Anda di halaman 1dari 53

Kuliah 11a

GURU SEBAGAI AGEN


PERUBAHAN
Pengenalan
Definisi agen?
Bahan atau organisma yang dapat mempengaruhi
atau dapat memberi kesan kepada tindak balas.

Definisi Perubahan?
Perubahan merupakan antara satu konteks di
mana berlakunya sesuatu yang berlainan dari yang
asal.Perubahan yang berlaku adalah baik atau
punsebaliknya.

Guru sebagai agen perubahan adalah individu atau seseorang yang


berperanan untuk mempengaruhi sasaran perubahan agar mereka
mengambil keputusan sesuai dengan arah yang dikehendakinya
(Syaiful, 2014).
Guru sebagai agen perubahan
1
Sebagai seorang guru, perlu menunjukkan sikap dan
sahsiah yang baik supaya menjadi role model kepada
pelajar

2 Peranan guru sebagai agen perubahan di dalam mahupun


di luar sekolah memberi pengaruh yang besar kepada
pelajar berdasarkan tingkahlaku seseorang guru

3 Guru dianggap sebagai individu yang mampu untuk


membangkitkan perubahan yang positif dalam kehidupan
manusia.

4 pengaruh profesionalisme dalam diri guru akan memberi


kesan yang besar dalam konteks sosial, jadi guru
haruslah bersikap berdikari dan sentiasa konstitutif
dalam apa jua keadaan
Ciri-ciri seorang guru sebagai agen
perubahan
(Menurut bahagian sumber pendidikan, kementerian pendidikan Malaysia)

Mengesan Perkembangan
Menguasai subjek Murid dan menyokong
(kandungan Kukurikulum) Menggunakan Teknologi
Psikologi Pembelajaran
Terkini

Mahir dan berketerampilan Memiliki Kemahiran


dalam pedagogi Kaunseling
Mohamad et. al (2010) melakukan kajian mengenai peranan sekolah dan guru
dalam pembangunan nilai yang mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Antara elemen yang dinyatakan adalah:

Bersifat mulia. Bersifat mulia merujuk kepada sahsiah seseorang guru. Guru yang
bertindak sebagai agen perubahan pelajar perlu memperkemaskan dan menunjukkan
sahsiah yang baik terlebih dahulu supaya murid dapat mencontohi keperibadian guru
(Dolhan, 2010).
Berpandangan progresif dan saintifik. Guru berperanan meningkatkan kemampuan
murid dalam berfikiran lebih kehadapan dan mempunyai kaedah yang sistematik
dalam mencapai matlamat pada masa hadapan (Marlina, 2013)

Menjunjung aspirasi negara. Guru sebagai agen perubahan kepada murid akan
menyemai keyakinan pelajar dalam mencipta kehendak dan keinginan yang tinggi
dalam mencapai kejayaan pada masa akan datang (Idrisa, 2012).

Guru menjadi galakan kepada murid untuk sentiasa menyanjung warisan kebudayaan
negara.Guru yang sentiasa menghayati warisan kebudayaan negara yang unik ini
akan menceritakan mengenai kebudayaan di dalam bilik darjah agar murid sentiasa
mengetahui kebudayaan yang ada di Malaysia(Hassan, 2010)
Bagaimana seorang guru boleh mempengaruhi
kehidupan pelajar
Dari segi personaliti, guru perlu meningkatkan hubungan
1 mesra dan menerima pelajarnya tanpa mengambil kira
latar belakangnya.
Guru yang sentiasa berfikiran negatif akan merendahkan
2 motivasi pelaajr.

Sikap yang ditonjolkan oleh guru mudah dipengaruh oleh


3
pelajar. Guru perlu menujukkan sikap yang baik.

4 Pelajar boleh dibantu dengan meningkatkan nilai nilai


murni melalui aktiviti pembelajaran yang diterapkan.
3 KEMAHIRAN GURU ABAD KE 21
Kemahiran Berkomunikasi Kemahiran Berkomunikasi
Kamahiran Menggunakan
Kemahiran kerja berpasukan
Teknologi
Kemahiran Merancang dan Kemahiran Keusahawanan
mengelola aktiviti Kemahiran Kepimpinan
Kemahiran berkerja dalam organisasi
Kemahiran menyelesaikan masalah
Kemahiran Mengurus, Memilih dan
menganalisis
Kemahiran Menggunakan Idea
Kemahiran Memahami budaya

Kemahiran kritis
Kemahiran Menaakul
Kemahiran Kreatif
Strategi berfikir
3 BENTUK PERUBAHAN YANG PERLU
DILAKUKAN
OLEH SEORANG GURU DALAM PDPC

Guru perlu membuat perubahan Guru harus menerapkan pdpc


dalam penggunaan kaedah pdpc dengan menggunakan pendekatan
yang berpusatkan guru kepada dan bahan bahan terkini agar dapat
berpusatkan murid memberikan kesan yang psoitif
Guru perlu membuat perubahan kepada pelajar.
dalam penggunaan sumber dan
bahan bantu mengajar iaitu
menggunakan sumber teknologi
maklumat dan komunikasi untuk
untuk memantapkan pengajaran
dalam bilik darjah.
PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN
BAGI MEMENUHI KEPERLUAN KEMAHIRAN ABAD KE-21 DALAM PDPC.

Mengembangkan pelbagai langkah pengajaran


demi peningkatan pencapaian murid dan
seterusnya berusaha untuk memenuhi permintaan
baru abad ke 21

Kualiti guru sangat diperlukan dengan menguasai


kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah,
mempunyai kreativiti, inovasi, komunkasi dan
koloboratif yang dapat digunakan dalam
perkhidmatannya di sekolah

Guru sebagai agen perubahan kepada murid


perlu memberi impak yang positif terhadap
sahsiah diri murid dan membantu menerapkan
Guru yang berkemahiran abad ke-21 bukan sahaja dapat nilai-nilai murni supaya dapat ditunjukkan kepada
menarik minat pelajar untuk belajar tetapi secara tidak keluarga dan masyaraka
langsung memperbaiki pengajaran antara guru serta murid.
GURU BERKUALITI VS GURU TIDAK BERKUALITI

Proaktif Tidak yakin

Optimis dan Pesimis


bermotivasi

Sistematik Autokratik
dan kreatif
PELAJAR

RAKAN SEKERJA

GURU SBG AGEN


PERUBAHAN
MASYARAKAT

SISTEM PENDIDIKAN
GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN KEPADA
PELAJAR

Membentuk murid yang seimbang


 Intelek
 Rohani
 Emosi
 Jasmani

Guru merupakan pengaruh yang terbesar dalam kehidupan pelajar. Pendidikan pada masa kini
berkembang dengan pesat dan fungsi pendidikan dalam melahirkan generasi gemilang menjadi
semakin mencabar namun guru perlu bersikap profesional dan perlu sentiasa bersedia menggalas
tanggungjawab membangunkan insan seiring dengan keperluan semasa.

Fredriksen dan Rhodes (2004) menyatakan bahawa hubungan antara guru dan pelajar boleh
memberi kesan terhadap pembelajaran pelajar dan pencapaian akademik.
GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN KEPADA
PELAJAR

Mengubah sikap dan minat murid ke arah yang lebih baik


 Pelajar datang dengan pelbagai personaliti sikap dan minat
 Guru perlu memainkan peranan penting dalam usaha mengubah personaliti, sikap dan
minat pelajar ke arah yang lebih baik dalam usaha melahirkan generasi kelas pertama.
 Membentuk sikap dan minat bukan satu perkara yang mudah. Oleh itu, guru perlu
betul-betul mengenali pelajar dan sentiasa membimbing mereka secara berterusan.

Fleisher (2005) juga berpendapat bahawa hubungan rapat antara guru dan pelajar
memainkan peranan penting dalam menentukan minat pelajar terhadap pelajaran yang
diajar dan mempengaruhi guru untuk memilih strategi pengajaran untuk menarik minat
dan meningkatkan komitmen pelajar mereka terhadap pelajaran.
GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN KEPADA
PELAJAR

Membentuk murid yang berakhlak dan bermoral


 Modal insan kelas pertama digambarkan sebagai insan yang mempunyai pengetahuan yang tinggi
dan berakhlak.
 Guru perlu bijak mengolah topik pembelajaran dan mengaitkannya dengan unsur-unsur kerohanian
dalam membentuk sikap yang baik dalam diri pelajar berasaskan nilai yang mulia.
 Tanpa mengira subjek dan batas agama, perkara ini sangat penting dalam memberi nilai terhadap
semua ilmu yang disampaikan di dalam kelas supaya pelajar dapat memahami bahawa setiap ilmu
mengajar mereka sikap dan nilai yang terpuji dalam menjadi manusia yang berjaya di dunia dan
akhirat.

Kajian How (2007) : Kajian beliau mendapati faktor yang paling dominan yang mendorong pelajar
ponteng sekolah adalah disebabkan oleh faktor guru.
Kajian ini menunjukkan bahawa guru merupakan agen perubahan terhadap sikap dan tingkah laku
murid di sekolah.
GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN KEPADA
PELAJAR

Bagaimana guru perlu bertindak sebagai agen


perubahan dalam diri pelajar?
 Menjadi contoh yang baik kepada pelajar
- Personaliti
- Keperibadian
- Komunikasi
 Guru perlu prihatin dan mengambil berat tentang pelajar.
 Sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada pelajar
 Guru sebagai pengajar, rakan dan ibu bapa pelajar.
GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN KEPADA
MASYARAKAT

• Guru merupakan satu pekerjaan yang


dipandang tinggi oleh masyarakat.
• Peranan guru bukan sahaja mendidik secara
formal di sekolah tetapi juga mendidik secara
tidak formal di luar sekolah.
• Guru sebagai agen perubahan kepada
masyarakat di sekelilingnya.
GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN KEPADA
MASYARAKAT

Antara peranan guru dalam masyarakat:


 Berperanan sebagai pemimpin dan menjadi contoh yang baik kepada
masyarakat.
 Memberi pandangan dan nasihat tentang masalah yang timbul dalam
masyarakat.
 Menjadi agen perubahan dengan membawa nilai murni dalam
masyarakat
 Memainkan peranan memberi maklumat tentang aktiviti-aktiviti dan
perkembangan dunia pendidikan kepada masyarakat.
GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN KEPADA
MASYARAKAT

Bagaimana guru perlu bertindak sebagai agen perubahan dalam


masyarakat?

 melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat


 menjadikan sekolah sebagai pusat ilmu
 mendekatkan sekolah dengan masyarakat
 memberi ilmu pengetahuan kepada masyarakat
 meningkatkan mutu kehidupan masyarakat dengan memperkenalkan
ilmu terkini seperti teknologi semasa.
GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN KEPADA
RAKAN GURU

Guru sebagai agen perubahan kepada guru yang lain


antaranya:
 Memberi teguran dan pandangan yang bernas tentang
masalah yang dihadapi rakan sekerja
 Memberi tunjuk ajar kepada guru-guru lain tentang perkara
tertentu
 Mengubah sikap dan personaliti rakan sekerja
 Meningkatkan mutu kerja dan prestasi sekolah
GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN KEPADA
RAKAN GURU

Bagaimana guru perlu bertindak sebagai agen


perubahan kepada rakan guru?
 Sentiasa menjadi contoh dan teladan kepada guru-guru lain
Ramah, baik hati, tegas, yakin, bertanggungjawab, adil, bersikap terbuka dan berfikiran positif adalah
antara sikap yang perlu ditonjolkan oleh seorang guru (Juliyana Suparman, 2007).
 Sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan memberi dorongan kepada
rakan sejawat
 Mengambil berat tentang kawasan tempat kerja dan rakan-rakan
 Membina hubungan yang harmoni dan damai di sekolah
 Melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah
GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN KEPADA
SISTEM PENDIDIKAN

Menyumbang kepada kebolehpasaran pelajar.


Memastikan sistem atau dasar yang dilaksanakan berkesan
kepada pelajar.
Guru sebagai agen perubahan perlu sentiasa bersedia
dengan kepelbagaian pelajar dan tuntutan sistem
pendidikan semasa.
Guru penggerak usaha membangunkan sistem pendidikan
negara
GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN KEPADA
SISTEM PENDIDIKAN

Bagaimana guru perlu bertindak sebagai agen


perubahan kepada sistem pendidikan?
 Memastikan diri sentiasa bersedia dengan ilmu dan pengetahuan dunia
terkini
 Mengubah strategi pengajaran agar seiring dengan tuntutan semasa
 Meningkatkan kemahiran teknologi dan mempelbagaikan sumber
pembelajaran dan pengajaran
 Memastikan pelajar yang dilahirkan bertepatan dengan kehendak sistem
pendidikan
GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN KEPADA
SISTEM PENDIDIKAN

Cabaran guru sebagai agen perubahan


 Perkembangan teknologi dan kemajuan pelajar abad ke-21
 Tahap pemikiran pelajar yang jauh lebih moden dan pintar dengan kemudahan
pendidikan yang mapan.
 Perubahan dasar yang terlalu drastik bagi memenuhi keperluan pendidikan negara
 Kemahiran dan kaedah pengajaran yang semakin berkembang dan memerlukan
guru sentiasa bersiap sedia dengan pelbagai idea pengajaran yang baru
 Kebolehpasaran pelajar yang menumpu kepada kemahiran teknologi menyebabkan
guru perlu memastikan pengajaran mereka diintegrasikan dengan kemahiran
komputer yang baik.
MANFAAT PERUBAHAN KEPADA
Sesama Guru

 Menurut Rashidy Jamil al-Rashid (2011), bagi meningkatkan kualiti


peribadi seorang pendidik, pendidik seharusnya membersihkan jiwanya
terlebih dahulu sebelum membimbing manusia.
 Guru saling merefleksi amalan pengajaran serta personaliti rakan guru
demi perubahan yang lebih positif
 Melihat semula matlamat, tujuan dan arah bimbingan kepada pelajar
(Wan Mohd. Noor, 2005)
 Peningkatan kualiti pengajaran serta amalan mengajar melalui
perkongsian pintar dalam kalangan guru
 Guru novis dan rakan guru akan lebih bermotivasi untuk berkhidmat
dengan lebih baik dan ikhlas (Jahangir Mahmud, 2010)
MANFAAT PERUBAHAN KEPADA
Pelajar

• Perubahan dari segi tahap pemikiran pelajar – mengubah sudut


pandang pelajar tentang kepentingan ilmu pengetahuan
• Untuk meningkatkan motivasi pelajar – menyuntik semangat
dalam diri pelajar untuk lebih bersungguh dan berusaha
• Perubahan dari segi personaliti pelajar – mencungkil bakat dan
kemahiran dalam diri
• Perubahan pencapaian akademik pelajar - membantu pelajar
memperoleh keputusan akademik yang lebih baik (Stronge et. al.,
2011)
• Perubahan dari segi pembelajaran – gaya belajar yang lebih
berkesan dan sesuai dengan keupayaan pelajar
MANFAAT PERUBAHAN KEPADA
Pelajar

• Perubahan tingkah laku dan disiplin pelajar – guru menyemai


sikap menghargai masa serta lebih berdisiplin (Choong, 2008)
• Guru memberi impak yang besar kepada kehidupan pelajar
kerana kebanyakan pelajar menganggap guru sebagai role
model. Setiap personaliti yang ditunjukkan oleh guru akan
diikuti oleh pelajar dan mereka akan mempraktikan dalam
kehidupan dari segi penampilan guru tersebut mempengaruhi
pelajar
MANFAAT PERUBAHAN KEPADA
Ibu Bapa & Masyarakat

 Ibu bapa dan masyarakat berperanan membantu guru sebagai ‘agen’ ketika
pelajar berada di luar kawasan sekolah
 Ibu bapa dan masyarakat dapat melihat kepentingan ilmu pengetahuan dalam
mencorak masa depan murid dan mengubah kehidupan mereka pada masa akan
datang
 Mengubah persepsi dan sentimen ibu bapa dan masyarakat di luar bandar yang
merasakan pendidikan tidak mampu mengubah ‘takdir’ anak mereka, cth: anak
kepada seorang nelayan/petani
 Mengubah pandangan ibu bapa yang merasakan anak mereka telah dibentuk
masa depannya, tanpa memerlukan pendidikan cth: anak kepada pemilik
perusahaan/perniagaan/syarikat
 Mengubah sentimen masyarakat agar lebih cenderung untuk ‘menjaga tepi kain’,
khususnya melibatkan masalah disiplin remaja kini
MANFAAT PERUBAHAN KEPADA
Sistem Pendidikan Negara

 Manfaat positif yang diterima pelajar, guru dan masyarakat hasil peranan guru
sebagai agen perubahan memberikan manfaat secara keseluruhan kepada sistem
pendidikan sedia ada
 Pelajar yang lebih positif dan terkawal sahsiahnya serta guru yang lebih bermotivasi
akan mewujudkan ekosistem sekolah yang lebih segar dan terancang
 Proses pembentukan pelajar berdasarkan FPK dapat direalisasikan, disokong
dengan sinergi daripada ibu bapa dan masyarakat
 Guru bersinergi bersama masyarakat untuk membasmi masalah keciciran pelajar,
masalah buta huruf serta masalah disiplin di sekolah dan luar sekolah
 Dasar-dasar pendidikan dapat dilaksanakan dengan baik oleh guru, difahami
dengan jelas oleh ibu bapa dan dilalui dengan jayanya oleh para pelajar.
CABARAN GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
DALAM KALANGAN GURU

 Guru yang kurang kompeten

Guru kurang cekap di dalam bilik darjah


 Syed Ismail & Ahmad Subki (2010) Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik,
sekiranya ejen yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin
disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya.
Potensi guru yang tidak berkembang dan tidak seimbang
 Guru pada masa kini perlu mempunyai potensi yang tinggi dalam menyeimbangkan
kemahiran mengajar dan kemahiran abad ke-21. KPM (2013) menyatakan bahawa
pihak kementerian menghadapi cabaran untuk memastikan guru yang dilahirkan
benar-benar berkualiti dan mampu menangani pencapaian kurikulum secara
berkesan.
CABARAN GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
DALAM KALANGAN GURU

 Keterbukaan Guru dalam Menerima Kekurangan Diri – Di samping mengajar, guru


juga belajar perkara baharu sepanjang profesionnya. Adalah sesuatu yang sukar untuk
guru bertindak sebagai agen perubahan, terutamanya dalam membentuk rakan
sekerjanya sendiri untuk menjadi yang lebih baik.

 Profesionalisme dalam Bertugas – Dalam menjalankann tugas sebagai agen


perubahan, profesionalisme dalam kalangan guru adalah amat penting. Demi
kebaikan bersama untuk menjadi pendidik berkualiti, tiada salahnya jika seorang guru
novis memberi cadangan kaedah pengajaran terkini kepada seorang guru
berpengalaman. Walaupun berbeza tahun mengajar dan umur, profesionalisme dalam
bertugas harus diutamakan dan segala yang baik haruslah dikongsi demi kebaikan
bersama.
CABARAN GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
PELAJAR

 Pelajar menunjukkan sikap negatif terhadap guru – pelajar remaja sudah berani
menunjukkan penentangan dan kekerasan secara terang-terangan seperti
mencederakan guru dan merosakkan harta benda guru
 Pelajar tidak termotivasi untuk belajar disebabkan pengaruh persekitaran –
Kemiskinan keluarga, konflik ibu bapa dan motivasi dalaman yang sangat rendah
menyebabkan guru gagal merubah pelajar terbabit

 Pelajar yang tidak memiliki rasa hormat kepada guru – Pelajar generasi Z didedahkan
dengan maklumat hujung jari yang, ada kalanya, melebihi pengetahuan guru ATAU
anak kepada golongan berpangkat tinggi yang memandang rendah kepada guru,
menyebabkan usaha ke arah perubahan tingkah laku dan motivasi pelajar tidak dapat
dilakukan
CABARAN GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
IBU BAPA

 Ibu bapa yang tidak mementingkan pendidikan – Terdapat sesetengah ibu bapa yang
mempunyai pandangan yang sempit dan tegar tentang pendidikan, dan persepsi
negatif itu mempengaruhi anak mereka untuk mengabaikan pelajaran
 Ibu bapa yang terlalu memanjakan anak – Senario kini menyaksikan ibu bapa yang
terlalu memanjakan anak. Tidak dinafikan ada guru yang menghukum melebihi apa
yang sepatutnya, namun tindakan ibu bapa yang menyerang sekolah dan menumbuk
guru seolah memberi galakan kepada kelakuan negatif anak-anak.

 Ibu bapa yang memiliki sentimen – Terdapat ibu bapa yang memiliki sentimen
terhadap sekolah/guru tertentu, cth: segelintir ibu bapa Cina tidak menitik beratkan
pelajaran BM kepada anak mereka kerana ‘anak saya akan dihantar ke Singapura atau
Taiwan, tidak perlu BM’.
CABARAN GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
MASYARAKAT

 Masyarakat hanya menganggap guru sebagai pengajar di sekolah sahaja - Rizuan


Khamis (2012), Banyak persepsi yang melingkari profesion keguruan, antaranya
tanggapan yang menyatakan bahawa profesion keguruan sebagai mudah dan tidak
memeningkan kepala, namun menjanjikan gaji yang memuaskan.
 Masyarakat mula memandang serong terhadap guru kerana gejala negatif yang
dilakukan oleh segelintir guru – Kes salah laku guru seperti jenayah rogol (Kosmo,
2009; Sinar Harian, 2012) dan kes kebocoran soalan peperiksaan menyebabkan
masyarakat mula mempertikai profesion guru (Sinar Harian, 2014)

 Media massa sering mengaitkan guru dengan perkara negatif walaupun kesalahan
tersebut bukan berpunca daripada guru – Media cetak dan elektronik sering
memaparkan perihal murid/pelajar yang dicederakan/dipukul oleh guru sehingga
lebam. Sebenarnya, berita ini bersifat berat sebelah kerana dalam kebanyakan berita,
tidak dinyatakan sebab pelajar itu dihukum.
ISU 1 – GURU SEBAGAI SURI TELADAN

Guru sebagai suri teladan. Jika salah laku guru


dipertontonkan di media, kredibiliti guru sebagai agen
perubahan akan tercalar. Guru bukanlah malaikat, namun
figura guru itu amat mulia di mata masyarakat
ISU 2 – DANA/SUMBER UNTUK PELAKSANAAN
• Suriyati Baharin & Suhaida Abdul Kadir (2013) pengurusan kewangan di sekolah rendah
kerajaan melibatkan aspek perancangan, penggunaan sumber kewangan, penerimaan sumber
kewangan, perbelanjaan, perolehan dan pengurusan asset.
• Shahril Marzuki (2005), bantuan persekolahan kerajaan adalah berdasarkan bilangan murid
sesebuah sekolah. Sekolah yang mempunyai kurang murid mengahadapi masalah dalam
jumlah peruntukan yang diterima kerana peruntukan diberi berdasarkan bilangan murid .

• Kekurangan sumber kewangan menyebabkan program untuk manfaat pelajar seperti program
motivasi, kem akademik dan sebagainya tidak dapat dilakukan
• Kekurangan kemudahan di beberapa sekolah (sekolah kecil/luar bandar) seperti jaringan internet,
kekurangan komputer dan alatan teknologi maklumat serta infrastruktur seperti bilangan makmal
yang terhad membataskan perancangan guru sbg agen perubahan
ISU 3 – BEBAN TUGAS GURU
ISU 4 – SIKAP IBU BAPA

Ibu bapa merupakan sumber utama kelakuan anak-anak.


Kerjasama ibu bapa – guru amat penting demi sahsiah anak-
anak. Perlu diingat bahawa membentuk tingkah laku positif
bukan tugas guru, sebaliknya ianya tanggungjawab ibu
bapa.
SOSIALISASI GURU, IBU BAPA & MASY
Guru bersosialisasi dengan ibu bapa dan masyarakat melalui:-
 Kegiatan setempat seperti aktviti kerja sosial, gotong royong, acara tertentu dsb
 Sekolah menganjurkan hari meraikan ibu bapa untuk mewujudkan hubungan yang
lebih erat antara ibu bapa dan masyarakat
 Penggunaan elemen teknologi seperti aplikasi EDMODO yang membolehkan ibu
bapa menyertai dan mengetahui aktiviti guru dan pelajar
 Mnyebarkan maklumat kepada ibu bapa tentang situasi pelajar masa kini, peranan
guru dan peranan ibu bapa serta kerjasama antara keduanya
ISU 5 – Pelajar Gangster

Guru masa kini menerima nasib yang agak malang, berbanding guru dahulu. Pada masa
dahulu, tindakan guru merotan atau menampar pelajar dianggap sebagai suatu pendidikan
tidak langsung. Masa kini, ada guru yang hampir mati dibelasah pelajar hanya kerana satu
teguran. Dalam situasi seperti ini, bagaimanakah guru dapat menjalankan peranan mereka
sebagai agen perubahan?
PENGAJARAN BERMOTIVASI
 Menggunakan elemen motivasi sebagai
penarik semangat pelajar untuk belajar
 PdPC dapat dicapai sepenuhnya jika
pelajar memiliki motivasi dalaman yang
tinggi

Pendekatan instrinsik –
Pendekatan ekstrinsik – faktor
PENGAJARAN dalaman/kesedaran diri
faktor luaran seperti
BERMOTIVASI pelajar. Cth: Guru
ganjaran. Cth: Jika
belajar dan lulus menerangkan manfaat @
peperiksaan, pelajar fungsi belajar dalam
akan memperoleh kehidupan pelajar secara
hadiah keseluruhannya
KAJIAN KES
Guru 1 Guru 3
• Nama : Mohamad Hasbi bin • Nama : Muhammad Effandi bin
Mohd Ibrahim
• Sekolah : Kolej Vokasional Pertanian • Sekolah : SMK Agama Keningau
Chenor • Pengalaman : 1 tahun
• Pengalaman : 8 tahun mengajar
mengajar

Guru 2 Guru 4
• Nama • Nama : Muhammad Rafiq bin Razali
: Norpizah binti Hashim
• Sekolah : SK Sentul Utama
• Sekolah : SMK Putrajaya Presint 14(1)
• Pengalaman : 19 tahun • Pengalaman : 5 tahun
• mengajar
mengajar
SOALAN 1
Apakah yang cikgu faham tentang guru sebagai agen perubahan?
Guru 1:
“Guru sebagai agen perubahan bermaksud guru menyampaikan ilmu kepada anak didik dengan harapan akan ada
perubahan dari segi pengetahuan, sikap dan intektual dalam diri mereka.”

Guru 2:
“Guru merupakan pelaksana kepada dasar pendidikan. Kementerian adalah pengubal dasar, jabatan pendidikan
menyampaikan kepada guru. Oleh itu guru perlu melakukan perubahan sekiranya dasar mengkehendaki perubahan
guru untuk menghasilkan pelajar yang berkualiti.”

Guru 3:
“Guru sebagai agen perubahan bermaksud guru adalah perantara utama dalam menyampaikan sesuatu maklumat
atau pengetahuan kepada para pelajar sehingga pelajar tersebut dapat diubah kepada insan yang lebih baik dengan
peranan yg dimainkan oleh guru tersebut di dalam kelas.”

Guru 4:
“Guru sebagai agen perubahan bermaksud guru adalah pemangkin kepada kemajuan negara kerana guru adalah
pembina modal insan yg menentukan naik turun sesebuah negara. Untuk melahirkan modal insan yang berkualiti,
guru juga perlu berubah menjadi seorang yang berkualiti kerana guru merupakan orang yang boleh merubah
SOALAN 2
Bagaimanakah cikgu bertindak sebagai agen perubahan kepada pelajar-
pelajar dan masyarakat?
Guru 1:
“Pada pandangan saya, cara yang paling mudah untuk menjadi agen perubahan kepada
masyarakat ialah dengan menjadi contoh yang baik kepada pelajar dan masyarakat. Sebelum
kita mengubah orang lain, diri sendiri perlu berubaha terlebih dahulu. Aura perubahan positif
akan mempengaruhi orang sekeliling kita. Proses ini memakan masa tetapi lebih berkesan.”

Guru 2:
“Untuk melahirkan generasi yang seimbang dan holistik guru perlu bertindak sebagai pendidik
bukan pengajar. Pendidik akan mendekati pelajar dengan strategi yang luar biasa untuk
membentuk generasi yang seimbang dan holistik. Masyarakat pula perlu memainkan peranan
dalam PIBG yang membantu pihak sekolah dalam membentuk insan yang seimbang bukan
diserahkan kepada sekolah dan guru sahaja.”
Guru 3:
“Sebagai seorang guru, kita haruslah sentiasa menimba ilmu pengetahuan baru yg seiring
dan mengikut keadaan semasa di dalam dunia yg serba global ini. Idea2 yg segar dan juga
menarik minat remaja semasa haruslah digunakan semasa sesi pengajaran &
pembelajaran. Selain itu, guru juga haruslah berperanan aktif dalam melatih dan
melibatkan para pelajar dengan aspek2 Jasmani Emosi Rohani Intelek dan Sosial sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum serta
dalam kehidupan seharian.”

Guru 4:
“Guru terlebih dahulu perlu holistik iaitu melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran
pedagogi dan pembelajaran yang terkini dan sesuai dengan tahap pelajar. Guru juga perlu
menjadikan pembelajaran lebih bermakna bukan sekadar mengejar gred A sahaja, malah
pembelajaran yang dibimbing oleh guru perlu terkesan di hati pelajar sehingga pelajar
bermotivasi untuk berjaya seterusnya melahirkan masyarakat yang gemilang.”
SOALAN 3
Sebagai agen perubahan, apakah halangan atau isu yang dihadapi oleh cikgu?

Guru 1:
“Melakukan perubahan atau untuk bersikap di luar kelaziman memang mencabar. Rakan-rakan
sekeliling atau masyarakat yang sudah terbiasa dengan amalan yang dilakukan akan merasa tidak selesa
melihat perubahan yang kita sedang lakukan kerana kita akan dianggap sebagai pelik kerana melakukan
di luar norma atau budaya di tempat itu. Selain itu, dalam mengubah atau mendidik pelajar, Ibu bapa
sekarang lupa bahawa tindakan selalu menangkan anak dan salahkan pihak lain di atas kesalahan yang
dilakukan oleh anaknya sendiri akan memberikan kesan kepada anak mereka nanti. Sepatutnya ibu
bapa kena dengar dari kedua-dua pihak dan membuat penilaian sebelum menyalahkan cikgu. Yang
mencorakkan kain putih (anak-anak) adalah ibu bapa itu sendiri, guru di sekolah hanya menambahkan
corak pada kain itu untuk cantikkan sahaja. Dan ibu bapa kena ingat apabila anak-anak ini jika selalu di
“back-up”, mereka akan menjadi lebih ‘besar kepala’ dan akhirnya ibu bapa yang akan menanggung
akibat. Guru-guru disekolah hanya bersama dengan pelajar paling lama pun 5 tahun dan ibu bapa akan
bersama dgn anak-anak mereka itu seumur hidup. Jadi, kalau anak-anak itu sudah tidak boleh dibentuk,
bersedialah untuk melayan anak-anak yang keras kepala itu di masa hadapan”
Guru 2:
Antara kekangan yang dihadapi untuk setiap perubahan adalah seperti dana untuk
menyokong program-program perubahan. Sebagai contoh, jika kita minta dana untuk
program ceramah, kekadang dapat, kekadang tak dapat. Kedua, insfastruktur untuk
melaksanakan perubahan tu kurang. Sebenarnya, untuk melakukan perubahan, banyak
benda kita perlu tengok. Bukan hanya bergantung kepada guru, tetapi tengok pada
kemudahan yang disediakan oleh pihak kementerian. Pelajar semakin moden, tetapi
sekolah tetap sama seperti 10 tahun lepas. Susah nak seimbangkan PdPC jika keperluan
di sekolah itu sendiri kurang. Masa yang terhad kerana masa guru banyak dihabiskan
untuk kerja pengkeranian. Ini isu yang paling serius dapat kita lihat sekarang. Guru perlu
membuat banyak kerja memasukkan data di sana sini dan data tersebut tidak pernah
habis. Jika masa guru dihabiskan dengan kerja-kerja ini, bila masa kita nak habiskan
dengan pelajar. Guru perlu sentiasa ada dan meluangkan masa dengan pelajar kerana
guru bukan sahaja pengajar tetapi guru juga merupakan kawan dan ibu bapa kepada
pelajar ketika di sekolah. Banyak yang kita boleh ubah dalam diri pelajar jika kita sebagai
guru sentiasa berada di samping pelajar dan mengambil berat tentang mereka.
Guru 3:
“Halangan-halangan yang dihadapi oleh guru adalah infrastruktur, jurang sosial dan juga
pengurusan tertinggi sekolah. Dalam soal infrastruktur, terutama di kawasan pedalaman Sabah
dan Sarawak, adalah sangat kekurangan. Jarak yang jauh menyebabkan capaian kabel internet
tidak dapat dihubungkan dengan kawasan sekolah menyebabkan pembelajaran abad ke-21 tidak
dapat dilaksanakan dengan sempurna. Untuk halangan jurang sosial pula, terdapat perbezaan
yang sangat ketara diantara pelajar bandar dan pelajar luar bandar dari segi pengetahuan
semasa. Jadi, pelajar luar bandar tidak dapat membahaskan isu-isu yang luar dari persekitaran
mereka sedangkan pengetahuan am tersebut akan digunakan untuk pelaksanaan KBAT yang
merentas kurikulum. Bagi halangan dari pengurusan tertinggi sekolah pula, kami guru-guru muda
yang baru tidak dapat melaksanakan idea-idea dan juga cara pembelajaran yang sedikit berbeza
dari cara pengajaran yang biasa dan kadangkala tidak mendapat sokongan daripada pengurusan
tertinggi sekolah, terutama jenis sekolah seperti sistem sekolah agama atau sekolah jenis
kebangsaan yang bersifat sedikit tertutup dari dunia luar. Jadi untuk mencapai matlamat
pembelajaran yang lebih berkesan tidak dapat dilaksanakan.”
Guru 4:

“Halangan utama guru sebagai agen perubahan ialah sistem


pendidikan di Malaysia masih tidak sepenuhnya menggalakkan
guru sebagai agen perubahan sebaliknya keputusan peperiksaan
dan gred murid masih menjadi kayu ukur utama kemenjadian
murid. Sistem perlu diubah kepada pembelajaran yang lebih
bermakna barulah guru mampu menjadi agen perubahan yang
berkesan. Selain itu, pengurusan dalam profesion keguruan perlu
lebih sistematik dan dihormati kerana bukan semua orang boleh
menjadi cikgu. Ibu bapa atau masyarakat kurang hormat pada guru
sebab bagi mereka semua orang boleh menjadi pendidik dan
profesion perguruan tidak terlalu profesional pada pandangan
mereka. “
SOALAN 4
Pada pandangan cikgu, apakah kepentingan perubahan dalam
sistem pendidikan?
Guru 1:
“Pada pandangan saya, perubahan dalam sistem pendidikan adalah perlu untuk memastikan ia kekal
relevan dengan zaman, dan pelajar kita boleh bersaing dengan dunia luar. Namun, setiap perubahan
yang ingin dilakukan perlulah dibuat dengan sistematik dan dikaji dari semua sudut supaya perubahan
yang dibuat itu akan berhasil”

Guru 2:
Perubahan dalam sistem pendidikan adalah sangat penting untuk membentuk generasi yang berdaya
saing dalam alam pekerjaan. Pada masa kini, persaingan kebolehpasaran pelajar adalah sangat tinggi.
Oleh itu, sistem pendidikan kita perlu memenuhi segala keperluan dan kehendak semasa supaya
pelajar kita tidak ketinggalan di peringkat antarabangsa. Selain itu, sistem pendidikan perlu
membentuk generasi muda yang mempunyai jati diri seiring perubahan globalisasi. Perkembangan
teknologi dunia membawa pelbagai kesan kepada generasi masa kini. Maka, sistem pendidikan negara
perlu berkembang dan mampu memberi bimbingan yang mantap kepada generasi baharu masa kini
di samping membentuk generasi yang berketerampilan dari segi sahsiah rohani intelek dan jasmani.
Guru 3:
“Perubahan dalam sistem pendidikan adalah penting supaya sistem pendidikan negara kita
seiring dengan perkembangan semasa. Sistem pendidikan di negara kita hendaklah sentiasa
dinamik dan haruslah mengambil kira faktor perbezaan sosial terutamanya bagi pelajar-pelajar
di kawasan pedalaman sebelum merubah atau menggubal sesuatu dasar pendidikan yang akan
memberi kesan kepada masyarakat di luar bandar dan kawasan pedalaman. Selain itu,
perubahan yg dilakukan hendaklah benar-benar bebas daripada unsur-unsur dan kepentingan
individu atau politik serta hendaklah dilakukan oleh orang-orang yang berpengalaman yang
telah berkhidmat dalam sistem pendidikan itu sendiri. Sebarang perubahan haruslah dikaji dan
ditimbangtara sebelum dilaksanakan, juga perlu dilaksanakan secara tidak tergesa-gesa kerana
sistem pendidikan adalah satu program yang berterusan dan bukannya bersifat "one-off". Jadi
perubahan dasar atau sistem secara tiba-tiba hendaklah dielakkan bagi mengelakkan
kekeliruan dalam kalangan masyarakat, terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah.”
Guru 4:
“Perubahan dalam sistem pendidikan adalah sangat penting
kerana pendidikan adalah tulang belakang kepada kemajuan
sesebuah negara. Sistem pendidikan seharusnya mampu
melahirkan rakyat yang mampu menjadi ikon-ikon atau “role
model” yang berkemahiran di peringkat negara mahupun
antarabangsa. Sistem pendidikan di negara ini perlu menjadi
bahan rujuk kepada dunia dalam mencorak generasi muda
bukan sahaja dalam aspek akademik malah memupuk nilai
kerohanian dalam diri pelajar.”
Rumusan kajian kes
• Semua guru cakna tentang guru sebagai agen perubahan.
• Semua responden kajian menyatakan pelbagai cara atau tindakan guru sebagai agen perubahan
seperti:
 Personaliti, keperibadian, kemahiran, pedagogi guru perlu
 Guru perlu melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

• Cabaran yang dihadapi antaranya:


 Pandangan rakan sekerja yang tidak selesa dengan perubahan yang dibawa
 Ibu bapa pelajar yang tidak percaya dan hanya menyalahkan guru
 Kemudahan yang tidak lengkap dan tidak seiring dengan dasar pendidikan
 Idea dan pandangan guru baru dipandang rendah
 Pencapaian gred masih menjadi tanda aras kemenjadian pelajar.

• Semua guru menyatakan bahawa perubahan adalah penting dalam memastikan sisitem
pendidikan kekal relevan dalam melahirkan modal insan yang mampu bersaing di peringkat

Anda mungkin juga menyukai