Anda di halaman 1dari 1

POH ZI HAN S8

1. KEMUKAKAN 3 KEPENTINGAN PPB KEPADA PPP.

Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) ditakrifan sebagai pengalaman


pembelajaran guru dan pemimpin sekolah melalui penglibatan secara formal dan tidak
formal dalam pelbagai aktiviti PPB sepanjang kerjaya untuk peningkatkan pengetahuan,
kemahiran, kepakaran dan amalan nilai serta ciri-ciri profesional yang berkaitan bagi
meningkatkan kualiti pendidikan untuk memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21. Antara
kepentingan PPB kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) adalah meningkatkan
pemahaman dan penghayatan berhubung teori pembelajaran, amalannya, kurikulum baharu
dan kandungannya. Selain tu, PPB mendorong perubahan sikap ke arah lebih positif,
contohnya positif terhadap peranan dan tanggungjawab, positif terhadap murid, positif
terhadap perubahan kurikulum dan perubahan-perubahan berhubung dasar pendidikan.
PPB juga dapat membangunkan kemahiran dalam perancangan dan pelaksanaan PdP.

2. APAKAH TIGA STANDARD GURU MALAYSIA (SGM) YANG PERLU DIKUASAI PPP
DALAM MELAKSANAKAN TUGAS DAN PERANAN MEREKA.

Standard Guru Malaysia (SGM) merupakan dokumen rujukan berkaitan kompetensi


yang perlu dicapai dan etika yang perlu dijiwai, diamalkan serta diperlihatkan oleg guru di
Malaysoa. Tiga SGM yang perlu dikuasai oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
dalam melaksanakan tugas dan peranan mereka ialah amalan nilai profesional,
pengetahuan dan kemahiran.

3. TERANGKAN KEBOLEHLAKSANAAN SALAH SATU AKTIVITI PPPB BERASASKAN


INDIVIDU.

Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) merupakan aktiviti berterusan guru


untuk mengembangkan pengetahuan dan kemahiran demi memastikan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) sentiasa diperbaharui dan tidak ketinggalan sebagaimana yang
terkandung dalam agenda negara. Salah satu aktiviti PPB berasaskan individu yang boleh
dilaksanakan adalah ulasan buku. Ulasan buku ialah proses mendapat idea utama
kandungan dan membuat sinopsis secara bertulis. Penilaian dan kritikan juga digalakkan
dalam proses membuat ulasan. Pelibatan dalam aktiviti ini akan meningkatkan pemahaman
dan keilmuan tentang sesuatu bidang dan dikongsi dengan rakan setugas melalui
pembentangan atau penulisan. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) boleh membaca
buku ilmiah untuk mendalami pengetahuan dalam sesuatu bidang yang berkaitan dengan
profesion sendiri pada masa lapang. Aktiviti ini boleh dijalankan secara individu.

Anda mungkin juga menyukai