Anda di halaman 1dari 19

TUGASAN BAHAGIAN A : REFLEKSI TAJUK UNIT 3 : MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH Peranan kurikulum dalam pendidikan di Malaysia adalah

untuk mengembangkan potensi murid-murid dari segi intelek, jasmani, rohani dan sosial dengan secara seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang boleh membawa ke arah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara. Program KBSR terbahagi kepada dua tahap . Tahap satu (Tahun 1 hingga Tahun 3) menekankan penguasaan 3M dan Tahap dua (Tahun 4 hingga Tahun 6) memperkukuhkan semula penguasaan 3M serta pembinaan dan kandungan sains yang kukuh. Pengubahsuaian tertentu pada KBSR dilakukan pada Tahun 1994 supaya matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 dapat direalisasikan dengan lebih berkesan lagi. Guru-guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan kurikulum. Peranan mereka termasuk menginterpretasi, merancang, memodifikasikan, dan melaksanakan kurikulum. Untuk mencapai matlamat pendidikan ini, kandungan kurikulum sekolah iaitu Sukatan Pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dikuasai sepenuhnya oleh para guru. Di samping itu, guru harus mempunyai pengetahuan tentang ilmu kontan mata pelajaran pengkhususannya serta mempunyai ilmu kontan pedagogi termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain, mengendalikan pengajaran bagi pelajar-pelajar pelbagai kebolehan, dan mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif dan kreatif untu melaksanakan dan menjayakan kurikulum yang terbentuk. Di peringkat sekolah, peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan kurikulum meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif kurikulum dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut saranan kurikulum serta membuat penilaian untuk mengenal pasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar. Sehubungan dengan itu, menurut Salleh, Mohd Yusof dan Raja Ismail (2007) guru merupakan agen perubahan yang berperanan penting menyebarkan kurikulum kepada para pelajar dan sebagai agen penyambung amalan teori dan praktikal. Guru juga dikatakan 1

berpotensi mengubah sikap dan status pandangan murid terhadap sesuatu kandungan mata pelajaran. Sesi pengajaran seseorang guru perlu berpandukan kurikulum yang disediakan beserta dengan kepercayaan, nilai dan sikap guru tersebut untuk menterjemahkan kurikulum yang disampaikannya kepada para murid. Kepercayaan ialah sub-set tingkah laku yang digunakan untuk memberi penerangan dan memandu jenis-jenis tingkah laku. Pegangan nilai seseorang guru pula akan mempengaruhi pengajarannya berdasarkan apa yang memberi manfaat kepada murid. faktor yang paling dominan dalam konteks ini ialah sikap guru terhadap kurikulum yang merupakan faktor penentu kejayaan atau penghalang sesuatu hasrat kurikulum. Bermakna sikap guru akan menentukan jumlah usaha, ketekunan dan keputusan guru sama ada sesuatu kurikulum yang diajar itu terlaksana atau sebaliknya. UNIT 5 : MATA PELAJARAN DI SEKOLAH Kurikulum yang disemak semula memberikan penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, beretika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan. Struktur Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah tidak banyak berbeza darpad Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Ia juga terdiri darpada tiga bidang iaitu Bidang Komunikasi, Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Seterusnya, tiga bidang ini dibahagi kepada enam komponen yang terdiri daripada : (a) Kemahiran asas (b) Kerohanian, nilai dan sikap (c) Kemanusiaan dna persekitaran (d) Kemahiran hidup (e) Kesenian, rekreasi dan kesihatan (f) Kokurikulum Peruntukan masa di sekolah disesuaikan mengikut tahap iaitu sebanyak 1330 minit seminggu untuk Tahap I dan 1440 minit seminggu untuk Tahap II. Masa diperuntukkan mengikut keperluan mata pelajaran. Peruntukan masa ini tidak termasuk waktu rehat sebanyak 150 minit seminggu. Peruntukan masa untuk pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas dilebihkan di Tahap I untuk menentukan murid-murid menguasainya. Untuk 2

membolehkan murid mempelajari ilmu pengetahuan yang sepatutnya mata pelajaran Kemahiran Hidup, Sains dan Kajian Tempatan diajar di Tahap II.

UNIT 7 : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PCK) merupakan konsep yang diperkenalkan oleh Lee Shulman (1986). Menurut beliau, kemahiran asas pedagogi yang terdapat pada seseorang guru tidak memadai dalam meningkatkan kandungan guru dalam yang lebih menekankan kepada pengetahuan kandungan sahaja. Seseorang pendidik merupakan insan yang memberi ilmu tentang sesuatu pengajaran yang akan membawa perubahan kepada anak murid. Perubahan - perubahan dari aspek sahsiah dan ilmu bergantung kepada sejauhmana para pendidik mempunyai ilmu tentang kandungan subjek dan kandungan pedagogi. Guru akan menggunakan kaedah dan pendekatan pedagogi yang sesuai dalam usaha memberi satu impak dalam pembelajaran dan pengajaran sesuatu subjek. Pengetahuan tentang kandungan subjek bukan merupakan kayu pengukur dalam menentukan pemahaman murid tentang subjek. Walaupun guru sangat mahir dalam 3

kandungan subjek (subject knowledge), tanpa pendekatan pedagogi yang sesuai, para guru gagal dalam usaha mencapai objektif proses pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan kandungan tidak hanya memadai kepada seseorang guru pengajaran berkesan yang dalam menyampaikan Gabungan matlamat/objektif pelajaran. Mereka harus mempunyai pengetahuan pedagogi iaitu cara mampu mengubah daya pemikiran murid. pengetahuan kandungan dan pengetahuan pedagogi telah membentuk pengetahuan pedagogi dan kandungan (PCK). PCK ini dapat membezakan dengan seorang guru dengan pakar dalam sesuatu bidang pengetahuan isi kandungan yang tidak melibatkan pengajaran. Dalam PCK menyatakan bagaimana seseorang guru dalam menyampaikan kandungan dengan lebih berkesan. Guru tidak harus mementingkan kepada pengetahuan kandungan semata-mata. Mereka harus mempunyai teknik pengajaran yang efektif dan harus mengetahui tentang pengetahuan kandungan, pengetahuan pedagogi, pengetahuan kurikulum, PCK, pengetahuan tentang sifat murid, pengetahuan tentang nilai dan pengetahuan tentang konteks. Pengajaran bermaksud satu lakuan (act) yang direka bentuk untuk menghasilkan pembelajaran. Pembelajaran bermaksud suatu gerakbalas kepada rangsangan-rangsangan yang membawa kepada satu perubahan tingkah laku. Strategi pengajaran ialah rancangan atau kaedah yang disediakan dengan baik terlebih dahulu untuk menggalakkan pembelajaran di kalangan pelajar. Pengajaran merupakan aktiviti yang memerlukan penguasaan beberapa teknik kemahiran untuk mengajar secara berkesan dan bermakna. Untuk itu, guru perlu memahami kemahiran yang digunakan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar mereka. Guru perlu melengkapkan diri dengan berbagai-bagai teknik pengajaran. Mereka perlu mengetahui teknik kemahiran membuat perancangan pengajaran dan menentukan objektif kerana mereka perlu memastikan hala tuju pelajar pada hujung tiap-tiap pelajaran. Sebelum memperkenalkan pengajaran, guru hendaklah mengenali latar belakang anak didik mereka terlebih dahulu. Untuk itu, guru patut mengetahui teknik yang tertentu dalam soal ini. Guru juga perlu dapat mengaitkan pengajaran yang lalu dengan yang hendak disampaikan itu. Mereka sewajarnya dapat menggunakan, menilai dan membincangkan penggunaan kemahiran itu di kalangan mereka. Lagipun, untuk menjadi guru yang baik mereka harus dapat bertutur dengan petah di samping boleh menggunakan bahasa dengan berkesan. 4

Dalam mempersembahkan pengajaran, guru hendaklah dapat mengawal gerak geri mereka. Selain itu, guru perlu dapat mengolah isi pelajaran dan berhujah, memberi penerangan yang jelas dan contoh yang sesuai dalam menyampaikan pelajaran kepada pelajar mereka. Guru hendaklah menguasai teknik kemahiran menyoal, membuat peneguhan, analisis dan penilaian, mendapat maklum balas, mengawal kelas dan menggunakan bahan bantu mengajar dengan betul untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mereka . Mereka perlu mewujudkan suasana yang sesuai dalam kegiatan pembelajaran. Dalam soal ini, mereka boleh menggunakan teknik kemahiran bercerita disulami dengan jenaka dan membuat saranan. Pelajar juga harus diberi persediaan untuk menghadapi pengajaran guru. Minat pelajar perlu diwujudkan dan dipertingkatkan dengan mengubah strategi dan menggunakan pelbagai pendekatan dalam pengajaran. Guru perlu membuat rumusan dan penilaian terhadap pengajaran mereka. Oleh itu, guru hendaklah dapat menguasai kemahiran asas dan membina tapak yang kukuh dalam pengajarannya. Mereka hendaklah dapat memeriksa kemahiran-kemahiran itu dengan memisahkannya antara satu sama lain. Dengan itu, mereka akan dapat mengkaji secara berasingan tiap-tiap kemahiran itu dengan lebih jelas lagi Dalam menyajikan pelajaran, guru hendaklah mempunyai keyakinan diri. Mereka hendaklah menguasai kemahiran-kemahiran itu untuk membina keyakinan diri. Dengan peningkatan tahap keyakinan diri, pengalaman dan kemahiran yang diperlukan akan wujud dalam diri mereka. Langkah ini akan menjadikan guru bersiap sedia menghadapi segala masalah yang berlaku dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru juga akan dapat menyaksikan kekurangan yang ada pada diri sendiri untuk ditangani dan mereka akan dapat menghadapi segala cabaran sebagai seorang pendidik. Oleh itu mereka akan mengkaji, memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kamahiran-kemahiran mereka. UNIT 9 : BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Bahan pembelajaran atau sumber maklumat sama ada dalam bentuk dokumen, silabus kursus, fail PowerPoint, fail PDF, fail laman web dan sebagainya merupakan antara sumber yang boleh disediakan untuk rujukan pengguna. sistem menyediakan pelbagai kemudahan yang membolehkan bahan pembelajaran ini dimasukkan ke dalam sistem dan seterusnya dicapai oleh pengguna.

Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu mengajar (BBM) bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) , bertajuk Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. BBM ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk

membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid. Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 ) kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut: 1. BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep 2. Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar 3. Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal 4. Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar 5. Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak. 6. Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar. 7. Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam. Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242 ) merumuskan kepentingan BBM seperti berikut: 1. memberi rangsangan dan minat murid-muird. 2. menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid. 6

3. membekalkan

dasar

perkembangan

pembelajaran

dan

menjadikan

pembelajaran mereka lebih kekal. 4. menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam. 5. dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata. 6. ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan lagi bacaan murid-murid. Sebagai rumusannya BBM adalah sangat penting kerana dapat: 1. menjimatkan masa 2. dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid 3. menyeronokkan murid-murid. UNIT 11 : PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH Mulai tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan bagi menggantikan KLSR secara beransur-ansur diikuti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada 1993. Mulai 2011 pula Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan bagi menggantikan KBSR. Secara ringkasnya pada akhir peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian. Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut. Penguasaan kemahiran asas (membaca, menulis, mengira dan menaakul) Kemahiran berfikir (menaakul, kreatif dan inovatif) Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental). Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni Jati diri dan semangat patriotisme Memahami dan menghayati budaya nasional. Sehubungan itu pentaksiran dan penilaian perlu terus dilakukan ke atas murid-murid di sekolah rendah. Pentaksiran atau dalam bahasa Inggerisnya assessment berasal daripada perkataan Greek, assidere bermaksud ada di sisi. Menurut Payne (2003) pentaksiran dirujuk sebagai integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan maklumat tersebut. Beliau merumuskan bahawa; pentaksiran = pengukuran + penilaian. Guru boleh menggunakan proses pengukuran, penilaian atau pentaksiran untuk mendapatkan maklumat tentang pembelajaran murid. Pengukuran ialah proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan. 7

Proses pengukuran berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif seperti markah mentah, peratus markah mentah, persentil, agregat, pangkat atau band. Ukuran di atas boleh didapati sama ada dengan menggunakan instrumen atau pun tidak. Instrumen atau alat pengukuran pendidikan yang biasa digunakan ialah ujian, soal selidik, kuiz dan senarai semak. Penilaian ialah proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu diikuti dengan proses memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu. Misalnya, pernyataan Salina mendapat markah 95% dalam ujian Matematik, oleh yang demikian beliau merupakan seorang murid yang cemerlang dalam mata pelajaran itu, merupakan penilaian atau interpretasi tentang ukuran atau maklumat. Berbanding pengukuran, maklumat yang diperoleh daripada penilaian boleh berbentuk kuantitatif atau kualitatif. Maklumat kualitatif dalam penilaian adalah seperti Baik, Cemerlang, Menguasai tahap pencapaian minimum dan Boleh membaca dengan kefahaman yang tinggi. Perhatikan bahawa maklumat kualitatif dalam penilaian boleh jadi nilaian atau interpretasi kepada maklumat kuantitatif. Proses penilaian berhenti setakat memberi nilai atau interpretasi tanpa membuat keputusan seperti layak memasuki aliran Sains atau sekolah berasrama penuh. Apabila keputusan dibuat berdasarkan nilai atau interpretasi maklumat, proses yang berlaku daripada mengumpul maklumat sehingga membuat keputusan dipanggil pentaksiran. Dalam pendidikan, proses mengumpul maklumat, memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat dan membuat keputusan boleh berlaku secara formal atau tidak formal. Ketiga-tiga proses di atas berlaku secara timbal balik dan sepadu antara satu sama lain dan sepadu dengan proses pengajaran pembelajaran Perbandingan Antara Pentaksiran dan Penilaian Pentaksiran Pengertian Penilaian mengumpul Proses perubahan

Proses maklumat,

mentaksir tingkahlaku data dan data

menginterpretasi maklumat berdasarkan atau memberi nilai kepada kuantitatif maklumat itu dan membuat kualitatif. keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke Peranan atas maklumat. Membuat keputusan Membuat berdasarkan

pentaksiran

interpretasi tentang pencapaian murid 8

yang dibuat ke atas nilai untuk dan Masa Pelaksanaan maklumat dilakukan. Melibatkan

tujuan

pemulihan

yang atau penggredan. peringkat Sebelum, semasa dan

perancangan, pembinaan, selepas proses pengajaran pentadbiran, pemeriksaan dan pembelajaran. Kaedah dan laporan Pengukuran dan penilaian Ujian, soal selidik, rekod anekdot, Fokus Berdasarkan yang dilakukan senarai semak

dan rubrik. maklumat Berdasarkan secara pengujian soal

maklumat dan data senarai pencapaian murid-

pentaksiran secara formatif kualitatif dari pemerhatian, dan sumatif. Hasil selidik, semak. Maklumat untuk tindakan Menunjukkan susulan ke arah dan peningkatan prestasi. murid secara

tingkahlaku

Bibliografi Ball, D. L., & Cohen, D. K. (1996). Reform by the book: What is--or might be--the role of curriculum materials in teacher learning and instructional reform? Educational Researcher, 25(9), 6-8. Kamarudin Hj. Husin, ( 1994 ) KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa (Edisi Baru), Siri Pendidikan Perguruan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Snd. Bhd. 9

TUGASAN BAHAGIAN B : PERBINCANGAN TAJUK UNIT 2 : PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR Transformasi kurikulum pra sekolah dan sekolah rendah akan diperkenalkan dan dilaksanakan secara berperingkat dalam sistem persekolahan di negara ini pada tahun hadapan bermula dengan murid tahun satu di semua sekolah rendah. Melalui trasformasi kurikulum, Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KBSR telah disemak 10

semula bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru telah dan sedang dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik P&P akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan. Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat penandaarasan dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global. Kurikulum standard Sekolah Rendah(KSSR) menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna. KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam satu tempoh persekolahan yang ditetapkan. Standard kandungan merupakan pernyataan lebih terperinci mengenai perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala standard pembelajaran pula ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular di mana kandungan pembelajaran disediakan dalam bentuk unit kendiri-lengkap (self-contained) yang dinamakan sebagai modul. Setiap unit adalah tersendiri dan mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai murid. Bagi tahap satu, kandung kurikulum diorganisasikan dal modul teras asas, modul teras to dan modul elektif. KSSR memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan. Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik. Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam 11

pembelajaran. Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan mengikut keperluan murid bagi memastikan murid mencapaisandard yang ditetapkan. Mulai 2011, kurikulum sekolah rendah akan menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Justeru, tiga elemen nilai tambah telah diperkenalkan dalam KSSR iaitu elemen kreatif dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICI) yang bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia. Elemen nilai tambah yang diperkenakan di dalam KSSR ini antara lain, adalah langkah pertama kementenan membentuk modal insan yang berpontensi untuk merealisasikan dasar-dasar negara seperti Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21, dan Model Ekonomi Baru pada masa hadapan. Realitinya, kebanyakan negara maju terlebih dahulu telah menjadikan kreatif dan inovasi dalam sistem pendidikan mereka kerana menyedari is adalah kunci untuk berjaya dalam pelbagai bidang terutamanya yang berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang sains. Sungguhpun sistem pendidikan negara telah mengaplikasikan elemen-elemen tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), namun masih terdapat banyak ruang untuk diperhalusi agar modal insan yang dihasilkan mampu berdaya saing biarpun di peringkat global. Justeru, elemen kreativiti dan inovasi telah disuntik bagi membentuk transfor-masi KSSR yang bertujuan melahirkan modal insan yang berkeupayaan berdaya tahan untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Langkah kementerian yang berusaha menerapkan daya pemikiran kreatif dan inovasi bermula dari bangku sekolah rendah bermula Januari 2011 adalah tepat kerana bukan semua murid dilahirkan dengan bakat tersebut namun bukanlah mustahil untuk membentuk kemahiran tersebut sejak dari kecil. Keupayaan negara menghasilkan modal ins an berkualiti sememangnya tidak boleh disangkal lagi dengan kelahiran siswazah yang sentiasa meningkat dari masa ke masa. Namur, peluang pekerjaan yang terhad mengikut kemahiran yang dimiliki menyebabkan berlakunva pembaziran dari pelbagai aspek terutamanya kepada aspek pembangunan negara. UNIT 4 : ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH 12

Organisasi adalah dianggotai oleh sekumpulan individu yang bekerja bersama sama ke arah mencapai matlamat yang sama. Organisasi sebagai satu unit sosial yang mengandungi manusia yang bekerjasama dan saling bergantungan antara satu sama lain bagi mencapai matlamat setiap manusia itu dan organisasinya. Organisasi merupakan himpunan individu (dua atau lebih) yang menjalankan tugas tersendiri mengikut unit kerja, yang diselaraskan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan. Kurikulum merangkumi semua pengalaman yang didapati di dalam dan luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan bilik darjah. Beliau turut mengelaskan kurikulum kepada tiga bahagian iaitu: 1. Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah 2. Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di dalam kelas 3. Kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan pengalaman individu ataupun berkumpulan. Kurikulum juga dikenali sebagai laluan atau balapan bagi sesuatu pertandingan perlumbaan kereta kuda berdasarkan maksud perkataan kurikulum yang berasal daripada perkataan Latin iaitu Curere yang bermaksud laluan. Manakala dalam bahasa Ingeris, kurikulum bermaksud jelmaan atau metamorphosis. Paduan maksud kedua-dua bahasa ini menghasilkan definisi laluan dari satu peringkat ke satu peringkat. Banyak lagi sumber-sumber yang menterjemahkan maksud kurikulum yang lebih kompleks. Secara ringkas, kurikulum adalah bidang pengajian di sekolah. Kurikulum berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak disampaikan. Ini bermaksud bahawa maklumat-maklumat akan disampaikan mengikut peringkat yang tertentu. Kurikulum di sekolah perlu sentiasa relevan dengan keperluan dan kehendak semasa. Pusat Perkembangan Kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa mengikut aliran tinggi. Kurikulum perlu diubahsuai mengikut keperluan supaya murid-murid sentiasa bergerak seiring dengan trend pengetahuan semasa.

13

Kurikulum pendidikan dibina atas beberapa tujuan. Antaranya adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi serta berketerampilan dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif. Selain daripada itu, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum telah menitikberatkan aspek kepemimpinan murid-murid melalui ko kurikulum. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk menguatkan hubungan sosial antara masyarakat majmuk di Malaysia. Kurikulum yang seragam dan adil dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum. Akhir sekali, kurikulum juga diharap dapat membantu pembentukan insan dan warganegara yang mempunyai semangat patriotisme dan cinta kepada tanah air. UNIT 6 : INTEGRASI DALAM KURIKULUM SEKOLAH RENDAH Integrasi ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka. Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian komponen yang penting daripada pembangunan negara. Oleh itu, mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di negara kita. integrasi bermaksud menyatukan etnik-etnik atau kelompok-kelompok yang terasing pada asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri. Integrasi merupakan proses menyatupadukan secara budaya dan kelompok-kelompok sosial yang berbeza-beza kepada satu unit yang mempunyai identiti yang umum dan tersendiri. Integrasi yang diterima atau yang biasa dikehendaki ramai adalah satu proses yang cuba menyatupadukan masyarakat majmuk atau pelbagai kaum dan mewujudkan pula pembentukan kebudayaan kebangsaan atau nasional yang tersendiri dalam kalangan mereka. Perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu integrasi dan asimilasi. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Pendidikan holistik merupakan suatu filsafat pendidikan yang berangkat dari pemikiran bahwa pada dasarnya seorang individu dapat menemukan identitas, makna dan tujuan hidup melalui hubungannya dengan masyarakat, lingkungan alam, dan nilai-nilai 14

spiritual. Secara historis, pendidikan holistik sebetulnya bukan hal yang baru. Beberapa tokoh klasik perintis pendidikan holistik, diantaranya : Jean Rousseau, Ralph Waldo Emerson, Henry Thoreau, Bronson Alcott, Johann Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Francisco Ferrer. Berikutnya, kita mencatat beberapa tokoh lainnya yang dianggap sebagai pendukung pendidikan holistik, adalah : Rudolf Steiner, Maria Montessori, Francis Parker, John Dewey, John Caldwell Holt, George Dennison Kieran Egan, Howard Gardner, Jiddu Krishnamurti, Carl Jung, Abraham Maslow, Carl Rogers, Paul Goodman, Ivan Illich, dan Paulo Freire. Pemikiran dan gagasan inti dari para perintis pendidikan holistik sempat tenggelam sampai dengan terjadinya loncatan paradigma kultural pada tahun 1960-an. Memasuki tahun 1970-an mulai ada gerakan untuk menggali kembali gagasan dari kalangan penganut aliran holistik. Kemajuan yang signifikan terjadi ketika dilaksanakan konferensi pertama pendidikan Holistik Nasional yang diselenggarakan oleh Universitas California pada bulan Juli 1979, dengan menghadirkanThe Mandala Society dan The National Center for the Exploration of Human Potential. Enam tahun kemudian, para penganut pendidikan holistik mulai memperkenalkan tentang dasar pendidikan holistik dengan sebutan 3 Rs, akronim dari relationship, responsibility danreverence. Berbeda dengan pendidikan pada umumnya, dasar pendidikan 3 Rs ini lebih diartikan sebagai writing, reading danarithmetic atau di Indonesia dikenal dengan sebutan calistung (membaca, menulis dan berhitung). Tujuan pendidikan holistik adalah membantu mengembangkan potensi individu dalam suasana pembelajaran yang lebih menyenangkan dan menggairahkan, demoktaris dan humanis melalui pengalaman dalam berinteraksi dengan lingkungannya. Melalui pendidikan holistik, peserta didik diharapkan dapat menjadi dirinya sendiri (learning to be). Dalam arti dapat memperoleh kebebasan psikologis, mengambil keputusan yang baik, belajar melalui cara yang sesuai dengan dirinya, memperoleh kecakapan sosial, serta dapat mengembangkan karakter dan emosionalnya. Pendidikan harus dapat mengantarkan peserta didik untuk memperoleh aktualisasi diri (self-actualization) yang ditandai dengan adanya: (1) kesadaran; (2) kejujuran; (3) kebebasan atau kemandirian; dan (4) kepercayaan. Pendidikan holistik memperhatikan kebutuhan dan potensi yang dimiliki peserta didik, baik dalam aspek intelektual, emosional, emosional, fisik, artistik, kreatif, dan spritual. Proses pembelajaran menjadi tanggung jawab personal sekaligus juga menjadi tanggung jawab kolektif, oleh karena itu strategi pembelajaran lebih diarahkan pada bagaimana 15

mengajar dan bagaimana orang belajar. Beberapa hal yang harus dipertimbangkan dalam mengembangkan strategi pembelajaran holistik, diantaranya: (1) menggunakan pendekatan pembelajaran transformatif; (2) prosedur pembelajaran yang fleksibel; (3) pemecahan masalah melalui lintas disiplin ilmu, (4) pembelajaran yang bermakna, dan (5) pembelajaran melibatkan komunitas di mana individu berada. Dalam pendidikan holistik, peran dan otoritas guru untuk memimpin dan mengontrol kegiatan pembelajaran hanya sedikit dan guru lebih banyak berperan sebagai sahabat, mentor, dan fasilitator. Peranan guru adalah seperti seorang teman dalam perjalanan yang telah berpengalaman dan menyenangkan.Sekolah hendaknya menjadi tempat peserta didik dan guru bekerja guna mencapai tujuan yang saling menguntungkan. Komunikasi yang terbuka dan jujur sangat penting, perbedaan individu dihargai dan kerjasama lebih utama dari pada kompetisi. UNIT 8 : ELEMEN MERENTAS KURIKULUM DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH Apakah Maksud Merentas Kurikulum? Melaksanakan EMK di dalam semua disiplin ilmu mengikut tajuk/topik atau unit yang sesuai. Elemen merentas kurikulum boleh dilaksanakan sekiranya, guru itu,

i.

Bersemangat tinggi dalam perkhidmatan: Guru yang sentiasa ghairah dan teruja untuk memberikan yang terbaik dalam perkhidmatannya. Contohnya guru ini akan hadir ke sekolah sebelum waktunya, masuk dan keluar kelas tepat waktunya, berfikiran terbuka, proaktif, inovatif dan motivatif. ii. Bermatlamat yang jelas: Guru yang tahu apa yang dibuat tanpa disuruh atau diberi arahan. Meletakkan perkara yang terpenting dan segera untuk diberi keutamaan. Manakala perkara yang tidak penting dikemudiankan dan perkara yang tidak berkaitan diabaikan. Contohnya guru ini memikul amanah dan melaksanakan dengan terbaik untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh dirinya sendiri atau pihak lain. iii. Berkemahiran mengurus bilik darjah: Guru ini cekap dalam mengurus bilik darjah yang ia bertugas di dalamnya. Kecekapan itu dapat dilihat dalam bentuk kawalan disiplin murid, keceriaan murid dan kelas dan tindakan rutin di dalam bilik darjah yang berkesan (kebersihan kelas, kesihatan murid, rekod murid dan aktiviti 16

pengajaran dan pembelajaran). Contohnya guru ini sentiasa mempastikan ketepatan masa, suasana kelas yang ceria dan bersih dan murid sentiasa memberikan tumpuan terhadap pengajarannya. iv. Berkebolehan komunikasi yang baik: Guru yang dapat menyampaian

pengajarannya dengan berkesan. Suara yang lantang, bahasa yang halus, sebutan yang jelas, intonasi yang betul, arahan yang tepat dan ayat-ayat yang gramatis yang diselangselikan dengan elemen humor. Contohnya guru ini sentiasa menghidupkan suasana pembelajaran di mana murid-murid merasa terhibur dan tidak bosan sepanjang kelas berlangsung. v. Jangkaan yang tinggi terhadap murid: Guru yang sentiasa beranggapan setiap muridnya adalah insan yang istimewa yang mempunyai potensi untuk berjaya jika diberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang betul dengan cara yang berkesan. Contohnya guru ini sentiasa memberi galakan kepada murid untuk mencuba menyelesaikan masalah dalam semua perkara (akademik, sukan, persatuan dan sebagainya). vi. Berupaya memberi yang terbaik: Guru yang meletakkan kepentingan

perkhidmatannya melebihi kepentingan diri sendiri dengan kebolehan memberi yang terbaik kepada murid-muridnya demi masa depan mereka dan yang terbaik dalam tugas-tugas khasnya untuk kejayaan sekolah. Contohnya guru ini akan memberikan kelas pemulihan khas atau kelas tambahan kepada murid-muridnya yang masih belum menguasai isi kandungan topik-topik yang diajar tanpa sebarang bayaran. vii. Pengetahuan tentang kurikulum dan subjek yang diajar secara mendalam: Guru ini menguasai dengan mendalam dan meluas tentang kurikulum kebangsaan yang menjadi panduan dan rujukan kepadanya dari segi matlamat, objektif dan kandungannya. Guru ini juga dapat menguasai subjek yang diajar dan menjadi rujukan kepada murid, rakan sejawat dan pihak lain yang memerlukan khidmat ketokohannya. Contohnya guru ini sentiasa mengemaskini pengetahuannya tentang kurikulum kebangsaan yang berubah dan berupaya menyesuaikan pengetahuan tentang subjek dengan matlamat kurikulum kebangsaan yang ditetapkan. viii. Hubungan yang berkualiti dengan pelajar, ibubapa, masyarakat dan majikan: Guru ini dapat mewujudkan hubungan yang berkualiti dan mengekalkan keharmonian dalam perkhidmatannya. Contohnya guru ini sentiasa menganggap 17

murid-murid seperti anaknya, bergaul mesra dengan ibubapa dan masyarakat dan sentiasa menjadi rakan sejawat yang baik UNIT 12 : ARAH ALIRAN DAN PERKEMBANGAN TERBARU BERKAITAN

KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH a. Pendekatan Induktif Ia dipelopori oleh aliran pemikiran behaviorisme. Pendekatan ini dimulai dengan contoh-contoh khusus kepada kesimpulan umum. Ia memberi peluang kepada pelajar membuat kesimpulan sendiri. Ia juga bermatlamatkan kepada pembentukan kebiasaan & menekankan kpd pengulangan. Ia untuk mendapatkan hukum. Secara konsepnya, pendekatan ini; i. ii. iii. iv. mempelbagaikan perbendaharaan kata untuk mendapatkan hukum Memperkenalkan pengetahuan & pengalaman Mengakumulasikan maklumat utk mbtk hukum Membentuk kesimpulan drpd cth-cth tertentu

b. Pendekatan Deduktif Pendekatan ini selaras dengan teori pembelajaran Gestalt Ia tentang pengajaran dengan mengemukakan generalisasi dan kemudian diikuti oleh contoh-contoh. Ia bematlamatkan pemerolehan struktur kognitif. Pendekatan ini lebih banyak menekankan aspek tulisan. Kelebihan pendekatan ini ialah; i. Cara yang mudah untuk menyampaikan isi pelajaran. ii. Menjimatkan masa dan tenaga, tidak perlu membuat banyak persediaan. iii. Pendekatan ini patut dan sesuai digunakan oleh kerana secara tradisinya, guru patut memberikan penerangan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. c. Perbezaan pendekatan Induktif dan Deduktif 18

Pendekatan Induktif o o o Khusus kepada umum Pengajaran hukum Banyak contoh Kaedah : 1. Terus semulajadi 2. Oral-aural 3. Linguistik 4. Fonetik Teknik : 1. Berbincang 2. Brainstorming 3. Soal jawab atau menggunakan o mendapatkan o o

Pendekatan Deduktif Umum kepada khusus Pengajaran berdasarkan hukum Kemukakan genelisasi

Kaedah : 1. Linguistik 2. Semulajadi 3. Terus

Teknik : 1. Main peranan 2. Bercerita 3. Lakonan/ drama 4. Tunjuk cara

19

Anda mungkin juga menyukai