yang ada serta sokongan dari semua
pihak, akhirnya projek ini dapat disempurnakan.
Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Dr. Wan Anita
Wan Abas selaku penyelia saya bagi projek ini kerana telah memberi banyak
bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang proses menyiapkan projek ini. Tanpa
bimbingan dan tunjuk ajar beliau, mungkin saya tidak dapat memahami dan
menyiapkan kertas projek ini dengan baiknya. Saya juga ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah di Jabatan Komunikasi yang
tidak putus asa memberikan kata-kata semangat dan dorongan untuk saya
menyiapkan kertas projek ilmiah tahun akhir ini.
Sekalung penghargaan buat rakan-rakan seperjuangan yang memahami
perit getir dan penat lelah di dalam menyiapkan kertas projek ilmiah tahun akhir
ini. Bahkan, saling memberi sokongan dari sudut fizikal, mental dan moral.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan
ahli keluarga saya yang sering mendoakan kejayaan saya di sini. Selangkah kita
meninggalkan dunia universiti ini, cabaran yang lebih besar telah menanti di luar
sana. Semoga kita sama-sama dapat mengharunginya dengan tabah, sabar dan
tekad.
Mudah-mudahan segala sumbangan yang diberikan melalui kertas projek
ilmiah tahun akhir ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah
S.W.T.. Semoga semuanya mendapat kebahagiaan dan memperoleh kejayaan di
dunia dan akhirat.
Sekian, wassalam.

i
KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGHARGAAN....................................................................................... i
SENARAI JADUAL................................................................................... iv
SENARAI RAJAH...................................................................................... v
SENARAI AKRONIM................................................................................ vi
ABSTRAK................................................................................................... vii
ABSTRACT................................................................................................. ix

BAB
1 PENGENALAN
Latar Belakang Kajian............................................................... 2
Penyataan Masalah.................................................................... 5
Obkjektif Kajian........................................................................ 7
Kepentingan Kajian................................................................... 8
Limitasi Kajian......................................................................... 9

2 SOROTAN LITERATUR
Perkembangan Telefon Pintar.................................................... 10
Internet Medium Komunikasi.................................................... 15
Telefon Pintar Dalam Pembelajaran.......................................... 18
Teori Penggunaan Dan Pemuasan Kehendak............................ 22

3 METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian................................................................... 26
Lokasi Kajian............................................................................. 27
Persampelan dan Responden Kajian.......................................... 28
Operasional Pemboleh Ubah...................................................... 29
Instrumen Kajian........................................................................ 30
Pra Uji Kajian............................................................................. 34
Pengumpulan Data...................................................................... 38
Analisis Data............................................................................... 39

4 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Profil Responden......................................................................... 40
Pola Penggunaan Telefon Pintar................................................. 43
Tahap Hubungan Interaksi Pelajar UPM.................................... 45

ii
Tujuan Dan Tahap Penggunaan Telefon Pintar.......................... 47
Tahap Pemuasan Penggunaan Telefon Pintar............................. 49
Perkaitan Antara Tahap Penggunaan Dan Pemuasan................. 50

5 KESIMPULAN HASIL KAJIAN DAN CADANGAN


Penyataan Masalah...................................................................... 52
Objektif Kajian............................................................................ 54
Metodologi Kajian....................................................................... 55
Rumusan Hasil Kajian................................................................. 56
Implikasi Kajian.......................................................................... 57
Cadangan Hasil Kajian................................................................ 58
Cadangan Kajian Akan Datang................................................... 59
Kesimpulan................................................................................. 60

RUJUKAN................................................................................. 61
LAMPIRAN............................................................................... 70

iii
SENARAI JADUAL

Jadual Halaman
1 Kronologi keluaran telefon pintar (Reed, 2010) 12
2 Perbandingan reabiliti tujuan dan tahap penggunaan telefon 35
pintar
3 Perbandingan reabiliti tahap pemuasan penggunaan telefon 36
pintar dalam pencarian maklumat berunsurkan pelajaran
4 Taburan responden mengikut profil 42
5 Taburan responden mengikut pola penggunaan telefon 44
pintar dan pemilikan gadjet
6 Taburan responden mengikut tahap hubungan interaksi 47
pelajar dengan pensyarah dan pelajar dengan rakan
7 Taburan responden mengikut tujuan dan tahap penggunaan 48
telefon pintar
8 Taburan responden mengikut keseluruhan tahap 49
penggunaan telefon pintar
9 Taburan responden mengikut tahap pemuasan penggunaan 50
telefon pintar dalam pencarian maklumat berunsurkan
pelajaran
10 Ujian korelasi antara tahap penggunaan telefon pintar dan 51
tahap pemuasan penggunaannya

iv
SENARAI RAJAH

Rajah Halaman
1 Carta penduduk kini yang mempunyai telefon 14
2 Ukuran kepuasan ‘perasaan’ 33

v
SENARAI AKRONIM
Akronim
GPS Global Positioning System
IP Internet Protocol
IPT Institusi Pengajian Tinggi
PDA Personal Digital Assistant
SPSS Statistical Package for the Social Science
UPM Universiti Putra Malaysia
WiFi Wireless Fidelity
U&G Uses & Gratification

vi
PENGGUNAAN TELEFON PINTAR DALAM KALANGAN PELAJAR
UPM DALAM MENCARI MAKLUMAT BERUNSURKAN PELAJARAN

Oleh

NOTFATUN NIKMAH BINTI MOHAMED

JUN 2014

Penyelia : Wan Anita Wan Abas, PhD

Fakulti : Bahasa Moden dan Komunikasi

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengunaan telefon pintar dalam
kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam mencari maklumat
berunsurkan pelajaran. Bagi mengkaji tahap penggunaan telefon pintar dalam
kalangan pelajar UPM ini, faktor jantina, bangsa, semester pengajian, fakulti
pengajian, jenis rangkaian akses internet serta jangka masa penggunaan telefon
pintar dalam sehari. Selain itu, kajian ini juga mengkaji tahap pemuasan
penggunaan telefon pintar dalam pencarian maklumat berunsurkan pelajaran sama
ada rendah, sederhana, atau tinggi. Seramai 100 responden telah dijadikan sampel
untuk mewakili populasi pelajar di UPM. Satu set soal selidik yang merangkumi
latar belakang, hubungan interaksi antara pelajar dengan pensyarah dan rakan,
ukuran tahap penggunaan telefon pintar, ukuran tahap pemuasan penggunaannya.
Data kajian dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social

vii
Science (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa hampir separuh responden
kajian menggunakan telefon pintar dalam jangka masa 11 jam – 15 jam dalam
sehari. Manakala, jumlah tertinggi bagi tujuan penggunaan telefon pintar dalam
kalangan pelajar adalah untu tujuan sosial. Implikasi kajian penggunaan telefon
pintar ini telah menyebabkan kurangnya interaksi bersemuka antara pelajar dan
pensyarah.
Kata Kunci: telefon pintar, penggunaan dan pemuasan kehendak, pelajaran

viii
SMARTPHONES USED AMONG STUDENTS UPM IN FINDING
INFORMATION ABOUT EDUCATION

By

NOTFATUN NIKMAH BINTI MOHAMED

JUN 2014

Supervisor : Wan Anita Wan Abas, PhD

Faculty : Modern Language and Communication

Abstract

This study aims to investigate the level smartphones used among University Putra
Malaysia (UPM) students in finding information about education. To investigate
that, gender, race, semester, faculties, the types of internet access and networking
and how hours used smartphones per day. In addition, this study also examines
the level of satisfaction in the use of smartphones in finding information about
education are low, medium, or high. A total of 100 respondents were used as a
representative sample of the student population at the university. A questionnaire
covering background, the interaction between students with lecturers and friends,
the measure used of smartphones, and the measure of satisfaction in used it. Data
were analyzed by the Statistical Package for the Social Science (SPSS). The
results showed that almost half of the respondents use a smartphones within 11
hours - 15 hours per day. However, social purpose is the highest amount students

ix
used smartphones. The implication in this study has resulted less face to face
interaction between students and lecturers.
Keyword: smartphone, uses and gratification, education

Anda mungkin juga menyukai