Anda di halaman 1dari 2

POH ZI HAN S8

1. TERANGKAN KONSEP PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN (PPB).

Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) ditakrifan sebagai pengalaman


pembelajaran guru dan pemimpin sekolah melalui penglibatan secara formal dan tidak
formal dalam pelbagai aktiviti PPB sepanjang kerjaya untuk peningkatkan pengetahuan,
kemahiran, kepakaran dan amalan nilai serta ciri-ciri profesional yang berkaitan bagi
meningkatkan kualiti pendidikan untuk memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21. PPB
juga merupakan usaha bersepadu bagi memastikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PPP) melengkapkan diri atau dilengkapkan dengan pengetahuan profesional, kemahiran
profesional dan nilai serta amalan profesional keguruan melalui Latihan Dalam
Perkhidmatan (LDP) yang terancang berteraskan pembangunan kompetensi, pembelajaran
berterusan dan laluan kerjaya. Antara maklumat awal PPB adalah untuk meningkatkan
kualiti dalam PPP, memperoleh, menambah baik, menguasai kompetensi dan berkongsi
pengalaman serta menggalakkan PPP mengikuti latihan terancang yang merangkumi sesi
latihan, pembelajaran dan pembangunan kendiri.

2. BINCANGKAN KEKUATAN DAN KEKURANGAN MODEL PEMBANGUNAN


PROFESIOANAL KPM.

Model Pembangunan Profesional KPM digubal bertujuan sebagai kerangka rujukan


dalam pelaksanaan Pembangunan Profesional Berterusan (PPB) yang menekankan aktiviti
inisiatif kendiri, organisasi dan kementerian. Konsep PPB yang diguna pakai oleh KPM
dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu praperkhidmatan, dalam perkhidmatan dan pemantapan
kerjaya sepanjang tempoh perkhidmatan. ‘

Model PPB yang diperkenalkan oleh KPM mempunyai pelbagai kekuatan. Antara
kekuatan model PPB adalah mengutamakan tiga Standard Guru Malaysia (SGM), iaitu
amalan nilai profesional, pengetahuan dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Tiga SGM menggariskan kompetensi profesional yang
perlu dicapai dan etika yang perlu dijiwai, diamalkan serta diperlihatkan oleh guru di
Malaysia. Dengan mengutamakan SGM, aktiviti PPB yang dirancang mempunyai hala tuju
yang jelas dan tahap profesionalisme PPP dapat ditingkatkan secara berkesan.

Selain itu, model PPB menekankan tahap sifat khusus yang perlu dicapai berdasarkan
peranan dan tanggungjawab PPP. Sekiranya peranan dan tanggungjawab mereka semakin
tinggi, tahap sifat khusus yang perlu dikuasai oleh mereka juga adalah semakin tinggi.
Contohnya, kalangan PPP DG41 hanya perlu menguasai tahap memahami dan
melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penyeliaan dan bimbingan manakala
kumpulan DG44 perlu meningkatkan peranan mereka dalam penyelesaian masalah. Tahap
sifat khusus yang semakin ditingkatkan mengikut gred pangkat PPP memberikan hala tuju
yang jelas kepada PPP untuk meningkatkan tahap profesionalisme diri dengan menghadiri
aktiviti PPB yang dapat memberikan manfaat kepada diri.

Namun, wujudnya kekurangan model PPB yang digubal oleh KPM ini. Guru berasa
tertekan dan mengorbankan masa untuk menghadiri kursus dan latihan. Pihak sekolah juga
mengalami kekurangan sumber untuk melaksanakan aktiviti PPB.

Kesimpulannya, model PPB berkesan dalam meningkatkan kualiti dalam kalangan


PPP. PPP harus sentiasa memotivasikan diri untuk menghadiri aktiviti PPB seperti kursus
dan melaksanakan penyelidikan pendidikan agar matlamat model PPB dapat tercapai.

Anda mungkin juga menyukai