Anda di halaman 1dari 1

Aktiviti Bergotong-royong

Pada minggu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan gotong-


royong membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini dijalankan sempena
Minggu Kebersihan sekolah saya.

Pada pukul lapan pagi, semua guru dan pelajar berkumpul di
padang sekolah. Masing-masing membawa cangkul, sabit, penyapu, dan
sebagainya. Kemudian, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Ada kumpulan yang menebas rumput, mengutip sampah, menanam tin-tin
kosong, dan sebagainya.

Walaupun cuaca pada hari itu panas, kami tidak berasa penat
kerana kerja itu dilakukan secara bergotong-royong. Kira-kira pada pukul
sebelas pagi, semua kerja telah selesai. Pihak sekolah menjamu kami
dengan makanan dan minuman.

Kami pulang dengan perasaan gembira. Kami berasa bangga
kerana sekolah kami kelihatan bersih dan cantik.

Anda mungkin juga menyukai