Anda di halaman 1dari 4

Arahan: Baca soalan dengan teliti dan jawab semua soalan.

1. Adam mendapat tempat pertama dalam acara lompat berpagar. __________ akan
mewakili daerah Bachok.

A. Dia
B. Mereka
C. Beliau
D. Baginda

2. Soalan 2 berdasarkan gambar 1.

Gambar 1

Pak Leman mengusahakan ladang __________ seluas 3 ekar.

A. ikan haruan
B. sawah padi
C. kelapa sawit
D. burung murai

3. Aiman __________ basikal itu dengan berhati-hati kerana bimbang berlakunya


kemalangan jalan raya.

A. memandu
B. mengayuh
C. menunggang
D. membonceng

4. Maisarah merupakan seorang gadis yang bersopan santun.


Perkataan bergaris sesuai digantikan dengan:

A. baik
B. kemas
C. hormat
D. lemah – lembut

5. Rahmat menjawab dengan suara yang lantang.


Pilih perkataan seerti bagi perkataan lantang.

1
A. kuat
B. kecil
C. halus
D. perlahan

6. Selepas Heng berpindah tempat duduk, penglihatannya menjadi jelas.


Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan jelas.

A. kabur
B. pudar
C. terang
D. senang

7. __________ yang merasmikan bangunan sekolah itu?


Pilih jawapan yang paling sesuai.

A. apakah
B. bilakah
C. siapakah
D. manakah

8. “_________ yang menyebabkan Lim dan Rawi bergaduh? Tan atau Abu?” Tanya Leman.

A. Apakah
B. Adakah
C. Siapakah
D. Mengapakah

9. Shahrul merupakan seorang kanak-kanak yang __________ dan __________ jika


hendak dibandingkan dengan rakan sebayanya yang lain hinggakan dia tidak
menggunakan kerusi untuk mengambil barang di tempat yang tinggi.

A. besar … kecil
B. kurus …pendek
C. tinggi … pendek
D. segak … pendek

10. “Tolong belikan saya se __________ pisang dan se __________ rambutan di gerai
buah-buahan itu,” pesan ibu kepada ayah.

A. biji …buah
B. sisir … ikat
C. sikat … longgok

2
D. tandan … gugus

11. Pilih pernyataan soalan yang tepat.

i. Apakah umur ayah kamu?


ii. “Apakah yang kami buat itu, Afiqah?
iii. Siapakah Perdana Menteri yang kedua?
iv. Bilakah negara kita mencapai kemerdekaan?

A. i, ii dan iii
B. i, ii dan iv
C. i, iii dan iv
D. ii, iii dan iv

12. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

i. Jagung sudah dimasak.


ii. Ibu sedang masak makanan.
iii. Daun pokok itu sudah masak.
iv. Ayah masak dengan perangai abang.

A. i, dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iv
D. iii dan iv

13. Pilih ayat yang betul.

i. Abang menebang sebatang pokok.


ii. Banyaknya awan terbang di langit.
iii. Bangunan itu telah ditebang oleh angin.
iv. Atap rumahnya telah dterbangkan oleh angin.

3
A. i, dan ii
B. i dan iv
C. ii dan iii
D. iii dan iv

14. Pilih simpulan bahasa yang sesuai.

Mastura tidak disukai oleh kawan-kawanya kerana sikapnya __________.

A. kaki ayam
B. makan angina
C. telinga lintah
D. panjang tangan

15. Pilih simpulan bahasa yang sesuai.

“Usahlah memandang saya seperti _________. Saya juga berhak bersuara di negara
yang mengamalkan sistem demokrasi ini,” kata Juah kepada penduduk kampung.

A. pisau cukur
B. anjing kurap
C. kacang hantu
D. penyapu baharu

Anda mungkin juga menyukai