Anda di halaman 1dari 14

Peranan Guru dalam menangani perubahan dalam pendidikan

http://mymindstories.blogspot.com/2012/05/peranan-guru-dalam-menanganiperubahan.html

CABARAN GURUInovasi dan perubahan dalam pendidikan di dalam buku Guru dan Cabaran
Semasa
Ketibaan abad ke-21 membawa bersama perubahan yang serba canggih serta
menjanjikan satu zaman yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, beberapa elemen
utama perlu diambil kira misalnya kadar literasi masyarakat yang semakin
meningkat, kemajuan teknologi maklumat dan komputer yang semakin canggih,
serta dapatan terkini dalam kajian tingkah laku manusia. Semakin ramai pekerja hari
ini mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi serta kemahiran yang lebih
spesifik berbanding dengan dua dekad yang lepas. Peranan pemimpin kini menjadi
semakin rumit dan harus mengambil pendekatan yang lebih relevan agar
keberkesanan kepemimpinan dapat dikekalkan.
Setiap pemimpin guru harus bersifat dinamik serta mampu menyesuaikan diri
dengan kemahiran untuk menguruskan perubahan dan inovasi yang berlaku dari
semasa ke semasa. Corak kepemimpinan teragih, pengupayaan dan keputusan
kolektif lebih mendapat sambutan dan penerimaaan dalam kalangan organisasi
masa kini. Pemimpin yang rigid dan tidak mampu menyesuaikan diri untuk
menghadapi cabaran baharu akan menemukan kegagalan. Keterbukaan kepada
idea baharu, kesediaan mengubahsuai corak dan gaya kepemimpinan dan kerelaan
mempelajari semula ilmu pengetahuan untuk bekerja dalam persekitaran yang
berpandukan teknologi canggih merupakan antara cabaran yang perlu ditangani dan
diatasi untuk memastikan keberkesanan kepemimpinan terus berkekalan. ( Noriati
A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 111 )
Pembelajaran pada abad ke-21 ini bukanlah hanya memerlukan seseorang guru itu
meluahkan semula segala isi pelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Jika
ini berlaku maka murid yang dilahirkan akan bersifat statik di mana mindanya
dipenuhi dengan segala bentuk fakta tanpa dapat diaplikasikan dalam kehidupan

yang sebenar. Sistem pendidikan pada masa kini memerlukan guru menjadi
pembimbing kepada murid supaya mereka mempunyai kemahiran berfikir,
menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan berkolaborasi. ( Syed Ismail Bin Syed
Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 227 )
Seseorang guru yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar dalam sesuatu mata
pelajaran haruslah membuat persiapan yang rapi untuk dijadikan sebagai rancangan
semester, mingguan dan harian. Perkara ini dititikberatkan kerana asasnya fungsi
sesuatu pengajaran itu adalah untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran secara
efektif serta menyeronokkan sehingga berlakunya suatu perubahan diri murid
tersebut.
Pada peringkat perancangan, seseorang guru harus mengambilkira aspek hasilan
pembelajaran. Hasil pembelajaran ialah bentuk perubahan yang dikehendaki dalam
sesuatu pengajaran sama ada perubahan dari segi ilmu, kemahiran yang dijelmakan
melalui tingkah atau minda murid. Penentuan ini dapat menjadikan pengajaran guru
lebih berfokus, menepati masa serta memudahkan guru memilih bahan pengajaran
yang bersesuaian dengan pengajaran. Aspek perancangan ini akan membantu guru
untuk memilih strategi yang inovatif dalam pengajaran yang bakal dilaksanakan
kelak.
Guru yang inovatif dan kreatif sentiasa bersedia mengubah gaya pengajarannya
seperti kita menukar-nukar fesyen pakaian supaya sentiasa kelihatan tampan,
segak, kacak dan kemaskini. Perubahan fesyen dalam pendidikan nampaknya
semakin menjurus kepada pembelajaran berpusatkan murid. Untuk mencapai hasrat
tersebut, seseorang guru seharusnya berupaya mengahadapi cabaran secara positif
dengan mengambil langkah menimba ilmu dan kemahiran untuk penyuburan dan
pemantapan diri dalam usaha mengaplikasikan pelbagai kemahiran dengan
menggunakan

strategi

Inovatif dalam pengajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, setiap guru
harus berusaha untuk menimbulkan keseronokan belajar kepada murid. ( Syed
Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 228 )
Guru sebagai agen perubahan perlu dijadikan agenda penting iaitu mempunyai ciriciri kepimpinan bilik darjah yang berkesan dan mengamalkannya dalam proses

pengajaran dan pembelajaran supaya kualiti dan keberkesanan sekolah dapat


ditingkatkan. Drath dan Palus ( dlm, Yukl, 2002 ) mengatakan kepimpinan adalah
proses menerima apa yang orang lain lakukan secara bersama dengan itu orang
akan faham dan menjadi komited. Bagi House et al, ( dlm Yukl, 2002 ) kepimpinan
adalah keupayaan seseorang individu untuk mempengaruhi, memotivasikan, dan
membolehkan orang lain menyumbang kearah keberkesanan dan kejayaan
organisasi. Berdasarkan semua definisi-definisi tersebut, kepimpinan bolehkan
dimaksudkan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang
berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela terlibat dan berusaha kearah
keberkesanan dan pencapaian matlamat organisasi. Namun begitu cabaran yang
perlu dihadapi oleh guru adalah setakat mana guru boleh bertindak untuk
mempengaruhi murid supaya boleh belajar dan berubah? Murid boleh mudah
terpengaruh dengan rakan sebaya berbanding dengan bimbingan guru. ( Syed
Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 240 )
Perkembangan semasa menjadikan guru perlu melakukan perubahan dalam gaya
pengajaran mereka di bilik darjah supaya disesuaikan dengan gaya pembelajaran
murid, tetapi amalan para pendidik masih lagi tidak berubah. Sementara itu, guru
didesak untuk menggalakkan inisiatif murid dan memberinya peluang untuk
menyumbang dalam pembelajaran diri. Guru sering meluahkan kekecewaan atas
sikap pasif murid menerima pengajaran mereka tanpa memikirkan bahawa murid
juga mungkin kecewa dengan gaya pengajaran guru. Raiff ( 1992 ) menyatakan,
memahami gaya pembelajaran seseorang murid dengan cara yang terbaik akan
membantu guru mengurangkan kekecewaannya dan kecewaan murid tersebut.
Dalam konteks memahami sifat murid, gaya pembelajaran menjadi indicator
bagaimana seseorang murid belajar dan cara belajar yang digemarinya. Gaya
pembelajaran juga dianggap sebagai strategi pengajaran kerana pemahaman
mengenai gaya pembelajaran seseorang murid memberikan maklumat tentang
kognisi konteks dan kandungan pembelajaran.
Dalam pembelajaran individu, Ingham ( 1992 ) dan Wan Zahid ( 1993 )
mengesyorkan agar para guru, murid dan ibu bapa memahami gaya pembelajaran
murid dan mengaggap perbezaan yang ada pada diri seseorang murid itu
merupakan satu keistimewaan dan mereka dapat menggunakan keistimewaan itu

secara berkesan dalam pembelajaran mereka. Satu perancangan yang teliti dan
sistematik amat diperlukan memandangkan gaya belajar individu merupakan satu
aspek yang begitu penting dalam pendidikan masa kini dan akan datang. Apabila
kaedah, sumber dan program disesuaikan dengan gaya belajar murid, pencapaian
akademik dan sikap murid akan meningkat. Gaya belajar seseorang adalah berbeza
antara satu dengan lain tanpa mengambil kira umur, status sosioekonomi atau IQ.
Selari dengan pendapat tersebut Wan Zahid ( 1993 ) menyarankan agar pengajaran
dan pembelajaran disesuaikan dengan gaya belajar individu.
Biar apa sahaja persepsi orang terhadap profesion perguruan tetapi sebagai
seorang guru, tugas dan tanggungjawab adalah terletak kepada kemahiran mendidik
anak-anak. Biar setinggi mana ijazah yang dimiliki tetapi jika seseorang guru tidak
memiliki kemahiran yang sewajaranya maka perkataan seperti pengajaran cikgu
membosankan akan keluar dari mulut murid-murid yang mungkin memberi
gambaran bahawa pengajaran guru tersebut tidak berkualiti bukan hanya dari aspek
isi pengajaran atau perancangan tetapi dari aspek strategi sistem penyampaian.
Bagi menangani masalah ini seseorang guru terutamanya bagi mereka yang baru
dalam bidang profesion perguruan ini harus mempunyai beberapa kemahiran
sebagai nilai tambah dalam proses mewujudkan pengajaran yang berkesan. Dick &
Reiser ( 1990 ) pernah mendefinisikan pengajaran berkesan iaitu selain daripada
kemampuan menerapkan pengetahuan, kemahiran dan sikap, guru juga harus
mampu mewujudkan keseronokan belajar dalam kalangan murid. Keseronokan
belajar para murid akan lebih mudah diwujudkan jika guru berjaya menjadi seorang
guru yang inovatif.
( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 224226 )
Satu perkara lagi yang mencabar guru ialah teori kepelbagaian kecerdasan
( multiple intelligence theory ) oleh Howard Gardner ( 1983 ) yang berkaitan dengan
kecerdasan spatial, kinestetik, linguistik, muzikal, logik, interpersonal, intrapersonal
dan kecerdasan yang pelbagai. Kita tidak menafikan banyak kesulitan yang akan
dialami pada peringkat awal. Sebagai guru yang hendak mengubah gaya
pengajarannya,

apakah

salahnya

kalau

guru

mencuba

sesuatu

interaksi

pembelajaran yang benar-benar berasaskan gaya pembelajaran murid? ( Syed


Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 232 )
Perkembangan semasa menunjukkan bahawa peranan guru sebagai pemimpin
pengajaran memerlukan kecekapan teknik pendidikan dan juga visi peribadi
kecemerlangan akademik yang boleh dilaksanakan dalam bentuk strategi-strategi
yang berkesan. Oleh kerana pelbagai aspek pendidikan seringkali berubah-ubah
seperti program pendidikan yang bertambah kompleks, peningkatan profesionalisme
dan pengkhususuan guru, pengenalan teknologi pendidikan sebagai satu sumber
kaedah pengajaran dan pembelajran, harapan komuniti dan ibu bapa dan kurikulum
yang sering berubah. Ini semua akan mewujudkan kepimpinan pengajaran. Namun
begitu adalah menjadi cabaran yang sangat besar kepada guru untuk menghadapi
perubahan yang berlaku secara berterusan ini. Kadang-kadang kita dapati
kebanyakkan guru di sekolah sering merungut kerana terpaksa brhadapan dengan
pelbagai tugas sampingan dan dalam masa yang sama perlu mengikuti kursus
dalaman bagi mendapatkan input mengenai perubahan dalam pendidikan. ( Syed
Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 241 )
Guru juga menghadapi cabaran untuk membangunkan rapport bersama murid.
Masalah ini akan lebih ketara bagi guru permulaan. Perhubungan antara guru
dengan murid di dalam bilik darjah perlu diwujudkan supaya pembelajaran berkesan
dapat dipraktikkan. Situasi ini akan mendorong seseorang guru mengamalkan
tingkah laku yang efektif dan berkualiti. Fenomena ini memerlukan kemahiran,
keupayaan dan komitmen yang tinggi. Selain dari itu, terdapat percubaan guru untuk
memasuki dunia murid dengan hasrat memperngaruhi dan memimpin mereka.
Kejayaan memasuki dunia murid dapat menghasilkan persefahaman dengan murid
khususnya pada taraf emosi yang mesra. Namun begitu cabaran yang dihadapi oleh
guru adalah untuk membina hubungan yang dimaksudkan itu. Bukan semua guru
dapat melaksanakannnya. Jika guru berjaya mengatasi cabaran tersebut, akhirnya
dua pihak yang terlibat akan saling bersedia serta sanggup berkongsi pengalaman
dan saling bekerjasama. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon :
Julai 2010 : M.s: 242-243 )
Perkembangan teknologi semasa juga memberi kesan kepada penggunaan
teknologi dalam bidang pendidikan. Kesedaran terhadap kepentingan teknologi telah

mendorong kepada perkembangan konsep-konsep baru dalam pendidikan seperti


on-line

learning,

e-learning,

virtual

learning

dan

sebagainya

telah

mula

diperkenalkan. Teknologi Pendidikan juga boleh digunakan untuk keperluan


perkembangan professional guru. Menurut Grant ( 1999 ), perkembangan
profesionalisme dalam bidang teknologi pendidikan mestilah dapat membantu guru
menjadi lebih produktif, professional dan memberi mereka kepercayaan bahawa
teknologi berkenaan akan membawa manfaat kepada mereka khususnya dalam
pengajaran. Penggunaan teknologi seharusnya dapat meningkatkan kualiti profesion
mereka. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 :
M.s: 234 )
Killion ( 1999 ) kemudiannya menjelaskan bahawa guru mestilah perpengetahuan
serta berkemahiran menggunakan ICT dan mengintegrasikannya di dalam
pengajaran dan pembelajaran untuk diaplikasikan di bilik darjah. Namun begitu
Cuban ( 1995 ) pula menjelaskan bahawa apa yang menjadi masalahnya adalah
sebab kurang penggunaan ICT di sekolah ialah ketidaksediaan guru untuk
menggunakannya di dalam pengajaran mereka. Sepatutnya guru harus bersedia
untuk menggunakan teknologi sebagai sebahagian daripada proses dan aktiviti yang
direkabentuk untuk meningkatkan dan menambahbaik pengetahuan, kemahiran dan
minat murid terhadap pembelajaran mereka. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa,
Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 236 )
Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran dapat membantu murid secara individu
dan secara berkumpulan. Ini dapat dijalankan denan menggunakan komputer
melalui Arahan Program. Murid boleh belajar mengikut kadar dan tahap yang boleh
diterima oleh mereka., Ini adalah penting supaya murid tidak tercicir dan putus asa.
Merujuk kepada sistem pendidikan konvensional, kesemua murid terpaksa mengikuti
sistem yang berlangsung tanpa mengambil kira sama ada mereka dapat mengikuti
pelajaran tersebut. Justeru itu, arahan program dapat memberi peluang terutamanya
kepada golongan murid lemah untuk membaiki kelemahan dam pembelajaran
mereka. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 :
M.s: 237 )
Penggunaan multimedia dalam pengajaran juga banyak membantu guru untuk
mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang. Penggunaan teknologi ini

membolehkan guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan kaedah tutorial.


Kaedah tutorial boleh disampaikan oleh guru atau tutor, komputer atau bahan cetak.
Dalam kaedah ini, tutor akan mempersembahkan maklumat, mengemukakan soalan
atau masalah, meminta tindak balas daripada murid, menganalisis maklum balas,
memberi maklum balas yang sesuai dan menyediakan latihan sehingga murid dapat
menunjukkan suatu peringkat penguasaan yang telah ditetapkan. Kaedah ini nyata
lebih mesra murid dan merupakan satu pembelajaran yang lebih interaktif bagi
semua murid. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010
: M.s: 238-239 )
Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dengan adanya penggunaan
komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar
dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan sesuatu
maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya
sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang lebih
menyeronokkan.
Dalam hal ini profesion perguruan di alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan
menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk
pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Kebestarian sesuatu pengajaran itu
bergantung kepada sejauh manakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek
pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah
melahirkan seorang murid berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek,
rohani dan jasmani serta hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang
teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa,
Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 246 )
https://surambi.wordpress.com/2011/04/27/profesionalisme-perguruan/

Cabaran Guru Dalam Globalisasi Pendidikan


POSTED BY NUR SHAHIRA AT 10:22 SUNDAY, 12 AUGUST 2012

Dalam arena globalisai ini, pendidikan memainkan peranan penting dalam menjadi
ejen pelaksanaan pelan tindakkan globalisasi yang dirancang. Antara cabaran yang
dihadapi oleh guru ialah peningkatan perkembangan profesionalisme. Guru perlu
memantapkan diri dengan kelulusan atau ilmu setara dengan era globalisasi yang
dihadapi. Cabaran yang kedua ialah mengemaskini makluamt agar setara dengan
perkembangan maklumat yang terkini. Contohnya guru perlu mengetahui isu-isu
semasa agar kelihatan seperti seorang ikon yang berpengetahuan luas dan berilmu.
Cabaran ketiga ialah menghasilkan modal insan yang dapat bersaing. Ini merupakan
cabaran yanga agak sukar bagi seorang pendidik. Guru yang hebat mampu
melahirkan individu yang berdaya saing terutama dalam arena globalisasi yang
serba mencabar ini. Cabaran seterusnya ialah melakukan transformasi kurikulum.
Guru perlu melaksanakan strategi pendidikan yang berkesan agar apa yang
dirancang dapat dilaksanakan dengan mudah mengikut arus peredaran zaman.

2.1

Peranan Guru dalam Melonjak Transformasi Pendidikan Negara

Guru yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sesuai dengan
misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat pendidikan negara ke arah meningkatkan
kualiti pendidikan seiring dengan cabaran dunia globalisasi. Cabaran global kini memerlukan guru
mempunyai keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi yang ditentukan oleh cara kurikulum yang
dilaksanakan dan disesuaikan dengan konteks budaya yang diwakili oleh setiap murid yang berlainan
bangsa.
Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim menegaskan bahawa untuk melonjak
transformasi pendidikan, kerajaan perlu melakukan perubahan terhadap guru terlebih dahulu. Dalam
mencapai taraf negara maju pada abad ke 21, Malaysia memerlukan warganegara yang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains dan Matematik. Antara peranan guru dalam
melonjak transformasi pendidikan negara ini adalah dengan mempersiapkan diri untuk
membangunkan kemahiran dalam menjadi seorang yang kreatif dan berinovasi. Guru sebagai sumber
manusia dalam bidang pendidikan yang bertanggungjawab membina kreativiti dan inovasi dalam
setiap program pendidikan secara terancang dan sistematik. Sehubunagn dengan itu, latihan
perguruan yang dipraktkikan di institusi pengajian tinggi mesti menyediakan tenaga guru yang dapat
menonjolkan peranan mereka dengan lebih efisyen dan berdaya saing dalam menempuh dunia
moden disamping melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran insaniah yang diperlukan
selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dalam melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, guru harus dilengkapi oleh pakej
latihan yang dianjurkan oleh Jabatan pelajaran Negeri atau Jabatan Pelajaran Daerah. Melalui pakej
latihan yang dianjurkan ini, guru dapat dilatih untuk mengkaji semula, mengenalpasti dan
menyelesaikan masalah dalam proses pembelajaran di kelas secara kritis dan kreatif. Pakej latihan
dicadangkan menyediakan idea dan aktiviti yang berguna untuk menyokong peningkatan kualiti
pembelajaran melalui sumbangan idea daripada guru yang berpengalaman, guru yang berprestasi
cemerlang dan guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu. Selain menyertai pakej
latihan, guru yang berinovasi juga perlu menghadiri bengkel mengenai e-pembelajaran yang
dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun swasta. Melalui bengkel ini juga, guru akan didedahkan
kepada persepsi umum yang berkaitan dengan kualiti dalam e-pembelajaran.
Selain membangunkan dan mempersiapkan diri menjadi guru yang kreatif dan berinovasi,
guru berperanan menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat dimanfaatkan dalam bilik darjah.
Pendidikan kini menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah.
Dasar kurikulum baru iaitu kurikulum standard sekolah rendah menekankan penggunaan teknologi
komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Bahan grafik merupakan bahan yang mudah difahami
oleh murid selain alat bantu mengajar berbentuk visual. Cabaran dan perubahan pendidikan masa
kini menuntut guru menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat mempertingkat mutu dan kualiti
pendidikan bertaraf antarabangsa sesuai dengan perkembangan pendidikan masa kini. Bahan inovasi
pendidikan pemulihan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini merupakan salah
satu contoh bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam bilik darjah.
Hakikatnya terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan dalam meningkat kualiti
pengajaran guru dalam memastikan peranan guru melonjak transformasi pendidikan negara
dilaksanakan. Semua pihak harus memberikan jalinan kerjasama dalam memastikan pendidikan yang
diberikan dapat menjamin kualiti dan mutu generasi pemimpin kita pada masa akan datang.

2.2

Cabaran Guru sekolah dalam Abad ke-21

Guru-guru khasnya dan profesion amnya, adalah tidak terkecuali daripada terlibat dengan keadaan
perubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi (Ibrahim Abu Shah, 2002; Rohaty
Majzub, 2000; Wan Liz Ozman, 2000; Kim, 1995). Ini memandangkan guru adalah agen perubahan.

2.2.1 Cabaran globalisasi

Naisbitt (1982) pula menegaskan dalam abad ke-21, salah satu aliran mega di peringkat global ialah
kepakaran pendidikan secara global (global educational experties) selain daripada hubungan dalam
bentuk rangkaian (networking). Bagi Rohaty Majzub (2000), ini dianggap sebagai sifat

antarabangsa(international character) yang perlu ada pada guru kerana ini adalah avenue baru yang
perlu diteroka dan diperkembangkan.
Pelaksanaan pengajaran dalam bahasa Inggeris adalah selari dengan arus globalisasi. Guruguru perlu menyahut cabaran ini kerana generasi yang hidup pada abad ke-21 ini perlu mempunyai
kemahiran berkomunikasi hingga ke peringkat antarabangsa. Selain itu, kebanyakan sumber
maklumat adalah berasaskan kepada bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris.
Wan Liz Ozman, (2000); Hasan Langgulung, (1997); dan Ghazali Basri, (1984) melihat guru
adalah

sebagai

penyampai

ilmu (mualim), pendidik (murabbi), pembentuk

adab (muaddib),pembentuk ciri kepimpinan (mursyid) dan pemberi kemahiran (mudarris). Oleh
yang demikian kriteria guru adalah dilihat dari segi pengetahuannya, kemahirannya serta nilai dan
keperibadiannya.
2.2.2 Cabaran dalam masyarakat
Profesion perguruan adalah berkait dengan kemasyarakatan. Semakin masyarakat dan negara
bertambah maju dan bersifat global semakin meningkat taraf hidup dan status sosio ekonomi rakyat,
semakin besar gelombang cabaran di hadapan guru-guru (Ramlan, 2002).
Guru adalah agen perubahan yang membawa kemajuan kepada masyarakat (Wan Liz Ozman,
2000; Atan Long, 1980). Menurut Boyer (1994), dalam abad ke-21, cabaran dalam bidang pendidikan
adalah tidak terhad kepada penemuan-penemuan baru sahaja. Namun ia termasuk juga penyesuaian
penemuan-penemuan tersebut kepada perspektif yang lebih luas dan seterusnya dapat dimanfaatkan
oleh masyarakat. Oleh yang demikian, kaum guru perlulah mempunyai kesediaan menerima sebarang
penemuan baru seterusnya berkemampuan untuk mengaplikasikan penemuan baru tersebut di dalam
profesion bagi kepentingan masyarakat.
Kepada masyarakat, guru adalah sumber maklumat dan pengetahuan, kemahiran dan
keterampilan; sumber kebudayaan dan ilmu; sumber pemupukan kepercayaan dan sistem nilai;
penyediaan tenaga manusia untuk alam pekerjaan; dan penjagaan belia, remaja dan kanak-kanak
(Wan Liz Ozman, 2000; Kementerian Pendidikan, 1996; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd. Zahid,
1994).

2.2.3 Cabaran dalam sistem pendidikan


Misi Kementerian Pendidikan Malaysia ualah membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf
dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara
Malaysia.
Kurikulum terus mengalami perkembangan dari semasa ke semasa. Perubahan-perubahan
yang seperti ini tentunya mengubah harapan dan keperluan semua pihak ke atas kecekapan dan
keterampilan guru-guru agar impian sebagai yang diwawarkan menjadi kenyataan. Contohnya
pengenalan mata pelajaran vokasional (MPV).

2.2.4 Cabaran di sekolah


Persidangan Pendidikan ke-5 dalam tahun 1997 merumuskan bahawa cabaran besar dalam abad ke21 selain daripada ledakan ilmu yang berbentuk global ialah masalah sosial yang perlu ditangani dan
diatasi kearah membentuk masyarakat madani (Mohamad, 1998). Perdana Menteri Malaysia
menegaskan bahawa kepentingan sistem pendidikan menyediakan generasi kedua atau generasi
wawasan memerlukan piawaian baru termasuk mengurangkan masalah gejala sosial pelajar seperti
ponteng sekolah dan lepak serta salah laku yang lain (Wan Mohd. Zahid, 1997).
Walau bagaimanapun permasalahan ini masih terus meningkat kerana kadar pertambahan
bilangan pelajar yang terus meningkat untuk tempoh dari tahun 1990 hingga 2000, didapati
tingkatan 1 mengalami pertambahan 34.0%, tingkatan 2 mengalami pertambahan 47.5%, tingkatan 3
mengalami pertambahan 44.2%, tingkatan 4 mengalami pertambahan 90.1% dan tingkatan 5
mengalami pertambahan 96.0% (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Berdasarkan analisis ini,
pertambahan bilangan pelajar akan terus meningkat pada kadar 8.9% sehingga tahun 2010. Ini
menjadi cabaran kepada sekolah dan guru-guru kerana masalah kemudahan prasarana adalah tidak
mencukupi.
Sehingga tahun 2000, terdapat 40,021 bilik darjah bagi sekolah menengah yang menampung
57, 581 kelas yang bermakna setiap bilik darjah adalah untuk 1.4 buah kelas (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2001). Dengan kata lain masih wujud kelas terapung. Ini jelas tidak mencukupi dan boleh
mendatangkan masalah lain seperti masalah disiplin, masalah sosial dan lain-lain selain daripada
masalah pembelajaran.
Jumlah pelajar yang terlibat dengan kes disiplin semakin hari semakin meningkat (Shahril @
Charil & Habib, 1999). Pada tahun 1993 sebanyak 36.7% daripada keseluruhan pelajar dikenakan
tindakan amaran; 15.66% diberi nasihat; 16.8% dirotan sekali; 8.18% dirotan dua kali; 2.27% dirotan
tiga kali; 0.90% dirotan lebih tiga kali; gantung sekolah 2.90%; buang sekolah 0.51% (Wan Mohd.
Zahid, 1997). Mungkin dari segi angka peratus adalah kecil tetapi dari segi bilangan pelajar yang
terlibat keseluruhannya adalah pada angka yang besar . keadaan ini adalah sangat mencabar dan
membimbangkan.
Selain daripada kemudahan-kemudahan yang masih belum lengkap sepenuhnya, sebagai
contoh daripada 1645 buah sekolah menengah yang ada pada tahun 2000, hanya 1340 sekolah yang
ada makmal komputer; hanya 1406 sekolah yang ada bilik ekonomi rumah tangga; hanya 1452
sekolah yang ada bilik kaunseling; hanya 1463 sekolah yang ada pusat sumber dan hanya 1258
sekolah yang ada dewan perhimpunan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Statistik ini
menunjukkan perlunya kreativiti dan keterampilan guru di dalam menyerap segala kekurangan
tersebut.
Menurut Reighlath dalam Ornstein & Hunkins (1993), pihak pengurusan dan pentadbiran
sekolah di zaman kepesatan teknologi banyak mengalami perubahan selaras dengan pada masa kini.
Ini memberi cabaran kepada guru di dalam mengikuti perkembangan terkini. Guru-guru perlu mahir
dengan sistem teknologi yang ada (Shahril @ Charil & Habib, 1999).
2.2.5 Cabaran dalam bilik darjah

Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad ke-21, para pelajar perlu dikembangkan potensinya
yang ada di hemisfera otak kanan dan di hemisfera otak kirinya secara seimbang.
Dari sudut proses pengajaran dan pembelajaran pula, dalam abad ke-21 para pelajar akan
mendapat pelbagai kemudahan, termasuk kemudahan ICT sebagai yang dirancang untuk membantu
mereka dalam proses pembelajaran bestari.
Dalam proses penilaian pelajar pula, penilaian kemajuan berasaskan sekolah (PKBS);
penilaian hasil pembelajaran (learning outcomes); perlaksanaan penanda aras (bench marking); dan
ujian atau peperiksaan secara talian terus (online) akan menjadi perkara biasa untuk dilaksanakan
dalam abad ke-21. Menurut Wise (1999) Increasingly, technology is poised to revolutionize teaching,
learning and assessment.
2.3

Senario Pendidikan Guru Masa Kini


Kekurangan guru memang ada berlaku di mana-mana sekolah dan ia tidaklah berlaku sepanjang
masa. Senario ini memang disedari dan ditangani oleh pihak Kementerian Pendidikan dan juga IPTA.
Pelbagai cara telah dilakukan termasuklah mengadakan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
kepada lepasan universiti. Dengan pemberian elaun sebanyak RM1,200.00 sebulan pasti menarik
minat para lepasan ijazah untuk menceburi dalam bidang profesion perguruan. Walau bagaimanapun
pemilihan bukan berdasarkan tawaran, minat sahaja dan kesukaran mendapat kerja lain. Sebenarnya
ia berdasarkan penapisan dari segi keputusan cemerlang dalam kursus yang dipohon, kebijaksanaan
menjawab persoalan dalam temuduga dan juga sifat-sifat kepimpinan yang terserlah sama ada secara
langsung atau tidak langsung.
Kekurangan guru bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah nampaknya sering
diperkatakan namun semenjak program KPLI diadakan di maktab-maktab perguruan ia dapat diatasi
sedikit demi sedikit. Antara maktab perguruan yang popular melatih guru-guru bahasa baik dalam
program KPLI mahupun Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) ialah Institut Perguruan
Bahasa-bahasa Antarabangsa (IPBA) yang beroperasi pada tahun 1999 di Kuala Lumpur. Pusat
pembelajaran bahasa yang menggunakan kurikulum antarabangsa terkini mampu melahirkan guruguru yang berkualiti dalam pengajaran bahasa Inggeris baik di peringkat sekolah rendah mahupun
sekolah menengah. Program berkembar dengan universiti-universiti luar negara untuk pengajian
TESL juga diadakan di institut atau pusat lain.
Untuk meningkatkan tahap guru yang lebih berkualiti dan cemerlang dalam pengajaran,
Bahagian Pendidikan Guru pada masa kini telah mengadakan pelbagai program, antaranya ialah:

1. Pensiswazahan bagi guru-guru sekolah rendah dan menengah.


2. Melatih guru sekolah agama rakyat.
3. Melatih guru untuk menjayakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
4. Menyediakan guru mata pelajaran vokasional.
5. Kursus Dalam Perkhidmatan
6. Program Latihan Perguruan Institut Pendidikan Swasta (PLPS)
Kursus Dalam Perkhidmatan sentiasa diadakan untuk guru-guru yang sudah berkhidmat bagi
meningkatkan kemahiran mengajar dan penguasaan ilmu yang luas. Menurut Pengarah Bahagian

Pendidikan Guru, Haji Razali Ismail (Berita Harian, 25 Jun 2003) sekurang-kurangnya sekali
setahun semua guru sekolah rendah dan menengah perlu menghadiri kursus jangka pendek yang
dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Jadi dengan adanya kursus seperti ini dan lain-lain
bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri, kualiti guru akan lebih terjamin dan tidak
boleh dipersoalkan lagi. Jadi itulah cara untuk mengembangkan profesionalisme semua guru kerana
dunia pendidikan terpaksa berhadapan dengan keperluan yang terbaru.
Program PLPS amat berguna kerana kita tahu sebahagian besar institut pendidikan swasta
terdiri daripada guru-guru yang tidak mempunyai sijil atau Diploma pendidikan. Jadi melalui latihan
yang diberikan boleh membantu mereka mendapatkan pengiktirafan daripada pihak kerajaan sebagai
seorang guru yang mempunyai pengetahuan yang cukup dalam kaedah pengajaran.
Bagi guru-guru yang tidak mempunyai peluang yang baik untuk menyumbangkan pelajaran,
Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Universiti Terbuka Malaysia telah mengadakan
Pendidikan Jarak Jauh. Bidang pengajian dibuat secara online dan ijazah yang dikeluarkan oleh
Universiti Terbuka Malaysia diiktirafkan oleh pihak kerajaan. Dengan kemudahan yang ada ini lebih
ramai guru-guru sekolah rendah khasnya berpeluang untuk menyumbangkan pelajaran yang lebih
tinggi iaitu peringkat ijazah secara PJJ.
Pada masa kini untuk mencari calon guru-guru yang betul berkemahiran dalam bidang fizik,
Matematik memang susah kerana pelajar yang lulus cemerlang dalam SPM mereka tidak berminat
untuk menjadi guru. Oleh itu, mereka lebih suka belajar dalam bidang perubatan dan kejuruteraan.
Untuk mengatasi masalah ini mulai tahun 2003, Bahagian Pendidikan Guru telah memperkenalkan
Program Pelajar Cemerlang (PPC). Melalui program ini pelajar yang cemerlang dalam Matematik,
Kimia, Biologi dan Fizik ditempatkan di beberapa buah kolej sebelum dihantar berkursus dalam
bidang pendidikan ke luar negara. Jadi dengan cara ini, empat atau lima tahun lagi Kementerian
Pendidikan Malaysia akan dapat melahirkan guru-guru yang betul-betul pakar dalam bidang-bidang
tersebut.
6.0

KESIMPULAN
Perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi indikator asas
kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang
berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada
Tuhan, memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf dunia.
Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf
baru, abad ke-21.Sistem pendidikan yang terbaik akan menghasilkan pelajar yang cemerlang dan
membentuk modal insan yang berahlak mulia.Guru sememangnya membentuk modal insan yang
terbilang,cemerlang dan gemilang.

http://mypdd12.blogspot.com/2012/12/pendidikan-guru-pelajar-dan-kemahiran.html

CABARAN PENDIDIKAN DAN USAHA-USAHA UNTUK MENANGANINYA

http://ustazyunus75.blogspot.com/2012/11/cabaran-pendidikan-dan-usahausaha.html

Anda mungkin juga menyukai