Anda di halaman 1dari 2

LUCULUS LEE KARANGAN PENGAJIAN AM

23.
Penyelidikan dan pembangunan menyebabkan para saintis berjaya menghasilkan bayi tabung
uji. Bincangkan kesan penemuan tersebut.


Bayi tabung uji merupakan satu kaedah perubatan untuk mendapatkan anak melalui
proses persenyawaan di antara benih suami dan isteri di dalam tiub tabung uji. Bayi tabung uji
juga merupakan salah satu upaya untuk mengatasi infertilitis yang makin banyak diamati.
Meskipun mahal, program ini memberikan harapan nyata bagi pasangan suami isteri yang
sudah lama mendambakan seorang anak. Bayi tabung merupakan serangkaian program yang
terdiri dari pemberian obat Hormonal untuk merangsang pematangan sel telur, di mana
setelah matang beberapa sel telur akan diambil dan dilakukan pembuatan oleh sperma dalam
sebuah medium khusus. Sel telur yang terhasil dibuahi nantinya akan ditempatkan kembali di
dalam rahim calon ibu, sehingga calon ibu dapat hamil.

Sesungguhnya, kemajuan ini meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan sama ada
implikasi yang positif atau negatif. Penyelidikan dan pembangunan bayi tabung teleh dapat
mengatasi masalah-masalah keturunan dalam sesebuah keluarga. Sebahagian suami isteri
yang mahu dapat anak-anak tetapi menghadapi pelbagai masalah antara diri sendiri. Mereka
akan menuju ke arah menggunakan bayi tabung uji. Inilah salah satu yang mereka boleh
lakukan untuk melahirkan bayi mereka. Contohnya, rahim ibu yang bermasalah atau
berpenyakit boleh menjalankan proses bayi tabung uji dengan meminta ejen untuk
melahirkan bayi itu. Cara ini amat berguna untuk menyambung keturunan dalam sesuatu
keluarga.

Selain itu, kesan menggunakan proses bayi tabung uji akan dapat menghasilkan bayi
yang lebih normal daripada cara lain. Sesetengah suami isteri yang berpenyakit atau tidak
layak untuk melahirkan bayi yang normal boleh mencuba proses bayi tabung uji dalam bila-
bila masa. Misalnya, sebahagian pasangan suami isteri menghadapi kecacatan pada badan
mereka, jika mereka tidak mahu melahirkan bayi yang cacat juga perlulah jumpa doktor untuk
mengetahui sebarang informasi tentang bayi tabung uji sebelum itu. Jen-jen yang
mempunyai kecacatan dapat dipisahkan. Tindakan ini amat selamat untuk mengelakan
kelahiran bayi yang tidak sempurna atau cacat.


Bukan itu sahaja, kaedah bayi tabung uji dapat memajukan ekonomi negara. Ia boleh
berkembang dengan luas jika manusia-manusia sudi untuk menggunakan kaedah tersebut.
Ekonomi negara akan berkembang disebabkan oleh kejayaan para saintis yang menghasilkan
bayi tabung uji ini. Proses ekonomi dalam seluruh negara akan menjadi lagi aktif dari
pembelanjaan manusia. Jikalau ramai rakyat menggunakan kaedah bayi tabung uji, ekonomi
negaranya akan menjadi semakin meningkat juga.
Walau bagaimanapun, penyelidikan dan pembangunan bayi tabung uji tidak bebas
daripada implikasi negatifnya. Penggunaan kaedah bayi tabung uji perlu menangani kos yang
tinggi. Peralatan-peralatan yang canggih dan diimportkan ke negara kita akan dikenakan kos
yang tidak rendah. Seterusnya, kemunculan kekurangan doktor-doktor yang mahir dalam
operasi untuk kaedah bayi tabung uji. Kekurangan doktor yang mahir akan menyebabkan kos
keadah ini menjadi semakin meningkat. Rakyat yang tidak dapat belanja kos ini akan menjadi
salah satu faktor tidak berpeluang untuk beranak.

Di samping itu,kaedah bayi tabung uji akan mendatangkan kesan negatif lain seperti
bayi akan keliru ibu kandungannya. Bayi akan berasa pelik sebenarnya siapa itu ibu sendirinya.
Kadang kala, sebahagian manusia akan menjual bayi tabung uji mereka untuk dapat
keuntungan. Tindakan yang melampau ini akan menjadi sesuatu kekurangan antara bayi
dengan ibu bapa yang sebenar. Bayi yang dilahirkan perlulah disayangi dan bukan dijadikan
sejenis barangan untuk dapat keuntungan.

Sebagai penutup bicara, kaedah ini adalah satu alternatif bagi pasangan yang belum
mendapat anak. Pelaksanaan kaedah ini akan berjaya dari sudut agama nilai dan norma
masyarakat. Apabila mereka yang terlibat sedar dan ikhlas melaksanakannya. Manusialah
yang menentukan baik buruknya kaedah ini berdasarkan pertimbangan agama, akal, niali dan
norma masyrakat

Anda mungkin juga menyukai