Anda di halaman 1dari 6

CONTOH AMALAN RIBA

Seperti yang sedia diketahui, pada zaman globalisasi ini, amalan riba amatlah
berleluasa. Apakah pula yang dimaksudkan dengan riba?. Secara umumnya riba boleh
disimpulkan sebagai pengambilan tambahan, baik dalam transaksi jual beli mahupun
pinjam-meminjam secara batil yang bertentangan dengan prinsip muamalat Islam.

Di dalam al-Quran juga telah dinyatakan dengan maksud riba.

Ia sebagaimana firman Allah SWT yang maksud-Nya: Wahai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang
salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan
secara suka sama suka di antara kamu…(an-Nisaa’: 29)

Jadi, setelah mengetahui maksud riba ini, kita beralih pula kepada contoh-contoh
riba. Daripada hasil dapatan saya, banyak institusi sekarang ini mengamalkan riba di
dalam perniagaan mereka. Sebagai contoh, institusi perbankan dan lain-lain lagi.

Contoh pertama yang ingin dikongsi adalah pelbagai kemudahan pada masa kini.
Hal ini termasuk juga dalam pembayaran bil-bil Astro dan juga bil-bil pra-bayar telefon
bimbit. Tidak kita sedari bahawa sebenarnya kemudahan-kemudahan ini telah terlibat
secara tidak langsung dalam riba. Sebagai contoh, urusan pembayaran bil-bil ASTRO
yang begitu mudah membuat pemotongan sekiranya terlewat dibuat bayaran. Caj
penyambungan semula RM 20 yang dikenakan adalah dianggap tidak setimpal dengan
kos yang perlu dibayar lantaran konsep yang dipraktikkan hanyalah sekadar melalui
sentuhan butang-butang papan panel komputer semata-mata dan kadar yang sama
dicaj secara berterusan selagi kelewatan masih terus berlaku dan begitulah
selanjutnya,suatu kadar caj yang sama sekali tidak adil terhadap pengguna jika
difikirkan keseimbangan dari segi servis perkhidmatan yang sering terganggu setiap kali
hujan.
Tidak ketinggalan juga bil-bil prabayar telefon bimbit sama ada Maxis, Celcom
ataupun Digi. Ia seringkali tidak dapat digunakan setiap kali tamat tempoh walaupun
jumlah isian masih mempunyai sejumlah baki. Setiap kali membuat isian, para
pengguna seolah-olah ‘dipaksa’ menghabiskan setiap jumlah baki yang ada mengikut
tempoh tertentu meskipun hakikatnya ia masih boleh dijimatkan jika perlu.

Contoh seterusnya adalah sistem perbankan. Sistem perbankan adalah sistem


kewangan yang dikenal pasti paling banyak menjalankan urusan riba', seperti pinjaman
rumah, kereta dan lain-lain. Dalam sistem perbankan konvensional, faedah dikenakan
ke atas peminjam, bermakna peminjam terpaksa membayar dalam jumlah yang lebih
tinggi daripada jumlah sebenar yang dipinjam. Jika peminjam gagal membayar pada
tempoh yang ditetapkan, jumlah faedah yang dikenakan juga akan bertambah tinggi
dan sekiranya si peminjam gagal juga membayar pinjaman tersebut, bank dengan
mudahnya akan membawa kes tersebut ke mahkamah yang seterusnya boleh
membawa kepada perisytiharan muflis terhadap si peminjam.

Selain daripada contoh yang dinyatakan di atas, terdapat lebih banyak lagi
kegiatan riba yang diamalkan pada masa kini. Jadi, adalah tanggungjawab kita sebagai
seorang muslim untuk mengetahui dan menjauhinya.

Aspek seterusnya pula adalah impak riba ini kepada diri sendiri dan orang
sekeliling. Seperti yang telah diketahui, riba ini adalah amat berbahaya. Arak
diharamkan kerana ianya boleh menyebabkan seseorang itu hilang akal. Mencuri
diharamkan kerana ianya akan mengambil hak orang lain tanpa izin. Rasuah
diharamkan kerana ia boleh menyebabkan seseorang itu mengambil suatu yang bukan
haknya melalui rasuah walaupun dia sebenarnya tidak patut memperolehinya atau
melepaskan diri dari hukuman melalui rasuah. Zina diharamkan kerana ianya boleh
melahirkan anak di luar nikah yang akhirnya akan memporakperandakan
masyarakat dan institusi kekeluargaan. Riba juga tidak terkecuali yang akhirnya akan
meruntuhkan institusi kewangan kita.
Islam sangat menggalakkan sifat tolong menolong di antara satu sama lain.
Firman Allah yang bermaksud:

…dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan
janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan
dan bertakwalah kepada Allah… (al-Maidah: 2)

Falsafah di sebalik pinjaman dalam Islam ialah untuk memenuhi keperluan


seseorang yang dalam kesusahan dan memupuk semangat tolong menolong antara
satu sama lain. Dan dalam konteks riba ini, dengan mengenakan caj tambahan yang
kadangkala berganda-ganda, ia akan melenyapkan nilai-nilai mulia ini malah dengan
amalan riba ini telah menyuburkan sikap mengeksploitasi dan menindas golongan yang
sedang dalam kesusahan. Akhirnya lahirlah manusia yang tamak, mementingkan
kepentingan sendiri dan menjadi hamba kepada harta.

Selain itu, Islam juga mengharamkan riba kerana ia bercanggah dengan fitrah
kehidupan manusia di mana setiap individu perlu menjadi anggota atau unsur kepada
produktiviti. Akan tetapi menerusi amalan riba ini menyebabkan manusia menjadi malas
untuk berusaha dan hanya memikirkan bagaimana hendak melipatgandakan
keuntungan di atas keringat orang lain.

Selain itu,juga, menerusi kegiatan riba ini, harta tidak berkembang dan hanya
berlegar di kalangan orang-orang kaya sahaja. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan,
supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-
kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan) dan sebaliknya sesuatu
pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah
semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh
pahala berganda-ganda. (al-Rum: 39)

Oleh itu, masalah riba ini perlulah diselesaikan dengan berkesan. Antara cara
yang boleh digunakan ialah pertama, melaksanakan sistem perbankan islam. Bagi
membolehkan sistem perbankan yang diamalkan selaras dengan hukum Islam,
urusniaga faedah (riba) adalah diharamkan sama sekali. Sebaliknya, bank masih boleh
menjana keuntungan walaupun tanpa urusniaga riba melalui konsep-konsep berikut:-

Mudharabah (perkongsian keuntungan)


Wadiah (simpanan amanah)
Musyarakah (usaha sama)
Murabahan (kos tambahan)
Ijarah (pajakan)

Seterusnya, untuk sistem Insurans pula, para ulama telah sepakat memutuskan
Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Dasar Tabarru'at menjadi teras
utama yang membina paksi Takaful. Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan
pengurusan Takaful untuk seiring dengan keredhaan Syarak dalam soal Muamalah
Islam. Dengan penggunaan Tabarru'at ini, maka Takaful terselamat dari terkena unsur
gharar dan maisir.

Sesungguhnya Allah SWT telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan


riba,maka sesiapa yang telah sampai peringatan dari Allah SWT tentang perkara
tersebut adalah wajar baginya berhenti dari mendekatinya atau menggunakannya
dengan apa cara atau sumber sekalipun,apa yang telah terjadi sebelumnya adalah
terpulang kepada ketentuan-Nya sebaliknya jika diteruskan selepas mengetahui akibat
atau implikasi,maka kemurkaan Allah SWT amatlah berat.
ISI KANDUNGAN

Bilangan Perkara Halaman

1 Penghargaan

2 Pengenalan

3 Perbezaan sistem kewangan islam dengan sistem


kewangan konvensional

4 Amalan riba masa kini

5 Perbezaan hukuman antara undang-undang islam


dengan undang-undang sivil

6 Hukuman Kisas dan Hudud

Refleksi

7 Bibliografi

8 Lampiran

9 Kolaborasi

Anda mungkin juga menyukai