Anda di halaman 1dari 5

Bab 1 ( Ekonomi Penggal 2)

BAHAGIAN A
STPM 2005
1. Antara yang berikut, yang manakah bukan objektif dasar makroekonomi?

A. Mengurangkan kadar kenaikan harga barang
B. Mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi
C. Menggalakkan setiap firma beroperasi pada tingkat optimum
D. Mewujudkan imbangan pembayaran yang seimbang dan kadar pertukaran yang stabil

STPM 2006
20. Jadual di bawah menunjukkan data tentang tenaga buruh dan guna tenaga bagi sebuah negara dari
tahun 1980 hingga tahun 2000.
Tahun Tenaga buruh
(000)
Guna Tenaga
( 000)
1980
1985
1990
1995
2000
3611
4232
5087
6090
7047
3340
4020
4900
5625
6621

Nagara itu mengalami kadar pengangguran yang paling rendah pada tahun
A. 1985
B. 1990
C. 1995
D. 2000

30. Antara yang berikut, yang manakah yang digunakan untuk mengukur kadar pertumbuhan ekonomi?

A. Keluaran Negara Benar
B. Indeks harga pengguna
C. Pendapatan per kapita
D. Kemajuan teknologi

STPM 2007
1. Sebuah negara dikatakan belum mencapai tingkat guna tenaga penuh apabila

A. Terdapat lompang inflasi
B. Perbelanjaan agregat melebihi penawaran agregat
C. Permintaan agregat kurang daripada penawaran agregat
D. Keluaran Negara Kasar sebenar kurang daripada Keluaran Negara Kasar potensi

STPM 2008
1. Jika Keluaran Negara Kasar benar sama dengan Keluaran Negara kasar potensi, maka

A. Pengangguran berlaku
B. Guna tenaga penuh tercapai
C. Kemelesetan ekonomi berlaku
D. Permintaan agregat sama dengan penawaran agregat

2. Jadual di bawah menunjukkan data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dari tahun 2003 hingga
tahun 2007.
Tahun KDNK ( RM juta)
2003
2004
2005
2006
2007
193 422
209 959
210 640
219 309
229 287

Berdasarkan jadual di atas, kadar pertumbuhan KDNK yang tertinggi ialah pada tahun
A. 2004
B. 2005
C. 2006
D. 2007

STPM 2009
1. Keluaran negara kasar (KNK) potensi merupakan

A. KNK nominal
B. KNK keseimbangan
C. KNK benar sebenar
D. KNK guna tenaga penuh

2. Yang manakah yang bukan pemboleh ubah makroekonomi?

A. Guna tenaga
B. Pendapatan negara
C. Perbelanjaan kerajaan
D. Imbangan pembayaran

STPM 2010
2. Jadual di bawah menunjukkan bilangan tenaga buruh dan bilangan guna tenaga sebuah negara pada
tahun 2009.

Bilangan tenaga buruh 9892.1 ribu orang
Bilangan guna tenaga 9535.1 ribu orang

Berapakah kadar pengangguran di negara tersebut pada tahun 2009?
A. 3.61%
B. 3.74%
C. 4.91%
D. 5.09%

STPM 2012
1. Dasar kewangan menguncup sesuai dilaksanakan bagi

A. Mengurangkan pengangguran
B. Menstabilkan kitaran perniagaan
C. Menstabilkan tingkat harga umum
D. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi

21. Jadual di bawah menunjukkan data jumlah tenaga buruh dan guna tenaga sebuah ekonomi pada
tahun 2010.

Butiran Bilangan (000 orang)
Jumlah penduduk
Jumlah tenaga buruh
Jumlah guna tenaga
17 000.00
10398.30
9998.10

Kadar pengangguran pada tahun 2010 ialah
A. 3.85%
B. 4.00%
C. 4.40%
D. 7.10%

STPM 2013
1. Yang manakah bidang kajian makroekonomi?

A. Kos lepas
B. Kadar inflasi
C. Mekanisme pasaran
D. Perlakuan pengguna

BAHAGIAN B

1.
STPM 2006
Huraikan mengapa matlamat makroekonomi yang berikut ingin dicapai.
(a) Guna tenaga penuh
(b) Kestabilan harga


[3]
[3]



15.

STPM 2007
Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna di Malaysia mengikut strata pada
tahun 2002, 2003 dan 2004.
Tahun Indeks harga pengguna
Bandar Luar bandar
2002 103.4 102.8
2003 104.4 103.8
2004 105.6 104.7
(Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Kewangan 2004/2005)












(a) Apakah yang dimaksudkan dengan indeks harga pengguna dan inflasi ?
(b) Hitung kadar inflasi di bandar dan luar bandar pada tahun 2003 dan tahun 2004.
Nyatakan arah aliran inflasi di kedua-dua kawasan tersebut.
(c) Ali bekerja di bandar manakala Abu bekerja di luar bandar. Masing-masing menerima
pendapatan yang sama banyak, iaitu RM 3000 sebulan pada tahun 2003 dan RM 3200
sebulan pada tahun 2004.
(i) Hitung pendapatan benar bulanan bagi Ali dan Abu pada tahun 2003 dan tahun 2004.
(ii) Hitung peratusan perubahan pendapatan benar bulanan bagi Ali dan Abu pada tahun
2004.
(d) Jelaskan dua sebab mengapa kawasan bandar dan luar bandar memerlukan indeks
harga pengguna yang berasingan.


[2]

[3]



[2]

[1]

[2]

1.
STPM 2008
(a) Jelaskan maksud kadar pengangguran.


[2]

3.

(b) Apakah yang dimaksudkan dengan pertumbuhan ekonomi? Jelaskan mengapa
Keluaran Negara Kasar benar lebih sesuai digunakan untuk mengukur pertumbuhan
ekonomi.




[4]

15. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga buruh dan guna tenaga?
(b) Jadual di bawah menunjukkan guna tenaga, tenaga buruh, dan penduduk mengikut
sektor di Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2005.


Tahun
Sektor Guna
tenaga
Tenaga
buruh
Penduduk
(000)
Pertama Kedua Ketiga (000) (000)
2001
2002
2003
2004
2005
1529.8
1452.0
1437.7
1487.3
1507.5
3004.2
2974.0
3073.5
2913.8
2893.7
5001.0
5116.8
5358.6
5578.3
5645.2
9535.0
9542.6
9869.7
9979.5
10 045.4
9892.1
9886.2
10 239.6
10 346.2
10 413.4
24 013
24 527
25 048
25 581
26 128
(Sumber: Laporan Ekonomi, 2005/2006 : Kementerian Kewangan Malaysia )

(i) Hitung kadar pengangguran baru tahun 2003 hingga tahun 2005. Jelaskan sama
ada Malaysia mencapai guna tenaga penuh.
(ii) Hitung peratusan guna tenaga dalam setiap sektor bagi tahun 2001 dan tahun
2005.
(iii)Jelaskan pola penggunaan guna tenaga bagi ketiga-tiga sektor bagi tahun 2001
dan tahun 2005.

[2]














[3]

[3]

[2]


9.

STPM 2009
(b) Jelaskan empat dasar makroekonomi bagi sesebuah negara.


[8]


15.


(a) Apakah maksud indeks harga pengguna ?
(b) Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna sebuah negara dari tahun 2002
hingga tahun 2005.

Tahun Indeks harga pengguna ( 1990 = 100 )

[1]




2002
2003
2004
2005
145.8
147.4
149.5
154.0

Berdasarkan jadual di atas,
(i) Hitung kadar inflasi dari tahun 2003 hingga tahun 2005,
(ii) Hitung perubahan nilai wang dari tahun 2003 hingga tahun 2005 jika
dibandingkan dengan tahun semasa,
(iii) Berdasarkan jawapan anda pada (ii), apakah rumusan anda tentang kuasa
beli masyarakat?
(iv) Sekiranya gaji seorang guru pada taun 1990 ialah RM 1500 sebulan dan
meningkat kepada RM 3000 sebulan pada tahun 2002, hitung perbezaan
upah benar guru tersebut pada tahun 2002 berbanding dengan tahun 1990.







[2]

[3]

[1]


[3]

1
STPM 2010
Terangkan maksud guna tenaga penuh dan kestabilan imbangan perdagangan, serta
huraikan matlamat yang ingin dicapai dalam sesebuah ekonomi.



[6]

Anda mungkin juga menyukai