Anda di halaman 1dari 3

ULASAN ARTIKEL

Menurut Boon, P.Y., Noriati A. Rashid dan Wong, K.T. (2018), PPB merupakan aktiviti
berterusan untuk guru mengembangkan pengetahuan dan kemahiran demi memastikan PdP
sentiasa diperbaharui dan tidak ketinggalan sebagaimana terkandung dalam agenda negara.

Berdasarkan artikel 1 yang ditulis oleh Dr. Ahmad Fauzi mengenai ‘Mentransformasi
Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan’ adalah bagi melahirkan seorang guru yang
berkualiti, pihak kerajaan telah menetapkan standard bagi calon-calon yang ingin
melanjutkan dalam latihan perguruan. Bagi mencapai guru berkualiti dalam memastikan
potensi diri sepenuhnya, perkara ini dilaksanakan melalui peningkatan kualiti program
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) iaitu dengan menumpukan keperluan
individu dan latihan berasaskan sekolah. Hal ini penting dalam melengkapkan diri sebagai
seorang guru dengan pengetahuan, kemahiran profesional, nilai serta amalan profesional
keguruan melalui Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP). Program yang dijalankan merangkumi
latihan komponen teras dan komponen elektif dengan menyepadukan amalan, teori dan
kompetensi para guru bagi memenuhi keperluan kemahiran pembelajaran abad ke-21
(PAK21). Pelaksanaan ini perlu penglibatan dan sokongan daripada rakan sejawat seperti
guru pembimbing, guru kanan, pengetua/guru besar bagi mendapatkan input-input,
perkongsian idea, maklum balas daripada rakan sejawat mengenai amalan profesionalisme
seseorang guru bagi melahirkan guru yang berkualiti.

Seterusnya, bagi meningkatkan laluan kerjaya bagi memotivasikan para guru untuk
terus komited iaitu KPM telah melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan
prestasi bermula 2016 melalui Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
sebagai instrumen penilaian prestasi dan kompetensi guru dan pemimpin sekolah. Hal ini
bertujuan untuk memastikan semua guru mencapai tahap kompetensi yang diinginkan serta
meningkatkan kualiti seorang guru. Menurut Majelan Sulong, Rusli Ahmad dan Nur Fatihah
(2020), penilaian prestasi merupakan suatu proses yang berterusan dan dilaksanakan
secara konsisten dan perlu diuruskan secara sistematik berdasarkan tatacara dan prosedur
yang ditetapkan. Dalam anjakan ke-4 ini juga memberikan peluang kepada guru untuk
menunjukkan ciri kepimpinan masing-masing dengan menjalankan tugas kepimpinan di
peringkat sekolah, daerah, negeri atau persekutuan. Guru juga diberikan peluang untuk
menjadi pakar dalam sesuatu bidang yang beliau mahir supaya dapat memberikan
sumbangan kepada kurikulum pada masa akan datang. Perancangan ini juga melatih
seseorang itu menjadi seorang guru yang berkualiti yang dapat melahirkan murid-murid yang
berguna kepada masyarakat dan negara. Perancangan ini juga dapat meningkatkan budaya
bimbingan rakan sejawat dan meningkatkan kecemerlangan profesional dari segi
perkongsian amalan terbaik serta tanggungjawab seorang guru.

Berdasarkan artikel kedua, Pelan Induk Pembangunan Profesional Keguruan (PIPPK)


bertujuan mentransformasikan amalan berkenaan bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin
sekolah seta profesion keguruan. PIPPK merangkumi tiga fasa iaitu fasa praperkhidmatan, awal
perkhidmatan dan pemantapan kerjaya. Fasa praperkhidmatan adalah pemilihan calon
menepati kriteria yang ditetapkan kerajaan untuk mengikuti latihan keguruan, fasa awal
perkhidmatan pula PPP dilantik jawaran tetap DG41 dan dikehendaki meningkatkan
pembangunan profesionalisme PPP bagi memenuhi kompetensi dan prestasi untuk dinilai. Fasa
terakhir iaitu peluang diberikan kepada PPP yang kompeten dan mencapai tahap prestasi yang
ditetapkan untuk memilih laluan (PdP), kepimpinan dan kepakaran pendidikan. Perkara ini
memberi peluang kepada seseorang itu untuk meningkatkan prestasi kerja baik bagi mencapai
penilaian prestasi dan menepati standard pencapaian berkualiti. Pelaksanaan aktiviti PPB
dikelompokkan kepada 3 inisiatif iaitu kementerian, organisasi dan kendiri. Pendekatan aktiviti
PPB memberi keutamaan kepada inisiatif kendiri dan bukan bergantung kepada kementerian
dan pihak sekolah sahaja. Standard program PPB dijadikan sebagai panduan kepada PPP,
institusi latihan dan agensi luar yang menyediakan latihan pembangunan profesionalisme
dengan mematuhi piawaian yang ditetapkan. Piawaian dalam Standard Program PPB
menggariskan elemen-elemen tertentu yang diperlukan seperti reka bentuk, kolaboratif, dan
penilaian PBB bagi melahirkan guru berkualiti.

Secara kesimpulannya, menurut Zuriani Hanim dan Mahaliza Mansor (2019), PPPB
bertujuan meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah dalam memperkasakan profesion
perguruan yang menjadi faktor keberhasilan murid. Justeru itu, program ini sangat membantu
dalam menghasilkan seorang guru yang berkualiti dan mempunyai tahap kepimpinan yang
mantap yang dapat memberikan sumbangan kepada kurikulum serta melengkapkan amalan
profesionalisme dalam diri sebagai seorang pendidik yang dapat malahirkan generasi berguna.

(615 patah perkataan)


RUJUKAN

Boon, P.Y., Noriati A. Rashid & Wong, K.T. (2018). Asas Kepemimpinan dan Pembangunan
Profesionalisme Guru. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Majelan Sulong, Rusli Ahmad & Nur Fatihah. (2020). Sistem Pengurusan Prestasi dan
Transformasi Penilaian Prestasi Untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan: Suatu
Tinjauan Menyeluruh. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 7(2), 33-41.

Zuriani Hanim & Mahaliza Mansor. (2019). Persepsi Guru Prasekolah Kebangsaan Terhadap
Program Pembangunan Profesional Guru. Southeast Asia Early Childhood Journal, 8(1),
31-36.

Anda mungkin juga menyukai