Anda di halaman 1dari 10

SJK(C) DAMANSARA

JALAN TROPICANA UTARA,PETALING JAYA PENILAIAN ( KALI 4/2013 ) PEMAHAMAN BAHASA MELAYU TAHUN 4
Nama ______________________________ Kelas ______________________________ Markah ___________ Tarikh _________ Masa 8.00-9.15 pg (1 Jam 15 Minit )

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Soalan 1 18 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Zamri dimasukkan ke hospital kerana dia ____________ menghidap demam denggi. A disahkan B pengesahan C mengesahkan D sahkan Mataku ___________ akibat terkena sinaran matahari. A comel B cantik C silau D besar Nenek menjemput kami masuk ke _____________ rumah. A dalam B atas C sisi D bawah Perjalanan meredah hutan tebal ini ___________ meletihkan, keluh Rahman. A dapat B boleh C belum D memang Amira telah mendapat tempat ______________ dalam pertandingan syarahan itu. A pertama B tiga C dua D kedua-dua Majlis hari jadinya diadakan secara _____________ di hotel itu. A habis-habisan B dalam-dalaman C malas-malasan D besar-besaran

2.

3.

4.

5.

6.

4 BM/PEN/1

7.

Makanlah ubat ini ___________ kamu cepat sembuh. A apabila B supaya C kerana D atau Soalan yang berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

8.

Sambil berjalan, Suhaila dan Zurina ___________ tangan. A berpimpin B tendang C sepak D berlari 9. Penglihatan Suzy terhad kerana dia mengalami ________________. A sakit tenat B rabun jauh C resah gelisah D lemah semangat

10. Soalan yang berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

Dinesh amat gembira apabila namanya diumumkan sebagai ___________ sekolah. A pustakawan B angkasawan C olahragawan D hartawan

4BM/PEM/2

11. Monash merupakan murid yang ___________ bijak dalam kelasnya. A sekali B nian C benar D paling 12. _______________lah datang ke majlis perkahwinan saya nanti, pelawa Marry kepada Ann. A Biar B Jemput C Harap D Jangan 13. "Awak berasal ___________ mana?" tanya Adam kepada jiran baharunya. A dari B oleh C kepada D pada 14. ____________, pergilah engkau dari sini! kata Samy kepada lelaki itu. A Cis B Nah C Wah D Ah 15. __________ lamakah masa yang diambil untuk membuat tikar mengkuang ini? A Apa B Mengapa C Berapa D Siapa 16. Soalan yang berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

Basikal Fahmi pancit. ___________ dia terpaksa menaiki bas ke sekolah. A Tambahan pula B Oleh sebab itu C Namun begitu D Walau bagaimanapun

4BM/PEM/3

17. Soalan yang berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

Pengawal keselamatan itu menyerahkan se___________ kunci kepada Encik Vincent. A ruas B batang C gugus D biji 18. Soalan yang berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

Abang Zul sedang ____________ kayu api. A memotong B membelah C menghiris D mencencang

19. Kejadian ragut sering berlaku di pekan ini. Pilih perkataan seerti bagi kejadian. A kemalangan B peristiwa C keadaan D cerita

4BM/PEM/4

20. Soalan yang berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

Pilih perkataan berlawan yang sesuai dengan keadaan jalan raya di atas. A landai B bengkok C curam D lengkung Soalan 21 22 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 21. I II III IV A B C D 22. I II III IV A B C D Mak Siti menjual pisang rendang pada setiap petang. Ayah sedang berehat di bawah sebatang pokok yang rendang. Pokok rambutan itu sangat rendang. Hujan turun rendang saja. I dan II II dan III III dan IV I dan IV Dia terpaksa menghabiskan mata hidupnya di rumah itu. Seluar yang dipakai oleh adik tidak ada mata. Mata parang itu sungguh tajam. Suzy mempunyai sepasang mata yang cantik. I dan II II dan III III dan IV I dan IV

4BM/PEM/5

Soalan 23 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya di bawah. 23. Soalan yang berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

Apakah yang dilakukan oleh Chia di biliknya? A Ya. Chia memang ada menggunakan komputer setiap hari. B Chia sedang belajar menggunakan komputer daripada Halimi. C Halimi mengajar Chia menggunakan komputer. D Komputer itu baru dibeli oleh ayah Chia seminggu yang lalu. Soalan 24 Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat di bawah. 24. Soalan yang berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

A B C D

Bolehkah saya tahu nama penuh kamu? Apakah nama kamu yang sebenarnya? Bolehkah saya memanggil kamu, Syahira? Bolehkah kita berkenalan?

Soalan 25 26 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di bawah. 25. Abang menyuruh adik mengunci pintu bilik. A Abang disuruh oleh adik mengunci pintu bilik. B Abang memaksa adik mengunci pintu bilik. C Adik disuruh oleh abang mengunci pintu bilik. D Adik menyuruh abang mengunci pintu bilik.

4BM/PEM/6

26. Ibu menyuruh adik mencuci tangan sebelum makan. A "Adik, cuci tangan dahulu sebelum makan," kata ibu. B "Adik, jangan lupa cuci tangan selepas makan," kata ibu. C "Adik, jangan makan selagi kamu tidak mencuci tangan," marah ibu. D "Usah makan sekiranya kamu malas mencuci tangan," kata ibu kepada adik. Soalan 27 28 Pilih ayat yang betul. 27. A B C D 28. I II III IV A B C D Naina menanamkan bunga ros di halaman rumahnya. Datuk ada memelihara beberapa ekor itik. Yasmin mengelek piala yang dimenanginya. Abang menunggang kereta yang baru dibelinya. Tempayan itu digunakan dengan menyimpan air. Bapa Ravendran bekerja di utara tanah air. Dia cantik seperti kakaknya. Surat itu diterima pada anaknya. I dan II II dan III III dan IV I dan IV

Soalan 29 30 Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. 29. Soalan yang berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

Jamal dan Ranjit ________ tentang isu-isu semasa untuk meluaskan pengetahuan. A campur tangan B gila kuasa C bertikam lidah D kepala angin 30. Ibu ___________ semasa memilih pakaiaan disebuah gedung beli- belah yang mengadakan jualan murah itu. A mencuci tangan B menjolok buah C rambang mata
4BM/PEM/7

D memotong kaki Soalan 31 35 Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. 48-4, Jalan Hamzah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur. 26 April 2013. Menemui sahabatku, Jenny di Kota Kinabalu, Sabah. Saudari, Apa khabar? Saya berharap agar saudari berada dalam keadaan sihat. Saya dan keluarga di sini sihat sejahtera. Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana lambat membalas surat saudari. Saya terpaksa menumpukan sepenuh perhatian terhadap peperiksaan yang berlangsung sepanjang minggu lepas. Berdasarkan surat saudari, tampaknya saudari begitu berminat untuk memelihara ikan. Saya tidak mempunyai banyak maklumat tentang ikan peliharaan. Namun demikian, ikan kelisa amat menarik perhatian saya. Menurut guru Sains saya, ikan kelisa sesuai untuk dipelihara. Malah ada pendapat mengatakan bahawa ikan ini dapat memahami percakapan tuannya. Namun begitu, saya tidak begitu pasti akan kebenarannya. Menurut guru saya lagi, ikan kelisa terbahagi kepada dua jenis iaitu, kelisa hijau dan kelisa merah. Kelisa merah dapat ditemukan di sekitar Tasik Bukit Merah, Perak manakala kelisa hijau dapat ditemukan di sekitar Sungai Endau, Sungai Rompin, Sungai Pahang, Sungai Temenggor, Tasik Kenyir, dan Tasik Bera. Saudari, Ikan kelisa dapat dipelihara di dalam akuarium di rumah. Biasanya, seekor ikan kelisa sahaja yang dapat dipelihara dalam sebuah akuarium. Dalam pada itu, saudari boleh memberikannya anak ikan, anak udang, atau cengkerik sebagai makanan. Namun begitu, saya difahamkan bahawa ikan ini gemar makan lipas rumah. Bagaimana agaknya saudari hendak menangkap lipas sedangkan saudari takut akan lipas? Oh, ya! Untuk pengetahuan saudari, menurut cerita dongeng Cina, sisik ikan kelisa yang tersusun cantik menyerupai sisik naga. Saya sekadar memberikan pendapat sahaja. Di sini saya sertakan sekeping gambar ikan kelisa yang saya muat turunkan dari internet. Itu sajalah yang dapat saya ceritakan tentang ikan kelisa. Jangan lupa sampaikan berita kepada saya tentang ikan peliharaan pilihan saudari nanti. Semoga bersua lagi. Sekian, terima kasih. Sahabatmu, Mei Ling 31. Mengapakah Mei Ling lambat membalas surat Jenny? A kerana dia sibuk dengan aktiviti kokurikulum di sekolah B kerana jadual belajarnya terlalu ketat C kerana surat Jenny sampai semasa dia sedang menghadapi peperiksaan D kerana dia sibuk memelihara ikan kelisa

4BM/PEM/8

32. Di manakah ikan kelisa merah dapat ditemukan? A di Sungai Endau B di Sungai Pahang C di Tasik Bera D di Tasik Bukit Merah 33. Bagaimanakah Mei Ling mendapat maklumat tentang ikan kelisa? A melalui surat khabar B melalui internet C melalui guru Sains D melalui buku teks 34. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang ikan kelisa. A Ikan kelisa dapat dikelaskan kepada dua jenis. B Ikan kelisa dapat ditemukan di mana-mana saja termasuk di laut. C Ikan kelisa sangat gemar makan lipas rumah. D Ikan kelisa mempunyai sisik yang teratur dan cantik. 35. Kata surat dalam petikan dapat digantikan dengan kata A berita. B maklumat. C lembaran. D warkah. Soalan 36 40 Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Ker Wei : Chi Kai, mari kita pergi bermain di taman permainan itu! Chi Kai : Tunggu sebentar ya! Saya nak panggil Julia dan Kai Fu. Ker Wei : Baiklah. (Chi Kai pergi berjumpa dengan Kai Fu yang kebetulan sedang bermain batu seremban dengan Julia) Julia : Eh, Chi Kai! Kamu nak ke mana? Chi Kai : Ke mana lagi kalau bukan ke sini mencari kamu! Kai Fu : Apa halnya, Chi Kai? Kamu kata nak bermain di taman permainan di belakang balai raya. Chi Kai : Jadi atau tidak? Maafkan saya. Saya bukannya tak mahu bermain di sana tetapi di tempat itu Julia : banyak budak nakal. Mereka sering mengganggu kami bermain. Chi Kai : Benarkah apa yang kamu katakan ini? Benar, Chi Kai. Kamu lihat sahaja luka di dahi saya ini masih belum sembuh Kai Fu : akibat dibaling dengan batu tempoh hari. Oh, kalau begitu lebih baik saya beritahu Ker Wei! Biar saya ajak Ker Wei Chi Kai : bermain batu seremban di sini.

4BM/PEM/9

36. Berapa orangkah yang terlibat dalam perbualan tersebut? A dua B tiga C empat D lima 37. Di manakah letaknya taman permainan itu? A berdekatan dengan rumah Ker Wei B berhampiran dengan balai raya C jauh dari balai raya D berdekatan dengan rumah Julia 38. Apakah yang berlaku kepada Kai Fu semasa bermain di taman permainan tempoh hari? A bermain dengan budak-budak nakal B diugut oleh beberapa orang budak nakal C dikejar oleh budak-budak nakal D budak-budak nakal membalingnya dengan batu 39. Mengapakah Julia dan Kai Fu enggan pergi ke taman permainan itu? A kerana taman itu sangat jauh B kerana mereka sedang bermain batu seremban C kerana kawan-kawan mereka bermain di sana D kerana di sana ada banyak budak nakal 40. Rangkai kata sering mengganggu dalam petikan bermaksud A selalu mengacau. B sering menghampiri. C selalu memarahi. D kerap menemani.

Disediakan Oleh :__________________ ( En. Jeffry B. Shapi )

Disemak Oleh :________________ ( En. Johari Mat Jap )

4BM/PEM/10

Anda mungkin juga menyukai