Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
1.1
Sekolah sebagai institusi pendidikan formal telah banyak mengalami perubahan dan
perkembangan. Hari ini sekolah tidak lagi hanya berfungsi untuk menyampaikan asas
pedagogi yang menjadi sebab kewujudannya pada masa lepas. Sekolah juga bukan hanya
berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia yang
cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang bersahsiah baik serta
memahami tanggungjawabnya. Pengetua dan guru-guru mestilah professional serta kompeten
dalam melahirkan pelajar-pelajar yang bersedia menghadapi persekitaran baru yang lebih
mencabar (Abdul Shukor, 2004a).
Secara umumnya, program pendidikan guru di semua IPT dan BPG memiliki kesamaan dari segi
komponen-komponen kursus yang ditawarkan. Kurikulum program pendidikan boleh dibahagikan
kepadadua iaitu teori dan praktikal. Kurikulum teori termasuklah komponen-komponen kursus seperti
asas, teras,elektif dan umum. Manakala praktikal merupakan amali atau lebih dikenali sebagai latihan
mengajar(LM). Di banyak negara pula, program pendidikan guru terdiri daripada dua komponen
utama iaitu kerja kursus dan komponen amali (Anderson, 1995). Dalam melahirkan seorang guru
yang mampu mendidik generasi masa depan, bakal-bakal guru didedahkan dengan pelbagai
pengetahuan dan kemahiran terlebih dahulu sebelum mereka menjalani latihan mengajar.
Guru merupakan tunjang kepada gagal atau berjayanya seseorang murid kerana mereka
bukan sahaja berperanan sebagai pendidik melalui pengajaran secara langsung
tetapi juga membina semaksimum mungkin perkembangan dan tumbesaran murid
(RahimahAhmad, 1999). Dalam usaha melahirkan guru baru yang berkualiti, program pendi-
dikan guru telah memastikan bakal-bakal guru diberikan pendedahan teori dan praktikal
secukupnya serta membentuk sahsiah guru yang unggul. Namun begitu, isu yang sering
diutarakan adalah berkait rapat dengan kelemahan guru-guru baru. Perkara ini memberi
implikasi yang besar kepada program pendidikan guru, seolah-olah ia mencerminkan masih terdapat
kelemahan dan kekurangan dalam proses melahirkan guru berkualiti.
1.2
Pernyataan Masalah
Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di
mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun
2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai
inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya.
Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat
menghasilkan
individu yang
mempunyai
kukuh, berketerampilan,
... as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school
improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large
measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of
high quality, and that all students have access to high quality teaching.
(Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal. 106 )
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru
yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan
negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah yang telah
diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem pemilihan
calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan, dan menambah baik
laluan kerjaya serta kebajikan guru.
Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju
utama latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan
Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan
latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh
negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama ditekankan
iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran
pengajaran dan pembelajaran.
Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard
guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan
perguruan di Malaysia.
1.3
Pernyataan Masalah
Setiap tahun lebih daripada 175,000 memohon untuk menjadi guru danseramai
20,000 orang guru-guru baru ditempatkan di seluruh negara. Hampir s e p a r u h
daripadanya
telah
mendapat
faedah
daripada
latihan
mengajar
y a n g berkualiti, berkompetensi, berkeyakinan dan membantu dalam pembelajaran anakanak didik di sekolah. Berdasarkan Laporan Rancangan Malaysia Ke-10,
ramai pemohon yang tidak punyai sikap dan aptitude yang sesuai untuk menjadi
guru,akibatnya masih ada yang kurang bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran di bilik
darjah.
mereka
untuk
menyesuaikan
diri
dengan
profesion
keguruan
pendidikan
telah
menggariskan
beberapa
elemen
yang
ke
mempelbagaikan aktiviti, a l a t a n
kebolehan murid.
dan
pengajaran
mengikut
tahap
dan
menulis
kertas
kerja,
menghasilkan
folio,
memerhati,
dinyatakan
produk
guru
dari
institut
perguruan
dan
kajian
dari
Institut
Perguruan
Guru
Malaysia
1.4
Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru baru
ketika berada di sekolah dari aspek berikut:
1. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru baru dari aspek penyediaan bahan
pengajaran.
2. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru baru dari aspek penyediaan buku
persediaan mengajar.
3. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru baru dari aspek masalah persekitaran
4. Mengenal pasti masalah yang di hadapi oleh guru baru dari aspek teknik atau kaedah yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
1.5
Signifikan Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh
golongan guru baru semasa berada berada di sekolah. Hasil dapatan kajian ini boleh
digunakan untuk kepentingan yang boleh dikongsi bersama oleh semua pihak dari sudut dan
perspektif yang berbeza mengikut keutamaan masing-masing. Daripada hasil kajian ini,
diharapkan ia dapat:
i. Memberi input yang berguna untuk mewujudkan satu kaedah bagi meningkatkan dan
memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) guru pelatih dari semua aspek.
ii. Membantu guru baru dalam merancang segala perkara dengan teliti sebelum
pengajaran dan pembelajaran berjalan pada masa akan datang. Dengan ini, guru baru akan
lebih bersedia dan dapat mengelakkan masalah yang sama dari berulang.
iii. Membantu guru-guru baru menyediakan diri untuk berhadapan dengan suasana
persekolahan yang sebenar semasa menjalani LM.
iv. Untuk memastikan tiada sebarang kesulitan yang timbul semasa berada di sekolah
dijalankan dan ianya dapat membentuk guru baru ke arah yang lebih cemerlang sejajar
dengan kehendak matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
v. Para pentadbir sekolah yang selaku penyelia dan guru pembimbing harus mengenal pasti
masalah yang dihadapi oleh guru baru dan cuba membantu menyelesaikan masalah yang
timbul semasa pengajaran dan pembelajaran.
1.6
Kajian ini dilakukan terhadap guru-guru baru yang berpengalaman dari setahun ke tiga tahun
ketika di sekolah terutama di daerah Batang Padang bagi mengenal pasti punca permasalahan
dari segi pengajaran dan pembelajaran dari segi sikap dan keyakinan mereka terhadap
pengajaran yang di sampaikan.
Metadologi Kajian
3.1
Pendahuluan
Dalam bab ini diterangkan kaedah dan tatacara untuk mendapatkan data dari responden yang
telah ditentukan, iaitu dengan menentukan populasi dan pemilihan sampel kajian, tempat
kajian, alat ukur kajian dan soalan-soalan untuk mendapatkan maklumat dan data secukupnya
untuk menjawab persoalan kajian.Juga diterangkan tatacara analisa data, batasan kajian dan
andaian-andaian penyelidik. Menurut Mohd Majid Konting (1993), dan Ahmad Mahdzan
Ayub (2000), metodologi kajian merujuk kepada bagaimana pengkaji mendapatkan maklumat
bagi mencapai semua matlamat penyelidikan. Perbincangan dibuat melibatkan reka bentuk
kajian, populasi dan persampelan, instrument penyelidikan, kajian rintis, kaedah
pengumpulan data dan analisis data.
3.2
Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian yang menggunakan kaedah tinjauan dan bersifat
deskriptif. Kaedah ini adalah bersesuaian dengan tujuan kajian yang dijalankan oleh pengkaji
iaitu melihat permasalahan guru baru ketika mula berkhidmat di sekolah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana kaedah tinjauan merupakan kaedah yang sesuai
untuk menentukan perkaitan antara dua atau lebih pemboleh ubah ( Ahmad Mahdzan, 2005).
Menurut beliau, kaedah tinjauan sesuai untuk mendapatkan gambaran deskriptif atau
menentukan perkaitan sebab atau akibat bagi dua pemboleh ubah atau lebih. Selain itu kaedah
tinjauan juga sesuai digunakan kerana keboleh percayaan yang tinggi sedangkan kos nya
rendah ( Ahmad Mahzan, 2005: Najib Ghaffar 1999). Penyelidikan deskriptif juga merupakan
kaedah penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang
berlaku.
Manakala kaedah korelasi digunakan untuk mengkaji hubungan antara pemboleh
ubah bersandar faktor persekitaran sekolah, kurikulum, kokurikulum, pengurusan HEM dan
pengurusan dan pentadbiran sekolah dengan pemboleh ubah bebas prestasi akademik pelajar
dalam peperiksaan UPSR dan faktor demografi guru. Faktor demografi respondan
mempunyai hubungan dengan terhadap prestasi akademik pelajar dan faktor persekitaran
sekolah. Oleh itu Pengujian hipotesis dijalankan untuk menyelidik mengenai hubungan
pembolehubah-pembolehubah yang telah diandaikan. Dapatan-dapatan dari pendekatan ini
akan digunakan untuk membuat suatu generalisasi mengenai hubungan guru baru terhadap
prestasi akademik pelajar dan juga .
Hasil dapatan dari soal selidik akan dianalisis dan di nilai secara umum untuk
mendapatkan pola serta variasi jawapan dari respondan. Hasil tujuan kajian lanjutan ini untuk
mengesahkan dan mengukuhkan hasil dapatan (Sharan Merriam & Edwin L. Simpson, 1995).
3.3
Kajian ini melibatkan semua guru baru di sekolah rendah di daerah Batang Padang Perak
yang telah menjadikan faktor dalam pencapaian akademik khususnya kepada pencapaian
sekolah tersebut. Ini selaras dengan saranan Ahmad Mahdzan Ayob (2005), iaitu sesuatu
perubahan hanya dapat diukur sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga tahun.
b)
Sampel
Untuk menentukan sampel sekolah kajian, penyelidik telah memilih semua guru sekolah
rendah di daerah Batang Padang
3.4.1
Dalam penyelidikan ini, soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan
fakta-fakta, kepercayaan perasaan, kehendak dan sebagaimya dan mudah disediakan
3.5
Prosedur Kajian
Prosedur kajian ini melalui tiga peringkat iaitu peringkat persediaan yang merupakan
peringkat pembacaan
merupakan peringkat untuk mendapatkan konseptual kajian yang lebih jelas, iaitu mengenal
pasti populasi dan lokasi kajian, kerja-kerja mengubal alat ukur untuk dip roses dan di
sesuaikan bagi maksud tujuan penyelidikaan.
Keduanya ialah peringkat pertengahan yang melibatkan tatacara bagi menentukan populasi
kajian, serta memilih sampel, membina dan mengubahsuaikan alat ukur, kajian rintis, dan
kerja lapangan. Urusan untuk mendapatkan kebenaran penyelidikan dari EPRD, JPN dan
pejabat Pendidikan Daerah yang dilaksanakan di peringkat ini.
Manakala peringkat ketiga adalah peringkat Akhir Kajian, iaitu data-data yang telah
diperolehi dianalisis secara kuantitatif untuk dilaporkan. Penulisan laporan penyelidikan
adalah berdasarkan matlamat kajian, menjawab persoalan kajian, dan menguji hipotesis yang
telah dibina. Kerja mengedit, mengemas kini, laporan dijalankan. Isu dan masalah berkaitan
dengan tajuk penyelidikan diberi perhatian dan cadangan-cadangan untuk kajian lanjutan
turut dibincangkan.
3.6
Olahan data
Data-data diproses dengan menggunakan komputer melalui program SPSS. Menurut Mohd
Majid Konting (2005), penganalisisan data berstatistik menggunakan perian pengaturcaraan
SPSS dapat menghasilkan pengeriaan yang tepat. Statistik deskriptif digunakan untuk
menghuraikan profil dan bentuk respondan bagi mengenali latar belakang mereka. Analisis
ini digunakan untuk menunjukkan variasi respon terhadap pengaruh persekitaran sekolah
serta factor demografi respondan, dan prestasi akademik pelajar tahun 6dalam peperikssan
pertengahan tahun 2012.
Bagi menentukan tahap terhadap pembolehubah pembolehubah kajian ini, Jadual 3.3
digunakan sebagai garis panduan cut-off point bagi menentukan tahap skor min bagi
pemboleh ubah atau subskala pembolehubah yang di analisis. Contoh pengiraan
untuk
mendapatkan skor min ini ialah Skor yang tertinggi di bahagikan dengan tiga ( 5.00 / 3 =1.6 )
maka untuk intreprestasi skor min rendah di antara 1.00 hingga 2.00.
Skor
1.00 2.00
Rendah
2.01-4.00
Sederhana
4.01-5.00
Tinggi
Statistik inferens yang bakal digunakan dalam kajian ini ialah Kolerasi Pearson dan Ujian-t.
Korelasi Pearson digunakan untuk mengandaikan jika data adalah berbentuk normal,
bermakna data interval yang bakal diperolehi adalah jenis parametric, iaitu normal. Maka
operasi statistic inferensi bagi membuktikan hipotesis hubungan antara pembolehubah yang
dikaji akan menggunakan Korelasi Pearson. Pekali korelasi Pearson yang positif
menunjukkan
bahawa
pembolehubah
tidak
bersandar
yang
tertentu
meningkat,
Borang soal selidik yang dijawab, dikumpul serta disemak, dan diproses mengikut prosedur
dan tatacara yang betul. Ini melibatkan proses pengekodan dan di susun berdasarkan kod
angka, dengan setiap jawapan akan dikodkan bagi memproses dan menganalisis data. SPSS
digunakan bagi memproses dan menganalisis data.
3.8
Alat ukur yang digunakan dalam kajian ini dibina berdasarkan teori, model, dan cirri dan
disesuaikan dengan mengambil kira setting setempat. Pembinaan alat ukur kajian juga
mengambil kira kesesuaian dengan merujuk soal selidik piawai yang telah digunakan
penyelidik terdahulu. Penyelidik juga merujuk kepada pensyarah pembimbing bagi
membantu penyelidik dalam proses membentuk, mengubahsuai alat ukur supaya ianya sesuai
dari segoi format dan isinya.
Tujuan semakan ini juga adalah untuk memastikan kesahan zahir dan kesahan kandungan
soal selidik dengan mengetahui bagaimana konsep yang hendak diukur itu didefinasikan, dan
sama ada maklumat yang dikumpul berkaitan dengan konsep yang hendak dikaji,
mengandungi semua topik berkaitan dengan pengaruh guru baru dan prestasi akademik
pelajar.
Sebagai langkah untuk menentukan bahasa yang digunakan sesuai, mudah difahami,
tidak mempunyai unsur-unsur yang negative dan sensitive terhadap social budaya masyarakat
Malaysia.
3.9
Kajian Rintis
Kajian rintis dilakukan untuk mendapatkan kajian bagi mendapat kesahan dan
kebolehpercayaan terhadap item soalselidik pengkaji. Kajian rintis ialah satu aktiviti yang
penting bagi setiap kajian selain daripada menentukan kesahan dan kebolehpercayaan
instrument, ia juga digunakan untuk menguji kaedah terbaik mentadbir instrument, mengenal
sampel dan kesesuaian kaedah analisi (Mohd Najib Abdul Ghaffar, 2003).
3.10
Rumusan
Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian kuantitatif untuk menganalisis tahap
permasalahan guru baru ketika mula berkhidmat di sekolah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Iaitu untuk melihat sejauh mana impak pengaruh guru baru terhadap akademik
pelajar. Populasi kajian adalah guru-guru di daerah Batang Padang. Penyelidik juga telah
menghuraikan aspek analisis data yang akan digunakan, dan tatacara pengubalan alat ukur
kajian supaya objektif kajian tercapai dan persoalan kajian terjawab.
Perlaksanaan persekitaran sekolah yang selesa di samping pengurusan sekolah yang prihatin
di sekolah tersebut, maka penyelidik merasakan sudah sampai masanya dijalankan satu kajian
yang menyeluruh untuk melihat kesan persekitaran sekolah terhadap prestasi akademik
pelajar.