Anda di halaman 1dari 3

Pembangunan merangkumi pendidikan formal, pengalaman kerja, hubungan dan penilaian

personaliti serta kemampuan untuk membantu pekerja bekerja dengan efektif dalam
pekerjaan mereka masing-masing pada masa kini mahupun, pada masa hadapan dalam
sesebuah syarikat. Matlamat pembangunan pekerja adalah untuk meningkatkan kecekapan
pekerja, mengembangkan sikap yang sihat dan positif di samping, menambah keyakinan
dan moral pekerja untuk memenuhi cabaran persaingan global dan perubahan sosial.

Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 yang disarankan adalah mengarah


kepada pendekatan pembelajaran kolaboratif. Justeru guru-guru hendaklah memahami
struktur pembelajaran tersebut demi mencapai matlamat pembelajaran berkesan. Oleh itu,
penulis mengumpulkan Aktiviti Pembelajaran dengan harapan guru-guru mendapat input
dan panduan supaya dapat melaksanakan pembelajaran secara sistematik dan berkesan.
Pembelajaran berkesan mengandungi elemen-elemen PdPc seperti keseronokan belajar,
daya kreativiti yang tinggi, daya interaksi yang terancang, dan daya motivasi yang
merangsang untuk belajar.

Diharapkan bahawa guru-guru Malaysia bertanggungjawab untuk sentiasa


mengamalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(PPPM) yang
merupakan gagasan yang menyeluruh untuk melaksanakan transformasi pendidikan di
negara ini melalui PAK-21. Aktiviti-aktiviti PAK-21 merupakan amalan anjakan aras asas
bahan belajar yang berbentuk terbeza yang amat sensitif dengan cara pemikiran dan
pergerakan murid.

Dunia kian maju. Kaedah pengajaran konvensional seperti “chalk and talk”
menjadi kurang berhasil menarik minat murid. Sebaliknya, memerlukan kaedah yang lebih
dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang relevan sesuai dengan
perkembangan semasa (John & Roger, 1994). Semua pihak yang terlibat secara langsung
dengan dunia pendidikan perlu menyedari bahawa tiada ruang untuk tidak dapat
melaksanakan transformasi pendidikan malah, perubahan dalam pendidikan perlu sentiasa
seiring dengan perkembangan zaman atau selangkah ke hadapan. Guru-guru perlu
bersedia menerima perubahan dan perlu mengurus perubahan dengan cekap dan berkesan
agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif dan memenuhi keperluan murid.
Peranan guru amat afdal dalam usaha merialisasikan pembelajaran abad ke-21. Warga
pendidik perlu menyedari kepentingan peranan masing-masing dan perlu memahami serta
bersedia melakukan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan
pembelajaran abad ke-21. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif
pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan ke
seluruh negara sejak tahun 2015. Justeru, pendidikan negara kita akan mengalami
transformasi pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat menguasai pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian.
Melalui pembelajaran abad ke-21, objektif pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dicapai dengan mudah.Tuntasnya,
murid-murid juga akan mengalami perubahan yang dibawa oleh guru-guru. Guru hendaklah
sentiasa bertimbang rasa dan sabar dalam mengajar kerana cabaran yang dihadapi oleh
guru adalah berliku-liku dan mempunyai tahap kesukaran yang tinggi. Guru yang
berkeyakinan dan berusaha dalam mendidik murid-murid pasti akan berjaya melakukan
dengan berasaskan kepad prinsip pembelajaran abad ke-21.

Anda mungkin juga menyukai