Anda di halaman 1dari 7

PKU 3143 1

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

1.0 PENDAHULUAN

Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21 telah banyak
diperkatakan dan banyak bahan-bahan penulisan yang mengulas mengenai pendidikan
yang mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan masa depan.
Rata-rata pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu
berubah sesuai dengan perkembangan teknologi cyber dan akses kepada internet yang
semakin maju. Kaedah pengajaran konvensional seperti chalk and talk semata-mata
kurang berhasil menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan
kreatif dengan kandungan pengajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa.

Dalam Buletin Anjakan Bil 4/2015 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013 2025, menekankan semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia
pendidikan perlu menyedari bahawa tiada ruang untuk tidak ikut sama melaksanakan
transformasi pendidikan. Malah perubahan dalam pendidikan perlu sentiasa seiring
perkembangan zaman atau selangkah kehadapan. Guru perlu bersedia menerima
perubahan dan dapat pula mengurus perubahan dengan cekap dan berkesan agar
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan memenuhi keperluan murid.

Menyedari kepentingan guru memahami dan bersedia melakukan perubahan dalam


pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke-21, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada
tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh negara mulai tahun 2015. Pelaksanaan
pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan
abad ke-21 seperti dihasratkan Kementerian Pendidikan Malaysia mulai tahun 2014, iaitu
selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025).

Ciri-ciri pembelajaran abad ke-21 dibahagikan kepada empat iaitu komunikasi, pemikiran
kritis, kolaborasi serta kreativiti. Semua ciri-ciri yang disenaraikan ini perlu ada dalam
merealisasikan pembelajaran abad ke-21. Dalam usaha pembelajaranCiri-ciri murid yang
diharapkan hasil pembelajaran abad ke-21 ialah bijak menyoal, yakin berkomunikasi,
dahagakan ilmu, mengambil risiko, ingin tahu, menjana idea, fleksibel, tidak berputus asa,
mendengar dan membuat refleksi, berkemahiran kritis, menguasai kemahiran literasi, berani
mencuba, mampu berfikir sendiri, berinisiatif, mampu berkerja dengan orang, membuat
perubahan, berintegriti serta berkeperibadian tinggi.
PKU 3143 2
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

2.0 CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS TERHADAP PENGURUSAN BILIK DARJAH


DALAM KONTEKS PEMBELAJARAN ABAD KE 21
2.1 Pengurusan persekitaran bilik darjah

Pengajaran dan pembelajaran Abad Ke-21 mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan
pendidikan masa lampau. Tujuan pembelajaran Abad Ke-21 adalah untuk melahirkan murid
yang produktif tinggi, mahir dalam komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi
serta mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Menurut Mohd
Zain (2014) demikian bagi memastikan objektif pengajaran dapat dicapai, guru-guru perlu
terlebih dahulu melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran tersebut sebelum dalam
melaksanakan pengajaran dengan berkesan. Sambil melangkah jauh ke alaf baru, menjadi
jelas bahawa keperluan bilik darjah abad ke-21 adalah sangat berbeza daripada keperluan
bilik darjah abad ke-20. Dalam bilik darjah abad ke-21, guru adalah fasilitator kepada
pembelajaran murid dan pencipta kepada persekitaran bilik darjah yang produktif di mana
murid boleh membangunkan kemahiran yang diperlukan mereka di tempat kerja. Fokus bilik
darjah abad ke-21 adalah pada murid, di mana mereka dapat mengalami persekitaran
sebagaimana mereka akan masuk sebagai pekerja abad ke-21.

Guru-guru juga berhadapan dengan murid-murid yang jauh berbeza dengan murid-
murid masa lalu. Muridmurid kini lebih terdedah dengan maklumat yang diperolehi daripada
pelbagai sumber dan mempunyai kecenderungan untuk mengetahui dan bertanya dengan
lebih mendalam. Murid pada alaf baharu ini lebih mempunyai akses kepada maklumat
kerana lebih terdedah kepada kepesatan teknologi. Justeru, sebagai guru yang berwibawa,
guru-guru perlu melengkapkan diri kemahiran tertentu bagi memudahkan mereka
menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21. Usaha-usaha ini memerlukan pengorbanan
dan komitmen yang tidak sedikit dan sebagai bagi guru yang komited, segala kepayahan
dan cabaran akan terbayar jika anak didiknya mampu dibentuk dan berjaya dalam pelajaran
dan kehidupannya.

Pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana
mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch,
2006). Kecekapan pengurusan bilik darjah seseorang guru berkait rapat dengan
keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Abdullah Sani, 2006). Pengurusan bilik
darjah merupakan sebahagian dari proses pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk
membina serta memupuk tingkah laku pelajar dalam bilik darjah agar proses pengajaran
dapat dilaksanakan dengan lancar, manakala aktiviti penyampaian ilmu bertujuan pelajar
dapat mencapai objektif spesifik sesuatu pembelajaran (Haliza & Joy Nesamalar, 2009).
Suasana pembelajaran yang berkesan tidak mungkin terbina dengan hanya memberi
PKU 3143 3
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

tumpuan pada proses penyampaian isi pengajaran guru sahaja. Ia turut melibatkan aspek
pengurusan bilik darjah serta tingkah laku pelajar.

Pembelajaran abad ke-21 turut menekankan susunan bilik darjah yang


membolehkan murid berinteraksi dan melaksanakan kolaborasi bagi meningkatkan
kemahiran berfikir walaupun jumlah murid yang ramai. Guru akan bertindak sebagai
fasilitator kepada murid. Dalam merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013 2025, terdapat beberapa cabaran guru pendidikan khas khususnya dalam
terhadap pengurusan bilik darjah. Purkey dan Smith (1983) berpendapat persekitaran
sesebuah sekolah memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan seseorang
pelajar. Walau di mana sekalipun sesebuah program pendidikan itu dibuka, aspek pertama
yang perlu diambil kira ialah penyediaan infrastruktur yang menentukan persekitaran
sesebuah sekolah. Malah, persekitaran bilik darjah yang diurus dengan baik dapat
menggembirakan murid (Jamila, 2005) dan membantu pembelajaran mereka.

Guru bertanggungjawab menyediakan persekitaran fizikal bilik darjah yang efektif


bagi membantu perkembangan murid dalam pembelajaran (Syed Ismail & Ahmad Subki,
2010). Persekitaran fizikal bilik darjah seperti keluasan ruang dan susun atur perabot perlu
sesuai dengan kapasiti pelajar kerana bilangan pelajar yang melebihi kapasiti yang
sepatutnya boleh menyebabkan suasana dalam bilik darjah kurang selesa dan akhirnya
menimbulkan masalah disiplin.Dalam memastikan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran, murid berkeperluan khas perlu berasa selesa, selamat dan terkawal bagi
menerima pelajaran, Noriati A.Rashid (2011). Justeru, adalah penting untuk mewujudkan
kesinambungan dalam persekitaran bagi membolehkan murid berkeperluan khas memberi
makna terhadap dunia sekitar mereka dan membentuk konsep. Seiring dengan itu,
pembangunan dan iklim bilik darjah yang kondusif perlu diwujudkan mengikut keperluan
murid biasa amnya dan murid yang berkeperluan khas khususnya.

Suasana sesebuah bilik darjah mempunyai peranan besar dalam menghasilkan


aktiviti pembelajaran yang baik. Oleh itu, pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum
sesebuah bilik darjah pendidikan khas dibina atau diubah suai. Mohd Hanafi et.al (2011)
menyatakan bilik darjah yang sempit boleh menghasilkan suasana pembelajaran dan
pengajaran yang hambar dan kurang berkesan. Oleh hal yang demikian, susunan yang
telah dicadangkan dalam pembelajaran abad ke-21 sukar untuk dilaksanakan sepenuhnya.
Meskipun kuantiti murid yang sedikit namun ekoran daripada keluasan kelas yang terhad
tidak membolehkan susunan meja yang telah dicadangkan. Terdapat sekolah yang
mengasingkan kelas hanya menggunakan kerusi. Hal ini menyebabkan guru menghadapi
kesukaran mengawal pelajar di bilik darjah kerana suasana terlalu bising manakala murid
PKU 3143 4
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

dari kelas yang lemah tidak fokus pada pengajaran guru serta tidak menyiapkan tugasan
diberi (Juahir, 2006). Walaupun proses pengajaran dapat disempurnakan oleh guru, namun
hasil pembelajaran tidak mencapai tahap maksima akibat gangguan atau halangan yang
timbul dalam bilik darjah.

Bilik darjah pendidikan khas (PK) yang sempit juga akan menyukarkan susunan
terancang serta memenuhi ciri-ciri sebuah ruang pembelajaran bagi murid-murid. Sebagai
contoh, sesbuah bilik darjah perlu laluan bagi murid kurang upaya fizikal, perabot dan ruang
penyimpanan alat bantu mengajar (ABM) yang bersesuaian. Mohd Hanafi et.al (2011) turut
menyatakan bahawa kerana bilik darjah yang sesuai, selesa, ceria dan menarik boleh
menimbulkan minat murid untuk belajar. Susunan yang berkesan membolehkan guru
mudah untuk bergerak menghampiri murid. Susunan perabot seperti komputer, almari, meja
besar untuk kerja kumpulan yang selesa dan kemas akan menimbulkan suasana ceria bagi
pelajar menjalani proses pembelajaran. Di Malaysia masih terdapat banyak bilik darjah PK
yang dibina dan diubah suai tidak mengikuti ciri-ciri sebuah bilik darjah murid PK. Hal ini
amat menyumbang kepada cabaran guru dalam melaksanakan pembelajaran abad ke-21.

2.2 Pengurusan tingkah laku murid

Faktor psikososial yang sihat dalam pengurusan bilik darjah ialah pendekatan
pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang diwujudkan
oleh guru dalam bilik darjah (Haliza & Joy Nesamalar, 2009). Oleh itu, guru mempengaruhi
tingkah laku murid serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai pembentuk
tingkah laku, guru pendidikan khas perlu memahami cara mengurus tingkah laku demi
membentuk insan yang mampu berfikir pada aras yang tinggi, menyelesaikan masalah
secara berdikari dan menghargai keunikan individu. Guru pendidikan khas perlu mempunyai
tahap pengetahuan yang tinggi dan kebijaksanaan untuk mengurus tingkah laku murid
secara profesional berlandaskan falsafah dan teori tingkah laku yang bersesuaian.

Seorang guru seharusnya mampu mengurus bilik darjah dan mengawal tingkah laku
pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan lancar dan berkesan
tanpa gangguan (Hasani Dali & Mohd Johdi, 2009). Disamping itu, ia mampu mempengaruhi
motivasi, tingkah laku serta penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Bilik darjah yang diurus dengan baik adalah tempat dimana pelajar sentiasa mengambil
berat dan bekerjasama di antara satu sama lain, membuat pilihan yang bijak dan sering
berusaha untuk menghasilkan kerja yang berkualiti, menarik dan penting bagi mereka (Levin
& Nolan, 2000).
PKU 3143 5
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Proses pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kecekapan dan kemahiran


guru pendidikan khas. Pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid
bermasalah pembelajaran dapat menentukan kejayaan proses pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan. Prinsip-prinsip asas pengajaran ditentukan oleh
perubahan tingkah laku kerana proses pembelajaran adalah suatu proses perubahan dan
berlaku sepanjang masa. Memandangkan pengurusan tingkah laku dan pengurusan bilik
darjah saling melengkapi maka Saadah Sumrah et.al (2008) menyatakan bahawa pengurusan
bilik darjah yang berkesan boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif kerana
rutin bilik darjah dapat berjalan dengan lancar dan disiplin terkawal.

Pengurusan tingkah laku boleh juga dilakukan melalui peneguhan positif dan
peneguhan negatif. Menurut Mok (2011), peneguhan positif merupakan stimuli yang boleh
menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku manakala peneguhan
negatif pula ialah stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuan meningkatkan
tingkah laku positif supaya tingkah laku positif dapat diteruskan. Bagi mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif, hubungan yang positif di antara guru pendidikan khas dan
murid adalah penting kerana kebanyakan murid bermasalah pembelajaran mempunyai
konsep kendiri yang rendah. Guru pendidikan khas perlu menyediakan perancangan yang
sistematik dan bersesuaian dengan keperluan murid bermasalah pembelajaran bagi
memastikan tingkah laku murid bermasalah pembelajaran diurus secara positif. Guru perlu
menyediakan peraturan dan amalan bilik darjah bagi mengawal dan mencorak tingkah laku
yang positif serta mencegah kelakuan yang tidak diingini dalam bilik darjah.

2.3 Pengurusan pengajaran dan pembelajaran

Dalam pengurusan dan pembelajaran (PdP), guru berperanan menyediakan bahan bantu
mengajar. Bahan bantu ini perlulah maujud dan mampu menarik minat murid pendidikan
khas. Bahan bantu mengajar ini akan membantu guru menyampaikan PdP dengan lebih
mudah. Namun, pembelajaran abad ke-21 lebih menekankan penggunaan teknologi selari
dengan kemajuan negara. Oleh hal yang demikian, setiap guru perlu melaksanakan PdP
selaras dengan kehendak pembelajaran abad ke-21. Disamping itu, pembelajaran secara
koperatif juga dititikberatkan.

Seterusnya, dalam pembelajaran abad ke-21, penggunaan ICT juga amat


ditekankan. Sejajar dengan dunia yang serba canggih ini, ICT merupakan salah satu alat
bantu mengajar yang menjadi keperluan bagi setiap sekolah. Sebagai contoh di dalam
kajian Campbell, Milbourne, Dugan dan Wilcox (2006), kanak-kanak dilatih untuk
menggunakan alat bantu komunikasi suara selari dengan konteks kanak-kanak khas pra
PKU 3143 6
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

sekolah semasa di dalam bilik darjah. Namun hal yang demikian, kemudahan seperti
komputer yang tidak disediakan menyebabkan niat murni ini tidak dapat dicapai. Sekiranya
guru menggunakan kemudahan komputer riba yang dimiliki, tetapi masih memerlukan
kemudahan seperti pemancar skrin. Pemancar skrin ini tidak dimiliki oleh semua sekolah.
Layar skrin juga diperlukan sekiranya ICT digunakan. Infrastruktur multimedia juga
memainkan peranan semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana pelajar
pendidikan khas ini mempunyai minat yang sama seperti pelajar biasa dimana mereka
mudah tertarik dengan bahan-bahan pembelajaran yang bersifat interaktif. Campbell et al.
(2006) juga menyatakan bahawa, perisian komputer memberikan kemahiran mempelajari
program yang mencakupi pelbagai aspek.

Pembelajaran koperatif boleh membantu seseorang menjadi penyelesai masalah


yang baik kerana melalui perbincangan seseorang itu akan mendapat pelbagai perspektif
dalam penyelesaian masalah. Menurut Umi Kalthom & Ahmad (2014) lazimnya dalam
perbincangan berkumpulan, murid akan bertanya kepada rakan-rakan mereka untuk
memastikan kefahaman meieka adalah selari dengan rakan-rakan yang lain dan mereka
boleh membuat perubahan. Suhaida( 2004) turut menyokong, pembelajaran ini mengambil
masa yang agak lama untuk dilaksanakan kerana guru perlu sentiasa membimbing murid
pendidikan khas untuk melaksanakan sesuatu perkara. Oleh itu, pembelajaran secara
koperatif boleh dijalankan namun tidak mampu menghasilkan keputusan dalam tempoh
masa yang singkat.

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pembelajaran abad ke-21 bukan hanya berfokus kepada satu perkara
sahaja namun mengambil kira pelbagai aspek. Antaranya adalah persekitaran bilik darjah,
pengurusan tingkah laku murid serta pengurusan dam pembelajara. Pengurusan bilik darjah
bukan sahaja melibatkan pengurusan tingkah laku pelajar tetapi merangkumi tindakan guru
untuk mewujudkan dan mengekalkan persekitaran pembelajaran dalam bilik darjah (Choong
Lan Keow, 2009).Pengurusan bilik darjah berkesan mampu meningkatkan pencapaian
akademik pelajar. Persekitaran pembelajaran yang kondusif adalah tempat pelajar dapat
melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pelajaran (Haliza &
Joy Nesamalar, 2009).

Maka, bilik darjah yang diurus dengan baik dapat membentuk satu iklim pengajaran
dan pembelajaran yang positif dan kondusif. Namun, ia sukar untuk diwujudkan dan sangat
mencabar buat semua guru. Sekiranya ia wujud dalam bilik darjah, pelajar akan berminat
PKU 3143 7
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan tanpa gangguan atau
halangan. Iklim pembelajaran mencakupi semua elemen yang ada di sekeliling pelajar dan
berupaya mempengaruhi pembelajaran dan tingkah laku murid. Hal ini juga disokong oleh
Abdullah Sani (2005) yang menegaskan guru boleh membantu mengubah tingkah laku
murid dengan membantu mereka menyusun semula persekitaran dan merancang
persekitaran sosial yang baharu.

Golongan ini juga berhak mendapat kesamarataan dan layanan secara adil tanpa
sebarang unsur diskriminasi terhadap ketidakupayaan mereka (Zainudin, 2004). Oleh hal
yang demikian, prasarana yang lengkap serta kemudahan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pekara ini akan menyumbang kepada kesungguhan guru dalam
merealisasikan pembelajaran abad ke-21 serta mengimplementasikan terhadap murid
pendidikan khas khususnya.

Anda mungkin juga menyukai