Anda di halaman 1dari 3

JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM

Bilangan Jurnal :8
Fasa :1
Minggu :9
Tarikh Jurnal : 13/4/2021
Kategori : Pengurusan Bilik Darjah
Pensyarah : Ts Mohd Harath Ali Bajunid b Omar@Azmi
Guru Pembimbing : Pn Yasminatol Najibah Bt Mohd Zain
Sekolah : SK Desa Jasmin
Tajuk Jurnal : Pengurusan Masa Kelas Tidak Teratur

Isu yang difokuskan:

Berdasarkan kelas yang telah dijalankan, aktiviti pembelajaran tidak dapat dijalankan dalam
tempoh masa sebagaimana yang telah dirancang dalam rancangan pengajaran harian
kerana masa tidak mencukupi. Hal ini telah menyebabkan masalah bagi menentukan
kecapaian objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Analisis yang difokuskan:

Penggunaan masa yang tidak terkawal semasa membuat penjelasan telah menyebabkan
peruntukan masa untuk menjalankan proses pengajaran dan pengajaran semakin
berkurangan. Selain itu, masalah ini berlaku kerana masa pertukaran kelas di antara dua
proses pengajaran dan pembelajaran tidak mencukupi. Kemudian, sedikit masa perlu
digunakan oleh murid untuk mengemaskan meja dan membuat persediaan bagi proses
pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Merujuk Rinkesh Kukreja, terdapat sepuluh cara meningkatkan pengurusan masa. Beliau
menyatakan bahawa kita sepatutnya mempunyai cara pengurusan yang betul . Di samping
itu, beliau juga menyatakan bahawa kita seharusnya mempunyai perancangan yang rapi
sebelum menjalankan aktiviti.. Husairi bin Jikan (2004) juga telah menyatakan bahawa
perancangan masa yang baik dapat mengelakkan daripada berlakunya perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran yang tidak bersistem.

Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

1. Melatih murid-murid untuk mempercepatkan pergerakan untuk mengemaskan meja dan


membuat persediaan untuk kelas saya.

2. Selalu memberi peringatan kepada murid tentang masa yang diperuntukkan dan
menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan supaya tidak melebihi masa dan tidak
menganggu aktiviti seterusnya.

3. Merancang aktiviti yang sesuai dengan tahap dan kemampuan murid.

Tempoh Masa Penyelesaian :

2 minggu

Tindakan Susulan :

Tindakan yang dapat saya buat bagi mengatasi masalah ini adalah dengan menyediakan
rancangan pengajaran harian pada masa tersebut mengikut kehendak masa serta tahap
penguasaan dan kefahaman murid-murid. Saya juga perlu menitik beratkan aktiviti-aktiviti
yang bersesuaian mengikut ketetapan masa supaya ia dapat memastikan kelancaran
proses pengajaran dan pembelajaran saya.

Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Guru yang dapat menguruskan masa dengan baik dalam sesi pengajaran dan
pembelajarannya dapat memastikan objektif pembelajaran tercapai dan proses pengajaran
dapat berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang ditetapkan. Jadi, guru sepatutnya
merancang pengajaran dengan mengikut tahap kesesuaian murid-murid dan juga
memberikan masa yang secukupnya supaya murid dapat melengkapkan tugasannya dalam
masa yang ditetapkan. Dengan demikian dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran dan sekaligus melaksanakan PdP dengan berkesan.
Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Pengurusan masa merupakan aspek yang amat penting dalam merancang dan menjalan
proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru, kita perlu merancang aktiviti
yang sesuai dan memberi masa yang secukupnya agar mencapai objektif pembelajaran.

Rujukan:

Husairi bin Jikan. (2004). Pengurusan Masa Guru Dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Teknik dan Vokasional (Elektif-Sains Pertanian) Di Sekolah-
Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia

Anda mungkin juga menyukai