Anda di halaman 1dari 1

1.

3 BAYI TABUNG UJI



PENGENALAN
Satu kaedah perubatan untuk mendapatkan anak melalui proses persenyawaan di antara
benih suami dan isteri di dalam tiub tabung uji.

1.3.1 KAEDAH PELAKSANAAN
Benih suami yang berkualiti sahaja yang akan dipilih
Isteri diberikan suntikan hormon bagi membantu beliau mengeluarkan lebih banyak
telur yang berkualiti
Persenyawaan akan dilakukan di dalam makmal dengan persekitaran yang sesuai di
dalam tiub ujikaji samada dengan teknik laporoskop atau suntikan melalui faraj.
Apabila persenyawaan berjaya dilakukan dalam masa 72 jam, embrio akan
dimasukkan kedalam rahim
Perkembangan seterusnya akan dilakukan melalui teknik ultrasound atau ujian air
kencing untuk memastikan wanita itu mengandung atau tidak


1.3.2 ALASAN KAEDAH INI DILAKUKAN
Isteri tidak dapat hamil secara normal
Faktor kesihatan seperti menghidapi penyakit kencing manis
Benih suami tidak cukup atau tidak aktif
Tidak dapat dikesan sebabnya

1.3.3 KEBAIKAN
Dapat membantu pasangan yang tidak dapat memperolehi anak.
Alternatif yang sah bagi mengantikan kaedah klon
Dapat menghasilkan bayi yang normal
Penemuan baru yang boleh membantu manusia dalam kehidupan

1.3.4 KEBURUKAN
Penyalahgunaan kaedah dengan menggunakan benih orang lain atau haiwan
Kaedah ini akan digunakan untuk tujuan komersial bukan satu bantuan kepada
manusia
Tanggapan orang ramai terhadap anak-anak tersebut lebih kepada positif
Menggangu proses persenyawaan semulajadi manusia

1.3.5 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
Satu badan khas yang mengkaji dan mengurus isu ini hendaklah ditubuhkan dengan
keanggotaan daripada disiplin perubatan, kemasyarakatan dan keagamaan
Satu akta khas perlu digubal untuk menanganinya
Pendidikan dan kefahaman yang jelas perlu disebarkan kepada rakyat secara tepat
Proses bagi kaedah ini dari mula hingga akhir hendaklah diawasi terutamanya dari
perspektif agama dan moral
1.3.6 RUMUSAN
Kaedah ini adalah satu alternatif bagi pasangan yang belum mendapat anak
Pelaksanaan kaedah ini akan berjaya dari sudut agama nilai dan norma masyarakat.
Apabila mereka yang terlibat sedar dan ikhlas melaksanakannya
Manusialah yang menentukan baik buruknya kaedah ini berdasarkan pertimbangan
agama, akal, niali dan norma masyrakat

Anda mungkin juga menyukai