Anda di halaman 1dari 37

KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

MODUL DALAM
TALIAN

PEMBELAJARAN
ABAD KE-21

Kementerian Pendidikan Malaysia 2-1


KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BLOK E-13 PARCEL E,
KOMPLEKS KERAJAAN PERSEKUTUAN,
PUTRAJAYA

Modul Kursus PROPED (Continuous


Program Professionalisme Development-CPD) Bagi
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru)

Kursus Kursus Pedagogi Profesional Guru DG44 dan


DG48

Modul Modul Kemahiran Pengetahuan

Tajuk Modul Peserta PROPED

Personel Peserta

Kementerian Pendidikan Malaysia 2-2


KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

A. OBJEKTIF
Di akhir modul atas talian ini peserta dapat :

1. Menjelaskan konsep pengajaran dan pembelajaran Abad Ke-21 dan strategi


pedagogi berserta contoh secara ekstensif.

2. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran tentang pelaksanaan pengajaran


dan pembelajaran berkesan.

3. Membina aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkesan merangkumi elemen


PAK21, KBAT dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

B. KAEDAH

Persembahan powerpoint

C. BAHAN PENGAJARAN

Nota powerpoint
D. ALATAN

Komputer
Internet
LCD/Skrin
E. RUMUSAN/REFLEKSI

Peserta dapat meningkatkan kompetensi untuk mengaplikasi PAK21 dalam PdPc


dan seterusnya menjana PdPc yang berkesan.

F. RUJUKAN

Alvarez, B. (2011). "Flipping the classroom: Homework in class, lessons at


home". Education Digest: Essential Readings Condensed For Quick
Review, 77 (8): 182

Johnston, N. n., & Karafotias, T. t. (2016). Flipping the Classroom to Meet the
Kementerian Pendidikan Malaysia 2-3
KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

Diverse Learning Needs of Library and Information Studies (LIS) Students.


Journal Of Education For Library & Information Science, 57(3), 226-238.

Johnson, D. W.; Johnson, R. T.; Stanne, M. E.(2000). Cooperative Learning


Methods: A meta-analysis.University of Minnesota, Minneapolis: Cooperative
Learning Center, Http://www.cooperation.org/pages/cl-methods.html.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013 2025 (Pendidikan PraSekolah hingga lepasan menengah). KPM:
Putrajaya Malaysia.

Lents, N., & Cifuentes, O. (2009). "Web-based learning enhancements: Video


lectures through voice-over PowerPoint in a Majors-level Biology
course". Journal of College Science Teaching, 39 (2): 3846.

Nunley, Kathie F. (2006). Differentiating The High School Classroom. Solution


Strategies for 18 Common Obstacles. Thousand Oaks, CA: Corwin.

Sahin, Muhammed; Fell Kurban, Caroline (2016). The Flipped Approach to Higher
Education: Designing Universities for Today's Knowledge Economies and
Societies. UK: Emerald. ISBN 1786357445.

Strayer, J. F. (2012). How learning in an inverted classroom influences cooperation,


innovation and task orientation. Learning Environments Research, 15(2), 171-
193. doi:10.1007/s10984-012-9108-4

Laman Web

http://www.sdbl.edu.my/sdbl_edu_my/media/File/2015/BAHAN%20LDP/1/KELAS%2
0ABAD%20KE-21.pdf

G. KANDUNGAN MODUL DALAM TALIAN

1.0 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang

Kementerian Pendidikan Malaysia 2-4


KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

1.2 Pedagogi Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik


1.2.1 Pendekatan
1.2.2 Strategi
1.2.3 Kaedah dan Teknik

2.0 KONSEP PEMBELAJARAN ABAD KE-21

2.1 Definisi pembelajaran Abad Ke-21

2.2 Kerangka Standard Kemahiran Abad Ke-21

2.3 Prinsip pembelajaran Abad Ke-21

3.0 CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ABAD KE-21

3.1 Ciri-ciri guru

3.2 Ciri-ciri murid

3.3 Ciri-ciri bilik darjah/susun atur

3.4 Perbandingan ciri-ciri Pembelajaran Abad Ke-20 dan Abad Ke-21

3.5 Elemen-elemen Kemahiran PAK 21

4.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

4.1 Silang Kurikulum

4.2 Blended Learning

4.2.1 Ciri-ciri Blended Learning.

4.3 Pembelajaran Koperatif

4.3.1 Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)

4.3.2 Ciri-ciri PBP

Kementerian Pendidikan Malaysia 2-5


KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

4.4 Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem-based learning)

4.5 Strategi Perbezaan Pembelajaran (Differentiated Instruction)

4.5.1 Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Strategi Perbezaan

Pengajaran (Differentiated Instruction)

4.5.2 Elemen Perbezaan Pengajaran

5.0 ALAT-ALAT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21

H. NOTA

1.0 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang

Belajar adalah suatu proses perubahan tingkah laku individu yang terjadi akibat
interaksi secara formal dan nonformal. Sementara itu, pembelajaran merupakan
proses bagaimana seseorang belajar dan bagaimana hasil pembelajaran tersebut.
Dalam proses pembelajaran, komponen proses belajar memainkan peranan yang
sangat penting. Proses pembelajaran akan berlaku dan bermakna apabila terjadi
kegiatan belajar di dalam kelas atau luar kelas. Oleh sebab itu, guru perlu
merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, agar dapat memberikan
bimbingan kepada anak murid dengan sebaik-baiknya.

1.2 Pedagogi Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik

1.2.1 Pendekatan

Kementerian Pendidikan Malaysia 2-6


KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

Pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memula dan
melaksanakan sesuatu tugas. Dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan
bermakna bagaimana untuk mencapai objektif semasa proses PdPc. Terdapat
beberapa pendekatan dalam PdPc, iaitu pendekatan induktif, deduktif, integratif,
eklektik dan tematik.

1.2.2 Strategi

Strategi pengajaran adalah suatu kemahiran merancang dan menguruskan kaedah


dan teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran. Strategi-strategi
pengajaran yang dibincangkan dalam bahagian ini adalah terdiri daripada pemusatan
guru, pemusatan murid, pemusatan bahan dan berasaskan tugasan/aktiviti.

1.2.3 Kaedah dan Teknik Pengajaran

Kaedah pengajaran merupakan cara yang digunakan untuk mengelolakan dan


menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajar untuk mencapai objektif
pengajaran. Manakala teknik pengajaran adalah satu kemahiran atau cara
melaksanakan penyampaian bahan pengajaran kepada murid dari segi langkah-
langkah dalam aktiviti pembelajaran. Secara khususnya, teknik merupakan satu cara
penyampaian pelajaran dan perlu diteliti supaya dapat mempercepatkan
penanggapan murid.

Kementerian Pendidikan Malaysia 2-7


KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

Jom Uji Minda.

Cuba anda teroka apakah antara kaedah dan teknik pengajaran yang boleh anda
aplikasi di dalam kelas?

2.0 KONSEP PEMBELAJARAN ABAD KE-21

2.1 Definisi pembelajaran dan pemudah cara (PdPc) Abad Ke-21

Abad Ke-21 ialah abad kini dalam kalendar-kalendar yang berdasarkan


Kalendar Gregory. Tempohnya adalah dari 2001 hingga 2100 dan tempoh milenium
ketiga adalah dari 2001 sehingga 3000. Abad Ke-21 membawa masyarakat dunia ke
satu lagi fasa anjakan paradigma kehidupan. Ini meliputi anjakan daripada
masyarakat perindustrian kepada masyarakat berinformasi; penggunaan teknologi
manusia kepada penciptaan teknologi tinggi; pemusatan kuasa kepada pengagihan
kuasa; konsep hierarki kepada konsep jaringan; ekonomi tempatan kepada ekonomi
antarabangsa; dan perancangan jangka pendek kepada perancangan jangka
panjang.

Abad Ke-21 juga sering dikaitkan dengan era Teknologi Maklumat (TM) yang
memungkinkan kepantasan dan menjumudkan faktor jarak dan masa.
Perkembangan terkini dalam open sky technology membawa implikasi kepada
kehidupan manusia sejagat. Seperti yang kita lihat, dunia yang luas pada hakikatnya
telah dikecilkan dengan teknologi komunikasi yang canggih dan pantas.
Perkembangan yang pesat dalam teknologi komunikasi dan arus globalisasi ini telah
mempengaruhi sistem komunikasi global. Kemajuan dalam bidang komunikasi ini
juga telah memberikan pengaruh yang besar kepada keadaan sosial, pentadbiran,
perubatan, hubungan antarabangsa, pengangkutan dan sebagainya, termasuklah
Kementerian Pendidikan Malaysia 2-8
KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

bidang pendidikan yang menjadi teras kepada perubahan dunia pada Abad Ke-21
ini.

Merujuk kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, pembelajaran


Abad Ke-21 merupakan suatu bentuk transformasi dalam sistem pendidikan negara
yang menuntut perubahan, terutamanya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Abad Ke-21 ini bermatlamat untuk
menganjak paradigma kehidupan masyarakat dan seterusnya menjadikan Malaysia
sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia dan juga di peringkat
antarabangsa.

Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran


persaingan global yang semakin sengit, kita tidak boleh lalai. Oleh itu,
Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan
sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian semua
murid. Tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan transformasi
pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap
murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan
dalam abad 21. Oleh yang demikian, transformasi pendidikan bukan
sekadar menambah bilangan kakitangan dan kemudahan, malah perlu
menjurus kepada usaha untuk memahami dan menambah baik proses
pengajaran dan pembelajaran. (Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia, 2013-2025)

Manakala Kemahiran Pembelajaran dan Pemudahcaran (PdPc) Abad Ke-21 merujuk


kepada beberapa kompetensi teras, iaitu kolaboratif, celik digital, kemahiran berfikir
dan penyelesaian masalah. Bernet Berry (2011) menjelaskan pembelajaran abad 21
sebagai suatu bentuk pembelajaran yang memerlukan murid menguasai isi
kandungan, mensintesis (penyatuan/penggabungan) dan menilai maklumat daripada
pelbagai mata pelajaran dan sumber yang luas dengan memahami dan
menghormati budaya yang berbeza. Murid diharap dapat mencipta, berkomunikasi,
bekerjasama serta celik digital selain mempunyai tanggungjawab sivik.

Menurut dokumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2)


pula, guru perlu mencapai Standard 4 iaitu Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPc)
yang menekankan kepada peranan guru sebagai perancang, pengawal,
pembimbing, pendorong dan penilai. Murid pula perlu aktif dalam pembelajaran dan
pengajaran yang berkesan ke arah memperkembang potensi mereka secara
menyeluruh dan berterusan.

Kementerian Pendidikan Malaysia 2-9


KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

Rajah 1 : Timeline Pelaksanaan Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21

2.2 Kerangka Standard Kemahiran Abad Ke-21

Rajah 2 : Standard Kemahiran Abad Ke-21

Merujuk kepada Rajah 1 dan 2 di atas, terdapat pelbagai kemahiran yang perlu
dikuasai dalam konsep pembelajaran Abad Ke-21. Antaranya termasuklah
kemahiran hidup dan kerjaya, kemahiran belajar dan inovasi serta kemahiran
teknologi maklumat, komunikasi dan media. Tanpa kemahiran-kemahiran ini, murid
Abad Ke-21 mungkin tidak dapat bersaing dalam arus perubahan Abad Ke-21.

Kementerian Pendidikan Malaysia 2-10


KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

2.3 Prinsip Pembelajaran Abad Ke-21

Terdapat 4 prinsip yang perlu diutamakan oleh guru iaitu:

(1) berpusatkan murid (instruction should be student-centered);


(2) Pendidikan berkolaborasi (education should be collaborative);
(3) Pembelajaran mesti ada konteks (learning should have context); dan
(4) Sekolah perlu ada integrasi sosial (schools should be integrated with
society).

Rajah 3: Empat Prinsip PAK 21

Jom Tonton Video ini.....

https://www.youtube.com/watch?v=5JJVFc-g6w8
https://www.youtube.com/watch?v=FxBZsg4kYYo

Aktiviti 1:

Pada pendapat anda, mengapakah tugas guru abad ke-21 tidak lagi tertumpu
kepada mengajar, sebaliknya lebih cenderung kepada proses pemudahcaraan?
Kaitkan isuPendidikan
Kementerian ini denganMalaysia
pengalaman anda. 2-11
KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

3.0 CIRI-CIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21

3.1 Ciri-ciri Guru

Dalam Abad Ke-21, guru memainkan peranan utama dalam penyampaian ilmu
kepada pelajar. Guru Abad Ke-21 merupakan guru yang mempunyai ciri-ciri seperti
kaya dengan maklumat terutama dalam sains dan teknologi, mempunyai kemahiran
berfikir yang tinggi, berfikiran konstruktif, mampu menerapkan nilai-nilai murni dalam
diri murid serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran industri.

Guru PAK 21 perlulah menjadi guru yang berkualiti iaitu guru yang dapat memenuhi
keperluan dan kehendak murid atau pelanggan. Bagi menzahirkan misi dan visi KPM
guru yang berkualiti ialah guru yang memenuhi keperluan murid dalam pelbagai
aspek seperti pengajaran dan pembelajaran, sahsiah, kemahiran, kepakaran dan
pengurusan. Ciri-ciri guru berkualiti adalah seperti berikut:

CIRI-CIRI
GURU

ABAD

KE-21

Kementerian Pendidikan Malaysia 2-12


KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

Rajah 4 : Ciri-ciri Guru PAK 21

3.2 Ciri-ciri Murid

Murid Abad Ke-21 adalah terdiri daripada murid yang mempunyai ciri-ciri seperti
berkeyakinan tinggi, bersifat ingin tahu, berkemahiran dalam berfikir, kemahiran
kritis, berani mencuba, dan bijak menyoal sejajar dengan kepesatan teknologi yang
semakin pesat membangun. Murid Abad Ke-21 seharusnya lebih berdikari dan amat
memahami tugas mereka sebagai murid. Kaedah pembelajaran tidak lagi tertumpu
hanya kepada guru semata-mata sebagai agen pemberian maklumat utama.
Sebaliknya murid perlu melakukan pemerolehan maklumat daripada pelbagai
sumber yang ada dan kemudahan yang telah disediakan.

Kementerian Pendidikan Malaysia 2-13


KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

Rajah 5 : Ciri-ciri Pelajar PAK 21

3.3 Ciri-ciri bilik darjah/susun atur

Persekitaran fizikal bilik darjah yang kondusif penting kerana boleh menggalakkan
berlakunya proses pembelajaran yang berkesan.

Fizikal bilik darjah PAK 21 ialah:

Murid duduk dalam kumpulan 4 hingga 6 orang


Sudut OPEM dan kriteria kejayaan di papan tulis
Sudut parking lot
Sudut hasil kerja
Sudut maklumat
Ruang santai

Kementerian Pendidikan Malaysia 2-14


KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

Rajah 6 hingga 9: Menunjukkan Susun Atur Kelas PAK 21

Rajah 6

Rajah 7 Rajah 8

Kementerian Pendidikan Malaysia 2-15


KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

Rajah 9

3.4 Perbandingan ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran Abad Ke-20 dan

Abad Ke-21

Pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu


berubah dari semasa ke semasa sesuai dengan perkembangan teknologi cyber dan
akses kepada internet yang semakin maju. Guru-guru perlu bersedia menerima
perubahan dan dapat mengurus perubahan dengan cekap dan berkesan agar
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan memenuhi keperluan murid.
Perubahan kepada PAK 21 sudah tentu terdapat perbezaan dengan sistem PdP
yang diamalkan sebelum ini. Rajah 10 menunjukkan perbezaan antara pengajaran
PAK 20 dan PAK 21.

Kementerian Pendidikan Malaysia 2-16


KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

Rajah 10 : Perbandingan PAK 20 dan PAK21

3.5 Elemen-elemen Kemahiran PAK 21

Kementerian Pendidikan Malaysia 2-17


KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

Dalam pengajaran PAK 21, terdapat 10 elemen yang perlu dipertimbangkan semasa
merancang pengajaran dan pembelajaran

Rajah 11 : Elemen PAK 21

Selain itu, terdapat 5 elemen perlu dipertimbangkan semasa merancang pengajaran


dan pembelajaran. Lima elemen tersebut ialah:

1. Set induksi
Set induksi adalah sebahagian permulaan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran yang bertujuan untuk membina aliran fikiran murid serta
menarik minat mereka untuk lebih memberi tumpuan dan fokus kepada
pengajaran dan pembelajaran yang hendak disampaikan. Guru dapat
menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang sesuai untuk menyampaikan
set induksi atau pemulaan pengajaran dan pembelajaran seperti
menggunakan teknik penyoalan, alat bantu mengajar, bercerita, motivasi dan
sebagainya. Masa yang diperuntukkan untuk set induksi adalah singkat,
biasanya tidak melebihi 5 minit dalam pengajaran dan pembelajaran agar
Kementerian Pendidikan Malaysia 2-18
KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

dapat menarik perhatian serta menimbulkan perasaan ingin tahu murid. Lima
prinsip set induksi ialah:

sesuai dengan umur, kebolehan dan kemahiran murid


jangka masa terhad
berkaitan dengan objektif pembelajaran
berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid

2. Pengembangan dan pengajaran berasaskan aktiviti

Pengembangan pembelajaran adalah serangkaian proses yang dilakukan


untuk menghasilkan suatu sistem pembelajaran yang berkesan dengan
menjalankan aktiviti yang sesuai.

3. Pengukuhan dan pengayaan


Pengukuhan
Pengukuhan boleh didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh
guru selepas proses pengajaran dan pembelajaran serta dijalankan dalam
pelbagai bentuk latihan. Cara atau bentuk latihan pengukuhan yang diberikan
kepada murid-murid adalah sama. Setiap murid dikehendaki menjawab atau
melakukan dengan menerima latihan atau tugasan yang diberikan oleh guru
dalam bentuk yang sama dan tiada perbezaan. Berdasarkan tugasan
tersebut, kita boleh melihat perbezaan antara murid yang dapat menguasai
pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Biasanya, aktiviti pengayaan juga
terdapat dalam buku teks sebagai aktiviti pengukuhan selepas guru mengajar
kemahiran asas.
Pengayaan
Pengayaan merupakan aktiviti tambahan terhadap aktiviti asas pembelajaran
yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu
persekolahan. Aktiviti pengayaan diberikan kepada murid selepas mereka
berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu. Aktiviti
pengayaan juga memberi peluang kepada murid untuk memperluas
pengalaman dan meningkatkan pengetahuan seiring dengan kebolehan dan
Kementerian Pendidikan Malaysia 2-19
KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

minat dalam aspek yang telah dan sedang dipelajari. Pengayaan ialah suatu
rancangan pembelajaran yang dibentuk untuk murid memperoleh pelbagai
pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang sejajar
dengan kebolehan mereka.

4. Penilaian
Penilaian pendidikan adalah proses pengumpulan dan pengolahan informasi
untuk menentukan pencapaian hasil pembelajaran murid. Kaedah yang
digunakan dalam proses penilaian ialah ujian formatif dan ujian sumatif dalam
bentuk :
pemerhatian
kuiz
soal jawab
perbincangan
penilaian kendiri dan sebagainya

5. Kesimpulan / penutup
Penutupan pembelajaran merupakan kegiatan yang dilakukan oleh guru
untuk mengakhiri langkah pengajaran dan pembelajaran. Langkah ini juga
bererti kegiatan akhir proses pembelajaran dalam tempoh waktu tertentu.
Penutup terdiri daripada dua jenis iaitu penutup kognitif dan penutup sosial.
Aktiviti yang boleh dilakukan dalam langkah penutup ialah
mencari maklum balas
merumus isi pelajaran
penambahbaikan
membincangkan pencapaian dan impak
menggunakan traffic light, smiley faces, mimik muka dan kad maklum
balas.
Jom Uji Minda.

https://www.slideshare.net/mpsmcawanganmelaka/abad-ke-21

Kementerian Pendidikan Malaysia 2-20


KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

4.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.1 Silang Kurikulum

Pelbagai kaedah wujud untuk guru-guru mengintegrasikan kurikulum mereka dengan


mata pelajaran yang lain. Berikut adalah beberapa pendekatan yang sama:

1. Guru melakukan sendiri Integrasi: Kaedah ini melibatkan seorang guru,


yang membawa komponen mata pelajaran lain ke dalam pengajaran mereka.
Sebagai contoh, pengajaran Bahasa Melayu yang diintegrasikan dengan
pengetahuan Geografi atau pengajaran Sejarah. Guru menggunakan puisi
untuk menyampaikan pengetahuan Sejarah.

2. Integrasi secara berkumpulan: Bukan hanya menggabungkan pelbagai


subjek yang diajar, guru juga boleh bekerjasama dengan guru lain untuk
berkongsi tema atau kemahiran yang sama. Sudah tentu, untuk melakukan
ini, guru perlu berkongsi murid yang sama. Sebagai contoh, semasa kelas
Sejarah, murid perlu mengkaji zaman prasejarah manakala seorang guru
Bahasa Inggeris mungkin mempunyai murid membaca sumber utama yang
berkaitan dengan era itu. Kaedah ini, sebenarnya, paling lazim diintegrasikan
antara Bahasa Inggeris dengan Sejarah.
3. Integrasi Multidisiplin: Merupakan satu pasukan guru pakar atau opsyen
dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Sains,
pendidikan jasmani dan sebagainya yang boleh bekerja bersama-sama untuk
mewujudkan satu pelan kurikulum bersepadu. Pelan yang dihasilkan mungkin
merangkumi satu projek untuk sebahagian yang telah ditentukan daripada
kurikulum, atau boleh juga merangkumi keseluruhan kurikulum tersebut.

4.2 Blended Learning

Blended Learning ialah satu metod pembelajaran yang menggabungkan antara sesi
Kementerian Pendidikan Malaysia 2-21
KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

pembelajaran bersemuka dengan pembelajaran secara maya. Penyatuan antara


metod konvensional iaitu guru dan murid bertemu secara bersemuka dan boleh juga
melaksanakan secara maya dalam masa yang sama tidak kira dalam tempoh 24 jam
atau dalam tempoh seminggu.

Rajah 12 : Blended Learning

Blended Learning merupakan program pendidikan (sama ada formal atau tidak
formal), mengabungkan kaedah pembelajaran secara tradisional (bersemuka)
dengan kaedah pembelajaran melalui media atas talian. Kaedah pembelajaran ini
memerlukan kehadiran guru dan murid dengan elemen yang sama iaitu murid
mengawal masa, tempat, laluan pembelajaran mereka. Murid hadir ke sekolah untuk
bersemuka dengan guru di dalam bilik darjah dan digabungkannya dengan
pembelajaran berbantukan komputer.

Blended Learning juga boleh digunakan untuk perkembangan profesional dan


konsep latihan. Blended Learning merangkumi pembelajaran personal (Personalized
learning), pengajaran individu (individualized instruction), persekitaran pembelajaran
personal (personal learning environment ) dan pembelajaran secara langsung (direct
instruction). Menurut Zhu, Au and Yates (2013) menyatakan sikap yang positif
terhadap penggunaan ICT, motivasi intrinsik dan ekstrinsik serta kemudahan akses
kepada pembelajaran atas talian merupakan faktor yang mempengaruhi sikap murid

Kementerian Pendidikan Malaysia 2-22


KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

terhadap Blended Learning. Kajian juga menunjukkan bahawa sikap positif murid
menggambarkan kepuasan mereka terhadap pembelajaran Blended Learning.

4.2.1 Ciri-ciri Blended Learning

1. Kandungan pengetahuan dan kemahiran atas talian perlu selaras dan dapat
melengkapkan kandungan pengetahuan melalui kaedah tradisional.

2. Pembelajaran atas talian sesuai dan boleh mengukur pencapaian


pembelajaran melalui kaedah tradisional

3. Aktiviti yang terdapat atas talian perlu bermakna dan berdasarkan kaedah
koperatif dan kolaboratif.

4. Penggunaan kaedah gabungan atas talian dan bersemuka melibatkan


kemahiran berfikir aras tinggi.

5. Sistem atas talian menyediakan akses dan perkongsian sumber


pembelajaran yang mudah dicapai.

4.3 Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran


dalam kumpulan. Melalui kaedah ini murid bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk
menyempurna dan menghasilkan sesuatu tugasan atau projek berdasarkan kriteria
tertentu. Pembelajaran koperatif juga merupakan pendekatan pengajaran yang
tersusun dan berstruktur untuk kumpulan murid bagi meningkatkan pencapaian hasil
pembelajaran. Pembelajaran koperatif melibatkan aktiviti akademik dan pengalaman
pembelajaran sosial dalam kalangan murid. Setiap individu murid mempunyai
tanggungjawab untuk memberi idea dan pandangan bagi menyiapkan tugasan yang
diberikan.

Oleh yang demikian kejayaan bagi sesuatu tugasan itu adalah bergantung kepada
kerjasama dan penglibatan setiap ahli dalam kumpulan tersebut. Ahli-ahli dalam
kumpulan mesti bekerja secara kolektif untuk mencapai objektif pembelajaran. Ahli
Kementerian Pendidikan Malaysia 2-23
KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

kumpulan akan bekerja, berkongsi idea, bahan dan peralatan untuk mencapai
matlamat yang ditentukan. Mereka juga akan saling membantu dan menguasai
sumber pelajaran dan kemahiran. Mereka akan bertanya mengenai maklumat yang
tidak difahami, menilai idea dan pandangan ahli-ahli kumpulan. Seterusnya peranan
guru akan berubah daripada penyampai ilmu kepada menjadi pemudahcara kepada
murid-murid. Setiap murid akan menikmati kejayaan apabila kumpulan mereka
berjaya.

4.3.1 Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)

PBP merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran Abad Ke-21 yang
terbaik di samping beberapa kaedah lain. PBP atau Project Based Learning (PBL)
telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tahun 2006.
PBP merupakan model pendidikan yang mengutamakan projek dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (Veerasamy, 2010), manakala Beddoes (2010),
menyatakan PBP merupakan satu kaedah instruksional yang membenarkan murid
membina kemahiran dan mendapatkan ilmu melalui projek, pembelajaran koperatif
dan teknik hands on. Pembelajaran Berasaskan Projek ini adalah satu kaedah yang
sistematik yang mana murid terlibat secara aktif dalam proses membina ilmu
pengetahuan dan kemahiran melalui melalui projek yang ditentukan oleh guru.

4.3.2 Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)

Projek yang bermakna dapat memenuhi objektif kurikulum


Kaedah PBP bermula dengan soalan berpandu yang mencabar dan
konstruktif yang dibina oleh guru
Kaedah ini menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan murid. Murid diberi tanggungjawab terhadap pembelajaran
mereka.
Kaedah ini menggabungkan beberapa mata pelajaran (rentas kurikulum).
Projek ini dilaksanakan secara kolaboratif dan koperatif. Murid diberi
autonomi untuk membina pengetahuan dan kemahiran masing-masing.
Masalah atau soalan tersebut mengkehendaki murid terlibat secara aktif

Kementerian Pendidikan Malaysia 2-24


KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

untuk menyelesaikan masalah seterusnya membina ilmu pengetahuan dan


kemahiran
Masalah atau soalan adalah berdasarkan kaedah inkuiri dan penemuan.
Projek adalah berkaitan dengan masalah yang relevan dengan realiti
kehidupan sebenar.
Mempunyai tempoh masa yang ditetapkan sama ada jangka pendek atau
jangka panjang.

Aktiviti1:

Dengan merujuk laman web di bawah, jelaskan peranan yang perlu dilaksanakan
oleh guru untuk memastikan Pembelajaran Berasaskan Projek berjaya
dilaksanakan.

http://www.innovationunit.org/sites/default/files/Teacher's%20Guide%20to%20Pro
ject-based%20Learning.pdf

4.4 Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem-based learning)


https://www.bie.org/images/uploads/general/20fa7d42c216e2ec171a212e97fd4a9
e.pdf
4.4.1 Konsep Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem-based
learning)

4.4.1 Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) merupakan strategi pengajaran


berpusatkan murid. PBM ini merupakan satu strategi pengajaran yang
menggunakan masalah sebenar yang relevan serta amat bermakna sebagai
fokus dalam proses pembelajaran murid (UTM, 2005). Strategi PBM
membolehkan murid belajar sesuatu mata pelajaran melalui pengalaman
Kementerian Pendidikan Malaysia 2-25
KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

penyelesaian masalah secara terbuka berasaskan bahan yang diberi oleh


guru. PBM ini bukan sahaja fokus kepada penyelesaian masalah, tetapi juga
membolehkan peningkatan kemahiran dan sikap. PBM merangkumi
penglibatan murid bekerja dalam kumpulan kecil. Setiap murid perlu
memainkan peranan mereka dalam kumpulan dan perlu bergilir peranan
dalam kumpulan. PBM memberi tumpuan kepada peningkatan pemikiran dan
penaakulan murid untuk membina pengetahuan sendiri.

Peranan guru adalah sebagai pemudah cara melalui sokongan, bimbingan,


dan pemantauan proses pembelajaran. Guru mesti membina keyakinan diri
murid untuk terlibat aktif dalam penyelesaian masalah, mendorong murid
untuk berfikir secara kritis dan kreatif. PBM merupakan anjakan paradigma
daripada pengajaran tradisional yang lebih berasaskan kuliah kepada
pengajaran berpusatkan murid. PBM ini menunjukkan bahawa ilmu
pengetahuan bukan sahaja diperoleh daripada guru, bahkan murid boleh
membina pengetahuan sendiri melalui pelbagai sumber (Ousey, 2003).

4.4.2 Prinsip Pembelajaran Berasaskan Masalah

PBM merupakan strategi pengajaran yang menekankan masalah sebagai titik


tolak proses pembelajaran.
Proses pembelajaran adalah berpusatkan murid, berdikari dan arah kendiri
murid dalam kumpulan
Proses pembelajaran berlaku dalam kumpulan kecil antara 8-10 orang
Guru harus lebih kreatif dalam menghasilkan masalah yang perlu
diselesaikan oleh murid.
Guru berperanan sebagai pemudah cara, pembimbing dan motivator kepada
murid.
Masalah yang disediakan oleh guru haruslah berdasarkan masalah sebenar.
Setiap ahli kumpulan mempunyai peranan masing-masing
Memberi peluang kepada murid untuk menguasai ilmu melalui kerja
berpasukan.

Kementerian Pendidikan Malaysia 2-26


KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

4.4.3 Pendekatan Konstruktivisme dalam Pembelajaran Berasaskan


Masalah.

Pembelajaran berasaskan masalah memberi penekanan kepada proses inkuri


penemuan dan pembelajaran konstruktivisme. PBM ini menggunakan
pendekatan konstruktivisme yang mana menekankan strategi kolaboratif dan
arah kendiri murid lebih diutamakan dengan bantuan guru sebagai fasilitator.
Murid akan diberikan masalah tertentu dan menyelesaikannya melalui kaedah
perbincangan dalam kumpulan. Dalam perbincangan kumpulan ini pemikiran
murid akan dirangsang serta dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada
mereka. Secara ringkasnya, PBM ini melibatkan proses mengenal pasti
konsep, sumbangsaran, penstrukturan, mengenal pasti masalah atau isu
yang perlu dikaji oleh mereka. Mereka akan berbincang dalam kumpulan dan
membina pengetahuan, teori dan hipotesis bagi menyelesaikan masalah
tersebut. Seterusnya mereka akan bersama mencari langkah penyelesaian
dan membina model yang sesuai untuk masalah tersebut. Di samping itu guru
akan berperanan sebagai fasilitator atau pemudah cara untuk memberi
bantuan dan bimbingan jika diperlukan oleh murid.

4.4.4 Langkah-langkah Pembelajaran Berasaskan Masalah

Berikut adalah langkah-langkah bagi pelaksanaan pembelajaran berasaskan


masalah

Kenal pasti Masalah

Mencari Maklumat

Kementerian Pendidikan Malaysia 2-27


KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

Membuat Hipotesis

Menguji hipotesis

Menilai Dan Membuat


Rumusan

Di peringkat awal pelaksanaan PBM ini, murid akan dikehendaki mengenal


pasti masalah atau isu yang diberikan oleh guru secara bersama dalam
kumpulan. Mereka dikehendaki berbincang secara kritis dan menganalisis
masalah yang telah ditertentukan oleh guru. Berdasarkan masalah yang telah
dikenal pasti, murid perlu mencari maklumat berkaitan dengan masalah
tersebut. Maklumat yang diperoleh perlu dicatat dan maklumat tersebut akan
digunakan sebagai asas penyelesaian masalah yang dikaji. Seterusnya
berasaskan maklumat yang diperoleh, murid dapat membuat hipotesis atau
jangkaan bagi penyelesaian masalah tersebut. Apabila hipotesis telah dibina,
murid perlu menguji hipotesis tersebut. Murid juga dikehendaki membuat
penilaian ke atas keputusan ujian hipotesis tersebut. Seterusnya murid akan
membuat rumusan keputusan dan seterusnya membuat laporan.

Aktiviti :

Kementerian Pendidikan Malaysia 2-28


KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

Anda dikehendaki melayari beberapa laman web berkaitan dengan


Pembelajaran Berasaskan Masalah. Berdasarkan maklumat yang diperolehi
bincangkan dengan rakan sekerja anda mengenai kebaikan pendekatan
pembelajaran berasaskan masalah ini kepada murid dan para guru. :

Rujukan

https://www.academia.edu/25013565/Pelaksanaan_Aktiviti_Pembelajaran_
Berasaskan_Masalah_dalam_Proses_Pengajaran_dan_Pembelajaran_Bahas
a_Melayu

http://www1.udel.edu/pbl/deu-june2006/supplemental/NTLF-PBL-
introduction.pdf

4.5 Strategi Perbezaan Pembelajaran (Differentiated Instruction)

4.5.1 Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Strategi Perbezaan

Pengajaran (Differentiated Instruction)

Guru membezakan pengajaran dengan pelbagai cara, iaitu:

4.5.1.1 Kumpulan Fleksibel

Murid-murid pelbagai tahap dikelompokkan dalam satu kumpulan. Kaedah ini


membolehkan murid untuk belajar dalam kumpulan bersama rakan-rakan yang
berbeza dengan mereka. Guru menggunakan kumpulan fleksibel untuk memberi
murid peluang belajar bersama rakan-rakan yang mempunyai gaya pembelajaran
(auditori, visual atau kinestetik), keupayaan (mempersoalkan tahap/ proses
Kementerian Pendidikan Malaysia 2-29
KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

pemikiran abstrak), atau minat yang sama. Kumpulan fleksibel ini tidak statik.
Berdasarkan pentaksiran di dalam bilik darjah, murid dikelaskan mengikut tahap
penguasaan kemahiran.

4.5.1.2 Pembelajaran Berpusat

Guru merancang aktiviti pembelajaran secara stesen. Setiap stesen mengandungi


pelbagai bahan atau aktiviti yang berbeza untuk murid terokai di mana murid boleh
meneroka topik atau kemahiran. Aktiviti pembelajaran di setiap stesen boleh
dibezakan mengikut tahap kesukaran pembelajaran/ kemahiran atau bidang
pembelajaran yang berbeza.

Pembelajaran Berpusat ini memberi peluang kepada guru untuk menyampaikan isi
pembelajaran dengan pelbagai cara yang berbeza yang melibatkan semua murid.
Aktiviti stesen ini memberi peluang kepada murid meningkatkan pencapaian dan
kemahiran mereka.

4.5.1.3 Pembelajaran Kendiri

Pembelajaran Kendiri dirancang untuk murid-murid yang telah menguasai kemahiran


pembelajaran. Pembelajaran ini dijalankan semasa aktiviti pengayaan. Aktiviti diberi
berdasarkan minat murid dan murid diberi autonomi untuk memilih bahan atau topik
yang disukai mereka.

4.5.1.4 Tugasan Bertingkat

Guru perlu menyediakan satu siri tugasan yang berbeza-beza mengikut tahap murid.
Tugasan tersebut perlu berdasarkan tahap kesediaan murid dan kemahiran yang
murid perlu kuasai. Penilaian secara formal dan informal perlu dibuat bagi
menentukan tahap kefahaman murid dalam mata pelajaran tersebut. Aktiviti ini boleh
dilaksanakan secara kumpulan kecil atau individu untuk mencapai objektif
pembelajaran yang sama dengan mengambil kira keperluan murid.

Kementerian Pendidikan Malaysia 2-30


KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

4.5.1.5 Teknik Penyoalan

Guru perlu menyediakan soalan-soalan berdasarkan keupayaan murid. Guru


menggunakan Taksonomi Bloom untuk melontarkan pertanyaan daripada yang
paling asas kepada yang lebih tinggi. Ini adalah cara yang baik untuk guru
membentuk kurikulum yang lebih berkesan untuk murid di tempat yang berbeza pada
spektrum pembelajaran.

4.5.1.6 Autonomi Pemilihan Aktiviti

Apabila murid diberi autonomi memilih perkara yang mereka mahu belajar, ini boleh
menjadi satu pendorong yang baik. Guru boleh memberi pilihan berdasarkan minat
murid atau gaya pembelajaran. Mereka juga boleh diberi pilihan tentang apa yang
akan dipelajari atau bagaimana mereka belajar memproses maklumat. Pilihan boleh
termasuk aktiviti, pembelajaran berpusat, pembelajaran kendiri, kumpulan kecil dan
lain-lain berdasarkan keperluan mereka sendiri untuk meningkatkan motivasi murid.

Bagi menjayakan Strategi Perbezaan Pengajaran, guru perlu merancang aktiviti


PdPc dengan baik. Dengan penilaian berterusan dan penggunaan strategi
pengajaran yang pelbagai, guru boleh menyesuaikan semua gaya pembelajaran,
dan kecergasan pelbagai murid untuk pembelajaran yang lebih efektif bagi
memenuhi keperluan mereka.

4.5.2 Elemen Perbezaan Pengajaran

Elemen Perbezaan Pengajaran;

4.5.2.1 Perbezaan Kandungan/ Topik


Kementerian Pendidikan Malaysia 2-31
KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

Kandungan pelajaran boleh dihuraikan sebagai pengetahuan, kemahiran dan sikap


yang kita mahu murid pelajari. Bagi murid yang telah memahami konsep
pembelajaran, boleh terus diberi tugasan untuk aplikasi konsep dalam penyelesaian
masalah. Hal ini merupakan satu proses Compact Curriculum iaitu murid dapat
meningkatkan tahap pencapaian mereka dengan cepat. Contoh aktiviti yang boleh
diberikan ialah Pembelajaran Berasaskan Projek.

4.5.2.2 Perbezaan Proses / Aktiviti

Proses bermakna pelbagai aktiviti pembelajaran atau strategi untuk menyediakan


kaedah yang sesuai kepada murid untuk meneroka konsep. Adalah penting untuk
memberi murid laluan alternatif untuk memanipulasi idea yang terkandung dalam
konsep itu. Contohnya, murid boleh menggunakan pengurusan grafik, Peta
pemikiran i-Think, peta, gambar rajah atau carta untuk memaparkan pemahaman
mereka terhadap konsep-konsep. Penggunaan pengurusan grafik yang berbeza
sangat berkesan untuk membezakan tahap kognitif dan keupayaan murid .

4.5.2.3 Perbezaan Produk/ Hasil

Perbezaan produk bermakna murid menunjukkan penguasaan konsep dengan


pelbagai cara. Contohnya, kumpulan murid bijak diminta untuk menghasilkan kerja
yang memerlukan lebih banyak pemikiran yang kompleks atau lebih tinggi. Terdapat
banyak sumber idea produk alternatif kepada guru-guru. Guru perlu memberi
autonomi kepada murid untuk memilih cara mereka mempersembahkan produk.

4.5.2.4 Perbezaan oleh manipulasi persekitaran atau perbezaan individu (Gaya

Pembelajaran & Kecerdasan Pelbagai)

Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn, Honey & Munford, Model Pembelajaran
David Kolb
Gaya Kognitif Herman Witkin, Edward deBono
Kementerian Pendidikan Malaysia 2-32
KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner


Personaliti Carl Jung, Kersley

Fitrahnya, setiap murid itu mempunya perbezaan dan keunikan tersendiri. Mereka
berbeza daripada aspek gaya pembelajaran, gaya kognitif, personaliti dan
kecerdasan. Walaupun pendekatan ini melihat gaya pembelajaran dengan cara yang
jauh berbeza, namun pendekatan ini mempunyai merit bagi sesetengah murid.
Semua perkara ini perlu diambil kira dalam PdPc. Perkara ini perlu digabung jalin
atau mengadun konsep-konsep ini agar PdPc menjadi lebih efektif.

Isu yang paling penting berhubungan dengan gaya pembelajaran adalah anjakan
paradigma dalam pendidikan pada tahun-tahun kebelakangan ini. Kurikulum tidak
lagi ditakrifkan dari segi apa yang guru akan mengajar tetapi dari segi apa yang
murid akan pelajari. Maka, guru perlu memahami apa yang murid tahu (pengetahuan
sedia ada) dan bagaimana untuk menggerakkan mereka serta membina
pengetahuan mereka mengikut elemen perbezaan mereka. Keempat-empat elemen
perbezaan pengajaran yang dibincangkan di atas perlu digabung jalin dalam PdPc
kerana saling berkait antara satu sama lain.

Jom Uji Minda.

Kementerian Pendidikan Malaysia 2-33


KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

Aktiviti 1 :
Apakah masalah yang mungkin dihadapi oleh guru dan murid semasa proses
pembelajaran dalam talian dijalankan? Berikan cadangan anda untuk mengatasi
masalah tersebut.

Aktiviti 2 :
Huraikan strategi perbezaan pengajaran yang dapat merealisasikan 6 aspirasi
murid dalam PPPM.

5.0 ALAT-ALAT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21

5.1 Pengenalan Tools

Kemahiran Abad Ke-21 menjadi rujukan penting bagi setiap guru dalam
menyediakan murid untuk mendepani pasaran global masa ini. Bagi meningkatkan
kemahiran guru mengaplikasikan PAK21, guru perlu peka dengan aplikasi yang
tersedia dalam mana-mana laman web. Laman web ini menyediakan pelbagai
sumber yang memberi ruang dan peluang kepada guru dengan melayari Web 2.0

Kementerian Pendidikan Malaysia 2-34


KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

(rujuk laman web http://newtech.coe.uh.edu/ ) yang mengandungi alat-alat (tools),


sumber dan contoh templat dalam menggaplikasikan pengajaran dan pembelajaran
Abad Ke-21. Jika mengaitkan kemahiran ini dengan kerangka, seperti Taksonomi
Digital Bloom, boleh membantu guru ke arah mengintegrasikan teknologi dalam
PdPc secara bermakna. Penggunaan TMK dapat mempengaruhi keberkesanan
pengajaran guru dan penguasaan kemahiran murid. Antara alat (tools) yang boleh
digunakan oleh para guru ialah:

Alat refleksi
Alat komunikasi
Alat kreativiti
Alat pemikiran kritikal
Alat maklum balas
Alat inovasi
Alat persembahan
Alat penyelesaian masalah
Alat kolaborasi
Alat produktiviti
Alat jaringan sosial

Jom Uji Minda.


Kementerian
Aktiviti 1: Pendidikan Malaysia 2-35

Berdasarkan bacaan anda tentang maklumat dalam laman web


(http://newtech.coe.uh.edu/ ) yang diberikan, buat refleksi dengan menggunakan
borang KWLHLAQ.
KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

Kementerian Pendidikan Malaysia 2-36


KURSUS PEDAGOGI PROFESIONAL 2017

Kementerian Pendidikan Malaysia 2-37

Anda mungkin juga menyukai