Anda di halaman 1dari 63

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

i
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

MODUL
KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME
GURU BAHASA MELAYU

PEDAGOGI BAHASA MALAYSIA abad 21

MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA

MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS

i
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Bahagian Pendidikan Guru


Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2 – 6, Blok 13
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

Hak Cipta Bahagian Pendidikan Guru


Kementerian Pendidikan Malaysia

ii
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

PENASIHAT

1. Puan Rosnarizah binti Abdul Halim Bahagian Pendidikan Guru


2. Dr. Shariffah Sebran Jamila binti Imam Kementerian Pendidikan Malaysia

PENYELARAS

Razlee bin Mohamad Bahagian Pendidikan Guru


Kementerian Pendidikan Malaysia

PANEL MODUL

Dr. Maridah binti Alias IPG Kampus Raja Melewar

Zaleha binti Fadzil IPG Kampus Pendidikan Teknik

Mohd Asri bin Abdul Razak IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Bakhtiar bin Omar IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail

PANEL PEMURNI MODUL 2015

Ab. Rahim bin Md. Yasin IPG Kampus Pendidikan Teknik

Dr. Abd Khahar bin Saprani IPG Kampus Bahasa Melayu

Zawahir bin Ismail IPG Kampus Bahasa Melayu

Dr. Maridah binti Alias IPG Kampus Raja Melewar

Jalalludin bin Ibrahim IPG Kampus Raja Melewar

Datin Mastura binti Berawi IPG Kampus Raja Melewar

Nor Alizah binti Alias IPG Kampus Ilmu Khas

Dr. Habibah binti Mohd Samin IPG Kampus Ipoh

Noorliza binti Abdullah IPG Kampus Ipoh

Sharifah Noora binti Syed Tahir SMK Bukit Rahman Putra

Jasmi bin Bachik SMK Dang Anum

Dr. Noor Hayati binti Che‟ Mat SK Sungai Kantan

Dr. Nazirah binti Mohd Nordin SK Sungai Serai

Zul Hazmi bin Hamad SJK(T) Ladang Repah, Tampin

iii
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

PANEL PENILAI MODUL 2015

Nasri bin Ramli JPN Negeri Sembilan

Mat Hassan bin Abdullah JPN Melaka

Mohd Hassany bin Hashim JPN Kelantan

Zulkafly bin Othman JPN Pulau Pinang

Junaidah binti Kamarudin JPN Selangor

Mohd Rosle bin Said PPD Sabak Bernam, Selangor

Nor Hayati binti Mohd Shaharim PPD Petaling Perdana

Noorazam binti Ahmad Nadzir PPD Port Dickson, Negeri Sembilan

Dr. Hj. Raja Othman bin Raja Ismail PPD Petaling Perdana, Selangor DE

Ibrahim bin Yunus PPD Jempol, Negeri Sembilan

Jiani binti Jaman PPD Petaling Perdana, Selangor DE

Mohd Zaki bin Abd Rahman PPD Hulu Langat, Selangor DE

Zaleha binti Md Jadi SMK Bandar Baru Sungai Long, Cheras

Nor Azalina binti Mohamed Adam SMK Puteri, Seremban

Sartini binti Mohd Nor SMK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya

Rosesilawati binti Mohd Jab SK Putrajaya Presint 16(1), Putrajaya

Zamzam binti Abd Karim SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor

Noorbaity binti Hussin SK Putrajaya Presint 16(2), Putarajaya

iv
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

KANDUNGAN

1. Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21 1

2. Teknik dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran 32

3. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 49

4. Didik Hibur 85

5. Tatabahasa 117

6. Aplikasi Teknologi Web 156

v
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA


MALAYSIA DI BAWAH DASAR
MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS

Tajuk Strategi Pengajaran Bahasa Malaysia Berkesan

Topik Pengenalan : Pembelajaran Abad 21 dalam Mata Pelajaran


Bahasa Malaysia

Personel Penceramah

A. Objektif
Pada akhir kursus ini, peserta dapat:
1. menjelaskan konsep pengajaran dan pembelajaran abad 21.
2. mengenal pasti, membina, mengurus sesuatu pengajaran dan pembelajaran dengan
aplikasi pedagogi pembelajaran abad 21.

B. Kandungan Kursus
1. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam PdP Bahasa Malaysia
2. Pembelajaran Secara Kontekstual
3. Merentas Kurikulum
4. Kolaboratif
5. Teknologi Maklumat dan Media
6. Pembelajaran Berasaskan Projek/Modul
7. Penyelesaian Masalah
8. Pentaksiran secara Telus

C. Kaedah
1. Syarahan
2. Perbincangan
3. Aktiviti latih amal (hands-on)
4. Pembentangan

1
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

D. Bahan Pengajaran
1. Modul
2. Nota
3. Slaid Perisian Persembahan
4. LCD
5. Komputer
6. Papan putih
7. Pen Papan Putih
8. Kertas sebak

E. Rumusan / Refleksi
Setelah selesai mengikuti kursus ini, peserta diharap memahami konsep pedagogi dalam
pembelajaran abad 21 untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Malaysia secara berkesan dalam kelas di sekolah masing-masing..

2
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

1.0 Latar Belakang

„Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global
yang semakin sengit, kita tidak boleh lalai. Oleh itu, Malaysia perlu melaksanakan
perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk
melonjakkan pencapaian semua murid. Tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan
transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap
murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad 21.
Oleh yang demikian, transformasi pendidikan bukan sekadar menambah bilangan
kakitangan dan kemudahan, malah perlu menjurus kepada usaha untuk memahami
dan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran. – (Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia, 2013)

Sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,


pembelajaran abad 21 merupakan suatu bentuk transformasi dalam sistem pendidikan
negara yang menuntut perubahan, terutamanya dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad 21 ini bermatlamat untuk
menganjak paradigma kehidupan masyarakat dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai
pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa (Tan Sri
Datuk Dr. Madinah Mohamad, 2014).

“Kerajaan komited melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara untuk


tempoh 15 tahun akan datang. Tranformasi pendidikan ini bermatlamat
melengkapkan setiap murid di negara kita dengan segala kemahiran baharu
yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan menangani cabaran
abad 21. Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara termaju didunia,
sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang
berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran
kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan
diperingkat global.”
- YAB Tan Sri Dato‟ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin

1.1 Definisi Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) abad 21 merujuk kepada beberapa


kompetensi teras, iaitu kolaboratif, celik digital, kemahiran berfikir dan penyelesaian
masalah. Bernet Berry (2011) menjelaskan pembelajaran abad 21 sebagai suatu
bentuk pembelajaran yang memerlukan pelajar menguasai isi kandungan dan
menghasilkan, mensintesis (penyatuan/penggabungan) dan menilai maklumat
daripada pelbagai mata pelajaran dan sumber yang luas dengan memahami dan
menghormati budaya yang berbeza. Mereka (murid) diharap dapat mencipta,
berkomunikasi, bekerjasama serta celik digital selain mempunyai tanggungjawab
sivik.

Murid perlu disediakan dengan kemahiran menangani cabaran dunia


pendidikan yang terdedah kepada pelbagai interpretasi dan kontroversi yang
mencabar pemikiran individu. Semua mata pelajaran perlu menekankan ciri
pengajaran dan pembelajaran abad 21 termasuklah mata pelajaran Bahasa
Malaysia.

3
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Hasil pendidikan abad 21 adalah seperti yang berikut.

1.2 Perbandingan Ciri Pengajaran dan Pembelajaran Abad 20 dan Abad 21

1.2.1 Banding Beza Ciri-Ciri Kelas


a) Kelas Tradisional
a. Susunan kerusi meja adalah rigid dan mengikut baris demi baris
Interaksi guru-murid hanya boleh dilakukan sehala
b. Menggunakan kaedah syarahan dan kaedah secara kelas
c. Penglibatan murid dalam aktiviti PdP amat kurang
d. Potensi JERI+S sukar untuk dikembangkan

b) Kelas Futuristik
i. Mempunyai ruang pembelajaran termasuk ruang persendirian
untuk murid-murid, ruang untuk aktiviti dan ruang untuk bahan-
bahan pembelajaran
ii. Persekitaran bilik darjah yang positif supaya murid dapat melalui
proses pembelajaran dengan baik.
iii. Murid berasa tenang, seronok dan bermotivasi untuk belajar
iv. Kemudahan TMK

4
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

1.2.2 Contoh Bilik Darjah Pendidikan Abad 21

Konsep bilik darjah abad 21 yang akan dibangunkan adalah dengan:-

 Mentransformasikan bilik darjah dengan ruang pembelajaran kreatif hasil usaha


murid supaya menarik dan bermakna
 Suasana atau iklim bilik darjah dapat merangsang murid untuk bersaing, belajar
secara koperatif dan memperoleh kemahiran kolaboratif.
 Bilik darjah yang dicadangkan ialah.

5
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

6
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

7
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

 Fizikal bilik darjah abad 21 yang dicadangkan ialah


i. Murid duduk dalam kumpulan (empat hingga enam orang).
ii. Sudut OPEM dan Kriteria Kejayaan di papan tulis.
iii. Sudut Parking Lot
iv. Sudut hasil kerja murid
v. Sudut maklumat
vi. Ruang santai

8
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

9
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

1.3 Peranan Guru dalam Pembelajaran Abad 21

i. Bina persekitaran pembelajaran kondusif yang konstruktif.


ii. Merangsang pemikiran kritis secara latih amal (hands-on) & latih
minda (minds-on).
iii. Menggalak pembelajaran aktif pelajar secara koperatif dan
kolaboratif.
iv. Menggalak kreativiti & inovasi pelajar berbantukan TMK.
v. Menyerap inovasi dalam PdP berbantukan TMK.
vi. Memberi maklum balas dan penilaian secara berkesan dan
berterusan.

1.4 Prinsip Pembelajaran Abad 21

10
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

11
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

12
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

13
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

1.5 Elemen Pendidikan Abad 21

Terdapat beberapa elemen dalam kemahiran abad 21 seperti yang berikut.

 Kreatif dan inovatif


 Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah
 Komunikasi dan kolaborasi
 Literasi maklumat
 Literasi teknologi maklumat dan komunikasi
 Fleksibiliti dan keupayaan menyesuaikan diri
 Berinisiatif dan mempunyai haluan diri
 Kemahiran sosial dan antara budaya
 Produktiviti dan akauntabiliti
 Kepimpinan dan tanggungjawab

1.6 Ciri-ciri Guru Abad 21

Dalam abad 21, banyak kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru. Menurut Zamri
Mahamod (2011), sering kali terdapat kegagalan guru untuk menerapkan pelbagai
kemahiran yang diajar, terutamanya kemahiran-kemahiran alaf 21. Di samping itu, para
guru juga perlu beralih kepada beberapa aspek memandangkan proses pengajaran dan
pembelajaran untuk abad 21 amat mencabar. Guru-guru untuk abad 21 memerlukan
beberapa ciri tertentu seperti berikut:
1. Guru perlu menguasai subjek iaitu penguasaan kandungan kurikulum.
2. Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran.
3. Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi murid.
4. Memahami psikologi pembelajaran iaitu “Cognitive Psychology”.
5. Memiliki kemahiran kaunseling.
6. Menggunakan teknologi terkini tidak kira semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran mahupun di luar sesi tersebut.

Rajah : Ciri-Ciri Guru Abad 21

27
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

1.7 Ciri-ciri Murid Abad 21

1. Berupaya menghubung kait pelajaran dengan keadaan sekeliling.


2. Bijak menyoal guru ketika berada di dalam bilik darjah.
3. Yakin untuk berkomunikasi.
4. Berani untuk mengambil risiko untuk belajar dan membuat kerja yang
diberikan oleh guru dan juga berani mencuba.
5. Dahagakan ilmu dan sentiasa ingin untuk menimba ilmu.
6. Mempunyai perasaan ingin tahu.
7. Bijak dan kreatif menjana idea serta fleksibel.
8. Tidak pernah berputus asa.
9. Sentiasa mendengar dan membuat refleksi
10. Berkemahiran kritis dan mampu menguasai kemahiran literasi.
11. Mampu berfikir sendiri dan membuat inisiatif.
12. Mampu bekerja dengan orang lain dan membuat perubahan.
13. Mempunyai keperibadian yang tinggi serta berintegriti di dalam mahupun
di luar bilik darjah.

28
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

1.8 Kemahiran Alaf 21 enGauge Skills

Pandangan tentang kemahiran-kemahiran alaf 21 daripada perspektif enGauge Skills (NCREL &
Metiri Group 2003) boleh dikongsi bersama-sama dan empat komponen kemahiran alaf 21 yang
perlu dikuasai oleh guru dan murid. Guru-guru boleh memberikan penekanan kepada kemahiran
alaf 21 yang diketengahkan. Kemahiran alaf 21 enGauge Skills digambarkan seperti rajah yang
berikut;

Rajah : Kemahiran Alaf 21 enGauge Skills

Kemahiran Alaf 21 dilandaskan kepada Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan yang
menuntut sistem pendidikan kita untuk menyediakan sumber manusia berkualiti dan cemerlang.
Antara ciri pendidik yang berkualiti ialah:

 kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi),


 kekuatan minda,
 menguasai subjek / kepakaran dalam sesuatu bidang (subject matter expert)
 mahir dan berketerampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran), dan
 menggunakan teknologi maklumat terkini.

1.9 Kemahiran Pengajaran Abad 21

PdP alaf 21 juga mengambil kira kemahiran yang dicadangkan oleh The Partnerships 21st
Century Skills (2008) untuk memupuk kemahiran generik dalam kalangan murid. Kepekaan guru-
guru terhadap kemahiran ini amat penting bagi memastikan semua kemahiran dapat
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai
adalah seperti berikut;

i. Kemahiran mengubah suai dan bertanggungjawab.


ii. Mengamalkan sifat bertanggungjawab, fleksibel dan toleransi
iii. Kemahiran berkomunikasi
iv. Mahir menggunakan alat-alat telekomunikasi.
v. Kemahiran kreativiti dan sifat ingin tahu yang kuat
vi. Dapat menjana, melaksanakan dan menyampaikan idea baharu
vii. Bersikap terbuka dan sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain.

29
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

viii. Kemahiran berfikir secara sistematik dan kritikal


ix. Berkebolehan menganalisis dan membuat hubung kait fakta yang diberikan.
x. Kemahiran literasi media dan informasi.
xi. Berkebolehan mengakses maklumat, menganalisis, mengurus, menilai dan
mengintegrasikan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai media.
xii. Kemahiran interpersonal dan kerjasama. mempunyai sifat kepimpinan, dapat
mengadaptasi dan bekerja dengan produktif di samping itu mengamalkan sikap empati
dan menghormati kelainan pendapat.
xiii. Kemahiran mengenal pasti masalah dan penyelesaiannya.
xiv. Kebolehan untuk mengenal pasti, menganalisis dan menyelesaikan setiap masalah yang
dihadapi.
xv. Kemahiran pengurusan kendiri, iaitu mengawasi dan menilai keperluan kendiri serta
mengenal pasti sumber-sumber yang diperlukan.
xvi. Kemahiran tanggungjawab sosial
xvii. Mengambil kira kepentingan masyarakat, beretika di sekolah dan dalam masyarakat.

1.10 Pedagogi Abad 21

Guru-guru dalam perkembangan profesionnya harus menguasai kemahiran pedagogi yang


seiring dengan trend perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang terus
berkembang. Pembangunan profesionalisme perlu ke arah pembinaan pengetahuan dan
kemahiran Pedagogi Abad 21 dengan menjadikan diri sebagai guru yang resourceful seperti
yang dirumuskan dalam rajah yang berikut;

Rajah : Pedagogi Abad 21

30
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

1.11 Amalan Pengurusan dalam PdP Abad 21

1. Komunikasi Isyarat (The Quiet Signal)

2. Papan Putih Mini

3. Program ‘Bintang’

31
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA


MALAYSIA DI BAWAH DASAR
MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS

Pedagogi Bahasa Malaysia Abad 21


Tajuk
Teknik dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Topik
Penceramah
Personel
A. Objektif
Pada akhir sesi peserta dapat;
1. memberikan penerangan tentang pelbagai teknik dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia;
2. membimbing guru dalam proses pemerolehan ilmu dan penguasaan kemahiran berfikir
aras tinggi berdasarkan kaedah dan teknik yang dipelajari;
3. mencipta inovasi berdasarkan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang
terdapat dalam modul.
B. Kandungan Pengajaran
Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang kompleks. Amat penting
bagi seorang guru mengambil kira beberapa perkara seperti pendekatan, kaedah dan teknik
yang hendak digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam sesebuah kelas
pada abad 21 ini. Guru yang kreatif akan memikirkan pelbagai kaedah pengajaran yang sesuai
dan selaras dengan keperluan, minat, dan kebolehan murid.

C. Kaedah
1. Syarahan
2. Perbincangan
3. Aktiviti latih amal (hands-on)
4. Pembentangan

D. Bahan Pengajaran
1. Modul
2. Nota
3. Slaid Perisian Persembahan
4. Borang penilaian
5. LCD
6. Komputer
7. Papan putih
8. Pen Papan Putih
9. Kertas Sebak

E. Rumusan/Refleksi
Peserta dapat melaksanakan tugasan mengikut langkah-langkah dan teknik yang
disarankan.

32
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD 21

2.0 Pengenalan

Pengaplikasian pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran


mestilah melihat kepada kepelbagaian pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Dalam konteks
pendidikan, kaedah dan teknik merupakan satu perancangan atau siri tindakan guru semasa
melaksanakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang
perlu dituruti dengan saksama bagi mencapai objektif pengajaran. Menurut Zamri Mahamod
(2012), dalam melaksanakan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran, guru
Bahasa Melayu perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan. Selepas kaedah yang hendak
digunakan dipilih, barulah guru merancang teknik yang boleh melengkapkan kaedah tersebut
seperti teknik bercerita, latih tubi, menghafal dan seumpamanya. Usaha mengenal pasti dan
memilih kaedah dan teknik yang sesuai dapat memenuhi pendekatan yang digunakan yang
disebut sebagai strategi. Kaedah pengajaran membolehkan guru-guru mengajarkan bahasa
mengikut cara yang betul lagi terancang. Kajian-kajian yang telah dilakukan sebelum ini
menjelaskan bahawa pengajaran bahasa akan lebih berkesan apabila guru mampu
menggunakan kaedah-kaedah dan teknik yang telah disarankan dalam bidang pengajaran
bahasa.

Menurut Burton, Donelson, dan Haley (1975), pendekatan dan kaedah yang sesuai
ialah pendekatan dan kaedah yang memberikan peluang kepada murid untuk berusaha
sendiri dalam pembelajaran. Guru sebagai pembimbing manakala murid sebagai pelakon.
Tujuannya ialah, murid-murid mendapat pengalaman dan berpeluang menerima, menerapkan
dan menyatukan nilai-nilai yang dipelajari itu kepada personaliti mereka melalui pengalaman
yang dialami.

Perkara ini jelas terbukti apabila Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
yang memberikan penekanan kepada kemahiran berfikir murid. Setiap murid perlu
mempunyai semangat ingin tahu dan belajar tentang cara untuk terus mendapatkan
pengetahuan sepanjang hayat, mampu menghubung kait pelbagai pengetahuan bagi
mewujudkan pengetahuan baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif
yang penting:
 Pemikiran Kreatif dan Inovatif: kemampuan menginovasikan, menjanakan
kemungkinan baharu, mencipta idea atau pengetahuan baharu;
 Penyelesaian Masalah dan Penaakulan: keupayaan meramal masalah dan mendekati
isu secara kritis, logik, induktif, dan deduktif bagi mencari penyelesaian, dan akhirnya
membuat keputusan; dan
 Keupayaan Belajar: keupayaan memacu pembelajaran sendiri, dengan kemampuan
menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat.

Yang berikut ialah pelbagai kaedah dan teknik pengajaran bahasa yang boleh digunakan oleh
guru dalam pengajaran mereka.

2.1 Pendekatan dalam Pengajaran dan Pembelajaran

2.1.1 Pendekatan Konvensional

- Berpusatkan guru
Guru menggunakan teknik seperti syarahan, demonstrasi, bercerita serta
pengajaran secara kelas. Pendekatan ini tidak memberi peluang kepada
palajar untuk mengambil bahagian dalam sesi P&P. Murid hanya mendengar
sahaja apa yang disampaikan oleh guru.

33
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

2.1.2 Pendekatan Abad 21

- Berfokuskan murid
Pendekatan berpusatkan murid. Aktiviti PdP lebih menarik dan berkesan.
Murid berpeluang untuk: mengambil bahagian serta memberi pendapat dan
idea berkenaan dengan topik yang dipelajari dan mampu menyampaikan
apa yang ada dalam fikiran mereka. Aktiviti PdP seperti lawatan,
penyelesaian masalah, projek, simulasi dan bermain. Pelajar terlibat
secara latih amal (hands-on) dalam aktiviti PdP.

- Berfokuskan bahan
Guru perlu lebih kreatif dalam mencari dan menggunakan bahan-bahan
pengajaran. Guru perlu menggunakan sudut dan ruang bilik darjah, Bahan
Bantu Mengajar (BBM) dan Bahan Bantu Belajar (BBB). Guru juga perlu
menggunakan sumber seperti bahan dari internet, audio visual, gambar,
graf, carta, dan poster.

2.2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

2.2.1 Pembelajaran Koperatif


2.2.2 Penyelesaian Masalah
2.2.3 Kontekstual
2.2.3 Kajian Masa Depan
2.2.4 Konstruktivisme

2.2.1 Pembelajaran Koperatif

- Tumpuan utama memfokuskan kepada pencapaian akademik dan penerimaan


kepelbagaian kemahiran sosial.
- Pembelajaran aktif yang mengubah situasi pembelajaran pasif kepada
pembelajaran yang dinamis serta berpusatkan pelajar.
- Satu pasukan yang heterogen,saling bergantung, tidak bersaing sesama sendiri
ke arah pencapaian matlamat yang sama.
- Mengapa Perlunya Pembelajaran Koperatif?
Pembelajaran koperatif diperlukan kerana :
Positive Interdependence: kebergantungan positif
Individual Accountability: akauntabiliti individu
Equal Participation: penglibatan seimbang
Simultaneous Interaction: interaksi bersemuka
- Enam konsep utama pembelajaran koperatif
Dijalankan secara berpasukan
Menggerakkan inisiatif individu dan ahli kumpulan
Mengurus dan menentukan pembahagian tugasan setiap ahli
kumpulan.
Meningkatkan interaksi sosial dan komunikasi ahli kumpulan.
Menggalakkan budaya inovatif dalam pencetusan idea.
- Prosedur Aplikasi Pembelajaran Koperatif dalam PdP
 Menyampaikan isi pengajaran baru
 Memberi tajuk tugasan
 Memberi struktur pelaksanaan tugasan
 Mengagih kumpulan (Kagan Cooperative learning: Rally Robin &
Round Robin)
 Mengagih tugasan bagi mencapai hasil pembelajaran
 Membimbing kelompok pelajar dan perbincangan
 Proses: Pengumpulan dan pembentangan bahan tugasan

34
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

 Maklum balas/penilaian oleh guru


 Memberi penghargaan

- Contoh aktiviti pembelajaran koperatif:


 Fan-N-Pick (Kipas dan Pilih)
 Three Stray One Stay (Tiga Sesat Satu Tinggal)
 Travelling File (Fail Bergerak)
 Jigsaw Puzzle
 Teams-Games-Tournament (TGT) / Pertandingan-Permainan -
Berpasukan
 Pembelajaran Bersama
 Kajian Berkumpulan
 Kumpulan Membantu Individu
 Think-Pair-Square / Fikir-Berpasangan-Berkumpulan
 Think-Pair-Share / Fikir – Berpasangan – Berkongsi
 Pair Check / Semakan Berpasangan
 Team Present To Other Team / Kumpulan Bentang Pada Kumpulan
Lain
 Two-box induction / Dua Kotak Induksi
 Three-Step Interview (Tiga Langkah Temuduga)
 Rotating Review (Kajian berputar)
 Find-Someone-Who (Cari seseorang)
 Value Lines (Garis nilai)
 Who am i? (Siapa saya?)
 Gallery Tour (Galeri Pelancongan)
 Match Mine (Padankan Saya)
 Inside-Outside Circle (Dalam – Luar Bulatan)
 Talking Chips (Cip Bercakap)
 Trade-A-Problem (Bina Suatu Masalah)
 Window Pane (Anak tetingkap)
 The Yarn Yarn (Benang-Benang)
 Blind Sequencing (Urutan Tunanetra)

2.2.2 Penyelesaian Masalah

- Fokus utama berkisar kepada pencapaian akademik dan penerimaan


kepelbagaian kemahiran sosial.
 Fokus pada pengalaman dan kemahiran melalui daya usaha murid
sendiri.
 Bermula dengan bertanya soalan, cari penyelesaian, peroleh
pengetahuan dan pengalaman sambil mencari maklumat untuk
selesai masalah dan seterusnya membuat refleksi.
 Berpeluang menjalani proses pembelajaran secara langsung dan
autentik.
- Mengapa Kaedah Penyelesaian Masalah diaplikasikan dalam PdP
- Mengembangkan rasa ingin tahu (intellectual curiosity).
- Mengembangkan kemahiran berfikir.
- Menyesuaikan diri untuk mengambil tindakan mengikut situasi.
- Menjadi asas kepada pendekatan bersistem dalam menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan.
- Menggalakkan pembelajaran kendiri.
- Mengukuhkan kemahiran belajar.
- Mengembangkan nilai-nilai sosial yang positif.

35
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

o Prosedur Aplikasi Penyelesaian Masalah Dalam PdP


Langkah 1 : Mengenal pasti Masalah
Langkah 2 : Merancang Cara Penyelesaian
Langkah 3 : Mengumpul Maklumat
Langkah 4 : Mengkaji / Analisis maklumat
Langkah 5 : Membuat Rumusan

2.2.3 Kontekstual

- Menyediakan situasi PdP yang melibatkan pelbagai pengalaman dalam


konteks sosial, budaya, fizikal dan psikologi.
- Berasaskan aktiviti, pembelajaran pengalaman sendiri, sesi latih amal (hands-
on) dan latih minda (minds-on) seminar, bengkel dan program pelajar
melakukan sendiri projek.
- Pelajar diberi motivasi dalam perbincangan masalah berbantukan bahan yang
sesuai untuk meningkatkan kefahaman.
- Pelajar dapat mengaitkan dengan pengetahuan asas yang ada pada mereka.
- Maklumat yang dicari dan dikumpul melalui pengalaman sendiri dapat
membantu menjanakan idea, mengukuh serta menilai apa yang difahami.
- Kepentingan Pembelajaran Kontekstual
• Membantu pelajar mengaitkan kandungan pembelajaran kepada
situasi sebenar dan mencari makna tentang apa yang dipelajari secara
latih amal dan latih minda.
• Pembelajaran berlaku apabila pelajar berupaya memproses maklumat
atau pengetahuan baru yang memberi makna kepada mereka.
• Pelajar faham sesuatu yang dipelajari dalam situasi yang lebih luas
yang berkait dengan isu sebenar.
• Pembelajaran mengikut konteks berlaku apabila pelajar mengaitkan
pengetahuan dan pengalaman dalam kehidupan.
- Elemen Dalam Kontekstual
R (Relating (hubung kait) –
pengalaman hidup dgn pengetahuan baru
E (Experiencing (alami) -
penerokaan, penemuan, mereka cipta)
A (Applying (aplikasi) –
aplikasi pengetahuan dan maklumat dalam situasi lain)
C (Cooperating (kerjasama) –
kerjasama dan komunikasi)
T (Transfering (memindahkan) –
pengetahuan sedia ada, menggunakannya , bina baru)
- Prosedur Aplikasi Kontekstual Dalam PdP
Motivasi – pengenalan Isu perbincangan sumber PdP
Pemahaman- Penerangan konsep dan perbincangan kelas
bacaan dan melakukan contoh kajian
Kemahiran - Aktiviti latih amal menyelesaian masalah
Penilaian - Ingat kembali dan Penilaian Kemajuan

2.2.4 Kajian Masa Depan


- Strategi saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid
menghadapi pelbagai cabaran hidup dan perubahan
- Mengupayakan murid mengambil bahagian dalam merangka masa depan
mereka secara berkaedah, bermakna dan bertanggungjawab
- Mengajar bersikap futuristik agar lebih kritis dan sentiasa membuat
perancangan sebelum berbuat sesuatu

36
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

- Memberi murid kesedaran dan merangsang pelajar berfikir tentang isu,


masalah dan peluang yang bakal dihadapi
- Pelajar diasuh dan dibimbing konsep dimensi masa depan yang berubah
dengan pembaharuan dan inovasi. Contohnya persekitaran, kehidupan anda,
apa pilihan anda, seluruh dunia, negara, masa depan : perubahan, masa kini :
trend utama dan masa lalu : perspektif.

- Kemahiran KMD dalam PdP


a. Kemahiran Khusus
i. Membuat Ramalan
ii. Menjangka Akibat
iii. Mengendali Perubahan
b. Kemahiran Asas
i. Pemahaman Konsep Masa Depan
ii. Pengumpulan Maklumat dan Analisis Trend
iii. Ramalan dan Analisis
iv. Penggunaan Imaginasi dan Kreativiti
v. Strategi Mengatasi Kebimbangan
vi. Proses Inovasi Sosial
vii. Pembinaan Senario
viii. Penjelasan Nilai dan Masa Depan
ix. Pemahaman Dimensi Kemapanan
- Kepentingan Kajian Masa Depan (KMD)
a) Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal
berkaitan masa depan
b) Berkomunikasi secara berkesan tentang hal berkaitan masa depan
c) Membina sikap dan nilai tentang masa depan
d) Pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan
e) Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal berkaitan
masa depan
- Empat Prinsip Dalam KMD
a) Prinsip Perubahan
b) Prinsip pandangan jauh
c) Prinsip Perancangan Strategik
d) Prinsip Pengupayaan
- Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Kajian Masa Depan:
Perancangan Seorang Guru
a) Perancangan Yang Strategik
b) Isu dan Tema Yang Relevan
c) Berpusatkan pelajar
d) Aplikasi Sebagai Projek, Kerja Kokurikulum atau Sepanjang Hayat
e) Peranan Guru Sebagai Fasilitator

- Prosedur Aplikasi KMD Dalam PdP


o Tajuk & Konsep
o Senaraikan kemungkinan yang akan berlaku (masa depan)
o Sediakan eviden-eviden bagi asas kemungkinan
o Cadangkan langkah – langkah penyelesaian/ penambahbaikan / pelan
tindakan
o Pembentangan/ Simulasi/ Hasil kerja

37
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

- Contoh/ Sumber PdP


Tema: Malaysia Negaraku
Kemerdekaan Semangat patriotik
Perpaduan rakyat
Keharmonian negara

- Kemungkinan berlaku jika negara kita kehilangan


kemerdekaannya?
- Senaraikan kemungkinan apa yang bakal berlaku?
- Kaitkan kemerdekaan dengan kejayaan dan masa depan
- Sumbang saran untuk mendapatkan pandangan pelajar
- Guna gambar negara-negara yang sering dilanda kekacauan
- Cadangan
- Bina senario masa depan jika langkah tidak diambil
- Pelan tindakan mengekalkan kemerdekaan
- Refleksi

2.2.5 Pembelajaran Konstruktivisme

Konstruktivisme ialah satu pendekatan pengajaran berdasarkan


penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan
penyelidik berpendapat bahawa setiap individu membina pengetahuan
dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain.
Pendekatan Konstruktivisme dalam pendidikan merupakan satu inovasi
tentang gaya pengajaran dan pembelajaran pada masa ini.

Konstruktivisme menekankan kepada peranan murid dan guru


sebagai pembimbing sahaja. Kelebihan pendekatan ini ialah murid
berpeluang membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling
pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran
terbaharu. Perkaitan ini dibina sendiri oleh murid. Pendekatan
Konstruktivisme sangat penting dalam proses pembelajaran kerana
murid digalakkan membina konsep sendiri dan menghubungkaitkan
perkara yang dipelajari dengan pengetahuan yang sedia ada pada
mereka. Hasilnya, murid dapat meningkatkan pemahaman mereka
tentang sesuatu perkara.

38
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

2.3 MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM

Kaedah pembelajaran model konstruktivisme Lima Fasa Needham


(Needham, 1987) kepada kumpulan sasaran yang merangkumi lima
fasa berikut:

1. Orientasi:
Guru menyediakan suasana pembelajaran untuk merangsang
dan menimbulkan minat murid terhadap pelajaran. Pelbagai
cara dilakukan untuk mendapatkan perhatian murid. Antaranya
ialah dengan menunjukkan tayangan video, keratan akhbar,
teka teki, lakonan dan simulasi.

2. Pencetusan Idea
Guru merancang pelbagai bentuk aktiviti seperti perbincangan
kumpulan, menggunakan kaedah peta konsep serta membuat
laporan dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada
dengan pengetahuan baharu yang akan mereka pelajari. Murid
akan berbincang dalam kumpulan dan berkongsi pengalaman
yang sama serta interaksi yang rapat sesama mereka. Guru
perlu memainkan peranan sebagai fasilitator dengan
membekalkan bahan pembelajaran dan membimbing murid
untuk membuat pembelajaran inkuiri atau pembelajaran
berasaskan masalah yang diberi.

3. Penstrukturan Semula Idea


Guru menyediakan aktiviti atau memberi tugasan berstruktur
untuk membolehkan murid mencabar idea asal mereka atau
idea rakan, dan membina struktur pengetahuan sendiri yang
lebih bermakna dan berkesan. Dalam fasa ini, kemahiran
berbahasa akan membantu murid membuat pengubahsuaian
atau penyusunan semula idea mengikut urutan dan setiap satu
idea mempunyai kesinambungan idea yang tersusun dan
terancang. Peranan guru pula ialah mengukuhkan konsep atau
idea yang tepat kepada muridnya.

4. Aplikasi Idea
Murid akan mengaplikasikan pengetahuan baharu dengan
menyelesaikan masalah dalam situasi baharu. Situasi ini dapat
mewujudkan pemahaman yang baharu dan menggalakkan
proses inkuiri di dalam diri murid.

5. Refleksi
Murid membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan
baharu dan merenung kembali proses pembelajaran yang
menyebabkan perubahan kepada idea mereka. Murid juga
boleh membuat refleksi untuk melihat sejauh manakah idea asal
mereka telah berubah. Guru boleh menggunakan kaedah
penulisan kendiri, perbincangan kumpulan dan catatan peribadi
murid untuk meneliti atau memantau tahap pemahaman murid-
muridnya.

39
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Ciri-Ciri Pembelajaran Konstruktivisme

40
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme

41
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

2.4 Kaedah Pembelajaran Koperatif

2.4.1 Susun Suai (Jigsaw Puzzle)

Model pembelajaran ini merupakan sebuah model pembelajaran koperatif


yang menitikberatkan kerja kumpulan kecil. Kumpulan kecil seramai 4-6 orang
akan diwujudkan di dalam kelas. Mereka akan bertanggungjawab dan
melaksanakan semua tugasan dalam kumpulan mereka. Menurut Rusman
(2008:205) model pembelajaran jigsaw juga dikenali sebagai pembelajaran
koperatif dan kolaboratif. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap ahli dalam
kumpulan akan diberikan isu dan masalah yang berbeza untuk dibaca dan
difahami. Namun setiap masalah yang sama akan dibincangkan dalam
kelompok yang telah ditetapkan dan akhirnya mereka akan menerangkan dan
membahaskan isu tersebut dalam kumpulan asal mereka.

Langkah-langkah Pelaksanaan

i. Guru mengedarkan bahan bacaan kepada setiap ahli kumpulan. Bahan


bacaan hendaklah berbeza antara ahli dalam kumpulan tetapi semua isu
dan masalah adalah sama untuk semua kumpulan.
ii. Apabila selesai membaca dalam tempoh yang diberikan, ahli kumpulan
akan bergerak membentuk kumpulan yang mendapat isu atau masalah
yang sama. Mereka akan berbincang untuk kefahaman yang lebih luas.
Mereka juga dikehendaki menyediakan laporan dan maklumat supaya
mudah untuk dikongsi dalam kumpulan asal.
iii. Mereka akan kembali semula ke kumpulan asal. Setiap ahli akan
menerangkan isu/masalah kepada ahli kumpulan mengikut giliran yang
ditetapkan. Mereka turut melakukan perbincangan dan penyoalan.
iv. Guru melakukan aktiviti merumuskan semua hasil pembelajaran. Guru juga
boleh melaksanakan penilaian yang sesuai.

Contoh Pelaksanaan

42
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

1. Guru akan mengajarkan tatabahasa bertajuk „Golongan Kata‟. Sebagai


contohnya, murid ada 20 orang. Bentuk 4 kumpulan seperti dalam Rajah 1.
Kumpulan ini ialah Kumpulan A, Kumpulan B, Kumpulan C dan Kumpulan
D. Dalam kumpulan asal ini Pelajar 1 menerima wacana Kata Nama Am,
pelajar nombor 2 menerima wacana Kata Nama Khas, pelajar nombor 3
menerima wacana Kata Ganti Nama dan pelajar nombor 4 menerima
wacana Kata Kerja.
2. Seterusnya, pelajar membentuk kumpulan baharu mengikut nombor murid.
Murid yang bernombor sama duduk dalam kumpulan yang sama dan
melakukan perbincangan. Mereka membaca dan memahami wacana itu.
Mereka boleh merujuk bahan sokongan seperti kamus, buku glosari dan
ensiklopedia, serta melalui internet. Mereka memproses dan mencerna
maklumat melalui perbincangan dan sumbang saran. Akhirnya mereka arif
dan menjadi pakar tentang masalah/isu yang diperoleh.
3. Setelah menjadi pakar Kata Nama Khas, Kata Nama Am, Kata Ganti Nama
dan Kata Kerja, mereka kembali ke kumpulan asal. Setiap ahli pakar akan
menyampaikan maklumat kepakaran mereka kepada empat orang
rakannya. Rakan-rakan boleh mengemukakan pertanyaan. Pakar
hendaklah menjawab pertanyaan itu dengan menyerlahkan
keterampilannya sebagai pakar. Kemudian diikuti pula oleh pakar
seterusnya sehingga habis.
4. Setiap kumpulan asal yang telahpun berkongsi kepakaran itu hendaklah
membuat rumusan dan refleksi. Refleksi wajar menyerlahkan nilai murni.

2.4.2 Model Rakan Pemikir

Apakah yang dimaksudkan dengan Model Rakan Pemikir? Model ini memberi
penekanan kepada pengetahuan para pendidik menterjemahkan pengetahuan
isi kandungan secara pedagogikal yang berkesan dengan memahami konteks
dalam persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah. Mereka hendaklah
mempunyai pengetahuan isi kandungan subjek, pengetahuan pedagogi
subjek, pengetahuan ciri setiap pelajarnya, pengetahuan tentang kepercayaan
terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan serta
penilaian rakan dalam kumpulan. Model ini banyak melibatkan cara
penyampaian secara berkesan terhadap sesuatu idea, analogi kukuh, ilustrasi
menarik, contoh-contoh tepat dan munasabah, penerangan jelas dan
bermakna serta tunjuk cara berkesan agar sesuatu isi pelajaran dapat difahami
oleh pelajar secara mudah.

Di samping itu, Model Rakan Pemikir memberi fokus membantu


pendidik bahasa meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka.
Model ini menggunakan model terapan untuk menerapkan kemahiran generik
melalui pelbagai pendekatan, antaranya pembentangan hasil kerja
perbincangan, kerja berpasukan, pencarian maklumat, pembelajaran aktif,
pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran
berasaskan masalah dan pembinaan bahan secara kreatif dan efektif.
(Maridah:2010) Model ini disediakan secara terancang dan tersusun bagi
memantau dan menilai pelajar secara efektif. Penggunaan pelbagai kaedah
dan teknik pengajaran dapat membantu guru menyampaikan pengajaran
dengan berkesan. Kegiatan pengajaran yang berpusatkan kepada pelajar ini
akan dapat membantu pelajar menghayati kandungan pelajaran dan

43
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

meningkatkan daya afektif dan kreativiti mereka seterusnya meningkatkan


minat dan memupuk bakat pelajar terhadap Bahasa Malaysia.

Selanjutnya, satu sistem penilaian rakan dalam kumpulan diwujudkan


bagi menilai komitmen pelajar sewaktu aktiviti berkumpulan dijalankan.
Menurut Brown (1999), penilaian rakan dalam kumpulan sangat membantu
dalam melengkapkan maklum balas formatif pelajar, terutamanya apabila
mereka melaksanakan tugasan yang diberikan. Ini penting untuk peningkatan
kendiri pelajar dan khususnya membantu guru yang tidak dapat menilai
beberapa aspek sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Pada masa ini, pendidik mempunyai beban tugas yang sangat mencabar
dalam proses pengajaran dan bentuk ilmu pengetahuan yang pelajar mereka
terima. Pendidik yang baik akan menunjukkan rasa tanggungjawabnya
terhadap apa yang dipelajari oleh pelajar-pelajarnya.

Bagaimanakah penggunaan Model Rakan Pemikir dapat meningkatkan


kualiti pendidik seterusnya berupaya menghasilkan pelajar yang cemerlang?
Model ini dapat menyumbang kepada kaedah pengajaran yang
menitikberatkan pembelajaran yang bermakna bertujuan untuk membantu
pelajar;

i. menggunakan strategi dan kemahiran belajar untuk mengakses dan


memilih maklumat daripada pelbagai sumber yang relevan dengan
tugasan yang diberikan.

ii. melaksanakan kolaborasi dengan rakan-rakan dalam kumpulan dan


pihak-pihak yang terlibat secara optimum bagi menghasilkan kerja dan
persembahan yang berkualiti.

iii. mengamalkan pemikiran reflektif dalam interaksi lisan semasa sesi


kolaborasi dengan guru/pensyarah, rakan dalam kumpulan dan pihak-
pihak tertentu serta dalam penulisan reflektif.

iv. menilai rakan-rakan dalam kumpulan mereka dengan telus berasaskan


borang penilaian yang disediakan.

Penilaian kendiri adalah penting. Justeru, para pendidik bahasa


menyediakan rubrik yang lengkap tentang aspek-aspek yang dinilai dalam
mata pelajaran tersebut. Rubrik akan membantu pelajar melakukan penilaian
kendiri dari peringkat awal proses pembelajaran hingga menghasilkan satu
produk akhir.

Komputer ialah alat kognitif yang penting dalam model ini. Literasi
digital dapat mencabar pemikiran pelajar kerana apabila belajar dengan
komputer, komputer menjadi rakan intelektual (Jonassen, 2005). Pelajar perlu
mempunyai kemahiran belajar cara belajar.

44
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Melalui Model Rakan Pemikir ini, secara tidak langsung dapat


meningkatkan motivasi setiap pelajar dalam kumpulan untuk berusaha
memberi komitmen sepenuhnya dalam aktiviti berkumpulan dan seterusnya
menghasilkan bahan pembelajaran yang bermutu. Ringkasnya, Model Rakan
Pemikir memberi tumpuan kepada lima komponen yang berikut;

i. inventif;
Murid mengumpulkan maklumat melalui perbincangan

ii. inovatif;
Murid berbincang berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui
perbincangan dalam kumpulan dan mengaitkan pemikiran kreatif dan
inovatif dengan pemikiran lateral. Tujuannya adalah untuk
menyelesaikan masalah dan melihat sesuatu berdasarkan pelbagai
perspektif bagi menyelesaikan masalah tersebut dan mencetuskan idea
baharu berdasarkan panduan yang diberikan oleh guru.

iii. informatif;
Untuk memantapkan kreativiti dan inovatif murid di dalam bilik darjah,
mereka digalak menggunakan alat-alat berfikir iaitu Peta Pemikiran i-
THINK untuk membantu mereka memahami fakta-fakta dan maklumat
yang diperoleh dalam langkah inventif. Murid digalakkan untuk
mencatat nota dengan menggunakan peta pemikiran. Melakarkan peta
pemikiran yang sesuai menggunakan maklumat yang diperoleh.
Membina tiga (3) soalan mengikut aras Taksonomi Bloom– aras KBAT
(Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) untuk diajukan kepada rakan sewaktu
sesi pembentangan. Penggunaan peta pemikiran membantu murid
berfikir secara lebih terbuka, kreatif, dan inovatif.

iv. inferens
Sesi pembentangan - Ahli kumpulan yang ditetapkan sebagai
pembentang akan melakukan pembentangan dalam kumpulan yang
ditetapkan. Pembentangan akan dilakukan serentak untuk semua
kumpulan. Mereka akan menggunakan peta pemikiran yang telah
dibincangkan dalam kumpulan masing-masing. Selepas sesi
pembentangan, pembentang akan mengajukan soalan kepada ahli
dalam kumpulan untuk dibincangkan bersama.

v. intelektual.
Semasa pembentangan, kumpulan yang mendengar akan membuat
penilaian terhadap pembentang berdasarkan senarai semak yang
dibekalkan oleh guru. Dari senarai semak tersebut, setiap ahli dalam
kumpulan juga akan membuat refleksi tentang hasil dapatan dalam
langkah inventif, inovatif, informatif, dan inferens mereka.

45
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Kerangka Aktiviti 1

Tajuk : Model Rakan Pemikir

Objektif : Pada akhir sesi peserta dapat;

i. menyemaikan budaya membaca dalam kalangan guru,

ii. menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada


dan pemahaman konsep baharu secara mendalam,

iii. mengakses maklumat daripada pelbagai sumber, memilih


maklumat yang relevan dan mengorganisasi maklumat secara
sistematik dan bermakna,

iv. menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi (High Order


Thinking Skills) dan membina pemikiran sendiri (independent
thought),

v. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme


keguruan secara berterusan,

vi. menggalakkan suasana pembelajaran yang melibatkan


interaksi sosial untuk meningkatkan mutu pembelajaran,

vii. dapat menilai secara telus pencapaian sendiri dan pencapaian


rakan-rakan dalam kumpulan, dan

viii. merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.

viiii. menggunakan peta pemikiran i-Think secara maksimum.

Tempoh : 2 jam

Persediaan : Para peserta telah menyediakan bahan pembelajaran dan


bahan rujukan berdasarkan tajuk yang telah diberikan. Peta
Pemikiran i-Think, Borang Penilaian, Komputer Riba.
Kerangka Aktiviti 2

1. Guru mengajar/memberi kuliah/menggunakan modul.


2. Membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan. (5 orang).
Lantik ketua dan tentukan giliran pembentangan.
3. Minta peserta berkongsi maklumat dalam kumpulan dan sediakan bahan
pembentangan. Bahan pembentangan yang perlu disediakan ialah,
 Peta Pemikiran i-Think yang menarik
 Sekurang-kurangnya 3 soalan KBAT yang akan digunakan dalam sesi
perbincangan.
 Soalan-soalan ini akan digunakan setelah sesi pembentangan selesai.

46
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Pergerakan Pembentang

Kumpulan 1 Kumpulan 2

Pembentang

Pembentang
X

Pembentang Pembentang
X

Kumpulan 4 Kumpulan 3

X – Pembentang yang telah dilantik oleh kumpulan

Pembentang ini akan bergerak ke kumpulan yang ditetapkan


apabila sesi pembentangan.

4. Pembentang yang telah dilantik akan bergerak ke kumpulan yang ditetapkan.


Contohnya : Kumpulan 1 Kumpulan 2
Kumpulan 2 Kumpulan 3
Kumpulan 3 Kumpulan 4
Kumpulan 4 Kumpulan 1
5. Sesi perbincangan berdasarkan soalan-soalan aras pemikiran tinggi yang
disediakan.
6. Rakan dalam kumpulan mengisi borang penilaian – untuk menilai pembentang.
Borang-borang yang telah lengkap diisi akan diserahkan kepada pembentang.
7. Rumusan oleh fasilitator.
8. Sesi tamat.

47
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Kesimpulannya, sebagai sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan untuk


melahirkan murid-murid cemerlang, yang berfikir secara kreatif, inovatif, dan kompetens
selaras dengan pembentukan modal insan bagi mengisi keperluan negara maju. Modal insan
yang dilahirkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran
menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baharu, mempunyai
ketahanan serta mampu untuk menghadapi dunia global yang sering berubah-ubah.

Pelbagai kaedah koperatif yang boleh digunakan sebagai panduan. Sila layari web yang
diberikan.

1. Think-Pair-Share
http://www.colorincolorado.org/educators/content/cooperative/

2. Search-Pair-Share
3. Round Table
4. Knotty Problems
5. Model Student Teams
http://www1.umn.edu/ohr/prod/groups/ohr/@pub/@ohr/documents/asset/ohr_
89185.pdf

6. Model Student Teams Achievement Divisions (STAD)


http://www.academia.edu/5124516/The_Impact_of_STAD_Strategy_on_FL_
Reading_Achievement_of_Low-_Average-_and_High-
achieving_Students_in_Al_balqa_Applied_University

http://www.infonomics-
society.org/IJCDSE/The%20Effect%20of%20Student%20Teams%20Achievement%2
0Divisions%20as%20a%20Teaching%20Strategy%20on%20Grade%2010%20Learne
rs%20Economics%20Knowledge.pdf

7. Coorperative Integrated Reading and Composition (CIRC)


http://ies.ed.gov/ncee/wwc/pdf/intervention_reports/wwc_circ_062612.pdf
http://ies.ed.gov/ncee/wwc/interventionreport.aspx?sid=109

8. Learning Together
9. Group Investigation
http://www.ascd.org/ASCD/pdf/journals/ed_lead/el_198912_sharan.pdf
http://www.keansburg.k12.nj.us/cms/lib02/NJ01001933/Centricity/Domain/163
/Intro_to_Coop_Learning.pdf

48
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA


MALAYSIA DI BAWAH DASAR
MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS

Tajuk Strategi Pengajaran Bahasa Malaysia Berkesan

Topik Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP BM

Personel Penceramah

A. Objektif
Pada akhir sesi peserta dapat;
4. memberikan penerangan tentang pembudayaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam
kalangan guru dan murid;
5. membimbing guru dalam proses pemerolehan ilmu dan penguasaan kemahiran berfikir
aras tinggi berdasarkan kehendak sukatan pelajaran;
6. menggunakan dan mengamalkan pemikiran aras tinggi semasa pengajaran dan
pembelajaran.

B. Kandungan Pengajaran
Kemahiran berfikir aras tinggi perlu menjadi satu budaya dalam kalangan guru dan murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan instrumen berfikir dapat
membantu guru meningkatkan amalan berfikir aras tinggi, dalam usaha membudayakan
kemahiran tersebut.
Alat berfikir aras tinggi dan Peta Pemikiran i-THINK dipersembahkan dalam 8 bentuk grafik
mudah untuk diguna pakai serta mempunyai proses pemikiran tersendiri. Penggunaan peta
pemikiran ini boleh disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran.

C. Kaedah
5. Syarahan
6. Perbincangan
7. Aktiviti latih amal (hands-on)
8. Pembentangan

D. Bahan Pengajaran
10. Modul

49
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

11. Nota
12. Slaid Perisian Persembahan
13. Borang penilaian
14. LCD
15. Komputer
16. Papan putih
17. Pen Papan Putih
18. Kertas sebak

E. Rumusan/Refleksi
Peserta dapat melaksanakan tugasan mengikut langkah-langkah dan teknik yang
disarankan

50
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran

3.0 Latar Belakang


Dalam pembinaan dan pembangunan negara kita sebagai negara baharu, iaitu sesudah lepas
daripada belenggu penjajahan, bahasa Melayu menjadi salah satu asas jati diri bangsa Malaysia
yang berbilang kaum, menjadi bahasa perpaduan, menjadi lambang dan tanda kewujudan
sebuah negara bangsa yang berdaulat (Awang Sariyan, 2004).
Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menjelaskan bahawa
sistem pendidikan di Malaysia berhasrat untuk melahirkan setiap murid yang mempunyai enam
ciri utama bagi mengupayakan mereka bersaing di persada antarabangsa. Ciri-ciri murid yang
ditetapkan untuk dibina oleh setiap pendidik kepada setiap murid sekolah adalah seperti yang
berikut:

1. Identiti nasional
2. Kemahiran berfikir
3. Pengetahuan
4. Kemahiran memimpin
5. Kemahiran dwibahasa
6. Etika dan Kerohanian

51
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Data tentang pencapaian murid Malaysia dalam pentaksiran peringkat antarabangsa, analisis
keperluan guru dan murid sekolah-sekolah di Malaysia oleh Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dan
laporan UNESCO tentang pendekatan pengajaran guru dijadikan sebagai asas pertimbangan
untuk membangunkan dan melaksanakan program KBAT.
Profil pencapaian murid Malaysia pada peringkat antarabangsa yang telah diperoleh
melalui keputusan pentaksiran antarabangsa iaitu TIMSS (Trends in Mathematics and Science
Study) 2007 dan PISA (Programme for International Student Assessment) 2009 menunjukkan
bahawa potensi kemahiran berfikir dalam kalangan murid sekolah perlu digilap. Laporan TIMSS
dan PISA menjadi input utama bagi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merangka strategi
sistem pendidikan untuk meningkatkan prestasi negara supaya berada dalam kelompok negara
sepertiga di atas.
TIMSS mentaksir domain kandungan dan domain kemahiran kognitif, iaitu pengetahuan,
aplikasi dan penaakulan dalam matematik dan sains. PISA mengukur pencapaian murid yang
berumur 15 tahun dan ke atas dalam literasi matematik, literasi sains, dan literasi membaca.
Tujuannya adalah untuk melihat tahap pemerolehan pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan oleh remaja untuk menjadi anggota masyarakat yang berjaya.
Profil pencapaian dalam TIMSS (2007) menunjukkan bahawa pencapaian murid Malaysia
adalah baik dalam domain pengetahuan dan aplikasi tetapi lemah dalam domain menaakul atau
kemahiran berfikir aras tinggi. Kedudukan Malaysia dalam PISA (2009) pula menunjukkan
bahawa Malaysia berada dalam kelompok 20 negara terkebawah daripada 74 buah negara dan
60 peratus daripada murid Malaysia gagal mencapai tahap minimum untuk mengambil bahagian
dalam kehidupan secara efektif dan produktif.
Seterusnya, dapatan kajian analisis keperluan oleh AIM pada tahun 2011 menunjukkan
bahawa kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru dan murid di Malaysia adalah
rendah. Guru-guru sedar bahawa kemahiran berfikir adalah penting tetapi mereka tidak bersedia
dan kurang kemahiran tentang cara menyepadukan kemahiran berfikir dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran (Kestral Education, 2011).
Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana untuk membangunkan
generasi alaf baru. Sistem pendidikan memerlukan usaha-usaha strategik yang boleh
meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi agar dapat
menangani cabaran abad 21. Sebagai seorang guru, aspek berikut perlu difahami dengan jelas
supaya pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dapat disampaikan secara berkesan.

3.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat, dan negara.

52
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

3.2 Kemahiran Abad 21


Budaya kerja profesional guru ialah tabiat kerja yang mementingkan kecemerlangan, kualiti dan
menekankan kerja sepasukan. Ahli-ahli dalam kumpulan pasukan mempunyai hubungan yang
erat, sepakat, sefahaman, dan bertanggungjawab melaksanakan program yang dirancang. Satu
daripada sifat guru ialah,
….pencinta ilmu, sentiasa hauskan pengetahuan dan oleh itu, sentiasa berterusan belajar. Guru
juga merupakan gedung ilmu bagi murid untuk belajar. Guru akan sentiasa mencetus, memupuk
semangat belajar, serta menekankan bahawa pendidikan merupakan satu proses yang
berterusan sepanjang hayat.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990:166)

Budaya inilah yang ingin diterapkan kepada murid-murid supaya mereka mempunyai ciri-ciri yang
berikut:
i. mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat;
ii. berilmu pengetahuan luas, mendalam, dan terkini;
iii. menguasai, mengamalkan, menghayati, dan berkongsi ilmu;
iv. menjana, mencetus, mengembang, dan menyumbang ilmu;
v. mengamalkan penyelidikan;
vi. menjalin kejeleketan dalam kumpulan dan organisasi; dan
vii. menitikberatkan kerja berpasukan untuk menjayakan aktiviti organisasi.

Guru bahasa perlu memiliki kualiti peribadi yang baik dan mampu menggariskan perancangan,
kaedah, dan aktiviti untuk menjayakan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, dalam milenium ke-21, banyak kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru. Menurut
Zamri Mahamod (2011), sering kali terdapat kegagalan guru untuk menerapkan pelbagai
kemahiran yang diajar, terutamanya kemahiran-kemahiran abad 21. Murid-murid sepatutnya
sudah boleh menyatupadukan kemahiran-kemahiran abad 21 khususnya ketika belajar di dalam
dan di luar kelas.
Pandangan tentang kemahiran-kemahiran abad 21 daripada perspektif enGauge Skills
(NCREL & Metiri Group 2003) boleh dikongsi bersama-sama dengan empat komponen
kemahiran abad 21 yang perlu dikuasai oleh guru dan murid. Guru-guru boleh memberikan
penekanan kepada kemahiran abad 21 yang diketengahkan.
Kemahiran Abad 21 dilandaskan kepada Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan yang
menuntut sistem pendidikan kita untuk menyediakan sumber manusia berkualiti dan cemerlang.
Antara ciri pendidik yang berkualiti ialah:
 kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi),
 kekuatan minda,
 menguasai subjek / kepakaran dalam sesuatu bidang (subject matter expert)
 mahir dan berketerampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran), dan
 menggunakan teknologi maklumat terkini.

53
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Pengajaran dan pembelajaran pada abad 21 perlu juga mengambil kira kemahiran-kemahiran
yang dicadangkan oleh The Partnerships 21st Century Skills (2008) bagi tujuan memupuk
kemahiran generik dalam kalangan murid. Kepekaan guru-guru terhadap kemahiran ini amat
penting bagi memastikan semua kemahiran dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai adalah seperti yang berikut;
1. Kemahiran mengubah suai dan bertanggungjawab.
2. Mengamalkan sifat bertanggungjawab, fleksibel dan toleransi dalam hubungan dengan
masyarakat.
3. Kemahiran berkomunikasi
4. Dapat memahami, mengurus dan berkebolehan untuk berkomunikasi secara berkesan.
Mahir menggunakan alat-alat telekomunikasi.
5. Kemahiran kreativiti dan sifat ingin tahu yang kuat
6. Dapat menjana, melaksanakan dan seterusnya menyampaikan idea baharu kepada
orang lain serta bersifat terbuka. Sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain.
7. Kemahiran berfikir secara sistematik dan kritikal
8. Berkebolehan menganalisis dan membuat hubung kait fakta-fakta yang diberikan.
9. Kemahiran literasi media dan informasi.
10. Berkebolehan mengakses maklumat, menganalisis, mengurus, menilai dan
mengintegrasikan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai media.
11. Kemahiran interpersonal dan kerjasama.
12. Berkemahiran untuk bekerjasama, mempunyai sifat-sifat kepimpinan, dapat
mengadaptasi dan bekerja dengan produktif di samping itu mengamalkan sikap empati
dan menghormati kelainan pendapat.
13. Kemahiran mengenal pasti masalah dan penyelesaiannya.
14. Kebolehan untuk mengenal pasti masalah, menganalisis dan cuba menyelesaikan setiap
masalah yang dihadapi.
15. Kemahiran pengurusan kendiri.
16. Mengawasi dan menilai keperluan kendiri serta mengenal pasti sumber-sumber yang
diperlukan.
17. Kemahiran tanggungjawab sosial
18. Bertindak dengan mengambil kira kepentingan masyarakat, beretika di tempat kerja dan
dalam masyarakat.

3.3 Konsep Berfikir


Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap
sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang
wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi
dan metakognisi terhadap proses yang dialami.

3.3.1 Definisi KBAT


Kemahiran berfikir aras tinggi ditakrifkan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk
menghadapi cabaran baharu (Tuan Jah Tuan Yusof, 2015). Menurut Onosko dan Newman
(1994) dalam Tuan Jah Tuan Yusof (2015) KBAT merujuk situasi yang memerlukan seseorang
individu penginterpretasi, menganalisis dan memanipulasikan maklumat untuk menjawab soalan
atau menyelesaikan masalah yang tidak boleh disempurnakan hanya dengan mengaplikasikan
pengetahuan sedia ada secara rutin. Menurut Zevin (1995) dalam Tuan Jah Tuan Yusof (2015)
KBAT juga boleh didefinisikan sebagai kemahiran memproses maklumat sedia ada dalam
minda untuk menghasilkan sesuatu yang baharu dan asli. KBAT ialah keupayaan untuk

54
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai semasa membuat penaakulan dan refleksi
bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak
manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperoleh melalui tafakur.
Menurut Edward de Bono (1976) - Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat
pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu. Manakala
Onosko & Newmann (1994) pula mentakrifkan KBAT sebagai penggunaan potensi minda
untuk menangani cabaran baru. KBAT memerlukan seseorang memahami, menterjemah,
menganalisis,mentafsir dan memanipulasikan maklumat.

Rumusannya Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan


pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu
(Bahagian Pembangunan Kurikulum)

3.3.2 Konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi


Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat
penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan
berupaya mencipta sesuatu. KBAT dilihat sebagai proses kitaran daripada pemikiran aras rendah
(KBAR) kepada pemikiran aras tinggi (KBAT). Konsep KBAT telah memasukkan ciri-ciri berfikir
secara kreatif, kritis, logik dan metakognitif. Memerlukan seseorang menyelesaikan masalah
yang tidak kerap berlaku dan pelbagai bentuk soalan atau dilema yang tidak pasti
keputusannya. Dengan menggunakan KBAT, murid mampu memberikan penjelasan, membuat
keputusan, menyelesaikan masalah, menginovasi, mencipta dan menunjukkan hasil akhir
mengikut konteks yang diperlukan.

3.3.3 Alat Berfikir


• Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan.
Pemikiran kita menjadi lebih tersusun, luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan
sesuatu.
• Di sini dikemukakan empat alat yang boleh digunakan untuk meningkatkan keterampilan
berfikir iaitu :
 Soalan dan penyoalan
 Peta pemikiran
 Peta minda
 Pengurusan grafik
 Alat-alat berfikir ialah instrumen yang boleh membantu kita membuat pengurusan
lisan, mengurus pemikiran secara visual dan terkawal.

55
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

3.3.4 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


Menurut Philips (1997) – cara guru bertindak mempengaruhi pencapaian akademik dan tahap
berfikir murid.
• Kemahiran berfikir ialah asas kepada proses pendidikan.
• Keupayaan seseorang berfikir boleh mempengaruhi cara pembelajaran, kepantasan serta
keberkesanan pembelajarannya.

56
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

3.4 Cara Pelaksanaan KBAT

3.4.1 Tahap Pemikiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


Kemahiran berfikir aras tinggi merujuk empat tahap kemahiran teratas dalam Taksonomi Bloom
edisi semakan (Anderson & Krathwohl) iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.

57
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Kemahiran

Berfikir

Aras

Tinggi

Kemahiran

Berfikir

Aras

Rendah

TAKSONOMI BLOOMS (SEMAKAN ANDERSON & KRATHWOHL 2011)

3.4.2 Tujuan Diperkenalkan KBAT


KBAT diperkenalkan bertujuan untuk mengubah amalan hafalan kepada pemahaman,
meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak menganalisis, menilai dan mencipta),
mewajarkan penyelesaian dan penemuan untuk penyiasatan saintifik. KBAT ini penting untuk
menghasilkan modal insan yang cergas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21
agar negara mampu bersaing di persada dunia. Pengajaran KBAT dapat meningkatkan
pencapaian akademik dan membantu murid dalam perkembangan intelektual.

3.4.3 Ciri Item KBAT


a) Stimulus:
Menggunakan stimulus secara ekstensif (contoh: petikan, gambar rajah, graf) untuk
menjana kemahiran inferens dan penaakulan kritikal
(b) Pelbagai tahap / aras pemikiran:
Mentaksir pelbagai aras pemikiran dalam domain kognitif
(c) Konteks yang baharu:
Konteks yang merujuk situasi baharu yang tidak lazim kepada murid. Bertujuan
merangsang murid berfikir dan bukannya menyatakan apa-apa yang telah
dipelajari semula di dalam bilik darjah

58
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

(d) Situasi sebenar dalam kehidupan harian:


Mencabar murid untuk menyelesaikan suatu masalah kehidupan sebenar dengan
menggunakan pembelajaran daripada pelbagai disiplin
(e) Item tidak berulang:
Item pelbagai/berbeza setiap tahun melangkaui bahan buku teks

3.5 Konsep Pentaksiran


Pentaksiran ialah proses mendapatkan maklumat menggunakan pelbagai kaedah dan
pendekatan sama ada formatif, sumatif, formal dan informal, dalaman dan luaran bagi
mendapatkan evidens yang boleh dipertimbangkan dan seterusnya membuat penghakiman
tentang sesuatu produk pendidikan.
Proses ialah satu susunan langkah / tindakan / operasi yang bertertib dan terarah yang
digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.
Maklumat ialah evidens yang menggambarkan prestasi murid dalam sesuatu perkara yang
ditaksir.
Penghakiman merupakan proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan murid.
Produk dalam konteks pendidikan merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai / adab yang
diperoleh murid setelah melalui proses pendidikan

3.5.1 Langkah Penggubalan Item KBAT


1 Tentukan konstruk, konteks dan aras kesukaran
2 Tentukan jenis item
3 Rancang penggunaan stimulus yang berkaitan dengan konteks untuk mengukur
konstruk
4 Tentukan jenis evidens (fakta, konsep, generalisasi, keupayaan menilai dan rasional)
5 Tulis item
6 Tulis Peraturan Pemarkahan/rubrik penskoran
7 Menilai item menggunakan prinsip 9 poin
Konstruk yang diukur dalam instrumen pentaksiran bagi suatu mata pelajaran yang dikenal
pasti berdasarkan dokumen kurikulum mata pelajaran tersebut.

59
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

3.5.2 KATA KUNCI DALAM PEMBINAAN SOALAN KBAT

Kompleksiti
Bahasa Pemikiran Kata Kunci
Pemikiran

Mengecam, mengulang,
menyenaraikan.
Mengingat Saya boleh ingat maklumat
menggambarkan, mengenal
pasti, namakan

Mentafsir, menjelaskan,
memberi contoh.
Saya boleh ingat dan menjelaskan
Memahami meringkaskan, membuat
idea dan konsep
kesimpulan, menunjukkan
pemahaman, menterjemah

Saya boleh menggunakan Melaksanakan, menunjukkan,


Mengaplikasi pengetahuan dalam keadaan serupa menjalankan, menggambarkan,
atau baru gunakan
Membandingkan, sebaliknya,
Saya boleh mengekstrak keluar idea-
Menganalisis mengklasifikasikan, menyusun
idea penting
Menyemak,
Saya boleh membuat beberapa
mempertimbangkan, menguji,
Menilai pertimbangan dan keputusan
membuat keputusan, membuat
hipotesis
Saya boleh memikirkan idea-idea baru Mereka bentuk, mencipta,
Mencipta dan cara-cara baru untuk merancang,
menggunakan maklumat membina, menghasilkan

60
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

3.5.2.1 MENGINGAT

Kata Kerja yang

boleh Contoh Soalan Contoh aktiviti dan hasil

digunakan

memberitahu Apakah yang berlaku selepas...? Buat satu senarai tentang peristiwa-
menyenaraikan Berapa banyak...?
menggambar Siapakah itu yang...? peristiwa utama ..
menghubung kait Namakan...? Buat satu garis masa peristiwa.
mengesan Terangkan apa yang berlaku di...? Buat satu carta fakta.
menulis Siapa yang memberitahu...? Senaraikan fakta yang anda boleh ingat.
mencari Beritahu kenapa...? Senaraikan kesemua.... Dalam cerita ini.
menyatakan Cari maksud bagi...? Buat satu carta untuk menunjukkan...
menamakan Apakah yang...? Buat satu teka silang kata/teka-teki
Yang manakah benar dan salah...? (acrostic)
Deklamasikan satu puisi.

3.5.2.2 MEMAHAMI

KATA KERJA YANG CONTOH SOALAN CONTOH AKTIVITI DAN HASIL


BOLEH DIGUNAKAN

menerang Nyatakan dalam perkataan Cari atau lukis gambar yang


menginterpretasikan sendiri ... menerangkan peristiwa.
menggariskan Beri gambaran ringkas .... Terangkan pendapat anda tentang idea
membincang Apakah yang akan berlaku utama.
mengesan selepas ini ...? Sediakan satu jalur kartun yang
meramal Pada pendapat anda siapa..? menerangkan urutan peristiwa.
menyatakan semula Apakah perkara utama ...? Tulis dan lakonkan pementasan
menterjemah Siapakah watak utama..? berdasarkan jalan cerita…
membanding Apakah perbezaan antara..?
Beri contoh untuk menyokong Ceritakan semula dalam perkataan
menggambarkan jawapan anda. sendiri
Apakah definisi...? Lukiskan satu aspek yang anda suka

Tuliskan ringkasan

Sediakan satu carta alir untuk


menggambarkan urutan peristiwa

Sediakan satu buku mewarna

61
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

3.6.2.3 MENGAPLIKASI

KATA KERJA CONTOH SOALAN CONTOH AKTIVITI DAN HASIL


YANG BOLEH
DIGUNAKAN

menyelesaikan Tahukah anda peristiwa lain di Bina satu model yang akan menunjukkan
menunjukkan mana..? bagaimana ia berfungsi.
menggunakan Bolehkah perkara ini berlaku Bina satu diorama untuk menceritakan
membuat ilustrasi ...? sesuatu peristiwa.
membina Himpunkan mengikut Ambil beberapa keping gambar untuk
meramal perwatakan menunjukkan sesuatu perkara.
melengkapkan Bina sebuah model tanah liat.
menilai Apakah faktor yang anda ubah
mengklasifikasikan jika..? Rangka satu strategi pemasaran produk
anda menggunakan strategi yang
menggambarkan Dapatkah anda diketahui sebagai panduan.
mengaplikasikan kaedah ini
dengan pengalaman sendiri? Pakaikan anak patung dengan pakaian
Apakah soalan yang akan kebangsaan/tradisional.
ditanya...?
Lukis mural berdasarkan perkara yang
Daripada maklumat yang sama.
diterima, bina satu set arahan
untuk .. Tulis buku teks tentang …
Adakah maklumat ini berguna
jika anda ada...?

3.5.2.4 MENGANALISIS

KATA KERJA CONTOH SOALAN CONTOH AKTIVITI DAN HASIL


YANG BOLEH
DIGUNAKAN

menganalisis Peristiwa manakah akan Bina satu set soal selidik untuk
membezakan berlaku..? mengumpulkan maklumat
menilai Sekiranya ... berlaku, apakah
peleraian yang akan berlaku? Reka satu iklan untuk menjual satu produk
membanding
Apakah persamaan .. dengan Bina satu carta alir yang mempunyai
menyiasat ..? peringkat kritikal

mengkategorikan Apakah hasil lain yang Bina satu aktiviti susun suai (jigsaw)

mengenal pasti mungkin...? Bina satu salasilah keluarga untuk


Himpunkan mengikut menunjukkan perhubungan
menerangkan perwatakan
Tuliskan satu biografi seseorang

62
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

memisahkan Sediakan laporan ..

mempromosi Apakah faktor yang anda ubah Anjurkan satu majlis lengkap dengan
jika..? susun atur, langkah, rekod yang
diperlukan
Kenapa perubahan ini berlaku?
Nilaikan hasil seni – persamaan dan
Banding perubahan yang anda permasalahan
kemukakan dengan yang
disampaikan.

Terangkan apa yang


sepatutnya berlaku apabila..?

Apakah persamaan..?

Apakah masalah yang


mungkin timbul?

Apakah motif..?

Apakah titik perubahan ...?

3.5.2.5 MENILAI

KATA KERJA YANG CONTOH SOALAN CONTOH AKTIVITI DAN


BOLEH HASIL
DIGUNAKAN

mengadili Adakah terdapat satu penyelesaian Sediakan satu senarai kriteria


yang lebih baik untuk ... untuk menilai ... menunjukkan.
memilih memutuskan Nilaikan ... Jalankan perbahasan tentang
membenarkan isu kepentingan khas.
Bolehkah anda mempertahankan
membahaskan kedudukan anda tentang ...? Buat buku catatan 5 peraturan
mengesahkan Adakah anda berfikir ... adalah baik anda anggap penting.
atau sesuatu yang buruk?
Bagaimana anda akan Meyakinkan orang lain.
berhujah
mengesyorkan mengendalikan ...? Membentuk panel untuk
Apakah yang mengubah ... membincangkan pandangan,
menilai misalnya "Pembelajaran di
Adakah anda akan mengesyorkan? Sekolah."
membincang Adakah anda percaya? Tulis sepucuk surat kepada ...
Adakah anda seorang ... orang? memberi nasihat mengenai
mengutamakan
Apakah perasaan anda jika ...? perubahan yang diperlukan
memberi kadar Adakah berkesan ...? di ...
Apakah pendapat anda tentang ...? Sediakan kes untuk
menentukan membentangkan pandangan
anda tentang ...

63
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

3.5.2.6 MENCIPTA

KATA KERJA YANG CONTOH SOALAN CONTOH AKTIVITI DAN


BOLEH DIGUNAKAN HASIL

Mencipta Adakah anda boleh Cipta sebuah mesin untuk


mencipta……? tugasan tertentu
Mereka
Mengapa tidak mengarang Reka bentuk sebuah
Mengarang sebuah lagu……..? bangunan untuk menempatkan
Meramal kajian anda
Dapatkah anda melihat
Merancang penyelesaian jika………? Cipta suatu produk baru.
Berikan nama dan merancang
Membina Jika anda mempunyai akses kempen pemasaran
kepada semua sumber ,
Mereka bentuk bagaimana anda akan berurusan Menulis tentang perasaan
dengan ...? anda berhubung
Mengembangkan dengan.........?
Mengapa tidak anda
imaginasi merangka………? Tulis rancangan TV,
rancangan permainan,
Mengusul Adakah anda mempunyai cara pertunjukan boneka, main
tersendiri… ?… peranan, lagu atau pantomim
Menjana
Apakah yang berlaku jika….? tentang ...?
Mencipta formula
Berapa banyak carakah anda Reka bentuk rekod, buku,
boleh cipta ..yang baharu dan luar atau penutup majalah untuk
biasa untuk…..? ...?
Jual idea. Merangka satu cara
Bolehkan anda tulis resepi baharu
untuk hidangan yang sedap? untuk ... ?

Bolehkan anda bina kertas kerja Reka satu rentak atau


meletakkan perkataan baru
untuk…
kepada melodi yang
dikenali....?

64
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

3.6 CONTOH SOALAN ITEM KBAT BAHASA Melayu

65
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

66
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

67
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

68
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

69
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

3.7 Alat-alat Berfikir

1. Edward De Bono 6 Thinking Hats


http://www.debonogroup.com/six_thinking_hats.php

2. Peta Minda (Tony Buzan)


http://www.tonybuzan.com/about/mind-mapping/

3. Diagram Tulang Ikan (Ishikawa)

4. Analisis SWOT
http://www.mindtools.com/pages/article/newTMC_05.htm

5. Carta T
http://www.globaleducation.edu.au/resources-gallery/resource-gallery-templates.html

6. Carta Y
http://www.globaleducation.edu.au/resources-gallery/resource-gallery-templates.html

7. Diagram Lotus

8. Peta Pemikiran

70

Anda mungkin juga menyukai