Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN BAB 5 : PASARAN

SOALAN 1

a. Bezakan pasaran langsung dengan pasaran tidak langsung. [4 markah]

b. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta oleh Jacinta dan Sayang terhadap suatu barang.

Harga RM Kuantiti Diminta (Kg)


Jacinta Sayang
5 6 7
10 4 4
15 2 1

i. Lukis pembentukan keluk permintaan pasaran pada kertas graf. (Gunakan skala 2 cm = RM 5
dan pada paksi harga 2 cm = 2 kg pada pasi kuantiti.) [6 markah]
ii. Terangkan pembentukan keluk permintaan pasaran di b (i) . [3 markah]

c. Baru-baru ini kerajaan Malaysia telah melancarkan kempen mengurangkan pengambilan gula
dalam pemakanan harian.
Berdasarkan peristiwa-peristiwa berikut jelaskan kesannya ke atas pasaran gula . (setiap peristiwa
adalah berasingan)
i. Kempen terhadap pencegahan penyakit diabetes. [3 markah]
ii. Penanaman tebu yang semakin meluas kerana penerokaan tanah-tanah baharu.
[3 markah]
d. Jelaskan peranan isi rumah dalam aliran pusingan pendapatan ekonomi 2 sektor. [3 markah]

SOALAN 2

a. Rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pasaran bagi barang X.


Harga (RM)

Kuantiti (Kg)
D S
9
i. E Terangkan maksud keluk DD dan keluk SS
6 [4 markah]
ii. Bagaimanakah itik E dicapai?
3 [9 markah]
S D
b. 0 Jelaskan setiap tindakan berikut terhadap pasaran
20 40 60
buruh tempatan.
i. Kerajaan mengetatkan syarat kemasukan buruh asing ke Malaysia. [3 markah]
ii. Kerajaan menggalakkan pekerja mahir berkhidmat di tanah air sendiri. [3 markah]
iii. Untuk meningkatkan produktiviti, lebih banyak masin telah digunakan dalam industri
pembuatan. [3 markah]
iv. Pelaburan asing dalam industri berintensifkan buruh meningkat kira-kira 30%.
[3 markah]

SOALAN 3

a. Jadual di bawah menunjukkan permintaan pasaran dan penawaran pasaran bagi sesuatu barang.

Harga RM Kuantiti Diminta (Kg)


Permintaan pasaran Penawaran pasaran
5 100 0
10 80 40
15 40 80

i. Lukis keluk keseimbangan pasaran pada kertas graf.


(guna skala 2 cm = RM10 pada paksi harga dan 2 cm = 20 unit pada paksi kuantiti)
[5 markah]
ii. Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan pasaran barang tersebut. [2 markah]
iii. Terangkan keadaan pasaran barang tersebut pada tingkat harga RM50. [2 markah]

b. Rajah di bawah menunjukkan aliran fizikal dalam pusingan pendapatan ekonomi 2 sektor.
Barang dan perkhidmatan
Pasaran X

Firma
Isi Rumah

Pasaran Y
Tanah, buruh, modal, usahawan

i. Apakah pasaran X? [1 markah]


ii. Bezakan kedua-dua pasaran X dan pasaran Y tersebut. [4 markah]

c. Maklumat berikut berkaitan dengan aliran pusingan pendapatan ekonomi 2 sektor.

Syarikat Gerek Roda Berhad mengeluarkan basikal kanak-kanak berjenama KAYUH.


En. Aidiel bekerja sebagai pegawai pemasaran di syarikat tersebut dan menerima gaji
sebanyak RM 2 000 sebulan. Dia membeli sebuah basikal keluaran syarikatnya dengan
harga diskaun RM 160.

Lakarkan rajah aliran pusingan pendapatan tersebut. [7 markah]

d. Bezakan aliran fizikal dan aliran wang dalam aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor.
[4 markah]

Anda mungkin juga menyukai