Anda di halaman 1dari 7

Bahagian A

[ 75 markah ]
Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini.
1.

Kehendak individu pelbagai.


(a)(i) Apakah yang dimaksudkan dengan penyataan di atas?

[2 markah]

Bahagian pengeluaran
juga memerlukan
peruntukan tambahan
sebanyak RM19000

Tuan, kita amat memerlukan


peruntukan untuk
pengiklanan sebanyak
RM20000

Syarikat hanya
menyediakan modal
tambahan sebanyak
RM20000 sahaja.

(ii) Bagaimanakah pihak swasta menghadapi masalah ekonomi tersebut?

[5 markah]

(iii) Pada masa kini, bagaimanakah sesebuah barang awam itu boleh menjadi barang
ekonomi? Berikan penerangan serta contoh jawapan.

[5 markah]

(b)
Persaingan berbeza mengikut barangan. Bagi
barangan swasta, persaingan wujud di antara
pengeluar. Bagi barang awam, tidak ada persaingan
kerana pihak kerajaan adalah pengeluar tunggal.
(i) Huraikan ciri-ciri lain sistem ekonomi di atas.

[4 markah]

(ii) Terangkan cara sistem ekonomi campuran menyelesaikan masalah asas ekonomi.
[4 markah]
(c) Farid merupakan seorang penghantar barang. Setelah 3 tahun bekerja, dia membuat keputusan untuk
berniaga dan beliau telah pergi ke pejabat TEKUN untuk mendapatkan nasihat serta pinjaman
kewangan. Apakah tujuan Farid membuat pinjaman?
[5 markah]

2.(a) Jadual 1 menunjukkan upah wang dan harga purata dua jenis barang pada tahun
2014 dan 2015.
Tahun
Upah wang
Harga Barang (RM)
(RM)
Barang A
Barang B
2014

4000

100

300

2015

5000

160

400

(i) Hitungkan:
(a) Harga purata barang pada tahun 2014
(b) upah benar pada tahun 2015

[2 markah]
[2 markah]

(ii) Jelaskan keadaan upah benar pada kedua-dua tahun tersebut.

[2 markah]

(b) Gambar 2 menunjukkan dua jenis barang.

Gambar

Gambar 1
Bezakan kedua-dua barang di atas dari sudut ekonomi.

[6 markah]

(c) Jelaskan konsep permintaan dengan bantuan gambar rajah yang sesuai.

[7 markah]

(d) Jadual 2 menunjukkan hubungan antara keluaran dengan kos tetap , kos berubah dan
jumlah kos bagi sebuah firma.
Keluaran(unit
)
0
1
2
3
4
5
6
7

Kos Tetap (RM)

Kos Berubah (RM)

Jumlah Kos (RM)

200
200
200
200
200
200
200
200

0
200
350
430
610
960
1510
2310

200
400
550
630
810
1160
1710
2510

Jadual 2
Jelaskan hubungan antara keluaran dengan kos tetap, kos berubah dan jumlah kos:
(i) Pada keluaran sifar
(ii) dari keluaran 1 unit hingga 7 unit
2

[3 markah]
[3 markah]

(a) Berikut adalah perbualan antara dua orang pengurus syarikat.


En. Ghani

Irfan, saya dengar awak selalu menghantar pekerja untuk berkursus.


Betul kah?
Ya, saya menghantar pekerja berkursus untuk meningkatkan
kemahiran dan kecekapan mereka, ini akan meningkatkan daya
pengeluaran syarikat saya dan salah satu bentuk pelaburan.

En. Irfan

Selain dari pelaburan dalam sumber manusia, terangkan cara lain pengeluar boleh membuat
pelaburan.
[4 markah]
(
b
)

(i
)

Jadual menunjukkan penawaran pakaian kanak-kanak oleh dua buah


firma.
Harga
(RM)
40
50
60

Kuantiti yang ditawarkan(helai)


Firma Ali
Firma Ahmad
2
1
4
2
6
3

Berdasarkan jadual di atas jelaskan maksud penawaran pasaran.


[4 markah]
(i
i)

Rajah menunjukkan keluk keseimbangan pasaran barang.


Harga(RM)

40

30

20
10

M
S
D
0
40

80

120

160

Kuantiti

diminta (unit)
Berdasarkan gambarajah di atas, huraikan keadaan pasaran barang
pada:
a)Titik
M
[3 markah]
b)Titik
N
[3 markah]

Gambar di bawah menunjukkan salah satu jenis wang.


3

Mengapakah jenis wang tersebut boleh digunakan secara meluas pada masa kini.
(d)

(i)

Seronoklah .
kamu dapat
kenaikan gaji
dua kali pada
tahun ini.

[4 markah]

Memanglah
seronok,ayah.
Tapi harga
semua barang
terus naik.

Gambar di atas adalah perbualan antara seorang anak dengan bapanya.


Nyatakan keadaan ekonomi dalam situasi di atas.
[1 markah]
ii)
4 (a)

Terangkan DUA cara bank pusat mengawal keadaan di 3d(i).

[6 markah]

Gambar di bawah merupakan beberapa contoh institusi kewangan.

Berdasarkan pengetahuan anda, terangkan tiga cara institusi kewangan di atas menerima deposit
daripada orang ramai.
[6 markah]
(b)

ii

Jadual di bawah menunjukkan peratus sumbangan sektor ekonomi kepada Keluaran Dalam
Negara kasar ( KDNK ) Malaysia bagi tempoh lima tahun.
Sektor /
Tahun
Sektor utama

2010
14.77

2011
14.77

Peratus ( %)
2012
2013
14.41
14.19

2014
14.10

Sektor kedua

31.03

31.63

32.12

31.91

31.68

Sektor ke tiga

54.20

53.60

53.47

53.90

54.22

Terangkan dua sebab arah aliran sumbangan sektor utama bercorak sedemikian. [4 markah]
Jelaskan arah aliran sumbangan sektor kedua dan sektor ketiga kepada ekonomi negara
4

Malaysia.
(c)

[4 markah]

Jadual di bawah menunjukkan sumber hasil Kerajaan Persekutuan pada tahun 2015.
Hasil Kerajaan

Peratus (%)

Hasil bukan cukai

26.9

56.5

Hasil cukai tak langsung

16.6

Terangkan tiga jenis hasil kerajaan yang diperolehi daripada sumber X .


(d)

[6 markah]

Pernyataan di bawah menerangkan perbelanjaan Negara.


Perbelanjaan untuk
melancarkan
jentera
pentadbiran

Perbelanjaan
untuk
meningkatkan
modal aset

Pernyataan 1

Pernyataan 2

Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan perbezaan pernyataan 1 dan pernyataan 2 selain dari
yang di atas.
[5 markah]
5 (a)

Petikan di bawah berkaitan masalah hutang negara:KUALA LUMPUR: Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan setakat 30 September 2015,
berjumlah RM623.3 bilion, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani.
"Daripada jumlah berkenaan 96.4 peratus atau RM601.1 bilion adalah hutang domestik, sementara
baki RM22.2 bilion atau 3.6 peratus adalah pinjaman luar pesisir dalam pelbagai denominasi mata
wang. "Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan ini kekal terurus dan dikategorikan sebagai
negara keberhutangan sederhana," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Sumber:Ubah suai Berita Harian Khamis 3 Disember 2015

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan perbagai hasil bumi yang
menyumbangkan kepada pendapatan negara. Pada pendapat anda, berdasarkan maklumat di atas,
mengapakah kerajaan mengambil tindakan sedemikian?
[4 markah]

(b)

Buahbuahan tropika
Buahbuahan sitrus
Perbezaan iklim dan jenis tanih menjadikan Malaysia yang beriklim khatulistiwa mampu
menghasilkan pelbagai jenis hasil buah-buahan tropika. Manakala, negara-negara yang beriklim
mediterranean mampu menghasilkan pelbagai jenis buah-buahan sitrus.
5

Huraikan sebab-sebab lain yang mewujudkan perdagangan antarabangsa.

(c)

[4 markah]

Terangkan tiga bentuk sekatan perdagangan antarabangsa yang memberi perlindungan kepada
industri tempatan.
[6 markah]
Terangkan tiga jenis akaun yang terkandung dalam imbangan pembayaran.

[6 markah]

(d)
(e)

Jadual di bawah menunjukkan perubahan kadar pertukaran asing bagi Ringgit Malaysia
(RM) berbanding Dolar Amerika (USD) pada tahun 2014 dan 2015
Tahun
Kadar Pertukaran Asing
2014
1 USD = RM 3.30
2015
1 USD = RM 3.93
Huraikan kesan terhadap Imbangan Dagangan Malaysia akibat daripada perubahan kadar
pertukaran asing pada tahun 2014 berbanding tahun 2015.
[5 markah]

BAHAGIAN B
[25 markah]
Arahan: Soalan ini wajib dijawab.
Soalan 6

Encik Ahmad ialah seorang pengurus pengeluaran di syarikat percetakan Maju Mas di Taiping, Perak.
Syarikat ini mengeluarkan kertas dan buku bacaan selama 15 tahun. Gaji bulanan Encik Ahmad ialah RM
4,000 dan elaun bulanannya sebanyak RM450. Encik Ahmad juga menerima bayaran sewa bulanan
sebanyak RM 600 dan faedah simpanan bank sebanyak RM150 sebulan.
Encik Ahmad juga membuat caruman KWSP sebanyak 11% dari gaji beliau serta membuat potongan
cukai pendapatan sebanyak RM 200 sebulan. Encik Ahmad telah membelanjakan RM 300 untuk membeli
buku-buku keluaran syarikatnya untuk anak-anaknya. Isteri Encik Ahmad, Puan Lili telah menasihati
suaminya supaya tidak berbelanja dengan boros dan dapat berjimat cermat. Beliau meminta agar suaminya
itu menyimpan wang di dalam bank berbanding dengan membeli sebidang tanah yang berdekatan dengan
kampungnya.
Pada bulan Disember 2014, Syarikat Maju Mas berjaya meningkatkan pengeluaran syarikat sebanyak
15 % hasil usaha gigh para pekerjanya. Tambahan output itu telah meningkakan kos pengeluaran syarikat
seperti berikut.
Output (unit)

Jumlah Kos(RM)

20 000
30 000
40 000
50 000
60 000

10 000
14 000
19 000
26 000
31 000

Kesan ekonomi dunia yang tidak stabil telah menjejaskan kuasa beli pengguna. Peluang pekerjaan
semakin berkurang. Pada bulan Januari tahun 2015, Bank Pusat telah mengumumkan penurunan kadar
rizab berkanun bank perdagangan sebanyak 15% untuk mengatasi keadaan ekonomi yang tidak stabil.

Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut:


( a)(i) Apakah sektor ekonomi yang diceburi oleh Encik Ahmad

[ 1 markah ]

(ii) Hitungkan pendapatan bulanan Encik Ahmad

[ 2 markah ]

(iii) Hitungkan pendapatan boleh guna bulanan Encik Ahmad

[ 4 markah ]

(b)

Mengapakah Puan Lili menasihati suaminya supaya tidak boros berbelanja dan berjimat cermat.
[ 2 markah ]

(c)

Beliau meminta agar suaminya itu menyimpan wang di dalam bank berbanding dengan membeli
sebidang tanah yang berdekatan dengan kampungnya. Berikan pendapat anda tentang pernyataan
tersebut.
[ 4 markah ]

(d)

(e)

Hitungkan:
(i) Kos purata keluaran 50 000 unit output
(ii) Kos Sut bagi output ke 50 000

[ 2 markah ]
[ 2 markah ]

(i) Apakah keadaan ekonomi yang berlaku dalam situasi di atas

[ 1 markah ]

(ii) Apakah anda bersetuju dengan tindakan bank pusat menurunkan kadar rizab berkanun 15
peratus? Berikan alasan anda.
[ 3 markah ]
(f)

Jelaskan bagaimana kerajaan mengatasi masalah keadaan ekonomi dalam 6e(i) melalui Dasar
Belanjawan negara.
[ 4 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai