Anda di halaman 1dari 59

https://www.google.com/webhp?

source=search_app#q=peranan+guru+dalam+transformasi+pe ndidikan+negara+dalam+kssr

Blog Pendidik Berwawasan Cabaran global masa kini memerlukan guru yang mempunyai keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi yang ditentukan oleh cara kurikulum yang dilaksanakan. Kaedah pedagogi juga harus disampaikan sesuai dengan konteks budaya yang diwakili oleh setiap murid yang berlainan bangsa. Sejajar dengan itu, guru perlu bersikap inovatif dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka bagi mendukung misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan negara seiiring dengan cabaran dunia globalisasi. Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim menegaskan bahawa untuk melonjak transformasi pendidikan, kerajaan perlu melakukan perubahan terhadap guru terlebih dahulu. Dalam mencapai taraf negara maju pada abad ke 21, Malaysia memerlukan warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains dan Matematik. Antara peranan guru dalam melonjak transformasi pendidikan negara ini adalah dengan mempersiapkan diri untuk memmbangunkan kemahiran dalam menjadi seorang yang kreatif dan berinovasi. Guru sebagai sumber manusia dalam bidang pendidikan yang bertanggungjawab membina kreativiti dan inovasi dalam setiap program pendidikan secara terancang dan sistematik. sehubunagn dengan itu, latihan perguruan yang dipraktkikan d iinstitusi pengajian tinggi mesti menyediakan tenaga guru yang dapat menonjolkan peranan mereka dengan lebih efisyen dan berdaya saing alam menempuh dunia moden disamping melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran insaniah yang diperlukan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, guru harus dilengkapi oleh pakej latihan yang dianjurkan oleh Jabatan pelajaran Negeri atau Jabatan Pelajaran Daerah. Melalui pakej latihan yang dianjurkan ini, guru dapat dilatih untuk mengkaji semula, mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dalam proses pembelajaran di kelas secara kritis dan keratif.Pakej latihan dicadangkan menyediakan idea dan aktiviti yang berguna untuk menyokong peningkatan kualiti pembelajaran melalui sumbangan idea daripada guru yang berpengalaman, guru yang berprestasi cemerlang dan guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu.

Selain menyertai pakej latihan, guru yang berinovasi juga perlu menghadiri bengkel mengenai e-pembelajaran yang dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun swasta. Melalui bengkel ini juga, guru akan didedahkan kepada persepsi umum yang berkaitan dengan kuakiti dalam epembelajaran.

Selain membangunkan dan mempersiapkan diri menajdi guru yang kreatif dan berinovasi, guru berperanan menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat dimanfaatkan dalam bilik darjah. Pendidikan kini menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Dasar kurikulum baru iaitu kurikulum standard sekolah rendah menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Bahan grafik merupakan bahan yang mudah difahami oleh murid selain alat bantu mengajar bebentuk visual. Cabaran dan perubahan pendidikan masa kini menuntut guru menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat mempertingkat mutu dan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa sesuai dengan perkembangan pendidikan masa kini. Bahan inovasi pendidikan pemulihan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini merupakan salah satu contoh bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam bilik darjah.

Hakikatnya terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan dalam meningkat kualiti pengajaran guru dalam memastikan peranan guru melonjak transformasi pendidikan negara dilaksanakan. Semua pihak harus memberikan jalinan kerjasama dalam memastikan pendidikan yang diberikan dapat menjamin kualiti dan mutu generasi pemimpin kita pada masa akan datang.

bibliografi:

Zaitul Transformasi Kuala Lumpur.

Azma

Zainon

Hamzah.

(Mei,

20120). Peranan

Guru

dalam

Melonjak

Pendidikan Negara. Pelita Bahasa .pp 8-11 Dewan Bahasa dan Pustaka :

http://pbahasa.dbp.my/wordpress/?p=326

Peranan guru jana transformasi pendidikan Oleh MOHD. FADZLY MOHD. IZAB

pendidikan@utusan.com.my PERANAN guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Oleh yang demikian, pemilihan tema hari guru pada tahun ini iaitu "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" adalah amat bertepatan sekali. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga guru atas jasa bakti tidak kenal erti jemu dalam usaha mendidik anak-anak bangsa yang amat memerlukan ilmu bagi memajukan diri, agama, bangsa dan negara. "Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini. Menurut beliau, Kementerian Pelajaran telah merencanakan pelbagai dasar, polisi dan pembaharuan pendidikan bagi memantapkan proses dan pengendalian pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah. "Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang selepas ini akan diikuti pula oleh Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) juga tidak akan berjaya tanpa komitmen dan sokongan jitu para guru.

"Peranan guru juga besar dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan Satu Murid Satu Sukan (1M1S). "Semua dasar dan pembaharuan pendidikan ini tidak akan memberi makna tanpa warga pendidik sebagai golongan yang berada di barisan hadapan dalam memacu arus pendidikan agar sentiasa dinamik dan progresif," jelas beliau. Terang beliau lagi, Program Transformasi Kerajaan yang merangkumi pelan hala tuju Malaysia menjelang 2020 yang dilancarkan pada awal tahun lalu menggariskan beberapa pelan tindakan berkaitan sistem pendidikan negara. "Sasaran utama adalah untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar dan bidang yang menjadi tumpuan adalah prasekolah, kemahiran asas literasi dan numerasi, Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan peningkatan prestasi Pengetua dan Guru Besar. "Namun demikian, tanpa komitmen dan usaha gigih para guru, semua pelan yang direncanakan pasti sukar untuk dijayakan dan ia jelas menunjukkan betapa besar peranan para guru yang berupaya mencorak dan membentuk generasi masa muka," tambahnya. Abd. Ghafar berkata, transformasi dalam pendidikan akan terus berlaku kerana ia selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi negara maju dengan acuan tersendiri yang mengambil kira kepercayaan, budaya dan nilai setempat yang terpelihara sekian lama. "Masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada guru dan tumpuan sepenuhnya perlu diberikan terhadap tanggungjawab yang perlu digalas dalam bidang kurikulum, kokurikulum juga pembinaan sahsiah anak didik. "Justeru, saya menyeru agar warga pendidik sentiasa bersedia untuk menyambut sebarang perubahan pendidikan bagi diterjemahkan semasa proses P&P dalam bilik darjah," ujarnya. Beliau menambah, kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif dan inisiatif bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru terjamin. "Keprihatinan ini disalurkan menerusi pelbagai usaha seperti menubuhkan jawatankuasa mengkaji beban tugas guru, cadangan wujudkan jawatan pembantu guru, menambah baik

infrastruktur sekolah, menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dan menambah kuota pengetua serta guru cemerlang sehingga peringkat JUSA C," terang beliau. Abd. Ghafar berkata, cadangan penstrukturan semula pemberian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan bagi guru-guru di Sabah dan Sarawak membuktikan bahawa bidang pendidikan, guru-guru dan murid-murid walau di mana sahaja berada menjadi keutamaan dalam agenda semasa kerajaan. "Konsep pendemokrasian pendidikan sentiasa dipraktiskan oleh pihak kementerian bagi memastikan peluang mengikuti pendidikan berkualiti dapat dikecapi secara sama rata di seluruh negara tanpa mengira batas geografi, gender, tahap sosio ekonomi, bangsa dan fahaman politik," jelasnya. Katanya lagi, pelbagai inisiatif diambil bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir seperti penyediaan Sekolah pendidikan khas dan kelas integrasi pendidikan khas bagi kanakkanak kelainan upaya "Kementerian Pelajaran juga telah mengambil langkah memperkemas dan menambah baik syarat dan kriteria pengambilan guru pelatih bagi kursus pra perkhidmatan. "Langkah untuk meningkatkan profesionalisme guru akan meningkatkan martabat keguruan untuk terus dihormati, disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat," terangnya. Menurut Abd. Ghafar, usaha memartabatkan profesion keguruan tidak akan mencapai sasaran jika dirancang dan dilaksanakan pada peringkat kerajaan atau kementerian sahaja. Katanya, warga pendidik sendiri selaku agen perubahan perlu memainkan peranan berkesan dengan cara sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing. "Guru janganlah jemu berusaha untuk menambah baik amalan pengajaran semasa dan sentiasa berfikiran proaktif, kreatif serta inovatif. "Guru-guru juga disarankan supaya mengaplikasi dan mengamalkan kaedah P&P terkini seiring dengan proses globalisasi agar kekal relevan dan mampu menarik minat murid-murid untuk menimba ilmu," jelasnya.

Artikel

Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0514&sec=Rencana&pg=re_03. htm#ixzz2vCXwNtbw Utusan Melayu (M) Bhd

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025: Transformasi Profesion Perguruan Negara Ditulis oleh Nor Hartini binti Saari. Posted in Berita Harian Bidang pendidikan mencatat lagi sejarah. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada pertengahan September lalu telah membuka lembaran baru buat sistem pendidikan dalam negara.

Transformasi pendidikan ini melibatkan tiga gelombang atau fasa yang mengambil masa tiga belas tahun bermula tahun 2013-2025. Proses transformasi yang terancang ini memberi satu lagi cabaran kontemporari buat dunia profesion perguruan dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menghadapi cabaran abad ke-21.

Berdasarkan perancangan yang digariskan itu maka besarlah harapan untuk meningkatkan sistem pendidikan negara kita setanding negara-negara maju. Apatah lagi di dalam bajet 2013 baru-baru ini turut memperuntukkan sebanyak 15 peratus daripada peruntukan bajet keseluruhan atau sebanyak 38.7 bilion kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memastikan pengurusan sektor pendidikan negara membangun secara holistik terutama aspek memperkasakan kualiti guru.

Ini memandangkan 60 peratus guru yang ada sekarang dijangka kekal dalam perkhidmatan selama hampir 20 tahun lagi. Maka usaha meningkatkan kemahiran dan kemampuan mereka adalah amat penting dan perlu dititikberatkan.

Keseriusan dalam membangunkan aspek pendidikan negara ini mencerminkan bahawa betapa aspek profesion perguruan dalam sistem pendidikan negara bertindak sebagai nadi utama dalam pembangunan terutama dalam memastikan mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Kita tidak mahu apa yang dirancang dalam tempoh masa tiga belas tahun ini hanya cantik di atas kertas sahaja tetapi apa yang kita mahukan adalah komitmen daripada semua pihak dalam memajukan transformasi sektor pendidikan ini berjalan dengan lancar.

Dalam memenuhi aspirasi tinggi negara ini, kita tidak boleh berdiam diri dalam persekitaran global yang semakin kompetitif. Perubahan yang berlaku bukan sekadar menambah kakitangan guru dan menambahbaik kemudahan yang sedia ada tetapi perlu memahami dinamik proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Di sinilah peranan guru yang paling utama dalam memberikan input kepada pelajarnya.

Gelombang pertama (2013-2015) yang melihat kepada pemerkasaan guru ini amatlah signifikan. Islam turut memandang tinggi profesion perguruan sebagai pendidik dalam pembangunan ilmu, kemahiran dan sahsiah pelajar.

Untuk mengetahui sejauhmana pentingnya profesion perguruan dalam Islam, Al-Quran dan hadis ada menjelaskan antaranya, Allah s.w.t berfirman: "Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik". (Surah an-Nahl: 125). Dan Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawasanya jika kamu mengajar seseorang, lalu dia mendapat kebajikan yang lebih berharga daripada dunia dan segala isinya".

Jika diteliti maksud ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w yang diutarakan ini, jelas menunjukkan akan keutamaan-keutamaan mengajar khususnya dalam profesion perguruan.

Seorang pendidik mestilah menyedari akan hakikat bahawa pengajaran itu merupakan tanggungjawab dan amanah yang mesti dilaksanakan. Ini kerana kecemerlangan pendidikan banyak bergantung kepada kualiti dan kepakaran guru. Oleh itu, guru berkualiti merupakan faktor penentu kepada peningkatan prestasi sekolah dan pencapaian murid.

Justeru, peluang untuk para guru menjalani latihan kemahiran berterusan serta laluan kerjaya yang lebih luas perlu diberikan perhatian selain dapat meningkatkan lagi mutu P&P dalam perkhidmatan seorang guru. Apabila prestasi guru meningkat secara tidak langsung ia akan memberi kesan positif kepada prestasi pelajarnya.

Hal ini diperkukuhkan lagi berdasarkan kajian yang dijalankan di Tennessee, Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1990-an yang menunjukkan relatif guru berpendidikan tinggi dapat meningkatkan pencapaian murid sebanyak 50 peratus dalam tempoh tiga tahun berbanding guru berprestasi rendah.

Di samping itu, peranan guru dalam proses penggerak P&P yang berkualiti dan efektif turut sama meningkatkan pembangunan pendidikan sekolah. Keadaan ini secara berterusan dapat dapat merangsangkan pelajar untuk belajar dengan lebih seronok sesuai dengan alam pendidikan di peringkat rendah sehingga peringkat atas. Sebaliknya, pengajaran tidak akan menjadi menarik minat pelajar apabila guru lebih bergantung kepada kaedah syarahan berbentuk pasif dalam menyampaikan kandungan mata pelajaran mereka.

Oleh itu, aspek kreativiti serta inovasi P&P daripada seorang guru perlu diterokai bagi melihat apa yang ingin mereka sampaikan menarik minat pelajarnya. Segala bentuk proses pembelajaran berbentuk formal dan tidak formal bergantung kepada kreativiti dan peranan utama terletak pada tanggungjawab guru. Inilah transformasi negara yang kita kehendaki yang dapat dimanfaatkan dalam sistem pendidikan negara.

Dalam memperkukuhkan aspek kemahiran guru ini adalah digalakkan agar para guru terus memperkukuhkan latihan dalam perkhidmatan. Sebagai contoh, guru-guru yang telah lama berkhidmat hendaklah terus diberi pendedahan khusus tentang sahsiah guru sebagai murabbi, dengan pendekatan dan kaedah pengajaran terkini.

Sebagai murabbi, guru bukan sahaja bertindak untuk mengajar beberapa subjek mengikut sukatan pelajaran tertentu tetapi mereka turut berperanan untuk sama-sama mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didik mereka menjadi manusia yang berilmu, bertakwa dan beramal soleh serta mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran atau melaksanakan konsep amar ma'ruf dan nahi munkar yang dapat melahirkan pelajar yang memiliki keperibadian yang luhur.

Dalam merencanakan profesion guru cemerlang ini juga dalam abad ke-21 penyediaan geran penyelidikan juga adalah penting untuk membantu menaiktarafkan profesionalisme guru dalam kemajuan kerjaya mereka. Kemudahan geran penyelidikan misalnya turut memberi laluan kepada para guru untuk meningkatkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi adalah terbuka luas.

Di samping dapat melahirkan sebilangan besar guru yang lebih berkemahiran berfikir aras tinggi seterusnya dapat membantu melahirkan masyarakat yang juga dapat berfikir (thinking society) secara kritis, kreatif dan inovatif. Proses melahirkan modal insan yang berinovatif dan berkemahiran tinggi ini merupakan sebahagian pelaburan besar pendidikan untuk menjamin kemajuan ekonomi dan kesejahteraan negara.

Bagi mencapai matlamat dan usaha murni ini, marilah kita semua bersatu dan mengambil tanggungjawab sebagai guru bagi menyokong setiap aktiviti dan program pendidikan terutama kepada maklum balas di dalam laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang akan dimuktamadkan Disember depan.

Ingatlah apabila negara mempunyai masyarakat yang berpendidikan tinggi maka kemajuan ekonomi juga akan meningkat. Jika ini tercapai maka kita akan melihat Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju menjelang tahun 2020. Transformasi guru kuasai ICT sejajar aspirasi negara 2011/05/16 - 07:37:44 AM Cetak Emel Kawan

gambar sebelum gambar berikut Foto DEMI mendidik anak bangsa beberapa guru meredah Laut Sulawesi selama 20 minit dari jeti Kampung Tanjung Kapor ke Pulau Pababaq, Semporna, Sabah.

HARI ini amat istimewa buat warga pendidik. Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan di Sarawak diharap membawa berita gembira. Akan adakah insentif baru bagi meningkatkan profesionalisme perguruan. Bagaimana pula hala tuju dan masa depan kerjaya ini. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Adnan Hashim meluahkan pandangan dan harapan guru kepada wartawan Berita Harian, ROHANIZA IDRIS serta RASHIQAH ILMI ABD RAHIM.

APAKAH relevannya tema Hari Guru tahun ini iaitu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara dengan peranan pendidik dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar?

Tema ini mengingatkan kita pentingnya peranan guru sebagai penjana transformasi pendidikan negara yang memikul semua perancangan pendidikan dirancang kerajaan. Mereka bukan hanya berperanan mendidik, malah melakukan transformasi seiring aspirasi negara seterusnya melaksanakan matlamat Hari Guru.

Bagi mencapai usaha ini, guru perlu menerapkan kaedah baru dalam pembelajaran kerana masa depan negara bergantung kepada keupayaan guru melahirkan generasi berkemahiran dan memenuhi cita rasa bangsa dan negara. Justeru, sempena Hari Guru tahun ini, kami memberi perhatian khusus kepada usaha meningkatkan kemahiran guru terutama dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) agar mereka lebih kreatif dan inovatif dalam teknik pembelajaran di samping memiliki ilmu dan pengetahuan lebih luas.

Transformasi ini perlu seiring dengan semangat 1Malaysia yang mementingkan perpaduan. Ia menjadi tanggungjawab semua pihak terutama guru dalam membentuk keseimbangan pelajar yang datang daripada pelbagai kaum dan keturunan dalam proses membentuk perpaduan sekali gus semangat kerjasama mereka. Saya berharap perpaduan yang dipupuk di sekolah terus kukuh dan berkekalan sehingga menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat majmuk.

Namun, bagi menggalakkan guru meningkatkan kecemerlangan pelajar, kerajaan harus menunaikan janji terhadap pendidik. Tahun lalu, kerajaan mencadangkan pemberian ganjaran kepada guru berkelulusan PhD tetapi belum dilaksanakan. Saya harap ia dapat dilaksanakan pada tahun ini.

Apabila transformasi berlaku, kerja guru bertambah kompleks. Apakah cabaran utama guru kini dalam melahirkan insan cemerlang? Tidak dinafikan perkembangan semasa memberi kesan kepada proses pembentukan sahsiah terutama di kalangan anak muda. Saya melihat cabaran utama guru untuk melahirkan generasi seimbang rohani dan jasmani adalah perkembangan teknologi maklumat yang tidak terkawal. Kebanyakan pelajar mampu memiliki komputer sendiri bahkan pemahaman mereka terhadap aplikasi internet kadangkala melebihi pemahaman orang dewasa. Malangnya, kebanyakan bahan negatif disebarkan dalam internet. Dalam menangani masalah ini, guru harus mendidik pelajar cara menapis bahan negatif.

Isu negatif senario politik negara di media turut memberi kesan buruk kepada minda pelajar, apatah lagi akhbar sering dijadikan rujukan. Pelajar membuat rumusan terhadap isu dipaparkan sehingga menjadi bahan bualan dan jenaka. Keadaan ini menyukarkan tugas pendidik kerana tidak mudah menyingkirkan elemen negatif yang diterapkan kepada mereka tambahan pula jika isu politik.

Bagaimana NUTP melihat soal disiplin pelajar sekarang, apakah ia sudah sampai ke tahap membimbangkan?

Pelajar kini sering melakukan kejutan kepada masyarakat. Masalah sosial pelajar semakin membimbangkan kerana mereka bukan saja membuli atau ponteng, bahkan merogol, membunuh, mencederakan orang dan terbabit dadah. Isu disiplin pelajar harus diberi perhatian serius. Namun, ia bukan tugas pendidik semata-mata. Ibu bapa perlu bertindak pantas mengenal pasti rakan terdekat anak agar pergerakan mereka dikawal. Usaha ini menuntut tanggungjawab semua pihak supaya salah laku anak dapat diperbetulkan daripada awal.

Saya juga percaya pelaksanaan hukuman rotan membantu mendisiplinkan pelajar. Hal ini tidak patut menjadi isu besar selagi pelaksanaannya berlandaskan panduan seperti pemberian surat amaran terhadap salah laku anak kepada ibu bapa. Ini penting kerana saya tidak mahu ada guru dihadapkan ke mahkamah gara-gara bertindak luar batas sedangkan pada awalnya mereka ikhlas untuk mengajar.

Dalam mengatasi masalah sosial pelajar, saya berharap semua pihak dapat memikirkan penyelesaian terbaik dan bukan menggalakkan masalah ini. Misalnya, sekolah untuk pelajar wanita terlanjur bukanlah langkah terbaik kerana ia seperti menggalakkan perbuatan itu. Bagaimana pula dengan pelajar lelaki yang melakukan kesalahan sama? Penyelesaian yang baik seharusnya adil kepada dua-dua pihak.

Dakwaan guru terpaksa melaksanakan tugas pentadbiran dan pengurusan menjejas tumpuan terhadap tugas hakiki sebagai pendidik. Apakah langkah menanganinya.

Guru kini bukan saja bertindak sebagai pendidik dan mengajar, malah terpaksa menyediakan laporan tugas mereka. Kajian menunjukkan tugas dan tanggungjawab guru meningkat setiap tahun. Peningkatan ini kesan transformasi sistem pendidikan yang membabitkan penggubalan dasar dan sistem serta bertambahnya mata pelajaran. Antara pendekatan yang perlu dilaksanakan kementerian ialah mengambil lebih ramai guru dan kakitangan sokongan dalam memperkemaskan urusan sekolah.

Bagaimana isu perpindahan dan penempatan guru.

NUTP pernah menyatakan pendirian kepada kementerian bahawa masalah ini boleh memberi tekanan mental dan menjejaskan kualiti kerja guru. Amalan yang ada tidak menguntungkan guru dan kerajaan kerana lazimnya guru yang dihantar ke sesebuah sekolah adalah lulusan universiti atau institut perguruan. Kesannya, mereka kurang berpengalaman sekali gus menjejaskan sistem dan keberkesanan pembelajaran. Apabila sudah mendapat pengalaman dalam tempoh masa agak lama, mereka dipindahkan. Keadaan ini memberi kesan buruk kepada pelajar kerana sekolah luar bandar seolah-olah menjadi tempat bereksperimen.

Justeru, guru muda atau yang sudah lama berkhidmat harus ditempatkan di negeri kelahiran demi mengekalkan kualiti kerja. Kos penghantaran dan penempatan guru juga dapat dikurangkan kerana elaun berpindah guru dari Semenanjung ke Sarawak atau Sabah boleh mencecah ribuan ringgit. Masalah gangguan emosi dan prestasi guru yang tinggal berjauhan dari keluarga juga dapat diatasi. Begitu juga masalah membabitkan komunikasi, budaya dan cara hidup.

Refleksi : Guru Berinovasi Adalah Guru Berkualiti Oleh : Shakila Adam Rafik Thiagarajah

Bagi tugasan untuk subjek Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru ( EDU 3108 )mengekehendaki saya untuk membuat analisis sebuah artikel pilihan mengenai isu keguruan. Pertama sekali, proses pemilihan artikel adalah sedikit rumit kerana saya tidak dapat memilih artikel yang paling sesuai. Saya memilih artikel ini kerana isunya yang berkait rapat dengan tema hari guru pada tahun ini. Saya selalu tertarik dengan inovasi yang dilakukan oleh para pendidik. Ini menunjukkan kehebatan profesion keguruan. Inovasi yang dilakuakan oleh seorangg guru tidak memerlukan pencapaian akademik yang melangit melainkan usaha untuk sentiasa berada satu langkah ke hadapan. Namun dengan pencapaian akademik lagi dapat mengutuhkan inovasi yang dilakukan.

Antara masalah yang saya hadapi sepanjang menjalankan tugasan ini adalah ketandusan idea. Hanya pada semester ini baru saya hadapi tugasan yang memerlukan saya membuat ulasan. Sesungguhnya, kebolehan saya untuk mengarang adalah sangat rendah. Untuk menyelesaikan masalah ini, saya banyak merujuk kepada contoh-contoh penulisan yang terdapat di internet. Penulisan-penulisan tersebut banyak membantu saya sepanjang melaksanakan tugasan ini. Selain itu, saya banyak mempelajari tentang guru berinovasi. Banyak perkara yang menjadikan seseorang guru yang berinovasi. Saya sedari, untuk menjadi seorang guru berinovasi ini adalah pilihan. Praktikum yang telah saya jalani selama 6 bulan sedikit sebanyak memberi saya preview tentang tugas seorang guru kelak. Tugas seorang guru bukanlah mudah seperti apa yang dikatakan oleh orang lain. Bebanan tugas setiasa membelengu meskipun loceng tamat persekolahan sudah berbunyi. Namun, halangan ini boleh diatasi jika dilihat pada pemenang-pemenang guru inovasi. Jika saya ingin menjadi seorang guru berinovasi saya harus memulakan langkah apabila saya memulakn detik sewaktu saya bergelar guru sebenar di sekolah kelak.

Akhir sekali, seperti tugasan-tugasan yang lain ia memberi pengetahuan yang

mendalam tentang subjek yang dipelajari. Selain itu, ia membuat saya sedar bahawa adalah sangat bahaya untuk berada pada zon selamat. Ini kerana, apabila kita berada pada satu tokok dimana kita berasa selasa perubahan yang dibawa akan menjadi satu ancaman. Oleh itu, saya berharap dapat menggunakan segala pengalaman, pengetahuan dan kesedaran yang saya perolehi ini untuk meningkatkan amalan profesion saya pada masa akan datang.

Tajuk Artikel : Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara Oleh : Nurul Farhana Bt Faidzul Adzhar

Berdasarkan artikel yang telah saya analisis yang bertajuk Peranan Guru Jana Transformasi Pendidikan oleh Mohd Fadzly Bin Mohd Izab, dapat saya simpulkan bahawa tugas seorang guru bukan sahaja berperanan sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Gurulah yang bertindak sebagai agen perubahan untuk menjana transformasi pendidikan Negara demi melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing untuk membangunkan Negara selaras dengan misi Wawasan 2020 yang dibawa oleh mantan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara perindustrian yang maju menjelang tahun 2020.

Tunjang utama dalam pembangunan sumber manusia, berkait dengan sistem pendidikan Negara. Bagaimana sebuah Negara akan membangun sekiranya sumber manusia yang dihasilkan tidak berkualiti dan tidak mempunyai tahap pendidikan yang baik. Seperti yang dinyatakan di dalam Akta Pendidikan 1996, pendidikan itu sendiri bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri sendiri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

Sehubungan dengan itu, tema hari guru pada tahun ini iaitu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara adalah sangat sesuai bagi pendapat saya kerana tanggungjawab guru itu sendiri yang bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada transformasi sistem pendidikan Negara dalam usaha melahirkan generasi yang berintelek dan mempunyai jati diri yang teguh. Tetapi bagaimanakah peranan guru untuk menjadi penjana kepada trasnformasi pendidikan Negara? Seperti yang dinyatakan di dalam artikel yang telah disebut tadi, Kementrerian Pelajaran telah merencanakan pelbagai dasar, polisi dan pembaharuan pendidikan bagi memantapkan proses dan pengendalian sesi pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Pendidikan itu sendiri bersifat dinamik dan sentiasa berubah-ubah dari masa ke semasa mengikut arus peredaran zaman. Jadi, Kementerian Pelajaran harus merangka dasar-dasar baru bagi memastikan sistem pendidikan Negara kita tidak ketinggalan jauh ke belakang dari Negara-negara moden yang lain. Pendemokrasian pendidikan dilihat merupakan salah satu langkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan dalam usaha untuk memantapkan sistem pendidikan di Negara kita kepada tahap yang lebih baik. Di sinilah peranan guru dilihat sangat penting bagi merealisasikan pendemokrasian pendidikan ini terutama kepada murid-murid dan pihak ibu bapa kerana gurulah yang bertindak sebagai agen penghubung di anatara masyarakat dengan dunia pendidikan yang sebenar.

Menurut Ee Ah Meng (1997), pendidikan merupakan satu usaha sistematik yang disengajakan, yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya serta usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia manakala demokrasi pula diertikan sebagai kesamaan atau keserataan. Berdasarkan definisi yang diberikan ini, dapat dijelaskan bahawa konsep pendemokrasian pendidikan ialah suatu proses menyampaikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat secara total atau menyeluruh tanpa mengira aspek sosial sesuatu masyarakat dalam usaha untuk memperkembangkan potensi individu. Jelaslah di sini bahawa tidak seharusnya wujud diskriminasi berkaitan pendidikan bagi setiap individu dan masyarakat kerana peluang pendidikan harus diberikan secara total dan adil kepada setiap individu. Namun begitu, pendemokrasian pendidikan bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dicapai kerana pada awalnya, sistem pendidikan di Negara kita sendiri bermula daripada sistem pendidikan penjajah yang diasaskan mengikut kumpulan-kumpulan suku kaum yang berpecah belah dari segi kumpulan etnik, bahasa dan kebudayaan.

Menurut Haris Md Jadi (1990), perkembangan pendidikan di Tanah Melayu pada zaman penjajahan adalah mengikut corak demografinya sebagaimana yang dicerminkan oleh kumpulan-kumpulan etnik yang terdapat dalam masyarakat. Sebelum pendidikan sekular diperkenalkan, pendidikan orang-orang Melayu adalah berorientasikan keagamaan dan tumpuan adalah pada pengajaran al-Quran. Pada peringkat awal usaha British untuk memperkenalkan pendidikan telah mendapat tentangan daripada penduduk tempatan. Di Pulau Pinang misalnya, pada peringkat awal usaha ini diperkenalkan, telah mendapat tentangan yng

hebat daripada masyarakat di Pulau Pinang kerana mereka beranggapan bahawa sistem pendidikan tersebut bertentangan dengan agama Islam. Hanya apabila rundingan dibuat, masyarakat setempat bersetuju apbila persetujuan di antara pihak British dibuat dengan berjanji untuk mengajar Al-Quran di sekolah.

Selain itu, matlamat pendidikan penjajah Inggeris adalah selaras dengan proses pemasyarakatan mereka. Mereka melatih golongan orang Melayu bukan sahaja secara terasing daripada masyarakat penjajah, tetapi juga daripada masyarakat kampungnya. Persekolahan penjajah telah memasyarakatkan orang Melayu ke dalam dua aliran yang berbeza dari segi nilai-nilai dan norma-norma masyarakat Melayu itu sendiri. Pertama, orang Melayu dari sekolah Inggeris yang mempunyai nilai-nilai dan bahasa yang asing daripada masyarakat tempatan dan kedua ialah orang Melayu dari sekolah Melayu yang terasing daripada masyarakatnya sendiri oleh kerana mereka telah dimasyarakatkan oleh penjajah British dengan nilai melayu mengikut tafsiran penjajah Inggeris itu sendiri tanpa mengambil kira nilai masyarakat Melayu yang sebenarnya. Bagi orang-orang bukan Melayu seperti Cina dan India pula, keadaan mereka lebih runcing dan inilah yang membawa kepada pemasalahan-pemasalahan politik pada hari ini. Orang bukan Melayu yang menghadiri sekolah Inggeris telah melalui kurikulum yang tidak berteraskan Tanah Melayu. Di sekolah, mereka menerima pendidikan yang berbeza dengan norma-norma dan nilai-nilai masyarakat tempatan menyebabkan mereka tidak dimasyarkatkan dengan nilai-nilai dan norma-norma masyarakat bukan tempatan.

Selapas Negara mencapai kemerdekaan, sistem pendidikan yang baru mula diperkenalkan bagi mengubah sistem pendidikan yang diperkenalkan pada zaman penjajahan Inggeris yang tidak memenuhi keperluan dan kehendak Negara itu sepenuhnya. Secara perlahan-lahan, kerajaan mula menyepadukan sistem pedidikan Negara dan memberikan hak pendidikan yang sama rata kepada setiap kaum tanpa mengira latar belakang dan taraf sosial melalui reformasi pendidikan bermula dengan Penyata Razak (1956) bagi meningkatkan persepaduan antara kaum dan megelakkan perpecahan di kalangan kaum di Malaysia. Beberapa perubahan dalam sistem pendidikan telah dilakukakan malalui Penyata Razak melalui penubuhan Jawatankuasa Pelajaran oleh Menteri Pelajaran pada waktu itu iaitu Y. B. Dato Tun Abdul Razak Hussein dan cadangan-cadangan yang disyorkan di dalam Penyata Razak ini telah dimaktubkan di dalam Ordinan Pelajaran 1957. Secara kesleuruhannya,

Penyata Razak lebih tertumpu kepada usaha untuk memupuk perpaduan di kalangan kaum melalui pendidikan dan memberikan kesamarataan peluang pendidikan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Tujuan Penyata Razak seperti yang dinyatakan ialah bagi mengeratkan perpaduan kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu. Tujuan seterusnya ialah untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah. Dengan menetapkan satu bahasa utama di setiap jenis sekolah di Malaysia, sekaligus dapat memupuk perpaduan di kalangan setiap kaum melalui satu sistem bahasa yang sama. Selain itu, tujuan Penyata Razak ialah bagi mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan. Setiap kaum harus diberi peluang pendidikan yang sama rata kerana setiap kaum berhak mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira latar belakang dan status sosial sesuatu kaum tersebut. Seterusnya ialah menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, liberal dan progresif. Kemudahan pendidikan yang mencukupi sangat penting bagi melahirkan sumber manusia yang bertaraf tinggi. Bagaimana sumber manusia yang baik dapat dilahirkan sekiranya mereka diberi peluang pendidikan hanya dengan menggunakan kemudahan yang tidak berkualiti.

Selain itu, tujuan yang dilihat tidak kurang penting di dalam Penyata Razak ini ialah mewujudkan sistem pendidikan yang lebih cekap dan berkesan. Ini bermaksud, organisasi yang memegang tampuk kepimpinan itu sendiri seharusnya lebih cekap di dalam merangka dan melaksanakan pelan-pelan pendidikan di Negara ini bagi memastikan kualiti sistem pendidikan di Negara kita berada pada tahap yang berkualiti.

Selepas itu, Akta Pendidikan 1996 telah digubal sebagai lanjutan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 yang dilihat lebih memberi fokus kepada setiap aspek di dalam usaha untuk memantapkan sistem pendidikan kebangsaan berseuaian dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan yang bekualiti. Menurut Ibrahim Saad (1990), Akta Pendidikan ini merupakan kesinambungan kepada Penyata Razak yang menjadi asas kepada dasar pendidikan Negara kita di mana skop yang dinyatakan lebih jelas dan terperinci kepada lebih banyak aspek di dalam pendidikan. Selain itu, Akta Pendidikan

yag digubal ini merupakan satu persediaan awal ke arah menghadapi cabaran pendidikan pada peringkat akan datang yang lebih mencabar dan memerlukan persaingan yang kuat bagi memastikan sistem pendidikan di Negara kita setaraf dengan Negara-negara lain.

Dilihat Akta Pendidikan ini lebih mementingkan kesamarataan hak dan peluang pendidikan kepada semua kelompok masyarakat tidak kira perbezaan kaum dan juga etnografi masyarakat tersebut. Ini terbukti apabila selain menjaga kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama, bahasa ibunda iaitu Bahasa Cina dan Bahasa India turut tidak ketinggalan apabila pengajaran bahasa ibunda boleh dijalankan di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan apabila jumlah permintaan ibu bapa melebihi 15 orang jika didapati munasabah dan praktikal. Jelas di sini bahawa, bukan sahaja bahasa Melayu diberi keutamaan bahkan bahasa ibunda bagi kaum lain iaitu Bahasa Cina dan Bahasa India turut tidak ditindas. Bahkan, bahasa bagi kaum asli turut tidak terkecuali apabila ia turut boleh diajar di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan apabila permintaan daripada ibu bapa melebihi daripada 15 orang dan apabila ia didapati munasabah dan praktikal.

Selain itu, kedudukan peluang pendidikan bagi murid-murid berkeperluan khas dilihat lebih jelas dan ternyata mereka juga diberi hak untuk menerima peluang pendidikan yang sama dengan murid-murid yang lain iaitu dengan membolehkan mengadakan pendidikan khas di sekolahsekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah. Peluang pendidikan bagi murid berkeperluan khas seharusnya tidak dipandang remeh kerana mereka juga merupakan salah satu sumber pembangunana Negara.

Pendidikan awal kanak-kanak juga tidak dilupakan bagi membantu keluarga yang kurang berada untuk menghantar anak mereka mendapat pendidkan peringkat awal di peringkat tadika apabila adanya peruntukan yang membolehkan Menteri pendidikan menubuhkan dan menyenggara tadika selain mutu program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan kerana tadika-tadika ini diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementeian Pendidikan.

Dengan pelaksanaan Akta Pendidikan ini, walaupun lebih berfokus untuk menyepadukan kaum dan memupuk perpaduan, ia juga dilihat membawa kepada kesamarataan hak bagi setiap lapisan masyarakat untuk mendapat peluang pendidikan yang berkualiti. Berdasarkan apa yang dikupas berkaitan Akta Pendidikan di atas, dapat dilihat secara jelas bahawa setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan status sosial yang berbeza diberikan peluang yang sama untuk mendapat peluang pendidikan untuk memajukan diri serta menjadi sumber kepada pembangunan ekonomi Negara yang berkualiti.

Jika dilihat berdasarkan dasar pendidikan dan akta pendidikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan, proses transformasi pendidikan bukanlah sesuatu yang baru. Sejak dari era selepas kemerdekaan lagi dasar-dasar pendidikan sering berubah dari masa ke semasa atau mengalami proses transfomasi selaras dengan perubahan zaman masa kini. Berbalik kepada tajuk artikel yang dinyatakan di atas iaitu Guru Jana Traansformasi Negara, jelas menunjukkan bahawa peranan guru dan tanggungjawab guru itu sendiri sangat penting di dalam menjana transformasi pendidikan negara. Di dalam konsep pendemokrasian pendidikan ini juga, guru perlulah berdiri di barisan hadapan sebagai pemangkin kepada usaha untuk menjadikan sistem pendidikan di Negara kita sama rata kepada semua masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

Terdapat pelabagai isu dan cabaran di dalam usaha untuk memastikan pemdemokrasian pendidikan ini dapat dilaksanakan dan dicapai secara total dan berkesan. Selain melalui dasardasar kerajaan yang telah dilaksanakan dan melalui reformasi-reformasi pendidikan yang telah terlaksana, beberapa pendekatan juga telah diambil di dalam usaha untuk menjayakan dan memantapkan lagi pendemokrasian pendidikan ini. Pendidikan Untuk Semua dilihat sebagai suatu pendekatan untuk memberi peluang pendidikan secara adil dan saksama dan sudah tentu tertumpu kepada masyarakat di kawasan luar Bandar serta kawasan-kawasan pedalaman Semenanjung serta Sabah dan Sarawak serta beberapa kawasan-kawasan yang dilihat sebagai kawasan miskin di bandar-bandar. Melalui aspek pendekatan Pendidikan Untuk Semua ini, pendemokrasian pendidikan memerlukan pengagihan kewangan dan sumber secara adil dan saksama dengan memberi penumpuan kepada kawasan-kawasan yang disebut tadi. Jelas

di sini bahawa sistem pendidikan di Malaysia tidak pernah menindas dan mengabaikan manamana golongan masyarakat untuk mendapat peluang pendidikan yang berkualit. Seperti yang diketahui, kerajaan telah menyediakan pendidikan percuma bagi meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Di dalam usaha pendemokrasian pendidikan ini, bantuan lain yang diberikan ialah seperti menyediakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi semua murid. Jika sebelum ini hanya golongan yang kurang berkemampuan sahaja diberikan bantuan pinjaman buku teks, tetapi pada hari ini setiap murid diberikan kemudahan yang sama kerana kerajaan beranggapan bahawa setiap murid berhak unutk mendapat kemudahan yang disediakan kerana pendidikan adalah untuk semua.

Di sinilah peranan guru dilihat sangat penting untuk memberi semangat kepada muridmurid yang datang daripada golongan keluarga yang miskin untuk terus menuntut ilmu dan tidak menjadikan isu kemiskinan itu sebagai alasan untuk tidak meneruskan usaha mereka di dalam bidang pendidikan. Guru juga seharusnya tidak bersifat memilih bulu iaitu kurang memberi tumpuan kepada murid-murid yang datang dari golongan miskin dan hanya memberi perhatian kepada murid-murid dari golongan atasan sahaja. Situasi sebegini akan menimbilkan rasa rendah diri kepada murid-murid tersebut dan hilang keyakinan diri sekaligus menyebabkan mereka tidak berminat untuk terus belajar.

Jika dilihat secara meluas, dapat saya simpulkan bahawa pendemokrasian pendidikan sangat penting di dalam usaha untuk menjana transformasi pendidikan. Pendemokrasian pendidikan ini membawa kepentingan kepada pelbagai lapisan masyarakat kerana melalui pendemokrasian pendidikan ini, setiap lapisan masyarakat mempunyai hak untuk mendapat peluang pendidikan yang sama rata. Setiap lapisan masyarakat berpeluang untuk meningkatkan taraf pendidikan mereka kerana pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantu meningkatkan kualiti dan peluang pendidikan pada hari ini. Dari segi masyarakat, isu pendemokrasian ini sangat penting kepada mereka kerana mereka lebih berpeluang untuk mengetahui peluang-peluang pendidikan yang disediakan seklaigus menimbulkan minat mereka terhadapt pendidikan anak-anak mereka. Masyarakat umumlah yang menjadi penyumbang terhadap maklum balas kepada sistem pendidikan pada masa kini.

Selain itu, bagi kalangan pelaksana pendidikan iaitu guru-guru pula, perlualah berperanan dengan lebih meluas lagi dalam usaha untuk menjana transformasi pendidikan kerana gurulah yang menjadi tunjang utama serta penggerak utama dalam menjana transformasi pendidikan Negara kerana guru dilihat sebagai agen perubahan utama selain berfungsi sebagai penyampai ilmu, jentera sosial, penyubur perpaduan serta pembangun sahsiah modal insan. Guru juga perlu memahami dengan lebih mendalam tentang isu atau konsep pendemokrasian pendidikan kerana golongan guru lah yang beritndak dari akar umbi untuk memebri peluang pendidikan yang sama rata kepada setiap murid tanpa mengira latar belakang. Walaupun guru-guru terpaksa ditugaskan di kawasan pedalaman contohnya, mereka seharunya bersikap positif dan sanggup menyampaikan ilmu secara adil kepada setiap murid di kawasan tersebut tanpa mengira satus sosial serta latar belakang murid tersebut.

PERANAN GURU DALAM MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA 1 May, 2012 Sari Bahasa admin Permalink Oleh ZAITUL AZMA ZAINON HAMZAH Guru sebagai tunjang dalam sistem pendidikan negara merupakan factor utama yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu program pendidikan. Ekoran daripada itu, keberhasilan program pendidikan negara yang menjurus kepada pengisian wawasan pendidikan juga terletak di tangan guru. Sejajar dengan itu, guru yang berdedikasi, bermotivasi berdaya gigih, mempunyai komitmen yang tinggi dan semangat yang padu amat diperlukan untuk merealisaskani cita-cita pendidikan negara ini di samping memenuhi tuntutan kecemerlangan dan melonjak transformasi pendidikan negara ke arah wawasan pendidikan menjelang tahun 2020. Hal ini juga bertepatan dengan dengan tema sambutan Hari Guru pada tahun ini, iaitu Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. Di samping itu, untuk Malaysia mencapai taraf negara maju pada abad ke-21,

Malaysia memerlukan warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang matematik serta sains dan teknologi. Murid perlulah diberi peluang dan kesedaran untuk mempelajari dan menguasai mata pelajaran yang berasaskan sains dan teknologi. Hal ini sejajar dengan pendapat Peter F. Druker dalam Post Capitalist Society, iaitu yang menyatakan

masa hadapan perkembangan ekonomi perindustrian dan perdagangan sesebuah negara ditentukan oleh para pekerjanya yang menggunakan kekuatan mental dan bukannya kemahiran tenaga semata-mata. Oleh itu, setiap tenaga pekerja yang dihasilkan perlulah berilmu dan mampu menyesuaikan diri dengan perkembangan sains dan teknologi. Hal ini secara tidak langsung membuktikan bahawa pendidikan menjadi dalam proses perindustrian tinggi. V. PENDIDIKAN DAN MASYARAKAT 4. PERANAN GURU DALAM PENDIDIKAN TUGAS GURU

Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahwa seorang guru mempunyai tiga tugas pokok yaitu tugas profesional, tugas manusiawi, dan tugas kemasyarakatan (sivic mission). Jika dikaitkan pembahasan tentang kebudayaan, maka tugas pertama berkaitan dengar logika dan estetika, tugas kedua dan ketiga berkaitan dengan etika.

Tugas-tugas profesional dari seorang guru yaitu meneruskan atau transmisi ilmu pengetahuan, keterampilan dan nilai-nilai lain yang sejenis yang belum diketahui anak dan seharusnya diketahui oleh anak.

Tugas manusiawi adalah tugas-tugas membantu anak didik agar dapat memenuhi tugas-tugas utama dan manusia kelak dengan sebaik-baiknya. Tugas-tugas manusiawi itu adalah transformasi diri, identifikasi diri sendiri dan pengertian tentang diri sendiri.

Usaha membantu kearah ini seharusnya diberikan dalam rangka pengertian bahwa manusia hidup dalam satu unit organik dalam keseluruhan integralitasnya seperti yang telah digambarkan di atas. Hal ini berarti bahwa tugas pertama dan kedua harus dilaksanakan secara menyeluruh dan terpadu. Guru seharusnya dengan melalui pendidikan mampu membantu anak didik untuk mengembangkan daya berpikir atau penalaran sedemikian rupa sehingga mampu untuk turut serta secara kreatif dalam proses transformasi kebudayaan ke arah keadaban demi perbaikan hidupnya sendiri dan kehidupan seluruh masyarakat di mana dia hidup.

Tugas kemasyarakatan merupakan konsekuensi guru sebagai warga negara yang baik, turut mengemban dan melaksanakan apa-apa yang telah digariskan oleh bangsa dan negara lewat UUD 1945 dan GBHN.

Ketiga tugas guru itu harus dilaksanakan secara bersama-sama dalam kesatuan organis harmonis dan dinamis. Seorang guru tidak hanya mengajar di dalam kelas saja tetapi seorang guru harus mampu menjadi katalisator, motivator dan dinamisator pembangunan tempat di mana ia bertempat tinggal.

Ketiga tugas ini jika dipandang dari segi anak didik maka guru harus memberikan nilai-nilai yang berisi pengetahuan masa lalu, masa sekarang dan masa yang akan datang, pilihan nilai hidup dan praktek-praktek komunikasi. Pengetahuan yang kita berikan kepada anak didik harus mampu membuat anak didik itu pada akhimya mampu memilih nilai-nilai hidup yang semakin komplek dan harus mampu membuat anak didik berkomunikasi dengan sesamanya di dalam masyarakat, oleh karena anak didik ini tidak akan hidup mengasingkan diri. Kita mengetahui cara manusia berkomunikasi dengan orang lain tidak hanya melalui bahasa tetapi dapat juga melalui gerak, berupa tari-tarian, melalui suara (lagu, nyanyian), dapat melalui warna dan garisgaris (lukisan-lukisan), melalui bentuk berupa ukiran, atau melalui simbul-simbul dan tanda tanda yang biasanya disebut rumus-rumus.

Jadi nilai-nilai yang diteruskan oleh guru atau tenaga kependidikan dalam rangka melaksanakan tugasnya, tugas profesional, tugas manusiawi, dan tugas kemasyarakatan, apabila diutarakan sekaligus merupakan pengetahuan, pilihan hidup dan praktek komunikasi. Jadi walaupun pengutaraannya berbeda namanya, oleh karena dipandang dari sudut guru dan dan sudut siswa, namun yang diberikan itu adalah nilai yang sama, maka pendidikan tenaga kependidikan pada umumnya dan guru pada khususnya sebagai pembinaan prajabatan, bertitik berat sekaligus dan sama beratnya pada tiga hal, yaitu melatih mahasiswa, calon guru atau calon tenaga kependidikan untuk mampu menjadi guru atau tenaga kependidikan yang baik, khususnya dalam hal ini untuk mampu bagi yang bersangkutan untuk melaksanakan tugas profesional.

Selanjutnya, pembinaan prajabatan melalui pendidikan guru ini harus mampu mendidik mahasiswa calon guru atau calon tenaga kependidikan untuk menjadi manusia, person (pribadi) dan tidak hanya menjaditeachers (pengajar) atau (pendidik) educator, dan orang ini kita didik untuk menjadi manusia dalam artian menjadi makhluk yang berbudaya. Sebab kebudayaanlah yang membedakan makhluk manusia dengan makhluk hewan. Kita tidak dapat mengatakan bahwa hewan berbudaya, tetapi kita dapat mengatakan bahwa makhluk manusia adalah berbudaya, artinya di sini jelas kalau yang pertama yaitu training menyiapkan orang itu menjadi guru, membuatnya menjadi terpelajar, aspek yang kedua mendidiknya menjadi manusia yang berbudaya, sebab sesudah terpelajar tidak dengan sendininya orang menjadi berbudaya, sebab seorang yang dididik dengan baik tidak dengan sendininya menjadi manusia yang berbudaya.

Memang lebih mudah membuat manusia itu berbudaya kalau ia terdidik atau terpelajar, akan tetapi orang yang terdidik dan terpelajar tidak dengan sendirinya berbudaya. Maka mengingat pendidikan ini sebagai pembinaan pra jabatan yaitu di satu pihak mempersiapkan mereka untuk menjadi guru dan di lain pihak membuat mereka menjadi manusia dalam artian manusia berbudaya, kiranya perlu dikemukakan mengapa guru itu harus menjadi rnanusia berbudaya. Oleh kanena pendidikan merupakan bagian dari kebudayaan; jadi pendidikan dapat berfungsi melaksanakan hakikat sebagai bagian dari kebudayaan kalau yang melaksanakannya juga berbudaya. Untuk menyiapkan guru yang juga manusia berbudaya ini tergantung 3 elemen pokok yaitu : 1. Orang yang disiapkan menjadi guru ini melalui prajabatan (initial training) harus mampu menguasai satu atau beberapa disiplin ilmu yang akan diajarkannya di sekolah melalui jalur pendidikan, paling tidak pendidikan formal. Tidak mungkin seseorang dapat dianggap sebagai guru atau tenaga kependidikan yang baik di satu bidang pengetahuan kalau dia tidak menguasai pengetahuan itu dengan baik. Ini bukan berarti bahwa seseorang yang menguasai ilmu pengetahuan dengan baik dapat menjadi guru yang baik, oleh karena biar bagaimanapun mengajar adalah seni. Tetapi sebaliknya biar bagaimanapun mahirnya orang menguasai seni mengajar (art of teaching), selama ia tidak punya sesuatu yang akan diajarkannya tentu ia tidak akan pantas dianggap menjadi guru.

2. Guru tidak hanya harus menguasai satu atau beberapa disiplin keilmuan yang harus dapat diajarkannya, ia harus juga mendapat pendidikan kebudayaan yang mendasar untuk aspek manusiawinya. Jadi di samping membiasakan mereka untuk mampu menguasai pengetahuan yang dalam, juga membantu mereka untuk dapat menguasai satu dasar kebudayaan yang kuat. Jadi bagi guru-guru juga perlu diberikan dasar pendidikan umum.

3. Pendidikan terhadap guru atau tenaga kependidikan dalam dirinya seharusnya merupakan satu pengantar intelektual dan praktis kearah karir pendidikan yang dalam dirinya (secara ideal kita harus mampu melaksanakannya) meliputi pemagangan. Mengapa perlu pemagangan, karena mengajar seperti juga pekerjaan dokter adalah seni. Sehingga ada istilah yang populer di dalam masyarakat tentang dokter yang bertangan dingin dan dokter yang bertangan panas, padahal ilmu yang diberikan sama. Oleh karena mengajar dan pekerjaan dokter merupakan art (kiat), maka diperlukan pemagangan. Karena art tidak dapat diajarkan adalah teknik mengajar, teknik untuk kedokteran. Segala sesuatu yang kita anggap kiat, begitu dapat diajarkan diakalau menjadi teknik. Akan tetapi kalau kiat ini tidak dapat diajarkan bukan berarti tidak dapat dipelajari. Untuk ini orang harus aktif mempelajarinya dan mempelajari kiat ini harus melalui pemagangan dengan jalan memperhatikan orang itu berhasil dan mengapa orang lain tidak berhasil, mengapa yang satu lebih berhasil, mengapa yang lain kurang berhasil. PERAN GURU

WF Connell (1972) membedakan tujuh peran seorang guru yaitu (1) pendidik (nurturer), (2) model, (3) pengajar dan pembimbing, (4) pelajar (learner), (5) komunikator terhadap masyarakat setempat, (6) pekerja administrasi, serta (7) kesetiaan terhadap lembaga.

Peran guru sebagai pendidik (nurturer) merupakan peran-peran yang berkaitan dengan tugastugas memberi bantuan dan dorongan (supporter), tugas-tugas pengawasan dan pembinaan (supervisor) serta tugas-tugas yang berkaitan dengan mendisiplinkan anak agar anak itu menjadi patuh terhadap aturan-aturan sekolah dan norma hidup dalam keluarga dan masyarakat. Tugas-tugas ini berkaitan dengan meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan

anak untuk memperoleh pengalaman-pengalaman lebih lanjut seperti penggunaan kesehatan jasmani, bebas dari orang tua, dan orang dewasa yang lain, moralitas tanggungjawab kemasyarakatan, pengetahuan dan keterampilan dasar, persiapan.untuk perkawinan dan hidup berkeluarga, pemilihan jabatan, dan hal-hal yang bersifat personal dan spiritual. Oleh karena itu tugas guru dapat disebut pendidik dan pemeliharaan anak. Guru sebagai penanggung jawab pendisiplinan anak harus mengontrol setiap aktivitas anak-anak agar tingkat laku anak tidak menyimpang dengan norma-norma yang ada.

Peran guru sebagai model atau contoh bagi anak. Setiap anak mengharapkan guru mereka dapat menjadi contoh atau model baginya. Oleh karena itu tingkah laku pendidik baik guru, orang tua atau tokoh-tokoh masyarakat harus sesuai dengan norma-norma yang dianut oleh masyarakat, bangsa dan negara. Karena nilai nilai dasar negara dan bangsa Indonesia adalah Pancasila, maka tingkah laku pendidik harus selalu diresapi oleh nilai-nilai Pancasila.

Peranan guru sebagai pengajar dan pembimbing dalam pengalaman belajar. Setiap guru harus memberikan pengetahuan, keterampilan dan pengalaman lain di luar fungsi sekolah seperti persiapan perkawinan dan kehidupan keluarga, hasil belajar yang berupa tingkah laku pribadi dan spiritual dan memilih pekerjaan di masyarakat, hasil belajar yang berkaitan dengan tanggurfg jawab sosial tingkah laku sosial anak. Kurikulum harus berisi hal-hal tersebut di atas sehingga anak memiliki pribadi yang sesuai dengan nilai-nilai hidup yang dianut oleh bangsa dan negaranya, mempunyai pengetahuan dan keterampilan dasar untuk hidup dalam masyarakat dan pengetahuan untuk mengembangkan kemampuannya lebih lanjut.

Peran guru sebagai pelajar (leamer). Seorang guru dituntut untuk selalu menambah pengetahuan dan keterampilan agar supaya pengetahuan dan keterampilan yang dirnilikinya tidak ketinggalan jaman. Pengetahuan dan keterampilan yang dikuasai tidak hanya terbatas pada pengetahuan yang berkaitan dengan pengembangan tugas profesional, tetapi juga tugas kemasyarakatan maupun tugas kemanusiaan.

Peran guru sebagai setiawan dalam lembaga pendidikan. Seorang guru diharapkan dapat membantu kawannya yang memerlukan bantuan dalam mengembangkan kemampuannya.

Bantuan dapat secara langsung melalui pertemuan-pertemuan resmi maupun pertemuan insidental.

Peranan guru sebagai komunikator pembangunan masyarakat. Seorang guru diharapkan dapat berperan aktif dalam pembangunan di segala bidang yang sedang dilakukan. Ia dapat mengembangkan kemampuannya pada bidang-bidang dikuasainya.

Guru sebagai administrator. Seorang guru tidak hanya sebagai pendidik dan pengajar, tetapi juga sebagai administrator pada bidang pendidikan dan pengajaran. Oleh karena itu seorang guru dituntut bekerja secara administrasi teratur. Segala pelaksanaan dalam kaitannya proses belajar mengajar perlu diadministrasikan secara baik. Sebab administrasi yang dikerjakan seperti membuat rencana mengajar, mencatat hasil belajar dan sebagainya merupakan dokumen yang berharga bahwa ia telah melaksanakan tugasnya dengan baik.

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah, Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat.Mimbar pada hari ini akan membincangkan khutbah bertajuk: GURU PENJANA INOVATIF PENDIDIKAN. . . Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah, Sesungguhnya kecemerlangan hidup seseorang di dunia ini tidak dapat lari dari sumbangan dan pengorbanan orang lain sama ada ibu bapa, ahli keluarga, kaum kerabat, rakan-rakan, guru-guru dan sebagainya. Sumbangan dan pengorbanan tersebut sudah tentu tidak mampu dibalas, lebih-lebih lagi sumbangan para guru yang membimbing kita ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat. . Tarikh 16 Mei pada setiap tahun merupakan hari yang amat bermakna bagi setiap warga guru pasti diingati, dihargai dan diraikan dengan sewajarnya. Tidak kiralah siapa pun yang pernah mengajar kita, banyak atau sedikit ilmu yang dicurahkan, tidak kira apa bangsa atau agamanya, mereka tetap guru kita. Merekalah yang mengajar kita membaca, menulis dan mengira supaya kita ini menjadi insan yang berilmu dan berguna. Oleh yang demikian, adalah wajar untuk kita mengiktiraf sumbangan dan jasa guru terhadap pembangunan masyarakat dan

negara.Berdasarkan kepada sumbangan para guru maka tema sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. . Guru Inovatif adalah guru yang mampu membuat transformasi (perubahan) atau mencipta sesuatu yang baru samada dalam bentuk sumber atau kaedah yang sesuai dengan perkembangan semasa ke arah penjanaan dan perkembangan minda yang lebih dinamik. Atas dasar itu, guru haruslah berperanan untuk menggarap elemen-elemen inovasi di dalam melonjak transformasi pendidikan negara, dengan idea dan kepakaran yang diterpakan sebagai

proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengaplikasi segala sumber ilmu melalui kaedah yang paling kreatif dan berinovasi. Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 190: Maksudnya: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal. . Menurut Imam al-Qurtubi mengatakan bahawa ayat ini mengandungi perintah Allah kepada manusia supaya menggunakan akal dan fikiran, untuk melakukan penelitian serta penyelidikan terhadap dalil kekuasaan Allah di muka bumi. Budaya mengkaji dan bermuhasabah ini diharapkan mampu menjana guru-guru yang berinovasi. . . Sidang Jumaat yang dikasihi Allah, Usaha melahirkan modal insan yang beriman dan bertakwa bukanlah suatu usaha yang mudah dan boleh di pandang remeh. Usaha tersebut memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi. Justeru atas tuntutan tersebut, para guru telah banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit tanpa mengenal erti penat lelah dan perasaan jemu bagi memastikan anak-anak didiknya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara pada masa hadapan. Selain daripada itu juga para guru berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk

menghapuskan kejahilan dan kecelaruan yang sering kali bermain dibenak fikiran anak-anak didiknya. Dengan berkat kesabaran, kesungguhan dan pengorbanan yang ditunjukkan maka akhirnya lahirlah mereka yang berjaya dan tersohor di tengah-tengah masyarakat. . Kita tidak dapat menafikan bahawa guru berperanan menjadi agen perubahan di dalam masyarakat. Para guru berganding dengan ulama dan umara terus menerus tanpa putus asa, menggerakkan usaha membangun modal insan terbilang. Ini termasuklah membangun minda

anak-anak melalui ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah sehinggalah kepada ilmu-ilmu kehidupan, termasuklah ilmu sains dan teknologi. Guru bukan hanya sekadar mengajar, malah guru turut mendidik dan membentuk akhlak-akhlak terpuji. Manakala para pelajar yang ingin dilahirkan pula bukan sahaja hebat inteleknya, malah beradab dan berintegriti. Itulah antara perkara yang ingin dicapai dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan bertepatan dengan maksud hadith Nabi SAW: Apabila seorang anak Nabi Adam AS meninggal dunia maka terputuslah (pahala) amalannya kecuali dari (pahala) tiga (3) perkara iaitu sedekah jariah, ilmu (yang dicurahkan) yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan (rahmat dan keampunan) untuknya. (Riwayat Muslim) . . Sidang Jemaah yang dihormati, Islam menggalakkan kita untuk menuntut ilmu, dan mengajarkannya pula kepada insan lain. Wahyu pertama yang diturunkan kepada baginda Nabi Muhammad SAW melalui surah alAlaq telah memberikan penekanan tentang kepentingan membaca dalam usaha

melengkapkan diri dengan ilmu. Tambahan pula, kelebihan orang yang berilmu telah dirakamkan melalui firman Allah di dalam surah al-Mujadalah ayat 11: Maksudnya: Supaya Allah meninggikan orang yang beriman di antara kamu, dan juga orang yang diberi ilmu pengetahuan akan darjat. Dan Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu lakukan. . . Sidang Jumaat yang dihormati, Era globalisasi dan cabaran semasa menyebabkan dunia pendidikan anak-anak kita menjadi lebih terbuka. Penyalahgunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti penggunaan laman sosial yang tidak terkawal, serta pengaruh negatif media massa mempengaruhi tindakan para

pelajar.Sering kita mendengar para pelajar yang bertindak di luar batas keagamaan dan sosial seperti merakam aksi ghairah, membuli rakan-rakan serta melakukan jenayah akibat terpengaruh dengan perkembangan yang bersifat negatif. Mimbar ingin menyatakan bahawa kita tidak boleh meletakkan peranan membentuk akhlak dan peribadi anak-anak kita hanya kepada guru-guru di sekolah sahaja. Ibu bapa serta ahli masyarakat sewajarnya memainkan peranan secara kolektif. Gunakanlah ruang permuafakatan melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk menjana idea dan menyelesaikan masalah. Selain daripada ibubapa, masyarakat juga mestilah memainkan peranan yang penting dalam usaha menyokong para guru untuk membentuk dan mendidik generasi muda hari ini. . Antara peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat ialah mewujudkan kembali budaya tegur menegur dan nasihat menasihati bagi meningkatkan penghayatan nilai murni serta mengurangkan amalan negatif dalam kalangan remaja. Bagi ibu bapa pula janganlah cepat melenting sekiranya anak kita ditegur oleh guru dan ahli masyarakat, sebaliknya ambillah ia sebagai satu teguran yang positif dan membina demi kebaikan bersama. Para pengamal media sama ada media elektronik atau media cetak juga diharapkan dapat memainkan peranan yang lebih besar di dalam menyediakan rancangan dan bahan-bahan yang boleh membina kekuatan akal dan membangunkan modal insan. . . Sidang Jumaat yang dikasihi Allah, Mimbar ingin menegaskan bahawa suasana harmoni dan hubungan mesra di antara guru-guru, para ibubapa dan masyarakat perlu diperkukuhkan demi melicinkan proses pendidikan. Untuk tujuan tersebut marilah sama-sama kita membudayakan perkara-perkara berikut: Pertama : Janganlah diperbesar-besarkan atau disensasikan isu-isu yang remeh-temeh

sebaliknya selidikilah terlebih dahulu punca sesuatu isu tersebut dan selesaikanlah secara bijaksana kerana guru juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Kedua: Budayakan amalan perundingan dan perbincangan sepertimana

tuntutan Islam dalam menangani sebarang masalah. Ianya bertujuan bagi mengelakkan timbulnya pelbagai kesan yang tidak diingini kepada semua pihak. . . Sidang Jumaat yang dihormati; Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru dan berpesan, marilah sama-sama kita menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru melalui tindakan berikut: Pertama: Mendoakan kebahagian buat guru-guru, sama ada yang masih hidup atau yang

telah meninggal dunia. Kedua: Ketiga: Menziarahi guru-guru untuk mengeratkan silaturrahim. Menghulurkan apa juga bentuk sumbangan mengikut kemampuan masing-

masing kepada institusi pendidikan. Keempat: Kelima: Berkatalah dengan lemah-lembut dan jangan sekali-kali menyakiti hati guru. Ucapkanlah terima kasih kepada guru-guru dan semua insan yang pernah

menabur bakti dan budi kepada kita. . Buat para guru pula, mimbar berpesan teruslah beristiqomah dengan penuh keikhlasan dan kesabaran dalam menyampaikan ilmu kepada anak bangsa, mudah-mudahan akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah alMaidah ayat 2: Maksudnya: dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan ( kebaikan ) dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana Allah sesungguhnya Maha Berat Azab siksanya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).

Pelbagai dasar dan pembaharuan pendidikan telah direncanakan dan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang bertujuan untuk memantapkan sistem pendidikan di negara ini. Kepelbagaian dasar dan pembaharuan inilah yang menjadi inti pati transformasi dalam dunia pendidikan pada masa kini yang perlu disedari oleh seluruh warga pendidik yang menjadi tunjang utama untuk menjayakannya. Kesediaan guru untuk memastikan kelancaran dan keberkesanan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) merupakan perkara utama yang perlu dipikul olehsemua guru, bukan sahaja guru bahasa. Keyakinan guru untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam pelbagai disiplin ilmu perlu diperkukuh kerana guru ialah ejen penyebar ilmu yang amat diyakini oleh murid. Selain itu, pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), dasar 1 Murid 1 Sukan dan Program Transformasi Kerajaan yang berkaitan dengan sistem pendidikan, iaitu mempertingkatkan pencapaian murid juga merupakan dasar yang perlu diamati dan dihayati oleh guru. Kini, tugas guru bukan sekadar memastikan murid berjaya dalam bidang kurikulum sematamata, malah kejayaan dalam bidang kokurikulum dan pembinaan sahsiah turut digalas oleh guru. Oleh hal yang demikian, tuntutan menjadi guru yang inovatif untuk melonjakkan program transformasi pendidikan ini perlu disahut dengan hati yang terbuka oleh seluruh guru di Malaysia. Selamat Hari Guru, dan terima kasih, cikgu!

Minda: Guru pencetus transformasi

Oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahim

PENDIDIKAN wadah utama menentukan kemajuan dan kemakmuran negara, sekali gus menjadi peneraju dalam membangunkan generasi pelajar yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkeperibadian mulia.

Sehubungan itu, pelbagai dasar dan pembaharuan pendidikan dilaksanakan kerajaan bertujuan memantapkan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Matlamat akhirnya sudah tentu untuk menghasilkan anak didik yang mampu memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

Tanggungjawab guru untuk melakukan transformasi atau perubahan dalam pendidikan negara sangat besar. Ia bermula daripada cara guru mengaplikasikan Dasar Pendidikan Negara secara berkesan.

Mereka mesti memahami agenda transformasi yang dilaksanakan. Justeru, jati diri guru mestilah tinggi supaya mampu mengikuti rentak dirancang kerajaan dalam bidang pendidikan.

Guru perlu mempunyai rasa pertanggungjawaban dan akauntabiliti terhadap keberhasilan operasi institusi masing-masing.

Penulis yakin guru sekarang memiliki kemampuan dalam semua aspek perguruan sejajar kehendak negara kerana daripada peringkat pemilihan calon guru, latihan, fasa induksi, pembangunan profesionalisme berterusan sehingga ke peringkat penilaian serta pengurusan prestasi guru itu sendiri, dipastikan sentiasa berada pada tahap tinggi.

Dokumen Standard Guru Malaysia (SGM) adalah rujukan dan panduan untuk memperkasa dan melestarikan guru berkualiti. SGM menggariskan kompetensi profesional perguruan atau piawaian yang patut dicapai guru dan keperluan yang patut disediakan agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu mereka mencapai tahap kompetensi ditetapkan.

Hasil satu soal selidik SGM yang dibuat pada 2010 menunjukkan tahap kompetensi profesional guru secara umumnya adalah cemerlang. Syabas dan tahniah cikgu semua!

Secara ringkasnya, ada tiga peranan utama seorang guru. Pertama, guru hendaklah menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak murid. Kedua, mengajar kemahiran dan ketiga, menerapkan nilai serta akhlak mulia dalam diri pelajar.

Lantaran itu, guru yang hebat semestinya perlu mempunyai kemahiran mengurus dalam segala aspek duniawi serta ukhrawi secara sempurna mengikut sistem pengurusan yang disarankan ajaran Islam.

Ingin saya sebut konsep tawhidik iaitu keyakinan yang sebenar kepada Allah dan mengikut contoh Rasulullah. Konsep rabbaniyyah dan uluhiyyah merujuk kepada iman seseorang Muslim dan melaksanakan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai ibadah serta bertakwa kepada Allah.

Islam juga membawa nilai itqaan (kesempurnaan) yang menuntut kita bersifat amanah dan mempunyai akauntabiliti dan integriti yang tinggi. Nilai itqaan ini sepatutnya menjadi budaya kerja bermutu tinggi bagi mencapai matlamat atau pelan transformasi diharapkan.

Tugas guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan saja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai ejen perubahan. Selain pendidik, pensyarah dan tutor, guru juga bergelar fasilitator, mentor, murabbi, mursyid, muaddid, musyrif, mudarris dan mualim.

Dalam menjana transformasi pendidikan, tugas guru bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan, tetapi juga berperanan membentuk bangsa supaya menjadi insan yang berakidah, dinamik dan berkualiti di dunia dan akhirat.

Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya perumpamaan orang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan.

Diriwayatkan Imam Malik pernah menolak tawaran untuk mengajar di istana bahkan dengan tegas beliau mengatakan, ilmu itu didatangi bukan mendatangi.

Sikap merendah diri dan rasa hormat seorang imam dan ulama terbilang juga ada pada Imam Syafie. Beliau pernah berkata: Malik bin Anas adalah guruku. Seandainya tidak ada Imam Malik dan Ibnu Uyainah, hilanglah seluruh ilmu ulama negeri Hijaz ini.

Pada abad ke-21 ini, antara cabaran terbesar dihadapi guru ialah perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Tidak dinafikan perkembangan semasa memberi kesan kepada proses sahsiah, terutama pelajar.

Kebanyakan pelajar sudah mahir komputer bahkan pemahaman dan keupayaan mereka kadangkala melebihi guru. Disebabkan itulah guru perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, selain memahami tanggungjawab serta berikan komitmen dengan melaksana pendekatan baru ke arah meningkatkan kualiti pendidikan.

Di negara kita, terdapat 430,000 guru untuk mendidik 5.4 juta pelajar. Betapa besarnya tanggungjawab guru untuk membimbing dan mendidik bilangan anak dan pelajar yang begitu ramai. Pelajar sering melakukan kejutan kepada masyarakat dengan masalah sosial mereka.

Ada segelintir daripada pelajar yang malas belajar, suka tidur dalam kelas, ponteng atau terbabit kegiatan samseng, membuli, merempit, berzina, buang bayi, merokok, salah guna dadah, mencuri dan gejala lain.

Antara Januari dan Jun tahun ini, kira-kira 11,880 pelajar direkod terbabit dengan kegiatan jenayah. Kira-kira 40,000 pelajar terbabit dengan vandalisme, menonton dan menyimpan bahan lucah dan bertindak kasar manakala 24,000 lagi didapati ponteng dan lewat ke sekolah.

Isu disiplin pelajar memang satu perkara yang serius. Namun, ia bukan tugas pendidik sematamata. Ibu bapa perlu bertindak pantas mengenal pasti masalah atau keadaan tertentu yang dihadapi anak mereka serta lebih prihatin dan mengambil tahu hal anak mereka secara lebih mendalam dan terkawal.

Sesungguhnya, guru berada di saf hadapan untuk membangun bangsa cemerlang yang akan menentukan sebuah negara maju, aman dan dihormati.

Daripada perspektif Islam pun, profesion perguruan adalah suatu pekerjaan yang mulia di sisi Allah dan banyak hadis Rasulullah yang menyarankan manusia menjadi pendidik atau penuntut ilmu yang menabur bakti mengajar orang lain.

Dalam Sirah Nabawiyyah sendiri, baginda menegaskan menuntut ilmu adalah suatu kewajipan bagi setiap individu dan hendaklah diajarkan kepada orang lain walaupun hanya satu ayat.

Tambahan pula ajaran Islam menekankan kelebihan amalan pendidikan dengan meletakkan seseorang berilmu pada darjat yang tinggi dan mulia. Maksud firman Allah dalam Surah AlMujadalah ayat 11 bermaksud:

Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberikan imu pengetahuan dengan beberapa darjat (kemuliaan). Dan Allah Maha Mengetahui segala yang kamu kerjakan.

Bukan setakat itu kelebihannya, jika individu sedang menuntut ilmu pengetahuan tiba-tiba meninggal dunia, beliau dianggap sebagai gugur syahid. Betapa besar ganjaran yang diperoleh ketika di dunia, apatah lagi ganjaran yang menanti pada hari akhirat kelak.

Begitulah hebatnya seseorang berilmu dan menyampaikannya kepada masyarakat agar sesebuah komuniti tidak dibayangi dengan sifat jahiliah atau berada dalam kegelapan.

Transformasi perlu seiring dengan semangat 1Malaysia yang mementingkan perpaduan. Guru daripada pelbagai latarbelakang, anutan agama atau bangsa mestilah terbabit dalam proses membentuk perpaduan, sekali gus menjalin hubungan dan kerjasama yang kukuh dan berkekalan.

Maka, dalam menjayakan harapan tinggi bagi menjana transformasi sistem pendidikan negara, guru perlulah banyak berkorban, bekerja kuat dan ikhlas serta bersedia menempuh pelbagai cabaran dan dugaan termasuk perubahan dalam sistem penyampaian serta maklumat supaya selari kehendak diperlukan bagi mencapai aspirasi negara.

Kejayaan profesionalisme keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan berhubung dengan sejauhmanakah kesedaran tenaga pendidik terhadap pelaksanaan tugas,tanggungjawab dan amanah yang diberi. Untuk mencapai sebuah negara maju menjelang wawasan 2020, sistem pendidikan negara memerlukan tenaga pendidik khususnya guru-guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti mana yang digariskan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sejajar dengan hasrat itu juga, amat perlu bagi para guru untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajarannya dalam bilik darjah. Bagaimanapun tanggungjawab ke arah pelaksanaan ini memerlukan satu bentuk pengkongsian ilmu secara bersama dalam kalangan warga pendidik agar dapat membentuk satu kerjasama berpasukan untuk faedah anak bangsa.

Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan ini perlu berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek. Hal yang demikian juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia ke arah Pendidikan Bertaraf Dunia pada masa akan datang. Ini juga merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pelajaran bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan kepada satu standard pendidikan yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Untuk tujuan menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia ini juga, semua pihak yang terlibat dengan kegiatan pendidikan perlu meningkatkan komitmen mereka supaya sentiasa berusaha untuk mengekalkan dan meningkatkan kualiti pendidikan untuk kemajuan dan perubahan sistem pendidikan. Pendidikan yang berkualiti ini amat penting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuan pembangunan sumber tenaga manusia yang produktif di negara ini bagi mengorak langkah untuk mencapai status negara maju pada masa akan datang. Pendidikan sebagai asas pembinaan masa depan bangsa dan negara bergantung kepada profesion perguruan yang berkembang secara dinamik dan progresif. Profesion perguruan yang dinamis perlu melahirkan kepimpinan guru yang berkualiti, sentiasa memperbaiki dan

mempertahankan etika profesionalisme pendidikan, berbanding dengan tugas yang mengabdikan diri sebagai golongan pendidikan yang berwibawa dan dapat menjadikan diri sendiri lebih berketrampilan dengan mendokong belajar seumur hidup (life long learning), belajar untuk mengubah dan belajar untuk berubah. Sejajar dengan itu, perubahan yang hendak dibuat mestilah sesuai dengan tuntutan semasa. Perubahan dan pembaharuan adalah berdasarkan kepada hakikat bahawa tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia, impian untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju tidak mungkin dapat dicapai. Lantas profesion perguruan harus berkembang dengan lebih pantas dan progresif bagi mencorakkan perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari satu segi yang lain, profesion perguruan yang menjadi agen perubahan sosial harus menjadi penyelamat kepada krisis kemelut sosial yang dihadapi oleh masyarakat yang sedang bergelut dengan tuntutan kemajuan dan perubahan. Pendidikan yang maju juga tidak akan terlepas daripada peranan guru sebagai kunci kepada keberhasilan kemajuan pendidikan sesebuah institusi. Guru bukan sahaja mengajar subjek tertentu di dalam kelas bahkan mereka merupakan ejen kepada perubahan minda masyarakat. Mereka juga merupakan fasilitator yang melayan, membimbing, membina dan mengusung murid sebagai klien mereka bagi menuju ke gerbang kejayaan. Kemuliaan institusi pendidikan dan kemenjadian pelajar bergantung kepada guru itu sendiri. Justeru itulah guru dituntut agar bersikap profesional dalam menjalankan amanah mereka sebagai seorang pendidik.

Peranan guru dalam membentuk satu generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi akan dapat melahirkan satu bangsa yang bertamadun. Untuk itu peranan guru sebagai perancang masa depan murid-murid dan sentiasa mempunyai cita-cita unggul untuk membina sebuah masyarakat yang bertamadun tinggi amat diharapkan. Guru juga sedar bahawa peranan mereka sebenarnya memikul satu tanggungjawab yang amat berat. Di sekolah, guru perlu mencurahkan ilmu bukan saja kepada para pelajarnya malah berkongsi kemahiran dan pengalaman bersama rakan sekerja yang lain.

Di samping itu, guru juga harus peka dengan perubahan semasa dan menyesuaikannya secara bijak bagi menangani masalah dalam pengajaran dan pembelajaran semasa. Guru itu perlu pakar atau profesional dalam segala bidang. Untuk menjadi seorang guru yang profesional, guru itu harus menekankan kepada tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah. Cabaran seorang guru pada hari ini bukan lagi seperti cabaran guru-guru terdahulu. Guru pada masa dahulu tugasnya hanya sekadar mengajar subjek tertentu sahaja di dalam kelas. Sebaliknya kini, tugas guru memikul tugas dan tanggungjawab yang berat dengan hasrat kementerian yang tinggi. Guru kini bukan hanya sekadar mengajar subjek tertentu di dalam kelas, bahkan mereka juga merupakan operator kepada sebuah kurikulum pendidikan.

Pendidik memainkan peranan yang dominan dan sangat penting dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru juga membuktikan bahawa mereka mampu mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Selain itu seorang guru merupakan ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberhasilan guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi disifatkan sebagai cabaran yang harus didepani dengan profesional. Tugas guru pada masa kini memerlukan komitmen dan iltizam yang amat tinggi dan memerlukan pengorbanan. Bukan sahaja kerana sistem pendidikan yang berubah, malahan suasana persekitaran juga turut berubah akibat daripada arus modenisasi bagi mendepani zaman ini. Ibu bapa semakin tangkas, anak-anak pula ada yang ganas. Kalau dulu, pelajar ditampar, didenda dan pelbagai hukuman diterima tanpa ada bantahan atau perasaan dendam terhadap guru. Jika mengadu kepada ibu bapa, mereka pula meminta pula yang meminta hukuman itu ditambah. Sebaliknya hari ini, guru merotan agar anak menjadi lebih sopan, dicemuh hingga ke muka pengadilan (mahkamah) . Seperti profesion yang lain, bidang keguruan yang juga terkandung dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak terkecuali mendepani cabaran yang cukup besar. Perkembangan bidang sains dan teknologi turut menjadikan bidang pendidikan semakin mencabar. Dunia pendidikan berubah dengan penekanan diberikan terhadap penggunaan teknologi maklumat yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan di sekolah menjadi semakin kompleks. David Ryans dalam bukunya Characteristics Of TeachersTheir Description, Comparison and Appraisal berpendapat bahawa guru yang berkesan dalam menangani cabaran ialah guru yang mempunyai sifat adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan. Guru dalam konteks pendidikan sebenarnya berperanan sebagai ejen penyalur budaya dan ilmu. Selain itu, guru berperanan sebagai institusi kedua selepas keluarga. [1] Proses pembelajaran mungkin berlaku secara spontan dan personaliti berubah secara tidak disedari. Guru harus mendepani cabaran secara profesional dan sedar tentang hakikat bahawa guru ialah pembimbing dan pendidik dalam masyarakat yang berbudaya. Banyak persepsi yang mengenai profesion keguruan yang menjadi keraguan masyarakat, antaranya tanggapan yang menyatakan bahawa profesion keguruan sebagai mudah dan tidak memeningkan kepala, namun menjanjikan gaji yang memuaskan. Apapun tanggapan itu mungkin ada kebenarannya namun hanya segelintir guru sahaja yang melakukan kesalahan telah menjadi satu anggapan bahawa semua guru seperti yang mereka saksikan. Bagaimanapun sebagai seorang guru semua persepsi yang dilemparkan ini memerlukan kekuatan mental dan semangat yang jitu bagi menghadapi cabaran guru sebagai seorang pendidik . [1] Dipetik dari Dewan Masyarakat Mei 2012

antara kaum, di antara wilayah, di antara negeri dan diantara bandar dan luar bandar. Dalamkonteks ini Wawasan 2020 sebenarnya telah meminta semua rakyat Malaysia tidak salah tafsir terhadap bantuan yang diberikan kepada sesuatu kaum golongan sebagai tidak adil, sebaliknyahendaklah menganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaiki ketidakadilan. Kesungguhanbagi mencapai tahap keseimbangan ini seterusnya telah diterjemahkan ke dalam objektif Dasar Pembangunan Nasional dan dilaksanakan melalui program dan projek Rancangan MalaysiaKeenam.(iv) Moral dan Etika 13 Berlainan dengan konsep negara maju yang ada sekarang yang lebih bercirikan kebendaan,negara maju ala Malaysia yang dicita-citakan seharusnyalah berpegang kepada falsafah moraldan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama. Penganutan falsafah ini adalah pentingkerana kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai moral dan etika tidak akan mewujudkankesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan sebaliknya banyak membawa keburukan.Pengamalan nilai-nilai murni (seperti di dalam Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam) akan menjadifaktor penghalang dalaman untuk tidak menyalahgunakan kemahiran atau kekayaan yangdimiliki.(v) Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan. 14 Wawasan ini telah mengetengahkan perkara pokok system sosial iaitu pembangunan keluargaberdasarkan hakikatbahawa keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat dan masyarakatpula menjadi asas pembinaan negara. Ini membawa maksud bahawa kekuatan dan kemajuansesebuah negara itu bermula dan terletak pada keluarga dan masyarakat. Penegasan iniamatlah benar kerana keluarga (rumah tangga) dan masyarakatlah yang mencorakkan kualiti 13 Pusat Maklumat Rakyat, Perspektif Wawasan 2020 daripada http://pmr.penerangan.gov.my 14 Ibid

individu yang menjadi rakyat dan pemimpin sesebuah negara. Budaya bangsa yangmerangkumi sistem nilai dan cara hidup (termasuk masyarakat penyayang dan budayamenyayangi) sebagaimana yang dicita-citakan dalam Wawasan ini hendaklah digerakkan dariawal lagi dan ini memerlukan rakyat menyedari kepentingan institusi keluarga dalammemajukan negara dan mengambil langkah-langkah perlu bagi mewujudkan keluarga danmasyarakat yang sempurna. Penutup Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan ekonomi semata-mata keranaia mementingkan persoalan pembangunan ekonomi untuk Malaysia menjadi Negaraperindustrian, tetapi jika dihalusi ia sebenarnya lebih daripada itu oleh kerana ia jugamenyentuh perkaraperkara berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup sepertipembentukan dan keperibadian bangsa, moral dan etika, kebudayaan kebangsaan,pembangunan sumber manusia dan lainlain.Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan, tetapi ia lebih merupakanrangka kerja tindakan framework of action bagi setiap rakyat untuk mengambil langkah-langkahtertentu bagi memastikan Malaysia menjadi negara yang benar-benar maju dan makmur. Dalamkonteks ini Wawasan tersebut memerlukan beberapa perisian penting, di antaranya ialah kualititenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan, perubahan sikap dan nilai, penekanankeada sains dan teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta yang lebih dinamik.

BIBLIOGRAFI Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010, T adbir Urus Baik Untuk Pembangunan. Bab 25,ms 511.Tun Dr Mahathir Mohamad, (2009). Revisiting Vision 2020: New Challenges for Malaysia, dariReadings on Development: Malaysia 2057, edisi Nungsari dan Suryani, Kuala Lumpur:Khazanah Nasional Berhad, ms. 4Tajul Ariffin Mohd. Noordin & Nor Aini Dan, (1992). Pendidikan dan Wawasan 2020 . KualaLumpur : Arena Ilmu Sdn. BhdZainor Said, Tamrin Anuar & Norliza Abdullah. Guru Pendukung Aspirasi Membentuk Modal Insan Holistik, dalam Wawancara bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin sempenasambutan Hari Guru 2009.Bajet 2007,

Melaksanakan Misi Nasional Ke Arah Mencapai Wawasan Negara , PembentanganBajet oleh Perdana Menteri Malaysia. Diperoleh pada April 16, 2011 daripadahttp://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=bajet2007&y=2006&dt=0901&pub=b ajet2007&sec=Ucapan&pg=ub_01.htm Dato Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Konsep 1 Malaysia . Diperoleh pada April 14, 2011daripadahttp://www.1malaysia.com.my Pusat Maklumat Rakyat, Dasar Perindustrian Negara. Diperoleh pada April 17, 2011 daripadahttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=246:da sar-perindustrian-negara&catid=88:dasar-dasar-negara Pusat Maklumat Rakyat, Perpekstif Wawasan 2020. Diperoleh pada April 14, 2011 daripadahttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=255:pe r spektif-wawasan-2020&catid=88:dasar-dasar-negara Pusat Maklumat Rakyat, RMK-10 Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial. Diperoleh pada April 17, 2011 daripadahttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=7 433:rmk-10-kemakmuran-ekonomi-dan-keadilan-sosial&catid=418:rancangan-malaysia-

dapat secara umumnya kerjaya sebagai seorang guru merupakan suatu pekerjaan yang murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang banyak. Ada juga yang mengatakan menjadi seorang guru senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan tetap. Tidak kurang juga yang menyatakan menjadi seorang guru merupakan jalan mati setelah profesion lain t idak memberikan peluang yang baik. Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion guru. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di negara kita seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan sekolah. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi.

Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam biik darjah namun di sekolah secara amnya. Profesion keguruan adalah satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar jika dilihat dari segi tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Hal ini kerana golongan guru adalah golongan yang bertanggungjawab memastikan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru tercapai. Ada yang melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya bentuk tugasan ini bukan yang terancang tapi sesuatu tidak terduga. Pandangan sebegini pasti akan menyebabkan reputasi profesion perguruan yang sentiasa dipandang tinggi dan mulia terjejas.

Guru profesion adalah seseorang yang tahu menghasilkan kerja bermutu tinggi dalam bidangnya serta sentiasa bersedia berkongsi kepakarannya di samping sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Matlamat kerjaya seorang guru ialah menghayati prinsip perkembangan yang berterusan. Impak daripada tugas yang dilaksanakan ternyata memberi sumbangan yang amat penting dalam pembangunan ekonomi dan masa depan generasi muda khususnya dalam konteks pembinaan modal insan. Seseorang guru perlu melalui beberapa peringkat dalam kerjayanya sebelum dapat mencapai ke tahap kepakaran atau kecemerlangan. (Harian Metro 26 Mei 2012).

1.1 PERKEMBANGAN HUJAH

Guru-guru khasnya dan profesion perguruan amnya, adalah tidak terkecuali daripada terlibat dengan keadaan perubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi (Ibrahim Abu Shah, 2002; Rohaty Majzub, 2000; Wan Liz Ozman, 2000; Kim, 1995). Hal ini memandangkan guru adalah agen perubahan. Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 ada menyatakan bahawa seperti profesion lain, bidang keguruan yang juga terkandung dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak terkecuali mendepani cabaran yang cukup besar. Antara cabaran-cabaran yang mendepani profesion keguruan pada masa ini ialah cabaran dalam bilik darjah, cabaran di sekolah, cabaran dalam sistem pendidikan, cabaran dalam masyarakat, cabaran berasaskan wawasan 2020 dan cabaran globalisasi.

1.1 Cabaran Dalam Bilik Darjah

Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012,guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluhuran peribadi. Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik, sekiranya ejen yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya. (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010).

Dalam keadaan dunia pendidikan yang semakin mencabar ini, sebagai pengamal ilmu, guru perlu menguasai subjek yang diajarnya. Guru juga perlu menunjukkan interaksi dua hala dan menggunakan pelbagai teknik dan kaedah untuk menambah keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Sebagai ejen keberkesanan pendidikan, tugas guru adalah untuk mendidik murid-murid supaya menjadi generasi berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bersemangat patriotisme dan bertanggungjawab terhadap diri, masyarakat, agama dan Negara selaras dengan apa yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad ke-21, para pelajar perlu dikembangkan potensinya yang ada di hemisfera otak kanan dan di hemisfera otak kirinya secara seimbang. Dari sudut proses pengajaran dan pembelajaran pula, dalam abad ke-21 para pelajar akan mendapat pelbagai kemudahan, termasuk kemudahan ICT sebagai yang dirancang untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran bestari. Hal ini menjadi satu cabaran kepada profesion keguruan. Dalam proses penilaian pelajar pula, penilaian kemajuan berasaskan sekolah (PKBS); penilaian hasil pembelajaran (learning outcomes); pelaksanaan

penanda aras (bench marking); dan ujian atau peperiksaan secara talian terus (on-line) akan menjadi perkara biasa untuk dilaksanakan dalam abad ke-21. Guru hendaklah menyediakan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran ini. Menurut Wise (1999), Increasingly, technology is poised to revolutionize teaching, learning and assessment.

1.1.2 Cabaran Di Sekolah

Persidangan Pendidikan ke-5 dalam tahun 1997 merumuskan bahawa cabaran besar dalam abad ke-21 selain daripada ledakan ilmu yang berbentuk global ialah masalah sosial yang perlu ditangani dan di atasi ke arah membentuk masyarakat madani (Mohamad, 1998). Perdana Menteri Malaysia menegaskan bahawa kepentingan sistem pendidikan menyediakan generasi kedua atau generasi wawasan memerlukan piawaian baru termasuk mengurangkan masalah gejala sosial pelajar seperti ponteng sekolah dan lepak serta salah laku yang lain (Wan Mohd. Zahid, 1997).

Di negara kita, terdapat 430,000 guru untuk mendidik 5.4 juta pelajar. Betapa besarnya tanggungjawab guru untuk membimbing dan mendidik bilangan anak dan pelajar yang begitu ramai. Dalam satu artikel yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, Minda: Guru Pencetus Transformasi bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berpendapat pelajar sering melakukan kejutan kepada masyarakat dengan masalah sosial mereka. Ada segelintir daripada pelajar yang malas belajar, suka tidur dalam kelas, ponteng atau terbabit kegiatan samseng, membuli, merempit, berzina, buang bayi, merokok, salah guna dadah, mencuri dan gejala lain.

Antara Januari dan Jun tahun ini, kira-kira 11,880 pelajar direkod terbabit dengan kegiatan jenayah. Kira-kira 40,000 pelajar terbabit dengan vandalisme, menonton dan menyimpan bahan lucah dan bertindak kasar manakala 24,000 lagi didapati ponteng dan lewat ke sekolah. Isu disiplin pelajar memang satu perkara yang serius. Namun, ia bukan tugas pendidik sematamata. Ibu bapa perlu bertindak pantas mengenal pasti masalah atau keadaan tertentu yang dihadapi anak mereka serta lebih prihatin dan mengambil tahu hal anak mereka secara lebih mendalam dan terkawal. Sesungguhnya, guru berada di saf hadapan untuk membangun bangsa cemerlang yang akan menentukan sebuah negara maju, aman dan dihormati.

Jumlah pelajar yang terlibat dengan kes disiplin semakin hari semakin meningkat (Shahril @ Charil & Habib, 1999). Pada tahun 1993 sebanyak 36.7% daripada keseluruhan pelajar dikenakan tindakan amaran; 15.66% diberi nasihat; 16.8% dirotan sekali; 8.18% dirotan dua kali; 2.27% dirotan tiga kali; 0.90% dirotan lebih tiga kali; gantung sekolah 2.90%; buang sekolah 0.51% (Wan Mohd. Zahid, 1997). Mungkin dari segi angka peratus adalah kecil tetapi

dari segi bilangan pelajar yang terlibat keseluruhannya adalah pada angka yang besar. Kaeadaan ini adalah sangat mencabar dan membimbangkan.

Dr Novandri Hasan Basri juga menyatakan bahawa bahawa waktu sekarang, hampir semua ibubapa dan masyarakat mempunyai taraf pelajaran yang lebih tinggi. Orang dewasa ini telah pun berjaya melalui sistem persekolahan tersebut. Hal ini menghasilkan satu masyarakat yang juga mempunyai ilmu-ilmu yang dahulunya hak ekskusif dan hanya diketahui oleh guru-guru. Lantaran itu, mereka mengganggap guru-guru di sekolah hanya sebagai objek penyalur ilmu secara formal sahaja (Jun 2003).

Yusri Abdul Malek dalam artikelnya Displin Pelajar Bermula di Rumah pula menegaskan pula bahawa pada zaman dulu guru dihormati dan rotan ialah senjata utama mendisiplin pelajar tetapi kini semua itu tidak dianggap relevan lagi. Tegas beliau, kebanyakan ibu bapa yang berkerjaya dan bergaji besar serta berasal dari kampung bagaikan lupa peranan guru yang membantu kejayaan mereka hanya kerana anak mereka dirotan kerana kesalahan disiplin. Sebaliknya, mereka bertindak datang ke sekolah dan menyalahkan guru yang terbabit merotan anaknya. Hal ini sedang berlaku dalam sistem pendidikan kita.Terlalu banyak campur tangan dan akhirnya guru tiada kebebasan untuk bertindak menyebabkan masalah disiplin tiada noktah. (Harian Metro, 25 Mei 2006)

1.1.3 Cabaran Dalam Sistem Pendidikan

Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012, dunia pendidikan berubah dengan penekanan diberikan kepada penggunaan teknologi maklumat yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan sekolah menjadi semakin kompleks. Menurut Reighlath dalam Ornstein & Hunkins (1993), pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah di zaman kepesatan teknologi banyak mengalami perubahan selaras dengan yang terkini. Ini memberi cabaran kepada guru di dalam mengikuti perkembangan terkini. Guru perlu menyediakan diri untuk memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Tugas, tanggungjawab dan peranan guru di Malaysia hari ini bukan sahaja berbeza dari masa yang lalu, tetapi juga lebih berat dan kompleks. Hal ini adalah akibat daripada perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat. Sebagai seorang pendidik yang

bertanggungjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa nanti. Perubahan sistem pendidikan di Malaysia yang pesat, khasnya pelaksanaan reformasi pendidikan dalam dekad 80-an dengan pengenalan program KBSR dan KBSM memerlukan guru mereformasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahun dan kemahiran mengajar yang canggih demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang kian mencabar.

Ekoran daripada reformasi pendidikan yang dilancarkan khasnya pengenalan konsep sekolah bestari, tugas dan kerja guru hari ini tidak sama seperti masa yang lalu. Peranan guru yang lalu merupakan seorang penyampai maklumat tetapi pada masa kini peranannya telah berubah menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan pemberi rangsangan dalam bilik darjah. Guru pada masa dulu menumpukan tugasnya mengajar murid dengan ilmu pengetahuan tetapi pada masa kini menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi, mendidik murid supaya enjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia berani dan sanggup menghadapi cabaran hidup serta berguna untuk pembangunan Negara.

Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hal ini bermakna sistem latihan perguruan dahulu telah dianggap kurang sesuai dan berguna lagi untuk mencapai matlamat pendidikan yang baru. Perubahan-perubahan yang seperti ini tentunya mengubah harapan dan keperluan semua pihak ke atas kecekapan dan keterampilan guru-guru agar impian sebagai yang diwawarkan menjadi kenyataan.

1.1.4 Cabaran Dalam Masyarakat

Profesion perguruan adalah berkait dengan kemasyarakatan. Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012, pendidik memainkan peranan yang dominan dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Semakin masyarakat dan negara bertambah maju dan bersifat global semakin banyak cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru; semakin meningkat taraf hidup dan status sosio ekonomi rakyat, semakin besar gelombang cabaran di hadapan guru-guru (Ramlan, 2002). Guru juga adalah agen perubahan yang membawa kemajuan kepada masyarakat (Wan Liz Ozman, 2000; Atan Long, 1980). Menurut Boyer (1994), dalam abad ke21, cabaran dalam bidang pendidikan adalah tidak terhad kepada penemuan-penemuan baru sahaja. Namun ia termasuk juga penyesuaian penemuan-penemuan tersebut kepada perspektif yang lebih luas dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Oleh yang demikian,

kaum guru perlulah mempunyai kesediaan menerima sebarang penemuan baru seterusnya berkemampuan untuk mengaplikasikan penemuan baru tersebut di dalam profesion bagi kepentingan masyarakat.

Kepada masyarakat, guru adalah sumber maklumat dan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan; sumber kebudayaan dan ilmu; sumber pemupukan kepercayaan dan sistem nilai; penyedia tenaga manusia untuk alam pekerjaan; dan penjagaan belia, remaja dan kanak (Wan Liz Ozman, 2000; Kementerian Pendidikan, 1996; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid, 1994). Guru juga merupakan agen penyatu masyarakat. Dalam satu artikel yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, Minda: Guru Pencetus Transformasi bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berpendapat guru daripada pelbagai latarbelakang, anutan agama atau bangsa mestilah terbabit dalam proses membentuk perpaduan, sekali gus menjalin hubungan dan kerjasama yang kukuh dan berkekalan.

Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 Rizuan Khamis juga ada menyatakan guru berperanan sebagai ejen penyalur budaya dan ilmu. Selain itu, guru berperanan sebagai institusi kedua selepas keluarga. Dalam cakupan ini, guru memainkan peranan sebagai ejen pewarisan budaya yang penting bagi membentuk sesebuah masyarakat. Proses pembelajaran mungkin berlaku secara spontan dan personaliti berubah secara tidak disedari. Guru harus mendepani cabaran secara profesional dan sedar tentang hakikat bahawa guru ialah pembimbing dan pendidik dalam masyarakat yang berbudaya. Banyak persepsi yang melingkari profesion keguruan, antaranya tanggapan yang menyatakan bahawa profesion keguruan sebagai mudah dan tidak memeningkan kepala, namun menjanjikan gaji yang memuaskan.

1.1.5 Cabaran Berasaskan Wawasan 2020

Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012,guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa melihat teknologi baharu sebagai perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi menguasainya. Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran akan menghasilkan generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi, sekali gus merealisasikan impian negara agar menjadi negara maju pada 2020.

Tuntutan Wawasan 2020. Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia adalah dinyatakan seperti berikut :

Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu padu, dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan. (Mahathir Mohamad, (1991), Malaysia Melangkah Ke Hadapan) Guru ialah orang yang kerjayanya mempunyai implikasi yang jauh ke hadapan, tanggungjawabnya adalah bersifat futuristik di mana gurulah yang mendidik generasi yang akan hidup di masa hadapan. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa peka dan sensitif akan tuntutan wawasan negara yang disuarakan bagi mengatur program-program perkembangan negara ini menjelang abad ke-21 ((Pengarah Pendidikan, 2000; Ibrahim Mamat, 2001; Wan Liz Ozman, 2000; Robiah Sidin, 1998; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid, 1993).

Cabaran-cabaran yang terkandung dalam wawasan negara adalah meliputi proses pembangunan kognitif, afektif dan psikomotor serta penerapan nilai dan asas moral bagi membentuk sikap kanak-kanak atau pelajar. Generasi baru yang dihasilkan melalui proses ini perlu dapat memanifestasikan inovasi, daya cipta atau daya reka yang tinggi di samping perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat. Guru adalah sebagai orang yang bertanggung jawab secara terus kepada proses bagi mendapatkan hasil akhir ini baik pada dimensi instrinsik mahupun dimensi instrumental. Justeru itu guru perlu berkterampilan, inovatif, kreatif, reflektif, futristik, analitik di samping berpegang kepada nilai-nilai murni.

1.1.6 Cabaran Globalisasi

Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 memetik kenyataan Mantan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon, bahawa dalam abad ke-21, bidang pendidikan menghadapi pelbagai cabaran akibat kesan globalisasi dan liberalisasi. Setiap pendidik di institusi pendidikan pasti menghadapi cabaran sebagai seorang pendidik. Oleh sebab itu, kesan globalisasi dan liberalisasi menuntut guru yang berilmu agar celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Dalam suasana alaf baharu yang berorientasi TMK, teknologi memainkan peranan yang besar dalam pendidikan.

Menurut Mok Soon Sang (2010), globalisasi pendidikan membawa tekanan kepada guru supaya berubah dari stail pengajaran lama kepada baru, mengikut hasil dapatan penyelidikan pendidikan yang terkini. Fungsi utama globalisasi pendidikan ialah menghasilkan sumbersumber diperlukan pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat. Ia merupakan proses

berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman individu. Naisbitt (1982) pula menegaskan dalam abad ke-21, salah satu aliran mega di peringkat global ialah kepakaran pendidikan secara global (global educational experties) selain daripada hubungan dalam bentuk rangkaian (networking). (Noriati et. al, 2009).

Bagi Rohaty Majzub (2000), ini dianggap sebagai sifat antara bangsa (international character) yang perlu ada pada guru kerana ini adalah avenue baru yang perlu diteroka dan diperkembangkan. Kesemuanya ini juga menjadi cabaran kepada guru. Pelaksanaan pengajaran dalam bahasa Inggeris adalah selari dengan arus globalisasi. Guru-guru perlu menyahut cabaran ini kerana generasi yang hidup pada abad ke-21 ini perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi hingga ke peringkat antarabangsa. Selain daripada itu kebanyakan sumber maklumat adalah berasaskan kepada bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris. (Mok Soon Sang, 2010).

Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika dunia kini menjadi sebuah global village, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin mendadak. Justeru itu, guru-guru perlu dan harus sentiasa mengemaskini serta mepertingkatkan ilmu pengetahuan masingmasing terutama penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pendidikan. (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010). Dalam satu artikel yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, Minda: Guru Pencetus Transformasi bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berpendapat pada abad ke-21 ini, antara cabaran terbesar dihadapi guru ialah perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Tidak dinafikan perkembangan semasa memberi kesan kepada proses sahsiah, terutama pelajar. Tambah beliau, kebanyakan pelajar sudah mahir komputer bahkan pemahaman dan keupayaan mereka kadangkala melebihi guru. Disebabkan itulah guru perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, selain memahami tanggungjawab serta berikan komitmen dengan melaksana pendekatan baru ke arah meningkatkan kualiti pendidikan.

Kenyataan ini disokong oleh Cikgu Azlan Hussain, guru sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoria (Victoria Institution), Kuala Lumpur dalam satu artikel yang disiarkan dalam Berita Harian bertajuk, Selamat Pagi Cikgu bertarikh 30 Ogos 2012, apabila ditanya tentang Bagaimana anda simpulkan cabaran profesion guru pada hari ini? Beliau berpendapat terdapat tiga cabaran dihadapi guru pada hari ini. Pertama, faktor masa lebih panjang yang menuntut guru mempelbagaikan corak pengajaran. Kedua, cabaran dari pihak luar secara langsung dan tidak langsung manakala ketiga ialah cabaran dari segi kemajuan teknologi maklumat (IT). Sebagai guru kita perlu pantas dan mempersiapkan diri untuk menerima ilmu baru. Ini kerana kita lihat pelajar sendiri cepat mendapatkan pelbagai maklumat.

1.3 IMPLIKASI HUJAH

Untuk menangani cabaran-cabaran profesion keguruan tersebut, para guru mestilah menyediakan diri mereka dalam pelbagai aspek. Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 ada memetik katakata David Ryans dalam bukunya Characteristics Of TeachersTheir Description, Comparison, And Appraisal berpendapat bahawa guru yang berkesan dalam menangani cabaran ialah guru yang mempunyai sifat adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan. Di samping itu, elemen-elemen penting yang mesti ada pada setiap guru dalam mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini ialah ciri dan kualiti professional, pengajaran yang efektif, peningkatan profesionalisme, peningkatan dalam penggunaan ICT, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia serta bertanggungjawab.

1.3.1 Mempunyai Ciri Dan Kualiti Profesional

Seseorang guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang profesional sesuai dengan proses perkembangan pendidikan ini. Cabaran guru untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf profesional melalui latihan dalam perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Guru juga mestilah berupaya membuat keputusan, menyelesai masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.

1.3.2 Mewujudkan Pengajaran yang Efektif

Dari segi pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti pula, bergantung kepada perlakuan mengajar guru dalam proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila guru telah merancang sesuatu program mengajar mengikut prinsip mengajar.pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid-murid. Selain itu melaksanakannya dengan cekap dan berjaya menggunakan teknik mengajar yang sesuai. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai dan cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala murid-murid yang lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan. Keberkesanan pengajaran ini

dapat dilihat apabila guru menggunakan teknik penilaian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. (Noriati et. Al, 2009)

1.3.3 Mempertingkatkan Profesionalisme

Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan Profesionalisme. Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara. (Syed Ismail & Ahmad Sabki, 2010). Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik.

1.3.4 Meningkatkan Kemahiran dalam Penggunaan ICT

Perkara yang paling penting bagi mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini ialah meningkatkan kemahiran Dalam Penggunaan ICT. Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin.

1.3.5 Berilmu pengetahuan Dan Berakhlak Mulia

Selain itu juga, dalam mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini, seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak mulia. Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isuisu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti masyarakat, ekonomi dan sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan negara. (Mook Soon Sang,2010)

1.3.6 Bertanggungjawab

Tanggungjawab merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membimbing pelajar bagi mencapai kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar, bersikap adil, memupuk nilai murni. Tanggungjawab terhadap ibu bapa juga penting seperti seperti mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk kepentingan anak-anak mereka. Seterusnya tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari menyebar perkara negatif, menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama dan persefahaman. Dan akhirnya tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion seperti mengelak dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat.

1.4 RUMUSAN/CADANGAN

Secara rumusannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan perkembangan teknologi, seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang makin hebat sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, cabaran profesion yang datang perlu disahut oleh seorang guru sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan walaupun sosiologi sekolah tidak memberangsangkan. Itu tugas dan tanggungjawab seorang guru di sekolah rendah.

Setiap dari kita juga mestilah memahami bahawa pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama iaitu mengajar, mendidik serta merubah manusia yang bernama pelajar daripada keadaan tidak mengenal huruf, mengira dan membaca kepada celik huruf, bijak dan menjadi manusia berjaya. Tapi kenapa kini pandangan masyarakat terhadap guru dan profesionnya mula berubah. Jika dulu mereka dipandang tinggi tapi kini seakan-akan terpinggir. Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap kerjaya ini. Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi sesiapa saja kerana hanya mereka mempunyai kualiti, berketerampilan, kewibawaan, kelayakan, minat. Iltizam, dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Di samping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru dalam mengharungi cabaran di era globalisasi, pemantapan kebajikan dan kerjaya harus diberikan penekanan sewajarnya.

Anda mungkin juga menyukai