Anda di halaman 1dari 5

EDUP3083 | SITI NURIZZATI ATIQAH BINTI ALIAS

PENULISAN AKADEMIK

1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan dan persekolahan perlu memainkan peranan yang berkesan bagi menyemai dan
menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid sebagai langkah untuk membentuk dan
melahirkan masyarakat yang mempunyai kualiti moral sosial dan kerohanian yang tinggi.
Sebelum pendidikan dan persekolahan menjadi pembentuk murid guru perlulah di siapsiagakan
supaya kemenjadian murid tidak terpesong dari garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Guru akan melalui pelbagai bentuk perubahan samada di dalam atau di luar profesion.
Diantara tuntutan dalaman yang diperlukan ialah kesediaan guru untuk mencuba pelbagai
teknik, kaedah serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang efektif disamping
menghadapi perubahan dari segi istilah, kandungan kurikulum serta penggunaan teknologi baru
(Mohamad Sani & Zuraidah, 2002). Pelan pembangunan diri dan kerjaya adalah merupakan
panduan halatuju pencapaian yang dikehendaki untuk diri dan juga kerjaya yang diceburi.
Setiap individu haruslah mempunyai pelan pembangunan diri. Manakala pelan pembangunan
kerjaya pula adalah merupakan halatuju perjalanan seseorang yang bergelar guru. Seorang
guru tidak terkecuali untuk mempunyai pelan pembangunan diri dan kerjaya. Begitu juga
dengan isu dan cabaran yang perlu ditempuhi dalam menjadi guru yang verstail dan
peranannya dalam kepimpinan profesional.

2.0 PELAN PEMBANGUNAN DIRI

Pelan pembangunan diri yang boleh dilakukan untuk menjadi seorang guru pemulihan di masa
akan datang ialah guru perlu mempunyai keyakinan yang tinggi untuk memberi, mengubah,
membentuk, mengasuh serta mendidik anak murid mengikut apa yang telah disasarkan oleh
arus perdana pendidikan semasa. Menurut Perry (2000), perkembangan profesional boleh
dilihat sebagai perkembangan dalam aspek penyuburan diri guru dalam pekerjaan mereka,
mengukuhkan keyakinan, memupuk kemahiran, mengemaskini pengetahuan secara
berterusan, mendalami dan memahami dengan meluas apa yang mereka ajar dan menambah
kesedaran tentang sebab mereka perlu berbuat sesuatu di dalam bilik darjah. Keyakinan bukan
hanya dapat digunakan dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
malah sebagai kekuatan kepada diri sebagai seorang guru yang tugas utamanya untuk

1
EDUP3083 | SITI NURIZZATI ATIQAH BINTI ALIAS

memimpin dan mendidik anak bangsa khususnya dalam mendidik anak-anak pemulihan yang
perlukan perhatian yang penuh daripada seorang guru.

3.0 PELAN PEMBANGUNAN KERJAYA

Dalam konteks pembangunan kerjaya guru, sebagai guru novis seharusnya melengkapkan diri
dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang diperlukan dalam pelaksanaan proses PdP khususnya
dalam bidang pemulihan khas. Proses PdP di dalam bilik darjah memerlukan seorang guru
untuk menguasai beberapa ilmu berkaitan dengan amalan pedagogi (Ragbir Kaur, 2013). Hal
ini kerana, untuk memastikan proses PdP dapat dijalankan secara berkesan. Seterusnya,
sebagai guru novis khususnya, perlu menyertai pelbagai kursus yang dapat membantu
menambah baik amalan pedagogi seperti kursus pembelajaran abad ke-21, kursus
pentaksiaran bilik darjah dan kursus yang relevan dengan konteks pedagogi. Menerusi kursus
tersebut, guru novis dapat memperoleh pelbagai input baharu yang dapat dipalikasikan dalam
pelaksanaan aktiviti PdP dalam bilik darjah. Perkara ini secara tidak langsung, dapat
membantu guru untuk meningkatkan keberkesanan proses PdP yang dilaksanakan.
Konklusinya, guru novis perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dengan amalan
pedagogi menerusi penyertaan dalam kursus yang bersesuai sebagai platform untuk
mengembangkankan lagi kerjaya sebagai sorang guru dan menjadi seorang guru yang pakar
dalam bidang di masa akan datang.

4.0 ISU DAN CABARAN

Antara isu yang berlaku dalam usaha untuk menjadi seorang guru yang verstail ialah cabaran
revolusi teknologi maklumat. Teknologi maklumat sering digambarkan dengan istilah
penggunaan computer, penyiaran, telekomunikasi dan rangkaian data (Amisah Mahmud et al.,
2010). Proses pendidikan masa kini banyak menggunakan teknologi maklumat. Tidak
dinafikan murid-murid seawal tahun satu telah didedahkan dengan multimedia dan teknologi
maklumat. Jadi, proses PdP guru banyak berasaskan penggunaan komputer. Dengan kata
lain, kehadiran komputer ini dapat memperkayakan teknik pengajaran dan memudahkan proses
PdP. Kebaikan penggunaan komputer dalam proses PdP adalah murid-murid dapat
menumpukan perhatian semasa proses PdP dijalankan keranan terdapat bahan-bahan menarik
seperti video, gambar-gambar menarik yang digunakan dalam proses pengajaran. Namun
begitu, isu yang timbul dalam penggunaan teknologi ini adalah, terdapat sekolah yang tidak
mendapat capaian internet. Jadi, ini menyukarkan guru-guru untuk melakukan pembelajaran
secara atas talian khususnya sekolah-sekolah yang berada di kawasan kampung dan

2
EDUP3083 | SITI NURIZZATI ATIQAH BINTI ALIAS

pedalaman. Guru perlu menggunakan inisiatif lain dengan menggunakan perisian di luar talian
agar PdP dapat dijalankan seperti yang dirancang.

Selain itu, antara cabaran lain dalam bidang pendidikan ini ialah masalah disiplin murid.
Masalah disiplin yang kebiasaanya berlaku di sekolah-sekolah ialah ponteng sekolah, gejala
membuli murid yang lemah, merokok atau vape, bergaduh, mengugut dan vandalisme (Rosdi
Ramli, 2015). Masalah disiplin ini berlaku di sekolah adalah kerana murid-murid di diusia 7
hingga 12 tahun yang mahukan kebebasan akan melakukan perkara-perkara yang mengikut
keinginan diri tanpa mempertimbangkan kesannya. Masalah disiplin yang berlaku dalam
kalangan murid tentunya akan memberi kesan kepada system pendidikan negara. Jika
masalah disiplin ini tidak dibendung, murid tidak dapat memperoleh ilmu pengetahuan yang
diperlukan dan tidak dapat memberikn keputusan yang baik dalam pentaksiran yang dijalankan
di sekolah. Perkara ini akan menjejaskan prestasi sistem pendidikan negara kerana tidak
berkemampuan melahirkan murid-murid yang berilmu. Oleh yang demikian, masalah disiplin
yang meningkat merupakan cabaran yang dihadapi oleh negara dan ia boleh menjejaskan
sistem pendidikan negara.

5.0 PERANAN GURU SEBAGAI PEMIMPIN PROFESIONAL

Pada era yang moden ini, peranan guru sebagai pemimpin dalam pendidikan amat ketara
kerana pengaruh mereka tidak terbatas di dalam bilik darjah sahaja malah diluar bilik darjah
juga. Dalam kalangan guru terdapat jurulatih utama mata pelajaran, ketua bidang, guru kanan,
penggubal dan penyemak kurikulum, guru mentor, guru dalam kajian tindakan dan peranan-
peranan lain kepimpinan pendidikan. Konsep kepimpinan guru boleh dijelaskan sebagai salah
satu model kepimpinan di mana guru-guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran
(PdP) mempunyai atau diberi peluang untuk memimpin (Abd. Rahim, 2010).

Menurut Barth (2009), guru adalah pemimpin yang berperanan sebagai agen
perubahan. Guru sebagai pemimpin professional perlu melakukan perubahan ke atas sekolah
dan bilik darjah. Kenyataan ini mencerminkan bahawa guru memainkan peranan yang penting
secara positif dalam sekolah. Dalam konteks itu, guru adalah individu yang menggariskan hala
tuju dan membentuk warga sekolah ke arah merealisasikan hala tuju sekolah dengan nilai-nilai
kepimpinan yang positif serta berketerampilan dan produktif yang sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Guru juga merupakan penjana budaya sekolah. Ini bermaksud
bahawa guru, murid dan sekolah saling berkait rapat sebagai komuniti sekolah. Guru menjadi
entiti ataupun komuditi utama dalam pembentukan budaya di sekolah. Murid berfungsi sebagai

3
EDUP3083 | SITI NURIZZATI ATIQAH BINTI ALIAS

produk pendidikan yang terbentuk daripada pembentukan budaya itu. Guru menjadi agen yang
bertanggungjawab memimpin murid ke arah pembentukan budaya sekolah yang positif.
Justeru, kempimpinan guru penting dalam pembentukan budaya sekolah.

Seterusnya, peranan guru sebagai pemimpin professional dapat dilihat dari segi
komunikasi efektif dan kepimpinannya menguruskan bilik darjah. Komunikasi penting bagi guru
dalam mengurus bilik darjah dengan efektif. Keberkesanan komunikasi secara berkesan
membawa banyak faedah kepada murid dan guru. Oleh itu, sebagai pemimpin yang
profesional, wajar mengetahui, memahami dan seterusnya mengamalkan ciri-ciri komunikasi
yang berkesan semasa berinteraksi dengan murid di dalam bilik darjah. Komunikasi yang
efektif akan berlaku dengan adanya komunikasi dua hala antara guru dengan murid berkenaan
dengan isi pelajaran yang dipelajari. Murid akan mendapat input yang semaksima mungkin
yang diperlukan dalam pelajaran tersebut. Persekitaran kelas yang kondusif juga menjadi
faktor kepada keberkesanan proses PdP. Kelas yang bersih, kemas, mendapat cahaya yang
mencukupi, sistem perudaraan yang baik dan ceria dapat merangsang pemikiran murid.
Justeru sebagai seorang pendidik guru perlu memberikan yang terbaik dalam memberikan ilmu
pengetahuan kepada murid.

6.0 RUMUSAN

Profesioan perguruan merupakan satu profesion yang berat untuk digalas dan memerlukan
pengorbanan yang tinggi. Menjadi tanggungjawab kepada guru untuk mendidik anak bangsa
agar menjadi manusia yang dapat menyumbang bakti kepada negara pada suatu hari nanti.
Segala isu dan cabaran perlu ditangani dengan berhemah. Sebagai agen perubahan, seorang
guru juga perlu bersikap berani dalam mencuba idea baru dan bersikap inovatif untuk
menghasilkan PdP yang berkesan dalam memainkan peranan sebagai pemangkin atau
pengadang kepada keburukan hasil globalisasi serta tidak menjadi mangsa kepada globalisasi.
Pengajaran yang kreatif dan bersungguh-sungguh daripada guru, murid dapat memperoleh
pengetahuan, menguasai kemahiran dan mengamalkan sikap dan nilai serta dapat
mengembangkan daya kreativiti dan inovasi mereka.

4
EDUP3083 | SITI NURIZZATI ATIQAH BINTI ALIAS

RUJUKAN

Abd. Rahim Abd. Rashid. (2010). Perubahan paradigma nilai: Ke arah transformasi sosial dan
pembentukan Malaysia baru. Selangor : Utusan Publications

Amisah Mahmud, Imelda Manuel Ya &Siti Khadizah Mohd. Derin. (2010). Apa ItuTeknologi
Maklumat. Diakses pada 26 Mac 2020 daripada
https://sahabat3.wordpress.com/2010/02/23/apa-itu-teknologi-maklumat/

Barth. R. S. (2009). Improving schools from within . San Francisco: Jossey Bass

Md Sani Ibrahim & Zuraidah Majid. (2002). Perkembangan Profesion Guru: Satu tuntutan dan
satu kemestian. Kertas dibentang di UPSITEC 2002.

Perry, J. G. (2000). Introduction to Food Biotechnology, Florida: CRC Pres

Ragbir Kaur Joginder Singh. (2013). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk Dpli Pedagogi:
Kuala Lumpur Kumpulan Budiman

Rosdi Ramli. (2015). Jenis, punca dan pendekatan untuk mengatasi masalah disiplin di sekolah.
Diakses pada 26 Mac 2020 daripada https://www.scribd.com/doc/266515086/JENIS-PUNCA-
DAN-PENDEKATAN-UNTUK-MENGATASI-MASALAH-DISIPLIN-DI-SEKOLAH

Anda mungkin juga menyukai