Anda di halaman 1dari 3

AH LONG(CETI HARAM)

AH LONG(CETI HARAM)
OLEH:AJLAA DIYANA BTE MENJURI
SMK Agama Sibu, Sarawak


PENGENALAN
Ialah kumpulan pemberi pinjaman haram.Juga dikenali dalam masyarakat India sebagai
Chettiar,manakala mereka ini dikenali sebagai Tai Ee Long dan Ah Long dalam masyarakat Cina
dan masyarakat Melayu masing-masing.

FAKTOR MASYARAKAT MEMILIH AH LONG
1. Negara ini,isu sosio budaya dan perjalanan kehidupan rakyat yang sering disogok dan
ditekankan dengan keperluan kehidupan yang melewati kemampuan.Untuk mengelak
kemiskinan terus membelenggu,masyarakat mengambil jalan singkat meminjam wang
dengan ceti-ceti haram ini tanpa mengira kesan masa depan.


2. Tawaran pinjaman mudah tanpa prosedur dan syarat yang terlalu ketat ternyata menjadi
umpan laris mereka kepada orang ramai.Tawaran menarik seperti pinjaman mudah dan
segera selain kemahiran ceti-ceti haram ini mengiklankan dan mempromosikan
perkhimatan mereka.Syarat pinjaman yang terlalu ketat dan masa panjang yang diambil
untuk meluluskan pinjaman oleh agensi dan syarikat kewangan yang sah.


3. Kelewatan pihak berkuasa meluluskan pemohonan lesen itu menyebabkan kegiatan ceti
haram semakin berleluasa sehingga ada yang berani bertindak ganas termasuk
mencederakan atau mengugut peminjam yang gagal melangsaikan hutang.


4. Ibarat menangguk di air keruh,ceti haram menghulurkan pinjaman wang dalam saat-saat
mangsa kesempitan duit.Misalnya,ada yang perlukan duit untuk kos perubatan,untuk
meneruskan kesinambungan perniagaan,dan yang tidak boleh dimaafkan-berjudi.


KESAN-KESAN KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA
1. Kegiatan ceti haram boleh mengancam kesejahteraan hidup rakyat berpendapatan
rendah.Peminjam sudah terikat dan tidak boleh terlepas terhadap apa yang dikenakan
kepada mereka sebagai syarat pinjaman.Ceti haram menjadi pemeras sehigga ramai orang
menderita terutama mereka yang perlukan wang atau berhutang dengan ceti haram.

2. Kegiatan ceti haram ini diklasifikasikan sebagai satu jenayah.Ini kerana ia ada kaitan
dengan kes pergaduhan,bunuh dan sebagainya.Apa tidaknya,peminjam akan tertekan
kerana setiap kali gagal membayar pinjaman pada waktu ditetapkan,jumlah hutang
bertambah.

3. Kekejaman Ah Long memburu dan menganiayai mereka yang gagal melangsaikan
hutang juga dilaporkan semakin berleluasa.

4. Kegiatan meminjam wang daripada ceti-ceti haram boleh memporak-porandakan rumah
tangga dan memusnahkan nasib masa depan mereka.Banyak kes yang melibatkan
peminjam yang sanggup nekad membunuh diri bersama ahli keluarga mereka malah
menghadapi banyak tekanan.


LANGKAH &USAHA/CARA MENANGANI/MEMBANTERAS
1. Penubuhan Badan Peyelarasan Hutang Kecil Rakyat akan dapat membantu mereka yang
berhutang untuk tampil kehadap membincangkan hutang-hutang mereka dengan jalan
penyelesaian yang paling mudah dan menguntungkan kedua-dua pihak.

2. Pihak berkuasa terpaksa menubuhkan apa yang dikenali sebagai jawatankuasa kecil
peminjam wang di seluruh Negara bagi memantau kegiatan itu.Usaha ini perlu
diperluaskan dan dikerah keseluruh Negara disamping perlunya kerjasama erat semua
polis sendiri dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk campur
tangan sekiranya urusniaga syarikat pinjaman wang itu membabitkan perlakuan jenayah.

3. Polis dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah bersetuju
mengehadkan pengeluaran permit berkenaan bagi memudahkan urusan pemantauan dan
penguatkuasaan.

4. Syarikat kewangan dan bank haruslah memperluas dan menyediakan pelbagai bentuk
pinjaman kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk
mengelakkan mereka menjadi mangsa kepada peminjam ceti haram.
Prosedur yang lebih mudah dan tidak memerlukan cagaranyang terlalu banyak atau ketat.
Mempercepatkan pemberian pinjaman untuk golongan yang terdesak dan menghadapi masalah
kewangan yang serius.

5. Tindakan undang-undang haruslah dikenakan ke atas ceti haram yang melanggar
peraturan pinjaman wang.
Pihak polis dan pihak berkuasa dibenarkan mengambil tindakan terhadap ceti haram yang
melanggar peraturan.
Pindaan terhadap Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dengan menaikkan kadar denda
maksimumdan hukuman penjara serta rotan terhadap pesalah.
Mengawal penerbitan iklan membabitkan pemberi pinjaman oleh ceti haram daripada
bermaharajalela

6. Kesedaran tentang kesan buruk akibat meminjam daripada ceti haram.
Kempen secara besar-besaran (melalui akhbar atau media elektronik) perlu dilakukan bagi
menyedarkan orang ramai tentang padah meminjam daripada ceti haram ini.
Anggota masyarakat perlu melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai
maklumat berkaitan dengan aktiviti pinjaman haram.







Langkah-langkah
Langkah-langkah yang dapat dilaksanakan bagi membanteras masalah ceti haram adalah
penguatkuasaan undang-undang yang ketat, Pindaan Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951
memberi kuasa kepada polis untuk melakukan penyiasatan, merampas dokumen dan
menggeledah premis serta menangkap mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti ceti
haram tanpa waran. Pihak berkenaan harus mengawal pernerbitan iklan yang membabitkan
pemberian pinjaman oleh ceti haram daripada bermaharajalela. Pindaan terhadap Akta Pemberi
pinjaman Wang 1951 dengan menaikkan kadar denda maksimum dan hukuman penjara serta
rotan terhadap pesalah. Mereka haruslah dikenakan denda yang lebih berat, misalnya didenda
RM5000 atau dimasukkan penjara atau kedua-dua sekali. Bagi ceti haram yang mencederakan
peminjam harus dikenakan hukuman yang berat, misalnya disebat. Polis dengan kerjasama
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telaah bersetuju untuk mengehahkan pengeluaran permit
berkenaan bagi memudahkan urusan pemantauan dan penguatkuasaan.

Kesedaran tentang kesan buruk meminjam daripada ceti haram juga harus terdedah kepada
masyarakat. Pihak berkenaan harus melancarkan kempen secara besar-besaran untuk
menyedarkan orang ramai tentang padah meminjam daripada ceti haram. Aktiviti kesedaran
tentang implikasi buruk meminjam daripada ceti haram juga boleh dibuat melalui akhbar ataupun
media elektronik. Sebagai anggota masyarakat, kita juga mempunyai tanggungjawab untuk
membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai maklumat tentang aktiviti
pinjaman haram.

Syarikat kewangan dan pihak bank juga memainkan peranan penting dalam usaha
membanteraskan kegiatan ceti haram. Syarikat kewangan dan pihak bank boleh menyediakan
pelbagai bentuk pinjaman kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Bank dan
syarikat kewangan perlu menyediakan prrosedur yang lebih mudah dan tidak memerlukan
cagaran dan syarat yang banyak serta ketat bagi memudahkan seseorang itu membuat pinjaman.
Selain itu, mereka juga harus mempercepatkan pemberian pinjaman untuk golongan yang
terdesak dan menghadapi masalah kewangan yang serius.

Kesimpulannya, orang ramai hendaklah berganding bahu untuk mengatasi kegiatan jenayah ini
daripada berleluasa lagi. Di sampinng itu, pihak berkenaan haruslah bertindak tegas kepada ceti
haram dan juga pihak yang membuat pinjaman kepada ceti haram.Usaha-usaha ini mestilah
dilakukan agar keharmonian dan kesejahteraan negara terjamin.

Anda mungkin juga menyukai