Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS BAHASA MELAYU

PEPERIKSAAN AKHIR JANUARI 2022

PROGRAM
PDPP SEJARAH
(Programme)

AMBILAN
JUN 2021
(Intake)

SEMESTER
2
(Semester)

ANGKA GILIRAN
2021192400042
(Index Number )

NO.K/PENGENALAN
940801-02-5516
(Identity Card No.)

KOD KURSUS
EDUP2132
(Course Code)

NAMA KURSUS
PROFESIONALISME KEGURUAN
(Course Title)

TARIKH
PEPERIKSAAN 10 JANUARI 2021
(Examination Date)

ARAHAN KEPADA CALON


1. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words
menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan
hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kiri header dan
kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header.

2. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

3. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

4. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah gagal peperiksaan berkenaan.

BAHAGIAN A (SOALAN 1)
Angka Gililran: 2021192400042 Kod Kursus: EDUP2132

Satu anjakan paradigma telah dilaksanakan oleh kerajaan melalui transformasi


pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) bagi
membuka jalan ke arah pembentukan rakyat yang berpendidikan. Perubahan ini
dilakukan secara menyeluruh melibatkan pendidikan prasekolah sehingga pendidikan
pengajian tinggi dengan meletakkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sebagai
salah satu aspek utama yang difokuskan dalam pengajaran.
KBAT diaplikasikan dalam sistem pendidikan bagi menggerakkan potensi minda
murid untuk menangani cabaran baru. Melalui KBAT, murid dapat memahami,
menterjemah, menganalisis dan memanipulasikan maklumat dengan lebih berkesan.
Murid perlu mengalami sendiri proses berfikir secara heuristik di dalam pembelajaran
atau penemuan sendiri secara terbimbing melalui KBAT. Untuk mengaplikasikan
KBAT, guru perlu menyesuaikan pendekatan dan strategi yang hendak diguna pakai
semasa pembelajaran dan pembelajaran masa kini. Setiap guru perlu melengkapkan
diri dengan aspek-aspek pengetahuan seperti aspek prosedural, aspek pengetahuan
fakta, aspek metakognitif dan juga aspek kognitif dalam mengaplikasikan kemahiran
berfikir aras tinggi dalam kalangan murid.
Antara kaedah yang guru boleh gunakan ialah menerapkan konsep penyoalan
dalam PdPc. Kemahiran berfikir boleh diajar secara langsung atau tidak langsung
bergantung pada objektif pengajaran yang ingin dicapai semasa proses belajar
berlangsung. Contohnya dalam PdP Sejarah selesai menerangkan sesuatu topik pada
hari tersebut guru perlu menyoal dengan tujuan untuk menjana proses berfikir aras
tinggi murid-murid. Soalan perlu dibina lebih awal dan dirancang agar dapat
menghasilkan jawapan murid di luar jangkaan atau menjangkau kebiasaan. Selain itu,
guru perlu menggalakkan murid mengemukakan soalan dan beri peluang kepada rakan
mereka untuk memberikan jawapan.
Seterusnya, guru boleh mempelbagaikan aktiviti semasa PdPc untuk melibatkan
murid-murid secara aktif. Seperti kita tahu murid-murid sekolah rendah berada pada
tahap bergerak aktif dan guru perlu meninggalkan kaedah tradisional seperti chalk and
talk. Guru boleh melaksanakan aktiviti kolaboratif secara berkumpulan. Apabila guru
membentuk sebuah kumpulan yang berkesan dapat menjana pemikiran aras tinggi
termasuklah pembelajaran koperatif, tutor rakan sebaya, perbincangan kumpulan kecil.
Perbincangan kumpulan yang diselia dengan baik akan membolehkan murid terlibat
dengan pemikiran aras tinggi. Bukan itu sahaja, pembelajaran koperatif atau
Angka Gililran: 2021192400042 Kod Kursus: EDUP2132

berkumpulan akan meningkatkan motivasi dan penyertaan murid dalam proses


pembelajaran. Contohnya bagi mata pelajaran Sejarah, guru boleh membimbing pelajar
menghasilkan satu projek Sejarah.
Di samping itu, sebagai seorang guru yang berpengetahuan guru boleh
mempelbagaikan sumber dan bahan pengajaran semasa proses PdPc. Guru perlu
meninggalkan metodologi pengajaran yang bersifat ‘spoon feed’, induktif dan khutbah
yang hanya mementingkan pelajar menerima apa sahaja yang disogok oleh guru tidak
lagi sesuai dengan pembaharuan kurikulum. Contohnya, sebagai seorang guru Sejarah
tidak boleh terikat dengan pengajaran menggunakan buku teks sahaja. Guru perlu
menerapkan kemahiran meneroka dan mencari maklumat secara kendiri oleh murid.
Guru hanya bertindak sebagai pemudahcara dan murid boleh merujuk pelbagai sumber
seperti internet, perpustakaan, majalah, akhbar dan sebagainya. Contohnya, antara
aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru bagi menerapkan kemahiran meneroka bukti
ialah dengan mengarahkan pelajar berfikir dan meneroka bukti tentang mengapa
kerajaan-kerajaan maritim wujud di tepi pantai.
Selain itu, bagi meransang kemahiran berfikir aras tinggi guru perlu kreatif
melaksanakan PdPc agar objektif pembelajaran dapat dicapai. Guru boleh
menggunakan kaedah perbincangan untuk meningkatkan kualiti berfikir murid. Adalah
menjadi tanggungjawab seorang guru menimbulkan suasana berbincang dalam bilik
darjah. Guru perlu mahir mengendalikan sesi perbincangan sama ada dijalankan dalam
kumpulan kecil mahupun menggunakan kaedah kelas yang memerlukan penglibatan
murid secara menyeluruh. Tajuk perbincangan yang diberikan kepada murid perlu
menarik perhatian dan memudahkan aliran idea dikeluarkan dari pemikiran mereka.
Contohnya dalam mata pelajaran Sejarah, guru menggalakkan murid menggunakan
kemahiran imaginasi dan mendapatkan respons murid berdasarkan sesuatu tajuk yang
diajukan melalui perbincangan.
Guru juga boleh menerapkan penggunaan teknologi dan maklumat bagi
merangsang pemikiran KBAT murid-murid. Dalam taksonomi Bloom tahap mencipta
merupakan aras yang paling tinggi. Maka guru boleh menggunakan teknologi dalam
mata pelajaran yang diajar untuk menilai kemampuan murid pada tahap mencipta.
Selain itu, guru boleh menggunakan pendekatan bermain sambil belajar yang diselitkan
dengan teknologi yang mana terdapat banyak kajian mendapati bahawa belajar
melalui bermain akan mendatangkan keseronokkan dan hiburan serta merangsang
Angka Gililran: 2021192400042 Kod Kursus: EDUP2132

individu mempelajari sesuatu melalui cara yang aktif dalam cara yang tidak formal.
Contohnya dalam pengajaran Sejarah guru boleh menggunakan perisian seperti power
point dan permainan digital interaktif seperti Kahoot yang mempunyai visual dan grafik
yang menarik. Pengurusan grafik dapat menggambarkan secara mudah dan jelas
tentang sesuatu topik dalam mata pelajaran Sejarah.
Kesimpulannya, guru merupakan individu yang bertanggungjawab mengasah,
merangsang dan menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi kepada murid. Kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) sememangnya penting untuk diberikan penekanan dalam
kurikulum di Malaysia. Namun, kebanyakan guru tidak diberikan pendedahan yang
sepatutnya terhadap pedagogi dan kaedah melaksanakan kemahiran berfikir aras
tinggi. Walhal, guru merupakan pelaksana dan penentu kepada kejayaan pelaksanaan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) semasa di sekolah. Kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) perlu diajar oleh guru tanpa guru bersedia dengan pelbagai kaedah serta
strategi pengajaran yang sesuai dan berkesan.

RUJUKAN
Sukiman Saad, N. S. S., & Mohd Uzi Dollah. (2014). Pengajaran kemahiran
berfikir: Persepsi dan amalan guru Matematik semasa pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah. Jurnal Pendidikan, 2(1), 18–36.
Vadivalu, V. V., & Kamisah Osman. (2015). Persepsi dan masalah yang dihadapi
oleh guru Sains dalam melaksanakan kemahiran berfikir aras tinggi. Kertas kerja
dibentangkan dalam Proceeding 7th International Seminar on Regional Education, 2,
1077–1082.
Zahara Aziz & Nurliah Jair. (2009). Penggunaan peta konsep untuk
meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sejarah bagi pelajar tingkatan dua. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 34 (1): 3-5.
Zahara Aziz & Nik Azleena. 2007. Kajian tinjauan kesediaan guru-guru sejarah
menerapkan kemahiran pemikiran sejarah kepada para pelajar. Jurnal Pendidikan,
32(2007), 119-137.

BAHAGIAN B (SOALAN 1)
Angka Gililran: 2021192400042 Kod Kursus: EDUP2132

SKPMg2 ataupun Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2


merupakan penggubalan semula SKPM 2010 dengan penambahbaikan dan
peningkatan kualiti pada beberapa standard seperti aspek kepimpinan, pengurusan
organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid, pembelajaran dan
pemudahcaraan dan kemenjadian murid.
Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran dan
pengajaran (PdP) yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara
menyeluruh dan meningkatkan pencapaian murid pada tahap optimum secara
berterusan. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2 (SKPMg2) Standard 4
merupakan standard yang digunakan untuk memandu guru ke arah proses kerja yang
betul dalam meningkatkan akauntabiliti serta sebagai alat pengukuran kualiti guru
melaksanakan PdPc dalam bilik darjah juga di luar bilik darjah melalui pemantauan
berterusan.
Guru sebagai pembimbing perlu merancang pelaksanaan PdPc secara
profesional dan sistematik. Guru bertindak sebagai perancang untuk memastikan
kesediaan dan persediaan yang rapi dalam melaksanakan Pembelajaran dan
Pemudahcaraan. Contohnya guru membina rancangan mengikut tahap pencapaian
murid. Guru sebagai perancang yang baik perlu ada kemahiran merungkai kurikulum
(Unpacking the Curriculum) iaitu menyusun semula Standard Kandungan, Standard
Pembelajaran dan Standard Prestasi ke dalam RPT dan RPH mengikut keupayaan
murid semasa pelaksanaan PdP dengan menggunakan pedagogi yang bersesuaian
bagi mencapai objektif pembelajaran. Contohnya, guru perlu menyediakan aktiviti
pembelajaran yang sesuai dengan kecerdasan murid yang pelbagai di dalam kelas.
Selain itu, guru perlu mengawal suasana pembelajaran secara terancang dan
profesional. Sebagai seorang guru menjadi tanggungjawab guru menyediakan
persekitaran yang kondusif kepada murid di dalam bilik darjah. Persekitaran bilik darjah
yang kondusif mampu merangsang suasana pembelajaran yang optimum. Keselesaan
amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan objektif
pembelajaran yang dirancang pada hari tersebut dapat dicapai. Contohnya, di dalam
bilik darjah guru memastikan semua pelajar mudah untuk dilihat dan dipantau. Susunan
tempat duduk pelajar seharusnya mudah untuk dipantau oleh guru khususnya semasa
proses PdP berjalan. Guru boleh memastikan pelajar tidak hilang fokus dan melakukan
kerja lain semasa proses PdP jika susunan tempat duduk mudah dilihat.
Angka Gililran: 2021192400042 Kod Kursus: EDUP2132

Selain itu, selaras dengan Standard 4 guru sebagai pembimbing secara


profesional dan terancang guru boleh memberi tunjuk ajar dalam menguasai isi
pelajaran dan kemahiran. Maka guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan
fakta bagi mengelakkan guru tidak dapat menjawab soalan yang diajukan oleh murid.
Guru yang bijak mampu memandu murid membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah serta menggunakan sumber pendidikan. Contohnya guru menggabungjalin
mata pelajaran Sejarah dengan mata pelajaran lain seperti Pendidikan Seni Visual dan
Pendidikan Muzik untuk menerapkan elemen merentas kurikulum.
Guru yang profesional juga mewujudkan budaya kolaboratif yang mana
menjalankan aktiviti berpusatkan pelajar. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator yang
mendorong minda murid melaksanakan aktiviti pembelajaran secara kendiri. Contohnya
dalam mata pelajaran Sejarah guru mewujudkan peluang untuk murid memimpin dan
mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran serta memperoleh pengetahuan dan
kemahiran secara kendiri berdasarkan objektif pelajaran. Guru boleh melaksanakan
aktiviti pembentangan yang mana secara tidak langsung memupuk kemahiran
bekerjasama dan kemahiran berfikir.
Selain itu, guru yang profesional perlu menggunakan sumber pengajaran yang
pelbagai dan mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan. Penggunaan bahan/alat
bantu mengajar merupakan sumber pendidikan dalam kalangan guru di sekolah
memberi kesan yang positif terhadap kecemerlangan akademik pelajar dan kaedah
pengajaran guru itu sendiri. Penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar oleh guru
mampu membuatkan pelajar fokus kepada pengajaran sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Selain itu, PdP yang menggunakan sumber pendidikan yang
berkesan mampu meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar terhadap pelajaran yang
disampaikan. Secara tidak langsung, pelajar dapat mengingat secara visual dan hands
on berdasarkan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru. Contohnya, guru
menggunakan bahan maujud dalam mata pelajaran sejarah seperti membawa ilustrasi
atau gambar tokoh-tokoh terdahulu.
Di samping itu, guru yang profesional juga perlu sentiasa meningkatkan
kemahiran pedagogi untuk meningkatkan lagi profesion perguruan. Kualiti pengajaran
menjadi pengukur utama kepada tahap profesionalisme guru kerana mengajar
merupakan ‘core business’ guru terhadap pelajar.
Angka Gililran: 2021192400042 Kod Kursus: EDUP2132

Kesimpulannya, guru merupakan insan yang dihasratkan oleh negara


mempunyai kompetensi ataupun kemahiran profesional yang tinggi dalam aspek nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah mahupun di institusi pendidikan yang lain.
Secara rumusnya, Standard Guru Malaysia ini penting untuk menjamin dan
mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan
datang.

RUJUKAN
Abu Hassan, Mohd Aizat & Musa, Kamarudin. (2019). AMALAN
PROFESIONALISME GURU SEKOLAH RENDAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA.
Faizah Md Ghazali & Norfilzah Hayati Ahmad. (2017). Tahap kompetensi pelajar
IPG Kampus Pendidikan Teknik berdasarkan Standard Guru Malaysia. Jurnal
Penyelidikan Teknokrat II, 19,117-129.
https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/skpmg2
Angka Gililran: 2021192400042 Kod Kursus: EDUP2132

Anda mungkin juga menyukai