Anda di halaman 1dari 11

[GGGC6033] ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

REFLEKSI SUDUT PANDANGAN SEBAGAI SEORANG GURU :

a) Transformasi Sistem dan Dasar Pendidikan Semasa


Sistem pendidikan negara hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran monumental
yang menuntut perubahan struktural dan peralihan paradigma bagi memastikan kewujudannya
perlu terus relevan dan dihormati. Fenomena ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi),
globalisasi, liberalisasi, urbanisasi, ledakan teknologi serta revolusi digital menyaksikan
perubahan mega ke atas persekitaran global yang tidak pernah terbayang sebelum ini. Bidang
pendidikan telah dikenal pasti sebagai faktor utama penentu kejayaan (CSF) Dasar
Transformasi Nasional (TN50) bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Justeru, sistem
pendidikan perlu melalui transformasi untuk terus meluncur gagah mencapai aspirasi yang
dicita-citakan. Transformasi pendidikan negara perlu dilaksanakan secara holistik untuk
membangunkan dunia pendidikan secara sistematik dan penyediaan pendidikan yang berkualiti
ataupun reformasi pendidikan yang dimandatkan sejajar dengan prinsip gagasan 1 Malaysia,
pendidikan adalah salah satu daripada bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diberi
keutamaan oleh kerajaan dalam memacu transformasi pendidikan.
Sebagai contoh, penerapan Pendidikan Abad ke-21 yang diterapkan dalam pengajaran
dan pembelajaran merupakan suatu usaha yang boleh dilihat dalam menjayakan transformasi
dan sistem pendidikan. Bagi memastikan proses pembelajaran berlangsung dengan lebih
kondusif dan sesuai dengan keperluan Pembelajaran Abad 21, sedikit perubahan bilik darjah
perlu dilakukan. Contohnya, susun atur kelas. Sebagai seorang guru, susun atur kelas perlu
diberi perhatian dengan fungsi yang lebih menyokong dan menggalakkan pembelajaran bersifat
kolaboratif. Secara tak langsung membolehkan kemahiran komunikasi pelajar diasah ke tahap
yang boleh menyerlahkan lagi kemahiran berfikir mereka.
Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu menyedari
bahawa tiada ruang untuk tidak ikut sama melaksanakan transformasi pendidikan. Malah
perubahan dalam pendidikan perlu sentiasa seiring perkembangan zaman atau selangkah ke
hadapan. Guru-guru perlu bersedia menerima perubahan dan dapat pula mengurus perubahan
dengan cekap dan berkesan agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan
memenuhi keperluan murid. Cabaran pendidikan abad ke-21 adalah untuk menyediakan
pembelajaran yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan mengurus
bilik darjah atau ruang pembelajaran yang lebih dinamik. Namun cabaran utama adalah
bagaimana guru-guru menggunakan pelbagai sumber sokongan teknologi serta maklumat bagi
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkualiti serta relevan dengan

1
NORLINA BINTI GAPARE (GP05595)
[GGGC6033] ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

perkembangan semasa. Untuk mendepani cabaran ini, guru secara berterusan perlu mengemas
kini pengetahuan seperti kandungan kurikulum dan kompetensi pedagogi dan guru sebagai
pemudah cara supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan akan datang.
Cabaran global kini memerlukan guru mempunyai keunggulan hasil inovasi dalam
pedagogi yang ditentukan oleh cara kurikulum yang dilaksanakan dan disesuaikan dengan
konteks budaya yang diwakili oleh setiap murid yang berlainan bangsa. Teori Individu
menyatakan setiap individu yang dilahirkan adalah berbeza di antara satu sama lain. Menurut
Khairul Yusri (2007), perbezaan individu ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek
perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi di kalangan individu. Oleh demikian, guru-
guru perlu memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi
pembelajaran di dalam kelas. Kesediaan belajar murid adalah berbeza-beza kerana perbezaan
kecerdasan.
Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengetahui dan mengambil perhatian
terhadap wujudnya perbezaan individu dengan mengetahui setiap murid adalah berbeza dari
aspek budaya, latar belakang keluarga, tahap sosioekonomi dan lain-lain lagi. Perbezaan
individu ini akan membawa kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka. Demi
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, guru berperanan memahami dan mengenali
setiap jenis murid di dalam kelas, impaknya murid dapat mencapai kejayaan daripada hasil
pembelajaran mereka di sekolah. Guru hendaklah menyediakan suasana pembelajaran yang
berkesan. Oleh itu, guru perlu memastikan tugasan yang diberi sesuai dengan kemampuan
murid Selain itu, murid akan berasa puas hati dan gembira apabila guru memberi pujian. Pujian
yang diberi juga boleh menjadi satu dorongan dalam kalangan murid supaya mereka
mengamalkan tingkah laku yang positif. Penghargaan kepada murid juga merupakan salah satu
cir-ciri yang terdapat dalam Pembelajaran Abad ke-21.
Perubahan sistem pendidikan di Malaysia melalui beberapa fasa iaitu sebelum merdeka,
selepas merdeka dan juga melalui reformasi sistem itu sendiri. Justeru itu, ianya dilihat sebagai
satu kaedah yang dapat membantu proses perkembangan pelajar secara tidak langsung melalui
pembentukan kurikulum yang dapat memenuhi kehendak semua kaum di negara ini. Dalam
usaha memastikan transformasi berlaku dengan membawa manfaat dan impak yang signifikan,
pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) (2001-2010) dan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025) menggariskan perubahan ke arah meningkatkan kualiti pendidikan.
Sebagai salah seorang yang terlibat dalam bidang pendidikan ini, pada pandangan saya
mengenai Transformasi Sistem dan Dasar Pendidikan Semasa ini ialah kita boleh merujuk
kepada kandungan utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ada menyatakan Pendidikan

2
NORLINA BINTI GAPARE (GP05595)
[GGGC6033] ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Daripada penyataan ini, guru memainkan peranan penting dalam membangunkan
modal insan cemerlang. Guru sebagai arkitek kepada perubahan dan penggerak ke arah
melahirkan modal insan, mempunyai tanggungjawab besar seperti menetapkan standard yang
tinggi dalam aspek pencapaian intelektual, jasmani rohani dan emosi selaras dengan hasrat FPK.
Jelas kini, bahawa sistem pendidikan juga sentiasa mengalami perubahan seiring
dengan arus kemajuan serta mengalami evolusi dalam pendidikan itu sendiri. Kini, pendidikan
di negara kita bukan sahaja untuk perpaduan bangsa malah lebih kepada pembangunan dan
pembentukan diri pelajar secara menyeluruh yang melibatkan proses perubahan dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelektual dan juga spiritual secara seimbang selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Ini bukan sahaja dapat melihat potensi pelajar di dalam bidang
akademik tetapi lebih memperkembangkan potensi pelajar bagi membolehkan generasi ini
mempunyai kebolehan serta mempunyai penampilan diri yang hebat dan pendidikan negara
dapat menghasilkan kemenjadian pelajar yang memenuhi kehendak pembangunan negara.
Kehebatan pelajar di negara kita ini sering dilihat melalui kecemerlangan
akademik di sekolah dan juga institusi pengajian tinggi. Kurikulum yang dibentuk seperti
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) menuntut pembangunan menyeluruh potensi
pelajar namun demikian, penekanan kepada peperiksaan menyebabkan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menjurus kepada menyediakan pelajar untuk boleh menjawab soalan
peperiksaan sahaja. Oleh itu, sistem pentaksiran pelajar yang sedia ada ini hanya menekankan
kepada aspek intelektual dan meminggirkan penilaian pertumbuhan dan perkembangan potensi-
potensi lain yang ada pada setiap pelajar.
Dengan adanya perubahan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah disampaikan kepada golongan pelaksana
iaitu guru bahawa suatu kaedah terbaik bagi menilai dan mengukur pencapaian dan
perkembangan murid. Perubahan yang dialami dari kurikulum yang lama kepada yang baharu
telah menimbulkan kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah. Ini adalah
kerana KSSR memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah
bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan dan tidak terlalu
berorientasikan kepada peperiksaan sahaja. Situasi ini menyebabkan para guru perlu membuat
persiapan rapi untuk setiap sesi pengajaran kerana KSSR membolehkan pentaksiran itu

3
NORLINA BINTI GAPARE (GP05595)
[GGGC6033] ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

dilakukan secara holistik serta guru perlu melihat perkembangan dan pencapaian murid secara
individu.
Lantaran itu, kementerian Pelajaran Malaysia (2006) ada menyatakan guru bukan
semata-mata menjadi sumber pengetahuan yang bertanggungjawab sebagai pemudah cara
malah guru sebenarnya adalah agen perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar. Dapat
dijelaskan di sini bahawa, guru merupakan pemimpin dalam setiap aspek pembelajaran dan
kegiatan murid. Dalam konteks ini, para guru yang berkualiti diperlukan bagi mencapai Misi
Nasional dalam menyediakan modal insan cemerlang minda kelas pertama yang mempunyai
jati diri dan daya saing yang tinggi bagi meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi
negara. Guru yang berkualiti pastinya dapat memainkan peranan mendidik pelajar dengan
berkesan serta dapat mengembangkan potensi mereka ke tahap yang optimum sebagai aset
kepada pembangunan negara.
Kesimpulannya, pendidikan kelas abad ke-21 memfokuskan tiga komponen utama,
iaitu pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan atau
kurikulum. Penyampaian guru aktif, komunikatif dan kolaboratif sememangnya menjadi impian
setiap pelajar agar dapat melahirkan individu yang universal dan holistik. Sebagai seorang
pendidik, kita merupakan modal insan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berkeperibadian dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat pendidikan negara. Kita perlu
menilai keupayaan diri dari segi persediaan untuk menjadi seorang guru yang proaktif, fleksibel
dan berkeyakinan tinggi. Kita hendaklah sentiasa kreatif dan inovatif berketerampilan sesuai
dengan falsafah pendidikan. Jika ciri-ciri ini ada pada seorang pendidik, maka masalah dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat diatasi dengan baik.

b) Dimensi Pendidikan Pintar Berbakat


Isu Dimensi Pendidikan Pintar Berbakat di Malaysia kini tidak lagi asing seperti
beberapa tahun yang lalu. Isu ini sebenarnya telah pun wujud lebih seabad yang lalu di Barat
dan tersebar luas sebelum diterima masyarakat di seluruh dunia. Sebagai seorang yang bergelar
pendidik, sememangnya dimensi ini telah lama dirasai terutamanya dalam persekitaran sekolah
di mana murid-murid terdiri daripada latar belakang dan kebolehan yang berbeza. Pintar cerdas
dan berbakat adalah sesuatu perkara yang berbeza. Sternberg R.J (2004) Pintar cerdas merujuk
kepada kebolehan manakala berbakat adalah satu domain yang menjadikan manusia menjadi
lebih sempurna. Kedua-dua pintar cerdas dan berbakat ini boleh berkembang secara beberapa
bahagian melalui beberapa jenis keghairahan, penamaan, psikomotor, deria, intelektual,
imaginasi, dan emosi.

4
NORLINA BINTI GAPARE (GP05595)
[GGGC6033] ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Pintar Cerdas merupakan keupayaan umum yang istimewa dalam kebolehan aptitud,
bakat dan kreativiti yang tinggi. Kamus Dewan Edisi Keempat mengistilahkan pintar cerdas
sebagai cekap dan pandai, manakala cerdas didefinisikan sebagai sempurna akal. Delisle dan
Galbraith (2002) menyatakan keupayaan kognitif luar biasa yang diukur berdasarkan tahap IQ
dijadikan sebagai faktor penilai kepada aspek kepintaran, kecerdasan atau bakat seseorang
individu. Susan K. Golant di dalam bukunya The Joys and Challenges Of Raising a Gifted
Childs berpendapat, kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi bagi belajar,
curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya
menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya. Pintar cerdas sering dikaitkan
dengan kebolehan intelek atau kecerdasan yang tinggi. Bagaimanapun Ross (1993)
mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas iaitu gifted and talented adalah kanak-kanak yang
dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau menengah yang menunjukkan prestasi
bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang
sangat tinggi apabila dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain yang sebaya umurnya, sama
pengalaman atau persekitaran.
Kecerdasan seseorang yang pintar cerdas juga diberi maksud tambahan iaitu lebih
kepada satu kebolehan yang matang jika dibandingkan dengan kebolehan perkembangan (Jane
Piirto, 1999). Gardner (1993),pula mengganti istilah bakat dengan kecerdasan dengan
mengemukakan teori multiple intelligence sebagai alternatif yang digunakan untuk
menunjukkan perbezaan kecerdasan dari setiap individu. Sebilangannya ada sembilan
kecerdasan atau bakat yang mungkin dimiliki seseorang, iaitu logical mathematical, linguistic
atau verbal, visual spatial, musical, bodily-kinesthetic, interpersonal, intrapersonal, natural, dan
moral atau spiritual. Teori Gardner ini menjadi pegangan bahawa setiap orang memiliki bakat
unik dan berbeza. Pandangan ini turut disokong oleh Robert Stenberg (Abu Yazid,2016) yang
mengusulkan kerangka Triachric Theory of Intellingences yang mengatakan wujud tiga lagi
komponen tambahan kepintaran dan bakat (intelligence) selain domain intelektual iaitu
analitikal, sintetik dan praktikal. Keseimbangan daripada ketiga-tiga komponen ini penting
dalam kemenjadian individu yang cemerlang dan berjaya dalam hidup dan dianggap sebagai
seseorang yang pintar dan berbakat.
Pelajar pintar cerdas merupakan satu aset yang bernilai bagi sesebuah negara.
Kegagalan membantu pelajar pintar cerdas bagi memperkembangkan potensi dan bakat mereka
adalah satu kerugian yang besar kepada negara dan masyarakat keseluruhannya. Falsafah
Pendidikan Negara bermatlamat untuk memperkembangkan potensi individu pelajar secara
menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sebagai seorang

5
NORLINA BINTI GAPARE (GP05595)
[GGGC6033] ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

pendidik yang melihat dimensi pintar cerdas dan berbakat ini dalam sistem pendidikan, usaha
yang dilakukan mestilah mengambil kira potensi dan keperluan setiap individu pelajar. Setiap
individu pelajar yang normal semenjak dari usia bayi telah memiliki potensi dan bakat yang
boleh dikembangkan dan dipertingkatkan. Pendedahan awal dan penerimaan pelbagai sumber
maklumat akan memberi impak yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal,
kognitif, psikomotor dan emosi mereka.
Faktor persekitaran seperti budaya keluarga, sumber keluarga, taraf sosio-ekonomi,
pendedahan dan peluang merupakan faktor yang penting untuk mempercepatkan
perkembangan. Antara faktor yang penting termasuklah guru yang memahami dan persaingan
budaya sekolah. Budaya sekolah yang tidak mementingkan persaingan secara tidak langsung
menjejaskan perkembangan mereka. Budaya yang lain termasuklah disiplin, keterbukaan,
hubungan guru-pelajar dan budaya aktiviti ko-kurikulum. Walaupun pelajar pintar-cerdas yang
popular dan memiliki konsep kendiri yang positif juga menghadapi masalah-masalah yang
tertentu. Masalah-masalah ini adalah akibat keistimewaan yang ada pada mereka dan faktor
persekitaran seperti kesedaran masyarakat yang rendah, guru yang tidak sensitif dan tidak
prihatin.
Pengajaran guru yang tidak mencabar pemikiran mereka akan menyebabkan mereka
cepat rasa jemu dan bosan, seterusnya akan mengurangkan minat belajar. Personaliti pelajar,
khususnya watak, perangai, tingkah laku dan cara gaya pembelajaran mereka perlu difahami
oleh guru bagi merancang strategi pengajaran yang sesuai. Hal ini demikian, jika teknik dan
kaedah pengajaran yang sesuai diterapkan, kanak-kanak ini akan menunjukkan keupayaan
prestasi yang tinggi dari segi intelek, kreativiti, seni atau memiliki keupayaan kepimpinan yang
luar biasa, atau cemerlang dalam bidang akademik yang khusus. Berdasarkan pendapat saya,
guru seharusnya diberikan pendedahan yang banyak untuk menangani perkara ini agar sesi
PdPc tidak membosankan murid pelajar pintar cerdas dan berbakat.
Manusia menunjukkan perbezaan Individu yang lebih luas dibandingkan dengan
hidupan lain. Perbezaan ini dengan jelas membeza bezakan antara seorang dengan seorang yang
lain. Sifat Perbezaan Individu inilah yang menggandakan lagi potensi seseorang manusia dalam
sesebuah komuniti dan masyarakat. Persaingan ini merupakan perangsang kemajuan
peradaban. Perkembangan yang menyeluruh adalah sangat penting bagi golongan ini sebagai
faktor pelindung. Kepentingan kaunseling di sini bukannya untuk memahami masalah mereka,
tetapi membantu mereka memahami tentang diri mereka. dan ini mungkin disebabkan oleh
perkembangan kecerdasan intrapersonal yang tidak matang.

6
NORLINA BINTI GAPARE (GP05595)
[GGGC6033] ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Secara umumnya, sebenarnya tiada satu pun pengajaran khas yang boleh dianggap
sebagai pendekatan yang mantap untuk digunakan oleh seseorang guru. Seseorang guru
seharusnya mempunyai pemikiran yang kreatif untuk menarik minat seseorang pelajar pintar
cerdas dan tidak menggunakan kaedah pengajaran tradisional. Murid pintar cerdas didapati
bahawa mereka mudah berasa bosan dan kecewa dengan suasana di sekolah kerana kebanyakan
guru yang mengajar menggunakan kaedah tradisional, yang umumnya kurang memahami
kehendak dan cita rasa mereka.
Berdasarkan pendapat di atas, sebagai seorang guru yang kreatif dan inovatif, terdapat
beberapa pendekatan yang sesuai dalam pengajaran guru dalam menghadapi murid pintar
cerdas dan berbakat ini. Salah satu pendekatan antaranya seperti pendekatan koperatif.
Pendekatan koperatif merupakan pendekatan yang berpusatkan kepada murid. Pendekatan ini
memerlukan para pelajar bekerjasama untuk menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan oleh
guru. Persekitaran yang membina ini akan menyebabkan pelajar pintar cerdas lebih
bersemangat dan tidak bosan. Hal ini disebabkan, pelajar-pelajar pintar cerdas ini
berkemungkinan akan mengalami kekecewaan jika mereka tidak mendapat galakan dan
rangsangan yang mencabar dalam bilik darjah. Oleh itu, guru wajar menyediakan PdPc yang
tidak hanya menguji intelek pelajar tetapi menyentuh aspek perkembangan lain seperti
bersosialisasi, berkomunikasi, emosi, dan tingkah laku. Malahan, pendekatan koperatif ini
merupakan salah satu aspek yang membawa kepada persekitaran abad ke-21.
Selain itu , pendekatan inkuiri ini juga sesuai digunakan oleh guru untuk mengajar
murid pintar cerdas dan berbakat ini. PdPc berasaskan pendekatan inkuiri juga merupakan suatu
pendekatan yang merujuk kepada pendekatan berpusatkan murid. Pendekatan ini memerlukan
murid membuat penerokaan terhadap tugasan yang telah diberikan oleh guru. Pendekatan ini
sangat sesuai kepada murid pelajar pintar cerdas kerana mereka sukakan cabaran untuk menjana
pengetahuan mereka. Aktiviti-aktiviti dirancang sesuai dengan tahap murid agar berpeluang
melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Hal ini akan menyebabkan pelajar pintar
cerdas akan berkongsi pengetahuan, memupuk nilai-nilai murni, bertimbang rasa dan
mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain
dalam kumpulan.
Kekurangan idea dan strategi yang sesuai dalam mengendalikan murid pintar cerdas
mungkin berpunca daripada kekurangan pengetahuan dan kemahiran guru pelajar aliran
perdana untuk mengendalikan murid ini. Justeru, pendekatan kolaboratif boleh diketengahkan
iaitu hubungan kerjasama antara guru pendidikan khas dengan guru aliran perdana. Guru guru
ini boleh bekerjasama dalam proses penyediaan rancangan pengajaran, objektif, aktiviti yang

7
NORLINA BINTI GAPARE (GP05595)
[GGGC6033] ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

sesuai untuk pelajar ini. Tambahan pula, pendekatan ini sangat penting kerana suasana PdPc
yang tidak kreatif akan menyebabkan murid pintar cerdas hilang minat untuk belajar. Oleh itu,
kerjasama ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru tersebut.
Kaedah bermain adalah kaedah pembelajaran yang mendekatkan diri pelajar kepada
pengalaman sebenar secara langsung, terutama apabila mengajar konsep atau kemahiran.
Apabila digunakan secara berkesan, ia boleh menambah respons murid dan kepekaan kepada
perasaan orang lain, iaitu murid tidak akan dapat memahami atau mengaplikasikan prinsip yang
dipelajari dengan berkesan dan bermakna kecuali diberi peluang menyaksikan sendiri situasi
sebenar dan menilai hasil aplikasi mereka dalam situasi bermasalah. Murid berpeluang dan
boleh mempertingkatkan kebolehan empati, menambah kepekaan proses interaksi dan memiliki
kebolehan menganalisis situasi secara objektif. Dengan kata lain, pengajaran guru yang
memberi muridnya peluang untuk kolaboratif antara satu sama lain sememangnya dinanti-
nantikan oleh murid pasca merdeka ini.
Selain daripada pendekatan-pendekatan yang boleh digunakan untuk diberi perhatian
kepada murid yang memiliki ciri pintar cerdas dan berbakat, pendedahan kepada aktiviti
kokurikulum juga penting untuk menyeimbangkan kebolehan IQ dan fizikal mereka. Matlamat
utama Falsafah Pendidikan Negara adalah untuk melahirkan insan yang seimbang daripada segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selaras dengan keperluan negara, sekolah bukan sahaja
perlu melahirkan pelajar yang intelek malah pada masa yang sama sekolah perlu membekalkan
pelajar yang sihat, produktif dan berperibadi mulia. Tambahan lagi, nilai kepemimpinan dapat
dipupuk apabila pelajar bergiat cergas dalam kegiatan kokurikulum. Kegiatan kokurikulum
yang lebih berbentuk kerja berpasukan di samping pelajar-pelajar membuat keputusan sebulat
suara sesama sendiri untuk merancang dan mengendalikan kegiatan-kegiatan persatuan dan
badan beruniform mengikut kebolehan serta kemahiran mereka. Jadi, jelas terbukti bahawa
kegiatan kokurikulum dapat mengasah nilai kepemimpinan dalam diri pelajar kerana pelajar
hari ini ialah bakal pemimpin negara hari esok.
Rumusannya, melalui beberapa pendekatan-pendekatan dan pendapat yang telah
dikemukakan di atas jelas menunjukkan bahawa murid pintar cerdas dan berbakat ini perlu
diberi perhatian. Hal ini kerana negara kita memerlukan golongan ini untuk memacu
pembangunan negara dalam semua bidang yang mereka ceburi. Tujuan program ini bukannya
untuk mengasingkan pelajar yang memperoleh pencapaian tinggi daripada pelajar biasa. Tetapi
lebih kepada memenuhi keperluan pendidikan pelajar yang pelbagai dan membantu mereka
mengatasi masalah pendidikan dan sosio-emosi yang dihadapi. Ini dapat mengurangkan beban
guru biasa dan mengatasi kepincangan pendidikan akibat perbezaan antara pelajar. Sewajarnya,

8
NORLINA BINTI GAPARE (GP05595)
[GGGC6033] ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

kita harus menjaga individu ini bukan hanya dalam akademik tetapi juga dalam aspek emosi,
akhlak, dan jati diri mereka. Oleh itu, kita berharap agar para cendekiawan Malaysia merintis
usaha - usaha untuk menyelamatkan permata ini daripada hilang dalam peredaran masa.

9
NORLINA BINTI GAPARE (GP05595)
[GGGC6033] ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Rujukan :

Pati Anak Aleng. 2014. Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan. Pts
Akademia. Selangor

http://zonbayang2.blogspot.my/2015/11/cabaran-dan-pendekatan-pengajaran-
dalam.html

http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/pendidikan-kelas-abad-ke-21-1.367783

https://docs.google.com/document/d/1j9x7kwhp0hihB95AA-VnIn0gU5-
OAIH6eNeh_oP4fb8/edit?hl=en_GB

10
NORLINA BINTI GAPARE (GP05595)
[GGGC6033] ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

c) dan Berbakat

11
NORLINA BINTI GAPARE (GP05595)

Anda mungkin juga menyukai