Anda di halaman 1dari 9

PTPTN, Status Shariah & Kos

Perkhidmatan
Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

Terlalu ramai yang bertanya kepada saya tentang PTPTN. Saya cuba mengelak
dari membuat sebarang ulasan di dalam web saya kerana mendapat info
bahawa mereka sedang dalam proses islamisasi produk mereka. Bagaimanapun
demi, bersikap adil kepada hukum dan ilmu, saya tiada pilihan kecuali perlu
menguraikannya demi menjawab persoalan orang yang-orang yang bertanya
dengan adil.

Jawapan mudah saya, apa yang dilakukan dengan 3 % sebagai kos


perkhidmatan adalah riba. Bagaimanapun saya mendapat tahu bahawa,pihak
PTPTN sedang berusaha untuk mengubah kepada sistem Islam cuma masih gagal
mengimplementasikannya disebabkan oleh masalah sistem pengkomputeran
sedia ada dan lain-lain masalah yang tidak diketahui.

Saya difahamkan beberapa pakar Shariah dan bank Islam di Malaysia telah
membentangkan beberapa cadangan struktur pembiayaan pelajaran baru
berlandas aqad Ijarah, Bai' dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, banyak yang
menemui jalan buntu dan sebahagiannya masih dalam proses penyemakan dan
penilaian.

Dari sudut Shariah, 3 % yang diletakkan sebagai kos perkhidmatan itu adalah
dianggap sebagai Riba. Tidak dinafikan bahawa para ulama sedunia telah
meluluskan bahawa halal bagi sesuatu pinjaman yang dibuat atas asas Qardhul
Hasan mengenakan sejumlah kos perkhidmatan kepada peminjam,
bagaimanapun cara yang digunakan oleh PTPTN adalah tidak menepati fatwa
tersebut.

Apa itu Qard

‘Qard' dari sudut definisinya bermaksud pertukaran atau perpindahan hak milik
sesuatu aset atau wang dari pemilik asal kepada pihak lain dengan syarat,
pihak lain itu berkewajiban memulangkan aset atau wang yang dipinjam
tersebut atau yang sama nilainya pada kemudian hari.

Dalam kata lainnya, ia adalah satu jenis pemberian hutang dalam bentuk
sejumlah wang atau pinjaman barangan seperti meminjamkan kereta atau
telefon bimbit kepada orang lain dengan syarat ianya dipulangkan semula pada
kemudian hari.
Pinjaman atau ‘Qard' dalam Islam adalah merupakan satu kontrak yang di
asaskan atas dasar bantu membantu, sukarela (tabarru') dan belas kasihan
kepada individu yang memerlukan (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/353). Atas
sebab itu, Islam menyanjung tinggi amalan ini sehinggakan Nabi SAW bersabda :
"Barangsiapa yang melepaskan satu kesukaran saudaranya, maka Allah akan
melepaskan pelbagai kesukarannya di akhirat.." (Riwayat Muslim)

Sebuah lagi hadith menyebutkan kelebihan pinjaman tanpa faedah


sebagaimana hadith berikut : Dari Anas ra berkata: " bersabda Rasulullah SAW,
aku telah nampak pada malam aku diperjalankan (pada malam isra' mikraj),
tertulis di pintu syurga : satu sedeqah dipergandakan pahalanya sebanyak
sepuluh kali, manakala ‘qard' atau pinjaman tanpa faedah digandakan sebanyak
lapan belas kali ganda..." (Riwayat Ibn Majah, 2/812)

Qard ( Pinjaman ) Tidak Boleh diJadikan Asas Perniagaan

Berdasarkan asas tersebut, kontrak pinjaman ini tidak sesekali boleh dijadikan
sebagai alat untuk perniagaan atau meraih keuntungan di dalam Islam. Bagi
memastikan objektif kebajikan dan bantuan dalam ‘Qard' tercapai, Islam
meletakkan kewajiban , bagi setiap pinjaman wang (cth : RM 5000) mestilah
dipulangkan pada kemudian hari dengan jumlah yang sama tanpa sebarang
tambahan dan manfaat lain yang dipaksakan atau diipersetujui. Sekiranya
terdapat sebarang tambahan (cth 3 % dari jumlah RM 5000 sebagai bunga atau
manfaat lain), sepakat seluruh ulama menyebut ianya termasuk dalam kategori
Riba an-Nasiah yang disepakati haramnya. (Al-Jami' fi Usul al-Riba, hlm 217).

Isu kos perkhidmatan dalam pinjaman

Sungguh ramai yang mengajukan pertanyaan kepada saya berkenaan hukum kos
perkhidmatan dan pengurusan yang dikenakan bagi pinjaman yang diberikan.
Terdapat beberapa pihak yang cuba mengenalkan produk pinjaman yang
bersifat Islam serta diberi nama "Qardhul Hasan". Istilah ‘Qardhul Hasan'
merujuk kepada pinjaman tanpa sebarang faedah, ertinya peminjam hanya
perlu membayar wang modal yang dipinjamnya sahaja tanpa sebarang
penambahan. Ia dikira sebagai salah satu bentuk ibadat yang amat digalakkan
kerana sifatnya yang membantu melepaskan orang lain dari kesukaran dan
keperluan mendesak tanpa mengambil sebarang peluang atas kesusahan orang
lain dengan mengenakan ‘bunga', faedah atau riba.

Walau bagaimanapun, implementasi ‘Qardul Hasan' ini kerap kali tersasar dari
tujuan dan konsep asal pinjaman bersifat kebajikan hingga menjadi dwi tujuan,
iaitu untuk bantuan dan meraih keuntungan disebalik nama kos perkhidmatan
dan pengurusan agar ia menjadi ‘Halal' kononnya.

Sebelum membincangkan soal kos perkhidmatan ini, terlebih dahulu saya ingin
membawakan keputusan Persidangan ulama antarabangsa di bawah AAOIFI
(http://www.aaoifi.com) menyatakan bahawa semua faedah atau lebihan (dari
jumlah yang diberi pinjam) yang telah dipersetujui atau disyaratkan di dalam
kontrak atau ‘aqad' pinjaman dibuat di awal kontrak atau dikenakan ketika
kelewatan pembayaran balik pinjaman sama ada dalam bentuk wang, barangan
dan apa-apa manfaat adalah di larang sama sekali dan ia adalah Riba. (Shariah
Standard, AAOIFI, hlm 336)

Adapun dalam hal kos perkhidmatan, Majlis Shariah AAOIFI dan hasil Keputusan
Kesatuan Fiqh Islam Sedunia (dalam sidangnya yang ketiga pada 1986 M)
berpendapat DIBENARKAN untuk mengenakan kos perkhidmatan dengan syarat
ianya ADALAH KOS SEBENAR. Resolusi mereka juga menyebut, adalah HARAM
untuk mengenakan kos yang lebih dari kos sebenar, justeru para Ulama dari
persidangan tadi mewasiatkan agar cara untuk mengira dibuat setepat dan
sebaiknya. Selain itu, keputusan mereka juga menyebut bahawa kos-kos tidak
lansung seperti gaji pekerja, sewaan tempat dan tanggungan lain-lain sesebuah
institusi itu tidak boleh dimasukkan di dalam kos pengurusan sebenar bagi
sesebuah pinjaman. (Shariah Standard, AAOIFI, no 9/1, hlm 337)

Hasilnya, perlu kita fahami bahawa sebarang kos perkhidmatan dan pengurusan
yang diletakkan seperti 2 %, 3 % atau 4 % dari jumlah pinjaman dengan hujjah
bahawa ianya adalah kos pengurusan adalah tidak boleh diterima sama sekali.
Ini adalah bentuk yang dilakukan oleh PTPTN dan lain-lain institusi yang
melakukannya.

Majlis Penasihat Shariah Dunia di AAOIFI menyebut " It is not permitted to link
the charge to the amount withdrawn (given)" ( Shariah Standard, no 10/3/2,
hlm 338). Ini adalah kerana peratusan yang dikaitkan dengan jumlah pinjaman
ini menyebabkan jumlah kos pengurusan yang pada asalnya adalah sama
(kerana menggunakan alatan dan system yang sama), menjadi berubah
mengikut jumlah pinjaman yang diberi.

Inilah Riba yang berselindung di balik nama kos pengurusan dan ‘Qardul Hasan'
namanya. Bayangkan, jumlah kos sebenar bagi sesuatu pinjaman yang diberikan
kemungkinan hanya (sebagai contoh) sebanyak RM 500 bagi setiap transaksi
komputer, peguam, cukai stamp dan lain-lain kos sebenar urusan pinjaman atas
asas ‘Qardul Hasan'. Dalam keadaaan ini, sepatutnya sesiapa sahaja yang
meminjam, tanpa mengira berapa pun jumlah pinjaman mereka maka akan
dikenakan satu jumlah kos sebenar pengurusan yang tetap dan tepat iaitu RM
500.

Bagaimanapun, apabila diletakkan satu jumlah peratusan seperti 2 % dan


lainnya. Jumlah kos pengurusan tadi sudah pasti akan berubah mengikut jumlah
pinjaman yang diberi, tatkala itu kos pengurusan tidak lagi menjadi kos
pengurusan tetapi menjadi kos faedah dan riba yang dikenakan bagi setiap sen
duit atau wang yang dipinjamkan.
Akhirnya, mesej yang ingin saya sampaikan dari tulisan kali ini tidak lain adalah
untuk memastikan nama ‘Qardul Hasan' dan fatwa oleh ulama sedunia
berkenaan keharusan kos pengurusan atas pinjaman tidak di salahkan gunakan
atau di salah fahami.

Yang Sudah Berlalu & Alternatif

Bagi yang sudah terlepas. Wallahu ‘alam, mungkin anda boleh di anggap dalam
situasi 'hajiat' ( keperluan yang agak mendesak bagi mencapai fardhu ‘ain dan
Kifayah iaitu belajar) jika sememangnya tiada bantuan kewangan lain yang
boleh diperolehi di ketika anda memohon. Wallahu a'lam.

Allah SWT telah menyebut dgn jelas ertinya : " Allah tidak membebankan
seseorang perkara yang tidak tidak dimampuinya"

Bilamana seseorang tiada jalan lain lagi yang boleh di perolehi untuk
mendapatkan bantuan kewangan pelajarannya, cuma PTPTN saja yang layak
(pinjaman PTPTN pula pula dibuat secara Riba), atau bagi sesiapa yang telah
terlanjur terlibat dengan Riba ini, tidak banyak yang boleh saya nasihatkan
kecuali bertawbat kepada Allah atas ketidakmampuan mengelak itu dan berdoa
agar anda tidak di bebankan dengan dosa ini dengan hati yang tidak redha.

Mungkin ia boleh diqiyaskan kepada kisah sahabat yang mengucapkan kalimah


kufur kerana terpaksa tetapi hatinya sentiasa beriman kepada Allah dan tidak
redha dengan kalimah yang terpaksa di ucapkan itu. Bagaimanapun sahabat
nabi tadi diancam dengan bunuh, manakala peminjam PTPTN diancam dengan
tertutup peluang belajar ?. Adakah sama ?. Tidak juga, kerana belajar ilmu
boleh didapati dalam pelbagai cara termasuk yang percuma seperti di web saya
ini. Ringkasnya, memang sukar sebenarnya untuk mangangkat
tangan mengatakan "saya dharurat ustaz" atau 'saya amat terdesak' sehingga
terlibat. Lebih membimbangkan ada ura-ura untuk mewajibkan ibu bapa
menjadi penjamin kepada pinjaman PTPTN si anak. Ini bermakna ibu bapa juga
akan termasuk dalam kumpulan yang terlibat dengan riba dengan jaminannya.

Apapun, jika terlibat juga ia bukanlah dosa 100 % terhasil dari diri anda, tetapi
pengurusan berwajib yang lebih besar tanggungannya di sisi Allah SWT.

Bagaimanapun, inisiatif pengurusan PTPTN untuk mengubah cara pemberian


bantuan yang selari dengan kehendak Islam dan bertepatan dengan agenda
kerajaan "ISLAM HADARI" , boleh di puji, ia pasti dilihat oleh ALLAH swt sebagai
satu azam kepada kebaikan. Cuma kita mengharapkan ia lebih dari azam lalu
menjadi realiti. wallahu alam.

Saya amat memahami bahawa biasiswa dan zakat pula mungkin amat sukar
untuk diperolehi. Apapun, sepatutnya di usahakan terlebih bantuan lain dahulu
sebelum mengangkat tangan 'mengalah' dan mengambil yang riba. Bagi saya,
adalah lebih baik bagi pelajar yang belajar di dalam Malaysia untuk membuat
pinjaman tanpa faedah dengan ibu bapa atau adik beradiknya ( jika mereka
orang mampu) dari membuat pinjaman PTPTN yang mengenakan % tertentu
sebagaia 'kos perkhidmatan' kecuali jika anda belajar di luar negara yang
kosnya terlalu tinggi.

Selain itu, ada beberapa buah bank Islam ada menawarkan pembiayaan
pendidikan yang distruktur secara bai Inah. Adalah lebih baik untuk
mendapatkan perkhidmatan ini dari terjebak dalam RIba walaupun mungkin
kosnya lebih tinggi.

Saya juga ingin mencadangkan agar anda membuat surat memohon agar
dihapuskan pembayaran 3 % itu kepada pihak PTPTN, sekiranya mereka
luluskan. Alhamadulillah, sekiranya mereka tidak meluluskan, maka tanggung
jawab yang sudah terlepas menggunakannya telah dikira terlepas.

Bagaimanapun, jika anda gagal mendapatkan rebate dari PTPTN, maka hutang
tersebut masih wajib dibayar penuh menurut undang-undang Malaysia. Saya
hanya mampu mencadangkan agar rayuan pelepasan dibuat sahaja. Lebih elok
jika rayuan dibuat sambil menampilkan prestasi cemerlang di universiti,
mungkin ada peluang untuk mendapat pelepasan sebagaimana jenis 'pinjaman
boleh ubah', yang mana kos tamabahan itu boleh dihapuskan apabila pelajar
mendapat skor tinggi.

Jika benar PTPTN ada menyediakan ruang bagi mereka yang skor untuk
dihapuskan kso perkhidmatan riba itu. maka menajdi WAJIB bagi pelajar untuk
meraih skor itu, tidak bersungguh bagi mendapatkannya akan dikira sebagai
berdosa. Kerana ada peluang untuk elak , tetapi bermalasan untuk
mencapainya. Selamat belajar dalam berkat Allah......

Sekian

UZAR

http://www.zaharuddin.net/

4 Julai 2007

Comments
Written by badai laut on 2007-10-23 14:36:53
saya membaca di akhbarlink
bahawa 3% adalah kos yang dikenakan oleh KWSP sebagai penyumbang sumber besar
kepada PTPTN, maka 3% yang dibayar adalah menapung sebahagian daripada 5% yang
dikenakan oleh KWSP. Adakah ini ACTUAL ADMINITRATIVE COST.minta komen
dari ustaz

KOMEN UZAR : TIDAK, ITU ADALAH RIBA


Written by Shiha on 2007-10-20 19:37:44
Salam..

Setelah membaca artikel ini dan komen pembaca. Boleh saya dapat clarification sikit?

Dalam kes PTPTN, kos pengurusan yang tetap (cth RM500) memang saya sokong. Saya
faham macam yang ustaz terangkan tu. Dan memang tak patut kalau dikenakan secara
percentage ke atas jumlah pinjaman (cth 3%), sedangkan perkhidmatan yang ditawarkan
adalah sama kepada semua peminjam, cuma jumlah pinjaman saja yang berbeza.

Tapi, bagaimana pula dengan perubahan pada cost of living? Maksud saya, kos
perkhidmatan RM500 adalah sesuai untuk tahun 2007 sahaja. By the time 2009, kos
perkhidmatan semasa mungkin meningkat menjadi RM650 contohnya. Bagaimanakah
sesebuah institusi pinjaman dapat meng'absorb' atau menyelesaikan atau mencari
alternatif untuk kos extra ini? Sekadar ingin memahami. Terima kasih & Wasalam.

KOMEN UZAR : KEPUTUSAN PARA ULAMA : SELAGI MANA KOS TU ADALAH


ACTUAL ADMINITRATIVE COST, SELAGI TU IA HALAL WALAUPUN
BERUBAH, IAITU AS LONG AS IA TIDAK DIJADIKAN SUMBER UNTUK RAIH
UNTUNG.
Written by riyadh ilm on 2007-10-04 17:28:02
Ustaz, nak tanya, macamaner kalau bekerja di PTPTN?
Written by hasyim on 2007-09-25 14:31:15
salam

ust.
saya mmg telah baca artikel ust ttg kelebihan sistem loan Shariah di BANK2 Islam. saya
sgt takut dgn dosa riba

baru2 ni saya telah survey 4 buah bank yg tawar loan rumah sec. Islam. Tp. semuanya
mengenakan charge tinggi sehingga 7.9%.

(ADMIN ; MESEJ ANDA DIPADAMKAN KERANA BERULANG-ULANG SEMUA


JAWAPAN DAH ADA DALAM WEB NI, RAJIN-RAJINLAH MENCARI)
Written by nak tahu on 2007-09-25 11:38:39
salam,

1) saya tertarik dengan ayat anda diatas iaitu "Jika benar PTPTN ada menyediakan ruang
bagi mereka yang skor untuk dihapuskan kso perkhidmatan riba itu. maka menajdi
WAJIB bagi pelajar untuk meraih skor itu, tidak bersungguh bagi mendapatkannya akan
dikira sebagai berdosa. Kerana ada peluang untuk elak , tetapi bermalasan untuk
mencapainya. Selamat belajar dalam berkat Allah...... "..

Sepanjang pengetahuan saya sebelum 1 julai 2005 ptptn ada memberi pelepasan bayaran
balik kepada peminjam yang mendapat kelulusan Kelas Pertama Peringkat Ijazah Sarjana
Muda..tetapi malangnya terlalu sedikit(mungkin boleh dikira dengan jari) graduan
berbangsa melayu hatta islam yang mendapat kepujian kelas pertama ini.

Jadi persoalannya disini adakah graduan2 ini tergolong dalam apa yang dinyatakan oleh
en zaharudin sebelum ini.

2) Jika kos yang dikenakan oleh ptptn @ badan pinjaman lain adalah riba.Bagaimana pula
dengan simpanan yang dibuat oleh sebilangan besar manusia yang sudah pastinya
mengharapkan faedah,dividen,bonus dari simpanan yang dibuat.

Sedangkan kita sendiri tak pasti apa yang dibuat oleh bank dengan duit simpanan kita
itu..alih2 cukup bulan,cukup tahun dapat faedah.

Saya memerlukan maklumat lanjut dari pihak tuan untuk merungkaikan persoalan saya
tadi

salam.
TQ

Written by UdiN UKM on 2007-09-23 00:57:50


Ustaz, cmna pulak ngan bisiswa macam JPA.? Ia berbentuk apa dalam disiplin ilmu
muamalat, Nak kata pinjaman pun bukan, nak kata hibah pun bukan!.

Apakah mereka berhak mengenakan syarat ke atas kita kalau nak biasiswa macam kena
kontrak ngan kerajaan ( kerja ngan depa ), dan macam-macam lagi syarat yang depa
kemukakan seperti tak leh kawin.....

Apa respon Ustaz???


sam
Written by Guest on 2007-09-05 16:27:55
assalamualaikum UZAR.

SAYA TIDAK KELIRU.. SAYA FAHAM.. CUMA maybe silap mengatakan yg Islamic
bank sbg" pinjaman". Mmg Bank Islam tidak pernah memberi qard hasan dan pinjaman.
Tapi yg digunakan konsep beli n jual balik. BLR ditukar pada BFR. Tetapi yg saya nak
highlightkan ialah Kadar jual balik itu saya merasakan diambil dari kadar BLR semasa
skang yg mana bila dibuat perbandingan jumlah bayaran yg perlu dibayar selepas tamat
tamat term adalah lebih kurang dengan konvensional..

Dimana pengambilan untung oleh bank diambil mungkin agak berlebihan Itu aja. Kalau
UZAR tak paham soalan saya takpa lah..

KOMEN uzar :

Itu bukan yang saya faham dari komentar sdr sebelum ini. Apa yg ada dalam kes
PTPTN iaitu administration cost sebanyak 3 peratus dari jumlah pinjamannya,
tidak ada kaitan dengan penetapan harga oleh bank-bank Islam. Ia adalah dua
perkara yang berlainan.

Written by ZAHARUDDIN on 2007-09-05 16:33:50


Sam,

Anda belum cukup faham tentang bank islam dan apa isu yang dibincangkan. Ini
menyebabkan anda terus keliru dan prejudis dengan perkara ini.

Jika anda rajin membaca dengan tenang di web ini anda akan faham, tetapi jika tidak. ia
memang tidak akan mencapai maksud.

Bank Islam tidak pernah memberi qard hasan dan pinjaman. mereka melakukan transaksi
musharakah, Bai dan Ijarah. Ia tiada kena mengena dengan kos perkhidmatan seperti
PTPTN.

Jika anda tidak faham juga, anda wajib mencari jawapannya dengan mengahdiri mana-
mana ceramah saya tentang perbankan dan kewangan islam.

Yang free ada, yang berbayar pun ada. berusahalah sebelum menempah ke perbankan
Riba konvensional dan setersunay pasti ke Neraka jika tidak bertaubat (berdasrkan hukum
haramnya yang terlalu berat).

Seluruh ulama dunia telah mengesahkan operasi bank Islam sebagai halal dengan
membetulkan flow, aqad, aset dan syarat transaksi, mereka tidak BODOH sebagaimana
yang orang ramai sangkakan. Malah saya amat pasti orang yang yang mungkin demikian
kerana dipermainkan oleh pengempen islam Liberal.

Jika, tak puas hati, baiklah anda ke Jabatan Perbankan Islam dan Takaful di Bank Negara
Malaysia, adukan kepada mereka.

sekian

zaharuddin

Written by sam on 2007-09-02 15:44:01


anda megatakan bahawa " Majlis Shariah AAOIFI dan hasil Keputusan Kesatuan Fiqh
Islam Sedunia (dalam sidangnya yang ketiga pada 1986 M) berpendapat DIBENARKAN
untuk mengenakan kos perkhidmatan dengan syarat ianya ADALAH KOS SEBENAR.
Resolusi mereka juga menyebut, adalah HARAM untuk mengenakan kos yang lebih dari
kos sebenar, justeru para Ulama dari persidangan tadi mewasiatkan agar cara untuk
mengira dibuat setepat dan sebaiknya" .. bagus la kalau begini.. tetapi mengapa pula
pinjaman perumahan dan pinjaman kereta mengenakan bayaran yg jauh sekali berlebihan
dari jumlah sebenar pinjaman. Yang mana jumlah ini jika dibandingkan dengan jumlah yg
perlu dibayar jika mengambil pinjaman konvensional , jumlahnya sama sahaja. Umum
tau bahawa bank konvensional memberi pinjaman berlandaskan utk dapat untung. So,
pada saya mengapa pula bank yg kononnya berlandaskan islam yg berunsur islam ni
mengenakan jumlah bayaran yg hampir sama (kalau tak pun lagi mahal) dgn bank
konvesional yg pada asasnya mmg dorang ni mmg nak carik untung. Cari untung tu bagi
saya boleh tapi jgn lah berlebihan lepas tu pulak letak nama atas nama islam.. bagi saya
konsep /sistem perbankan islam sekarang ni hanya menukar term2 nya kepada term
'arabic' supaya nampak islamic tetapi jika dibandingkand dengan kos keseluruhan yg
perlu dibayar adalah sama dgn bank konvensional. SILA PERJELASKAN.. BAGI SAYA
PERLU DIKAJI SEMULA SISTEM/KONSEP PINJAMAN ISLAMIC YG ADE
SEKARANG. SAYA MMG MENYOKONG KONSEP ISLAM DAN KEBANYAKAN
PINJAMAN SAYA SKANG NI PUN TELAH BERALIH KE ISLAMIC LOAN tetapi
apa yg saya lihat di loan agreementnya hanya term je nampak islamic tapi kos
keseluruhannya sama dgn kos bank konvensional yg ditubuhkan utk kaut untung kaw2.
ANDA perlu ingat bahawa"Majlis Shariah AAOIFI dan hasil Keputusan Kesatuan Fiqh
Islam Sedunia (dalam sidangnya yang ketiga pada 1986 M) berpendapat DIBENARKAN
untuk mengenakan kos perkhidmatan dengan syarat ianya ADALAH KOS SEBENAR.
Resolusi mereka juga menyebut, adalah HARAM untuk mengenakan kos yang lebih dari
kos sebenar, justeru para Ulama dari persidangan tadi mewasiatkan agar cara untuk
mengira dibuat setepat dan sebaiknya"
Written by aisyah on 2007-08-30 10:54:47
saya pening melihat isu ini, bila bertanya kpd Prof. Dato' Mahmood Zuhdi beliau
mengatakan tidak berlaku riba krn 3% itu adalah kos perkhidmatan dan bersesuaian dgn
susut nilai wang. Beliau menyamakannya dgn cth membeli rumah dan pada masa
mendatang nilai rumah itu akan meningkat, jd mengenakan 3% kerajaan tidak untung dan
kenaikan jumlah pembayaran balik adalah bersesuian dengan nilai wang semasa.

Anda mungkin juga menyukai