Anda di halaman 1dari 10

TAJUK KURSUS :

PENGAJARAN AWAL MEMBACA BAHASA MELAYU

KOD KURSUS : KBP 6034

TAJUK TUGASAN :

Pendidikan abad ke-21 telah menggariskan empat kemahiran penting yang perlu dimiliki oleh
pelajar iaitu Berfikir secara kritikal (Critical Thinking), Communication (Komunikasi),
Kolaborasi (Collaboration) dan Kreativity (Creativity) atau dikenali sebagai 4 Cs. Dalam
konteks pendidikan literasi awal Bahasa Melayu, bagaimana guru Pendidikan Awal Kanak-
Kanak berperanan untuk memupuk empat kemahiran ini pada kanak-kanak. Sila nyatakan
sekurang-kurang lima rujukan dalam penulisan ilmiah ini.

KUMPULAN: A SARJANA CUTI SEKOLAH (2016-2018)

(PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. ID NO. TELEFON

NURUL IZZAH KHALIL M20152002505 0139970352

PENSYARAH : DR ZAINIAH @ ZANIAH BT MOHAMED ISA


KANDUNGAN MUKA SURAT

1.1 PENGENALAN 3

1.2 PEMBELAJARAN ABAD KE-21 4

1.2.1 Komunikasi 5

1.2.2 Kolaborasi 5

1.2.3 Kreativiti 5

1.2.4 Berfikir Secara Kritikal 5

1.3 PERANAN GURU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 5

1.3.1 Pengurusan Kelas 6

1.3.2 Pembelajaran dan Pemudah Cara (PdPc) 7

1.3.3 Susun Atur Bilik Darjah 8

1.3.4 Peka Dengan Perkembangan Murid 8

1.3.5 Penggunaan Teknologi 9

1.3.6 Pentaksiran 9

1.4 Kesimpulan 9

RUJUKAN 10
KBP 6034

PENGAJARAN AWAL MEMBACA BAHASA MELAYU

1.1 PENGENALAN

Cabaran pendidikan abad ke-21 adalah untuk menyediakan pembelajaran yang menjurus ke
arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan pengurusan bilik darjah atau ruang
pembelajaran yang lebih dinamik. Namun cabaran utama adalah bagaimana guru-guru
menggunakan pelbagai sumber sokongan teknologi serta maklumat bagi melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkualiti serta relevan dengan perkembangan
semasa. Untuk mendepani cabaran ini, guru secara berterusan perlu mengemaskini
pengetahuan (kandungan kurikulum) dan kompetensi (pedagogi PdPc) supaya kekal relevan
dengan keperluan semasa dan akan datang. Kalau itulah yang menjadi penyebabnya maka
guru Bahasa Melayu dan guru-guru mata pelajaran lain perlu mencari pendekatan, kaedah,
strategi, dan teknik pengajaran baharu agar murid tertarik dengan pengajaran guru.

Untuk memastikan agenda pendidikan abad ke 21 ini berjalan lancar dan


diaplikasikan, semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu
menyedari bahawa tiada ruang untuk tidak ikut sama melaksanakan transformasi pendidikan.
Malah perubahan dalam pendidikan perlu sentiasa seiring perkembangan zaman atau
selangkah kehadapan. Guru-guru perlu bersedia menerima perubahan dan dapat pula
mengurus perubahan dengan cekap dan berkesan agar pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih segar dan memenuhi keperluan murid

3
Menyedari kepentingan guru memahami dan bersedia melakukan perubahan dalam
pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke-21 juga, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada
tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh negara mulai tahun 2015. Pelaksanaan
pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan abad ke-21 seperti dihasratkan
Kementerian Pendidikan Malaysia mulai tahun 2014, iaitu selaras dengan transformasi
pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Sebagai guru yang berwibawa, pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 ini
memerlukan pengorbanan dan keprihatinan guru yang tidak sedikit. Pelajar pada alaf baharu
ini tidak gemar dikongkong pergerakan mereka di dalam kelas. Dalam hal ini, amalan
pengajaran konvensional melalui cara 'chalk and talk' tidak relevan lagi. Murid-murid mudah
berasa bosan apabila pengajaran sehala oleh guru yang tidak memberikan peluang kepada
murid untuk menyuarakan pendapat mereka. Pengajaran yang pasif tanpa berbantukan
teknologi maklumat tentulah membosankan murid-murid. Hal ini dikatakan demikian kerana
ada murid yang terlebih celik komputer hingga dapat pula mereka membantu guru dalam
dunia pengkomputeran.

1.2 PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Perdebatan tentang kaedah pembelajaran yang mana lebih baik dan berkesan untuk
meningkatkan pencapaian literasi tidak harus dijadikan isu namun penggabungjalinan
pelbagai pendekatan dapat memberi penambahbaikan terhadap pembelajaran literasi era
baharu yang lebih bersifat terbuka dan global. Bersesuaian dengan cadangan oleh Zahra
Naimiea et al. (2010) di mana amalan strategi pembelajaran bahasa yang berterusan akan
dapat memberi pilihan kepada murid dan guru untuk memilih strategi yang paling bersesuaian
dengan pembelajaran literasi. Menurut Hassan Bedir (2010) juga menekankan guru perlu
mempunyai keyakinan dan kepercayaan yang tinggi bahawa murid yang berpencapaian lemah
juga boleh berjaya dan mencapai kecemerlangan jika strategi pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan adalah tepat dan berterusan.

Vishalache Balakrishnan (2010) turut mencadangkan kaedah untuk mengamalkan


pembelajaran aktif dalam pengajaran guru memberi satu cabaran kepada guru dan murid yang
tidak biasa dengan pendekatan tersebut. Guru sebagai fasilitator menyerahkan sebahagian
daripada kuasa mengawal kelas kepada murid dan murid pula memikul tanggungjawab bukan
hanya untuk apa yang dipelajari tetapi juga cara mempelajari sesuatu yang diajar. Penggunaan
pendekatan, teknik dan kaedah yang baik amat penting bagi memastikan tahap penguasaan
literasi murid meningkat. Pendidikan abad ke-21 telah menggariskan empat kemahiran
penting yang perlu dimiliki oleh pelajar iaitu Berfikir Secara Kritikal (Critical Thinking),
Communication (Komunikasi), Kolaborasi (Collaboration) dan Kreativity (Creativity) atau
dikenali sebagai 4 Cs. Setiap aspek yang dinyatakan dapat diterangkan seperti berikut :

1.2.1 Komunikasi
Melalui kemahiran komunikasi, guru boleh menggalakkan aktiviti-aktiviti seperti
sumbangsaran dan teknik penyoalan yang menarik murid untuk memberikan respon.

1.2.2 Kolaborasi

Dari aspek kolaborasi, kerjasama kumpulan dari segi maklumat, peranan dan kerjasama guru
& murid dalam menyediakan bahan PdPc perlu ditekankan oleh guru.

1.2.3 Kreativiti
Guru turut perlu menggalkkan dan memberi peluang untuk murid berkreativiti. Guru perlu
memberi peluang untuk murud mempersembahkan maklumat mengikut kreativiti,
penyelesaian masalah dengan pelbagai bentuk respon, serta idea mengikut imaginasi murid.

1.2.4 Berfikir Secara Kritikal


Guru boleh menggalakkan kaedah berfikir secara kritikal dengan teknik penyelesaian
masalah, pengunaan iThink untuk menyusun atau perkongsian idea.

1.3 PERANAN GURU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Dalam konteks pendidikan literasi awal Bahasa Melayu, guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak
berperanan untuk memupuk empat kemahiran yang dinyatakan tersebut terhadap kanak-
kanak. Guru turut perlu memastikan proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC)
terancang dan dikawal sepenuhnya. Pembelajaran bermaksud semua murid dilibatkan secara

5
aktif dan menjadi subjek utama dengan guru berperanan sebagai pembimbing. Mereka juga
perlu diberikan dorongan dalam setiap aktiviti yang disertai. Peranan guru prasekolah dapat
dibahagikan dari beberapa aspek iaitu pengurusan kelas, proses pembelajaran dan pemudah
cara (PdPc), susun atur bilik darjah, kepekaan terhadap perkembangan murid, penggunaan
teknologi dan sistem pentaksiran.

1.3.1 Pengurusan Kelas

Transformasi kelas berlaku dengan wujudnya pusat-pusat pembelajaran dan ruang belajar
kelihatan lebih luas dan kondusif. Fizikal kelas perlu lebih teratur dan memudahkan
pergerakan murid. Flipped Classroom menjadikan susunan perabot tidak statik, berubah
mengikut aktiviti yang di rancang guru. Dekorasi kelas juga telah dikurangkan dan digantikan
dengan hasil kerja murid. FC adalah metadologi atau kaedah yang dipilih berdasarkan
kesesuaian pelaksanaannya dengan prinsip pendidikan prasekolah dan keperluan penguasaan
kemahiran abad 21 FC prasekolah menyarankan aktiviti berpusatkan murid dilaksanakan
beberapa aktiviti serentak. Ini adalah kerana pilihan beberapa aktiviti membantu murid belajar
membuat keputusan dan berdikari. Teknik 3 aktiviti serentak juga memberi peluang kepada
guru untuk membantu murid yang difikirkan perlu dibantu. Selain itu, guru dapat mentafsir
murid dengan lebih sistematik.

Dalam memupuk kemahiran 4C dalam kemahiran literasi kanak-kanak abad ke-21,


guru prasekolah berperanan dalam menzahirkannya dalam pelbagai bentuk. Salah satunya
adalah pengenalan Flipped Classroom (FC). Flipped Classroom adalah satu metadologi
Pembelajaran Abad Ke-21. Penggunaan teknologi sebagai medium mendapatkan maklumat
pembelajaran dan aktiviti kelas yang berpusatkan murid adalah sangat sesuai dengan kaedah
pembelajaran murid prasekolah di masa kini. FC sebagai metadologi Pembelajaran Abad Ke-
21 menjadi panduan yang dimuatkan KSPK di dalamnya bagi mencapai hasil iaitu murid yang
bersedia ke sekolah (pendidikan formal). FC telah disesuaikan dengan prinsip pengajaran dan
pembelajaran prasekolah yang menekankan pembelajaran melalui bermain dan aktiviti
berpusatkan murid. Oleh itu, pelaksanaan FC bukanlah penghalang kepada pelaksanaan
KSPK, malah FC adalah pemudah cara untuk memastikan semua yang dimatlamatkan oleh
kurikulum tercapai dengan jayanya.

FC telah dijadikan sebagai satu kaedah untuk meningkatkan kualiti pendidikan


prasekolah. Beberapa sekolah yang tidak melepasi standard minimum Standard Kualiti
Prasekolah Kebangsaan telah diarah untuk melaksanakan FC. Mereka yang terlibat telah
menghantar laporan khas berkenaan pelaksanaan FC. Di sini suka saya berkongsi antara
impak yang berlaku di sekolah yang terlibat:

Pelaksanaan Flipped Classroom mengalakkan interaksi dua hala yang aktif dan tertib.
Aktiviti yang dijalankan mengalakkan murid untuk berinteraksi sesama rakan. Ini memberi
peluang mereka untuk berkongsi pandangan. Mereka juga berupaya untuk menonjolkan nilai
kepimpinan dan menjadikan mereka lebih berkeyakinan diri. Selain itu, wujud interaksi positif
antara guru dengan PPM, guru dengan pentadbir, guru dengan ibu bapa dan lain-lain personel
di dalam komuniti. Interaksi ini telah mendorong berlakunya PLC secara positif dan aktif, di
mana pihak-pihak tersebut duduk bersama-sama membincangkan strategi dan kaedah
pelaksanaan Flipped Classroom.

1.3.2 Pembelajaran dan Pemudah Cara (PdPc)

Selaras dengan PdPc abad ke-21, pembelajaran berpusatkan murid ditekankan. Melalui
konsep Flipped Classroom, guru perlu membuat persediaan dan perancangan PdPc yang teliti
dan sistematik. PdPc guru memberi ruang dan peluang berfikir kepada murid berdasarkan
tahap dan keupayaan murid. Guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) bertindak sebagai
mentor, mendengar idea murid, merangsang minat dan rasa ingin tahu. Murid dilatih untuk
berfikir dan menyelesaikan masalah dalam sesuatu aktiviti kumpulan. Kaedah ini juga
mendorong guru untuk membuat refleksi secara konsisten bagi membuat penilaian dan
penambahbaikan aktiviti murid untuk memberikan hasil pembelajaran yang maksimum.

Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar. Tentu agak
canggung jadinya jika guru sendiri masih terkial-kial untuk menerangkan sesuatu kandungan
dalam subjek yang diajarnya. Guru haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah dan
strategi pengajaran dan pembelajaran yang betul semasa menjalankan PdPc di dalam kelas.
Pembelajaran yang pelbagai ini tentu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif
dan mesra pelajar. Kenyataan ini disokong oleh Ab.Razak Ab.Karim dan Muhammad Saiful
Haq Hussin (2006) yang menyatakan kepentingan pemilihan teknik yang tepat dapat memberi
kesan kepada tahap penguasaan Bahasa Melayu murid. Pembelajaran aktif ini juga boleh
menarik minat murid untuk berfikir secara lebih kreatif dan kritis ketika mempelajari literasi
Bahasa Melayu. Ia juga dapat meningkatkan keupayaan berkomunikasi agar menjadi lebih
baik. Whitman dalam James Perrin Warren (2010) dan Thut et al. dalam Jionna Carjuzza et al.
7
(2013) pula mengukuhkan lagi implikasi menggunakan satu kaedah pengajaran sahaja tidak
menjamin seseorang guru itu boleh menangani secara bijak segala masalah dalam bidang
pengajaran dan pembelajaran.

1.3.3 Susun Atur Bilik Darjah

Selain itu, penggunaan komputer dan 'smart board' seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh
para guru untuk menarik minat murid-murid selain susun atur kerusi meja murid yang
bercirikan kelas abad ke-21 yang boleh diubah suai setiap minggu. Penggunaan pelbagai jenis
bahan bantu mengajar yang bersumberkan internet amat disukai oleh murid. Guru yang kreatif
dan inovatif pula akan berperanan sebagai pemudah cara ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran. Pengajaran guru yang berbantukan laman sosial seperti Facebook, WhatsApp
atau Instagram perlu diperluas selain penggunaan mel elektronik atau Google Chrome secara
komprehensif. Murid-murid perlu digalakkan melayari internet untuk mencari maklumat
terbaharu tentang sesuatu tema pengajaran semasa. Seterusnya, aktiviti kumpulan sewajarnya
diamalkan setiap masa dengan kata lain, pengajaran guru yang memberi muridnya peluang
untuk kolaboratif antara satu sama lain sememangnya dinanti-nantikan oleh murid
pascamerdeka ini.

1.3.4 Peka Dengan Perkembangan Murid

Psikologi pendidikan juga menerapkan kepentingan bagi seseorang guru untuk faham akan
perkembangan muridnya, serta mampu menyayangi mereka seadanya. Guru abad 21
seharusnya mampu untuk menilai perkembangan murid sesuai dengan kebolehan mereka.
Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami psikologi pembelajaran bagi para pelajarnya.
Hanya dengan memahami bagaimana minat dan respon pelajar ketika belajar, maka akan
membantu seseorang guru itu berfungsi dengan lebih baik sebagai seorang pendidik. Selain
itu, guru juga perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika berurusan dengan pelajar.
Kemahiran untuk membantu pelajar menangani emosi, sosial dan juga pelbagai lagi perkara
yang menjadi masalah kepada golongan remaja. Adalah satu kelebihan untuk guru-guru yang
memiliki kemahiran kaunseling dalam menangani isu-isu yang berkaitan dalam dan luar bilik
darjah.
1.3.5 Penggunaan Teknologi

Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi terkini merupakan salah satu ciri
penting bagi guru abad ke 21. Selain daripada murid yang memang mahir dengan penggunaan
gajet dan pelbagai alatan elektronik lain, maka guru juga perlu seiring dalam menggunakan
kelebihan ini untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Pembelajaran yang menggunakan
LCD projector dan aplikasi-aplikasi yang berkaitan sudah tentu membawa kelainan kepada
suasana pembelajaran di dalam kelas. Penggunaan visual dan grafik juga penting dalam
meningkatkan keupayaan literasi murid (Chall dalam M.P. Bryden, 2012). Penguasaan
perbendaharaan kata yang meluas juga boleh diterapkan oleh guru untuk meningkatkan
pemahaman murid terhadap sesuatu perkataan atau ayat dalam pembelajaran literasi (Connor
CM dan S. Al’Otaiba, 2008).

1.3.6 Pentaksiran

Pentaksiran yang berlaku di prasekolah adalah pentaksiran berterusan yang menilai murid
sepanjang proses Pdpc dan pentaksiran hasil kerja murid. Pelaksanaan Flipped Classroom
membantu guru membuat pentaksiran dengan lebih objektif dan mudah. Selain itu, guru juga
dapat merekod hasil pentaksiran melalui pemerhatian tingkah laku dan hasil akhir aktiviti
Pdpc.

Selain itu, pentaksiran juga berfungsi untuk memberi ruang dan peluang kepada guru
untuk menjalankan intervensi yang sesuai sekiranya terdapat kanak-kanak yang bermasalah
pembelajaran.

Kesimpulan

Dengan adanya perancangan yang baik dari guru maka empat elemen dalam PA21 dapat
diterapkan dalam literasi awal Bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah. Kesimpulannya,
pendidikan kelas abad ke-21 memfokuskan tiga komponen utama, iaitu pengetahuan
RASYIDI JOHAN
teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan atau kurikulum. Penyampaian
guru secara aktif, komunikatif dan kolaboratif sememangnya menjadi impian setiap pelajar
pada arus perdana ini kerana rangkuman tiga komponen inilah yang merupakan faktor penentu
peningkatan peratusan kehadiran pelajar di sekolah setiap hari.

9
RUJUKAN

Ab. Razak Ab. Karim, & Muhammad Saiful Haq Bin Hussin. (2011). Tahap. Penguasaan Bahasa Melayu
Pelajar di Islamic Sant/Tham Foundation School.

http://shukerihamzah.blogspot.my/2012/07/pembelajaran-kooperatif.html

http://www.cikguhilmi.com/

Kagan, S., & M. (2009). Kagan Cooperatif Learning.San Clemente, CA: Kagan Publishing

Naimie, Z., Siraj, S., Piaw, C. Y., Shagholi, R., & Abuzaid, R. A. (2010). Do you think your match is
made in heaven? Teaching styles/learning styles match and mismatch revisited. Procedia Social and
Behavioral Sciences, 2, 349-353.

Nielsen, T. (2005).Learning styles of Danish university students – do they differ according to subject of
study at the start of the first academic year – Is there a subject specific socialization effect of one
year of higher education? Development of and research by means of The Danish Learning Styles
Inventory (D-LSI) based on Sternberg’s theory of mental self-government, PhD thesis, The Danish
University of Education, Copenhagen

Unit SISC+, Pejabat Pendidikan Daerah Lipis, Kelas Pembelajaran Abad Ke 21

Anda mungkin juga menyukai