Anda di halaman 1dari 3

( a )Bagaimanakah profesionalisme diri guru mampu meningkatkan dan mencari amalan terbaik

dalam pengajaran serta meneroka dan pembelajaran selaras dengan amalan refleksi?

1. Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan kerana mereka adalah pelaksana segala
dasar dan matlamat kurikukum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan
2. keupayaan guru bertaraf dunia
3. mempunyai kompetensi yang dipersyaratkan untuk melakukan tugas pendidikan dan
pengajaran-profesionalisme guru merangkumi beberapa aspek dalam proses pengajaran dan
pembelajaran seperti penilaian, komunikasi, penambahbaikan yang berterusan, pemikiran
kritikal, kepelbagaian, pembangunan manusia, kemahiran dan ilmu dalam pengajaran dan
pembelajaran.
4. profesionalisme guru merangkumi aspek kepakaran, kemahiran, kemampuan, pengetahuan,
sikap dan tingkah laku, nilai etika dan lain-lain yang ada dalam diri seseorang guru.
Profesionalisme guru yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah sikap, tingkah laku,
pengetahuan dan kemahiran guru dalam profesion keguruan.
5. melakukan pelbagai usaha untuk mencapai tahap profesionalisme yang sewajarnya. Usaha-
usaha yang boleh dilakukan adalah penambahan dalam ilmu pengetahuan dan aspek-aspek
penggunaan ilmu pengetahuan yang dapat membentuk dan mempertingkat profesionalisme
guru di sekolah. Begitu juga dengan pandangan Goodson dan Pik (2008) yang
menitikberatkan soal pernambahan pengetahuan profesionalisme ketika berada dalam
komuniti sekolah
6. profesionalisme guru mempunyai kaitan yang rapat dengan pembentukan kualiti hidup
sejahtera pelajar. Guru yang berprofesionalisme dapat menyampaikan pendidikan dengan
berkualiti, berkesan dan berupaya meningkatkan potensi pelajar. Guru yang berkualiti
mampu melahirkan insane berkualiti (Nur Hafizoh & Rohana, 2013).
7. profesionalisme guru dapat ditingkatkan melalui latihan dalam perkhidmatan supaya
membolehkan guru mengekalkan kemahiran, pengetahuan dan keupayaan untuk
menjalankan fungsi mereka sebagai pendidik dengan baik. Profesionalisme guru dan
kepimpinan guru mempunyai hubungan dan pengaruh yang positif.
8. Profesionalisme guru boleh dirumuskan sebagai merangkumi pengetahuan, kemahiran dan
nilai guru yang digunakan dalam perkhidmatan keguruan untuk kemerlangan sekolah dan
pelajar. Guru juga akan terus menerus meningkatkan keupayaan diri supaya selari mengikut
tuntutan zaman dan profesion mereka. Dengan cara ini mereka juga akan kekal berkualiti
bagi mendepani cabaran dalam sistem pendidikan.
9. Darling-Hammond (1999) dalam perkara ini mengesahkan wujudnya hubungan yang ketara
dan signifikan di antara kualiti guru dengan peningkatan akademik pelajar. Menurut beliau,
prestasi pelajar amat bergantung pada kompetensi guru seperti kebolehan lisan, kebolehan
menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan interaksi, kebolehan menggunakan soalan
aras tinggi serta kebolehan menggunakan idea-idea murid dan sebagainya
10. Abdul Raof Dalip (1993) yang menyatakan prestasi pelajar boleh diperbaiki dengan adanya
guru yang baik dari segi kualiti dan pendekatan pengajaran
11. pembangunan sistem pendidikan mengikut konteks Malaysia yang bertaraf dunia kini
menjadi fokus utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana sistem pendidikan
yang berdaya maju adalah amat mustahak dalam memperkukuh daya saing negara
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2011)
12. amanah dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada para pendidik dalam usaha
melahirkan insan pelajar yang cemerlang samada dalam bidang akademik mahupun dari
aspek peribadi dan amalan nilai-nilai murni
13. s mengekalkan kualiti mereka sepanjang tempoh perkhidmatan.
14. Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang digubal oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) juga
telah menentukan haluan matlamat serta aspirasi pendidikan guru iaitu guru berperibadi
dan berpekerti mulia, menjamin perkembangan individu, mempunyai pandangan yang
progresif, membina dan saintifik, bersedia menggalas wawasan negara, menjunjung tinggi
warisan kebudayaan negara dan memelihara masyarakat demikratik dan bersatu padu,
berdisiplin serta progresif (Bahagian Pendidikan Guru, 2012a)
15. Justeru untuk menjadi seorang guru profesional, tiga aspek penting perlu ditekankan dalam
diri seorang guru merangkumi aspek pengetahuan, pembentukan sahsiah serta kepakaran
(Al-Ghazali,
16. guru perlu mempunyai kemahiran dalam mengajar dan mengembangkan ilmu serta
membentuk amalan, sikap dan disiplin diri ke arah bersifat profesional.
17. mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu bidang di samping cekap dan pakar
dalam bidang pendidikan.
18. menguasai segala aspek yang bersangkutpaut dengan kemahiran mengajar dan
pengetahuan adalah supaya para guru dapat mengaplikasikan setiap perubahan kurikulum
yang berlaku dengan sempur
19. mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengajaran dan pelajaran yang hendak
disampaikannya (Ishak Mohd. Rejab, 1993).
20. menguasai pengetahuan berkaitan kemahiran yang diajar dalam bilik darjah serta memiliki
pengetahuan yang mantap mengenai kandungan subjek yang diajar (Habib Mat Som, 2008)
21. profesionalisme guru berdasarkan empat dimensi iaitu watak guru, komitmen untuk
berubah dan peningkatan berterusan, pengetahuan subjek dan pedagogi, dan kewajipan dan
hubungan kerja di luar kelas
22. Dasar pendidikan di Malaysia bergerak selari dengan perubahan pendidikan di seluruh
dunia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. PPPM 2013-2025
menjadi rujukan dan panduan kepada pendidikan di Malaysia, PPPM menjadikan budaya
kecemerlangan merupakan aspek yang perlu dicapai oleh kesemua sekolah di Malaysia
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Oleh itu antara kaedah untuk memastikan budaya
kecemerlangan ini berkembang ialah peningkatan profesionalisme dalam kalangan guru,
peningkatan profesionalisme adalah proses utama dalam bagi meningkatkan standard serta
kapasiti pertumbuhan dengan meningkatkan dasar dan amalan di semua bidang penyediaan
perkhidmatan awam, termasuk pendidikan (Evans, 2008
23. menguasai subjek masing-masing dan ilmu mempunyai ilmu pedagogi untuk memastikan
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik
24. Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan dan ilmu telah bertukar kepada guru
sebagai pemudah cara dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, agen perubahan dan
sumber inspirasi kepada murid. Oleh itu guru haruslah kreatif dan inovatif untuk menjadikan
sistem penyampaian menjadi lebih efektif, menarik dan menyeronokkan.

amalan refleksi:
1. refleksi pula merupakan suatu proses seseorang guru yang berusaha untuk mengingat
dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah dilaksanakan atau dialami,
menganalisis dan menilai kesannya, termasuk memikirkan cara membaiki dan
merancang dengan mengubahsuainya untuk digunakan dengan lebih berkesan pada
masa hadapan
2. berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai semula pengajarannya.
3. Calderhead (1989) yang mengkaji hasil kerja Handal dan Lauvas merumuskan bahawa
amalan refleksi dalam pengajaran membolehkan seseorang menilai keberkesanan
dirinya sebagai guru dan menyoal tujuannya.
4. seseorang yang mengamalkan pemikiran reflektif akan terhindar daripada bersifat
impulsif. Seseorang yang reflektif adalah lebih berhati-hati dan ini membolehkan guru
membuat keputusan dalam proses pendidikan
5. Seterusnya amalan reflektif juga membolehkan guru menjadi self-directed, iaitu
mempunyai tanggungjawab terhadap perkembangan kendir
6. amalan reflektif menghasilkan kemajuan kepada bakal guru melalui peringkatperingkat
perkembangan kognitif, perkembangan dari guru pelatih kepada guru terlatih dan
membolehkan mereka menganggap pengajaran dari perspektif yang lebih interpretif dan
kritikal .

7. Ringkasnya, dalam belajar mengajar, refleksi membolehkan seseorang guru: • membuat


penilaian kendiri • berfikir secara analitik, kritis dan kreatif • menganalisis perkara-
perkara penting proses bekerja dan hasil kerja • melihat alternatif-alternatif dalam
membuat keputusan • mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, moral,
nilai & estetika • mengubah tingkahlaku

8. 5.8.2. Profesionalisme keguruan Apa yang harus difikirkan secara kritis dan kreatif oleh
guru-guru untuk masa depan bidang perguruan ini ialah: • Meningkat ilmu pengetahuan
bidang kepakaran masing-masing seiring perkembangan ilmu semasa • Mendapatkan
bahan sumber ilmu daripada pelbagai sumber • Membudayakan amalan pengajaran dan
pembelajaran yang aktif dan berkesan • Sentiasa meletakkan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru di hadapan sebagai hala tuju
pendidikan negara • Memastikan usaha membentuk dan membina modal insan sentiasa
berterusan dan mencapai kejayaan. • Mengamalkan budaya berfikir aras tinggi (HOTS –
High Order Thinking Skill) selaras dengan anjakan-anjakan dalam Pelan Pembangunan
Pendidkan 2013 -2025

( b )Bagaimanakah peningkatan kualiti guru boleh


meningkatkan martabat profesion perguruan?

Anda mungkin juga menyukai