Anda di halaman 1dari 2

KUIZ EKONOMI MALAYSIA (OGOS) 2017

BAHAGIAN A
(30 MARKAH)

Jawab lima soalan sahaja

1.Jelaskan 3 sebab berlakunya pengangguran di Malaysia [6]

2.Terangkan bagaimana dasar-dasar berikut boleh mengawal inflasi

a) Dasar Kawalan Harga [2]

b) Dasar Fiskal [4]

3. Terangkan dasar –dasar perdagangan antara bangsa yng berikut dan berikan
satu contoh bagi setiap dasar tersebut
a) Dasar perlindungan [3]
b) Galakan eksport [3]
4. Terangkan kesan kenaikan nilai Ringgit Malaysia terhadap
a) Imbangan Dagangan [2]
b) Aliran masuk Modal [2]
c) Hutang negara [2]
5. Jelaskan perbezaan antara Syarikat Sendirian Berhad dengan Syarikat Berhad
dari aspek yang berikut
a) bilangan ahli [2]
b) pemilikan saham [2]
c) pindah milik saham [2]
6. Jelaskan 3 program kerajaan untuk membantu pembangunan Perusahaan
kecil dan sederhana [6]
BAHAGIAN B( JAWAB 1 SOALAN SAHAJA)

7 (a) Apakah maksud indeks harga pengguna dan tahun asas? [2]

(b) Jadual di bawah ini menunjukkan indeks harga pengguna sesebuah negara
dari tahun 2006 hingga 2009.

Tahun Indeks Harga Pengguna (2005 = 100)


2006 103.6
2007 105.7
2008 111.4
2009 112.5

(i) Hitung kadar purata inflasi dari tahun 2006 hingga tahun 2009 berbanding dengan
tahun 2005. Adakah kadar purata inflasi tersebut tinggi? [4]

(ii) Sekiranya gaji seorang pensyarah pada tahun 2005 ialah RM3 500 sebulan dan
meningkat kepada RM4 300 sebulan pada tahun 2009, hitung upah benar
pensyarah tersebut pada tahun 2009 berbanding dengan tahun 2005. Berapakah
pertambahan gaji sebenarnya yang dinikmati pada tahun 2009? [2]

(c) Nyatakan dua kesan buruk inflasi kepada masyarakat Malaysia. [2]

8. (a) Apakah maksud


(i) imbangan barang dan perkhidmatan
(ii) imbangan akaun semasa [2]
(b) Jadual di bawah ini menunjukkan perangkaan imbangan akaun semasa pada
tahun 201 1
Butiran 2010 2011
(RM juta) (RM juta)
Eksport barang 640 043 682 707
Import barang 505 317 543 025
Pengangkutan -23 153 -24 462
Perjalanan 33 327 33 489
Urus niaga kerajaan -523 -9 897
Perkhidmatan lain -7 953 -508
Pendapatan pelaburan -26 514 -27 148
Pindahan semasa -21 831 -21 871
(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2011/2012)

(i) Bagi tahun 2010 dan tahun 2011, hitung


- imbangan barang dan perkhidmatan [2]
- imbangan akaun semasa [4]
(ii) Terangkan kesan imbangan akaun semasa pada tahun 2010
dan tahun 2011 terhadap rizab mata wang asing Malaysia. [2]

Anda mungkin juga menyukai