2020
1. Menjelaskan konsep mengajar sebagai satu profesion dan ciri-ciri guru sebagai seorang
profesional. (C2, LO1, LO8, EM2)
2. Menghuraikan isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru serta perundangan yang
berkaitan dengan kerjaya guru. (C4, A2, LO1, LO8, EM2)
3. Menyediakan pelan pembangunan diri dan pembangunan kerjaya untuk menjadi seorang yang
profesional berdasarkan peringkat-peringkat perkembangan guru. (C5, LO3, L07, CTPS3, KK3)
4. Menganalisis peranan guru sebagai pemimpin profesional dalam pelbagai aspek pengajaran dan
pembelajaran melalui temu bual. (C4, A2, LO3, LO9, CTPS3, LS1)
5. Merangka pelan tindakan untuk mengurus perubahan dalam bidang pendidikan. (C6, A4, LO1)
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4.
Pelajar dapat:
1. Menulis satu laporan temu bual mengenai konsep mengajar sebagai satu profesion, ciri-ciri
guru yang profesional, menghurai isu dan cabaran semasa kerjaya guru termasuk dari aspek
perundangan, dan menganalisis peranan guru sebagai pemimpin profesional dalam pelbagai
aspek PdP, serta hasil perbincangan kertas cadangan projek/inovasi yang selaras dengan
tema, ‘INOVASI : Membina Guru Profesional’.
2. Menghasilkan satu penulisan akademik mengenai konsep mengajar sebagai satu profesion,
ciri-ciri guru yang profesional, menghurai isu dan cabaran semasa kerjaya guru termasuk dari
aspek perundangan serta menyediakan pelan pembangunan diri dan pembangunan kerjaya
untuk menjadi seorang guru yang profesional berdasarkan peringkat-peringkat perkembangan
kerjaya guru.
Pernyataan: Setiap guru perlu memahami konsep mengajar sebagai suatu profesion.
Guru juga perlu menunjukkan tingkah laku dan penampilan yang sesuai sebagai seorang
profesional walaupun menghadapi pelbagai cabaran dalam melayari kerjayanya sebagai
seorang guru. Lantaran itu, guru seharusnya berusaha meningkatkan pembangunan diri
dan kerjayanya selaras dengan tema ‘INOVASI : Membina Guru Profesional’.
Berdasarkan pernyataan di atas, laksanakan temu bual terhadap seorang guru di sekolah
tempat anda menjalani latihan internship bagi membincangkan aspek-aspek yang berikut:
a. Konsep mengajar sebagai satu profesion dan ciri-ciri guru yang profesional.
b. Isu dan cabaran kerjaya guru pada masa ini termasuk dari aspek perundangan.
c. Hasil analisis peranan guru sebagai pemimpin profesional dalam pelbagai aspek PdP.
d. Pandangan guru pembimbing berkaitan kertas cadangan projek/inovasi anda yang
selaras dengan tema ‘INOVASI : Membina Guru Profesional’.
Anda dikehendaki menghasilkan penulisan akademik tentang konsep mengajar sebagai satu
profesion, ciri-ciri guru yang profesional serta huraian tentang isu dan cabaran kerjaya guru
pada masa ini termasuk dari aspek perundangan. Seterusnya anda juga diminta menyediakan
satu pelan pembangunan diri dan pembangunan kerjaya berdasarkan peringkat-peringkat
kerjaya guru untuk menjadi seorang guru yang profesional.
10. Kemudian, dalam kumpulan bertiga atau berempat, hasilkan satu produk atau projek
berdasarkan pengetahuan anda dalam kursus ini dan penghasilan produk atau projek itu
hendaklah selaras dengan tema, INOVASI : ‘Membina Guru Profesional’.
Disahkan oleh :
( )
Ketua Jabatan