Anda di halaman 1dari 1

Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) dibangunkan bagi

melengkapi usaha-usaha pembangunan profesionalisme kepada guru dan pemimpin


sekolah. Aktiviti pembangunan profesionalisme sedia ada yang dikenali sebagai
Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP/LDP) dan Latihan Pembangunan Staf (LPS)
telah dimantapkan seiring dengan amalan Pembangunan Profesionalisme
Berterusan (PPB). Pelan PPB bertujuan mentransformasikan amalan ini bagi
meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah serta memperkasa profesion
keguruan.
Pelan PPB bertujuan mentransformasikan amalan ini bagi meningkatkan kualiti guru
dan pemimpin sekolah serta memperkasa profesion keguruan. Guru dan pemimpin
sekolah yang kompeten dan berkualiti adalah faktor penentu kepada keberhasilan
murid. Kompetensi dan kualiti guru dan pemimpin sekolah dapat ditingkatkan
melalui pelibatan secara formal dan tidak formal dalam aktiviti PPB. Pelan ini
mengandungi dua bahagian -. bahagian pertama menjelaskan transformasi amalan
dan pelaksanaan PPB dan bahagian kedua mengandungi kit PPB yang
mencadangkan strategi pelaksanaan PPB yang boleh digunakan oleh guru dan
pemimpin sekolah. Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) adalah agenda
utama KPM kerana guru berkualiti merupakan nadi kepada kejayaan pelaksanaan
Dasar Pendidikan Negara yang mempunyai kaitan secara langsung dengan
keberhasilan murid. Guru perlu secara berterusan sepanjang tempoh perkhidmatan
melengkapkan dan dilengkapi dengan ciri-ciri pendidik profesional abad ke-21 bagi
memastikan mereka kekal relevan dan efektif dalam ekosistem pendidikan yang
dinamik, mencabar dan sentiasa menuntut keberhasilan murid yang holistik serta
menepati kualiti gobal Dato Sri Dr. Khair Mohamad Yusof Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia Dalam konteks negara kita, amalan PPB merangkumi kedua-dua inisiatif,
iaitu inisiatif kendiri dan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). KPM
berhasrat untuk mentransformasikan amalan PPB dengan meningkatkan PPB
inisiatif kendiri. Mulai tahun 2014, KPM memperkenalkan Pelan PPB untuk guru dan
pemimpin sekolah bagi mengupayakan dan memberi autonomi kepada mereka
meningkatkan kebertanggungjawaban dan akauntabiliti terhadap pembangunan
profesionalisme secara kendiri.

Anda mungkin juga menyukai