Anda di halaman 1dari 2

Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan

microteaching ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan
memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid
terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kelantangan suara juga
menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini kemusian akan
memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu
kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.
ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih
hormat kepada guru.
Kejelasan memberikan arahan juga merupakan
kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian
memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan
tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham,
seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan.
Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap
penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.

KELEMAHAN
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan
microteaching ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa
penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) berjalan
dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan
pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk
menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan
terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang
lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan
pengajaran tidak terlalu terjejas.
Kelemahan dan kekurangan seterusnya
ialah masalah dalam pemantauan kelas. Guru didapati hanya berada di hadapan
kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Guru
seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, guru
dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga, guru
dapat membantu murid dengan lebih dekat.

LANGKAH MENGATASI
Setiap kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan
bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan
kelemahan dan kekurangan dalam tugasan microteaching, penambah baikan yang
perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta
pemantauan murid di dalam kelas. Guru perlu menepati ketetapan masa seperti
yang ditentukan dalam RPH. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses
PnP. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian

penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.


Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau
dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika PnP berjalan. Kaedah ini
sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada
mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap
pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam
proses PnP di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan
antara guru dengan murid.

Anda mungkin juga menyukai