Anda di halaman 1dari 17

Pengenalan

Dewasa ini kanak-kanak

sering

terdedah

lebih

awal

dengan pelbagai

sumber maklumat. Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi impak yang besar dalam
perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka ,terutama
dikalangan mereka yang dikenali sebagai pelajar pintar cerdas. Pelajar yang mempunyai
potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali
sebagai kanak-kanak pintar cerdas (gifted). Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan
individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek

perkembangan

dan

pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik
dan berkesan, suatu program pendidikan khusus amat diperlukan.

Kamus dewan mengistilahkan pintar cerdas sebagai cekap dan pandai, manakala cerdas
didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Susan K. Golant didalam bukunya The Joys
and Challenges Of Raising a Gifted Childs berpendapat, kanak-kanak yang pintar cerdas
menunjukkan minat yang tinggi bagi belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu
yang tinggi kepada persekitaran serta berupayamenggabungkan beberapa maklumat dalam
menghasilkannya.

Umum pula mentakrifkan pintar cerdas sebagai kepandaian luar biasa yang dimiliki oleh
individu.Individu yang dikatakan pintar cerdas ini mempunyai Kebolehan yang luar biasa
memahami dan mengadaptasi segala cabaran persekitaran kepada hidup dan mindanya.
Terdapat pelbagai pandangan dan pendapatmengenai konsep pelajar pintar cerdas ini.
Stanford Binet (1916), orang pertamamenjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai
The Stanford- Binet Test telah memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada
keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik.

Lewis Terman(1916), pula memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang
berkebolehan untuk berfikir secara abstrak. Di samping itu, Marland (1972), telah
mengemukakansatu definisi pelajar pintar cerdas yang diterima pakai oleh Jabatan
Pendidikan Negara, Amerika Syarikat pada tahun 1972. Definisi Marland, (1972), dalam
S.Deborah, (1998:hal. 277) iaitu: Gifted and talented children are those identified by
professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high
performance.

These are children who require differentiated educational programs and services beyond
those normally provided by the regular school program in order to realize their contribution to
self and society. Children capable of high performance include those with demonstrated
achievement and/or potential ability in any of the following areas singly or in combination
General intellectual aptitude, Specific academic aptitude, Creative or productive thinking,
Leadership ability and Visual and performing arts.

Pernyataan Masalah
Dewasa ini kita melihat arus perubahan sangat pesat melanda negara kita, baik dari segi
teknologi, komunikasi, dan ledakan maklumat. Tidak terkecuali di dalam bidang pendidikan,
sentiasa berlaku perubahan dan pembaikan supaya sistem yang ada akan bertambah baik
dan mantap. Namun di sebalik kemajuan dan strategi yang dijalankan, masih terdapat
kekurangan yang perlu dipantau dan diambil perhatian serius. Seperti baru-baru ini, banyak
isu melibatkan kanak-kanak cerdik dan pintar dipaparkan di dada-dada akhbar tempatan.
Isu yang sering ditimbulkan ialah kanak-kanak pintar cerdas, apakah mekanisme yang dapat
membantu kanak-kanak pintar cerdas ini dan sejauh manakah pembelaan ke atas mereka.

Menurut Prof Madya Dr. Nik Azis Nik Pa (1999), kanak- kanak pintar cerdas adalah satu
amanah dan rahmat daripada Allah yang perlu dikembangkan dan dimanfaatkan demi

kebaikan umum. Mereka ini mempunyai darjah kecerdasan yang luar biasa, oleh sebab itu
ramai di kalangan ahli pendidik menyarankan agar kanak- kanak pintar cerdas dan berbakat
ini didedahkan kepada program pendidikan yang khusus, yang sesuai dengan kebolehan
mereka sendiri. Menurut Holligworth (1942), kanak-kanak yang mempunyai darjah
kecerdasan (IQ) yang tinggi daripada 150 didapati tidak dapat menyesuaikan diri dengan
program pendidikan biasa. Ini kerana menurut Prof Madya Dr. Nik Azis Nik Pa (1999)
apabila kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini berada dalam sistem pendidikan biasa,
bukan sahaja gagal untuk mencapai keputusan yang memuaskan tetapi mereka juga sering
kali gagal untuk mencapai tahap prestasi yang dicapai oleh kebanyakkan rakan sebaya
mereka.

Menurut Hildreth, sekiranya bakat dan kepintaran ini tidak dikembangkan melalui pendidikan
khas, maka daya kepintaran yang dipunyai oleh seseorang kanak-kanak akan lenyap ditelan
zaman. Malaysia sepatutnya mencontohi Singapura dan Indonesia yang telah memikirkan
dengan lebih serius tentang isu ini. Tidak hairanlah apabila kedua negara ini telah
mewujudkan mekanisme bagi membantu kanak-kanak pintar dan cerdas dengan
menubuhkan pusat pendidikan khas untuk melaksanakan program pendidikan pintar cerdas.
Prof Madya Dr. Nik Azis Nik Pa (1999), menyatakan bahawa pendidikan khas untuk mereka
ini wajar dilaksanakan di negara ini kerana mereka merupakan aset yang penting bagi
negara dan mereka dapat memberi sumbangan dan faedah kepada pembangunan negara.
Selain itu juga, kanak-kanak pintar cerdas ini mempunyai hak untuk belajar, hak untuk
mengembangkan kebolehan diri, dan hak untuk menjadi manusia yang produktif.

Keperluan untuk membantu kanak-kanak gifted dan talented ini perlu dari segi bantuan
kewangan dan khidmat nasihat selain pendidikan khas untuk mereka. Kita tidak mahu nasib
kanak-kanak ini terabai apabila tiadanya perhatian dan mekanisme yang terbaik untuk
mengembangkan minda mereka. Jika kemiskinan merupakan faktor kanak-kanak pintar

cerdas tidak meneruskan pembelajaran, pihak berwajib perlu tampil ke hadapan bagi
membantu memberikan sumber kewangan kepada mereka, supaya pemikiran kanak-kanak
ini tidak terbantut dan tidak mensia-siakan anugerah kepintaran ini. Tidak semua kanakkanak pintar cerdas ini terdiri daripada keluarga yang berada dan ada juga mereka yang
keluarganya berpendapatan rendah.

Jika kewangan tidak disalurkan kepada mereka yang memerlukan untuk tujuan
pembelajaran, maka terjadilah keadaan di mana mereka merempat di jalanan atau menjadi
peniaga apabila sudah dewasa kerana otak yang pintar tidak dikembangkan dan terbantut
begitu sahaja. Ini kerana kita tidak bertindak bersungguh-sungguh dalam menangani isu
kanak-kanak pintar cerdas ini. Janganlah kita membiarkan permata yang berharga ini
terumbang-ambing kerana permata kalau dibiarkan berhabuk, lama-lama akan menjadi kaca
.
Suatu ketika dahulu, negara pernah dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak berumur
4 tahun yang mahir membaca akhbar sehingga dijadikan anak angkat Prof. Engku Aziz.
Namun di manakah Mohd Syukri Hadafi berada sekarang?. Ada yang menyatakan beliau
sekarang menjadi penjual roti canai. Begitu juga dengan Sufiah Farooq, seorang yang mahir
dalam bidang Matematik pada umur 7 tahun sehingga dihantar belajar ke luar negara.

Namun setelah tiga tahun berada di Universiti Oxford, beliau melarikan diri dan berkahwin
dengan orang Inggeris dan bercerai setahun kemudian. Sesungguhnya negara telah
kehilangan aset yang sangat berharga kepada agama dan negara. Mengapakah perkara
sebegini terjadi? Perkara ini kerana kita tidak menghargai otak pintar yang mereka ada
kerana kita sibuk dengan perbincangan dan percaturan yang dibuat sehingga tiada tindakan
yang dilakukan. Sesungguhnya kerajaan perlu mengambil ikhtibar atas kejadian yang
berlaku agar tidak berulang ke atas Adi Putra Abdul Ghani, kanak-kanak pintar Matematik.

Menurut Dr. Rashid Mohd Saad, pensyarah Jabatan Bahasa dan Literasi Pendidikan, Fakulti
Pendidikan Universiti Malaya ( Mingguan Malaysia , 3 Februari 2008), sepatutnya sudah
sampai masanya kita mewujudkan satu pusat bagi mengurus kemunculan kanak-kanak
pintar yang bertaraf genius ini. Salah satunya sistem pendidikan misalnya tidak boleh terlalu
rigid. Sistem yang agak rigid perlu menjadi lebih anjal dalam menangani kes- kes seperti ini.
Kita perlu membantu mengembangkan minda dan potensi yang ada pada Adi Putra supaya
kita tidak mempersiakan kelebihan dan anugerah yang terdapat dalam dirinya.

Bantuan kewangan juga perlu disalurkan kepada mereka, sekiranya mereka memerlukan
bagi melanjutkan pelajaran di luar negara. Amat menyedihkan sekiranya kita mengabaikan
potensi mereka kerana jika lihat di Barat, mereka sangat prihatin dan sanggup membuka
jalan untuk kanak-kanak ini supaya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi lagi.

Kementerian Pelajaran telah menyediakan ruang untuk kanak-kanak kurang upaya


menikmati pembelajaran seperti kanak-kanak biasa dengan mewujudkan Sekolah
Pendidikan Khas. Ini menunjukkan Kementerian Pelajaran sangat prihatin dan tidak
mengabaikan kebajikan kanak-kanak tersebut. Oleh itu, kanak-kanak pintar ini juga tidak
boleh dikecualikan dan mereka selayaknya mendapat pendidikan yang sesuai mengikut
tahap minda mereka seperti kanak-kanak lain. Perlunya keperluan pendidikan untuk kanakkanak pintar cerdas ini agar mereka juga bisa menikmati pembelajaran yang kondusif.

Semua pihak perlu memainkan peranan untuk membentuk kanak-kanak pintar cerdas ini
menjadi seorang ilmuan Islam yang dapat menyumbang kepada ummah kelak. Mereka ini

perlu dibimbing dengan kefahaman Islam yang sempurna dari segi rohani dan jasmani agar
kelak tidak tersasar daripada batasan Islam.

Cadangan dan Penambahbaikan

1) Permata Pintar
Kanak-kanak pintar cerdas adalah sumber semula jadi negara. Mereka mempunyai
keperluan khas yang berlainan daripada pelajar-pelajar sederhana atau kanak-kanak
istimewa. Kajian ke atas profil pelajar-pelajar pintar cerdas menunjukkan bahawa
terdapat seorang pelajar pintar cerdas bagi setiap 10,000 orang kanak-kanak (Tidwell,
1980). Malaysia mempunyai seramai 3.5 juta pelajar-pelajar dari umur sembilan hingga
15 tahun. Ini menjadikan bilangan pelajar pintar cerdas di Malaysia seramai 350,000
orang.
Pelajar-pelajar pintar cerdas juga terdapat dalam kalangan pelajar-pelajar khas seperti
masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah fizikal, masalah pembelajaran,
masalah emosi dan tingkah laku serta dalam kalangan pelajar pemulihan. Mereka
dikategorikan golongan keistimewaan pelbagai (multiple exceptionalities). Kanak-kanak
pintar cerdas adalah aset negara yang perlu dicari, digilap dan ditonjolkan demi
mencapai cita-cita negara.
Program Pendidikan PERMATApintar merupakan program khas yang pertama di
Malaysia untuk sekumpulan pelajar yang menunjukkan potensi intelek yang tinggi atau
dikategorikan sebagai pelajar pintar cerdas akademik. Universiti Kebangsaan Malaysia
telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan program pendidikan ini yang akan
bermula pada bulan Januari 2011, dengan ambilan pertama seramai 200 orang pelajar
tingkatan 4 (16 tahun). Pada tahun 2012 sekolah ini dijangka mempunyai pendaftaran

penuh seramai 400 orang pelajar yang terdiri daripada 200 orang pelajar tingkatan 4 200
orang pelajar tingkatan 5.

Kerangka Konseptual
a) Kesesuaian ujian saringan yang diguna pakai untuk memilih pelajar-pelajar pintar cerdas
di

Malaysia.

b) Pencarian pelajar pintar cerdas yang mempunyai latar belakang yang berbeza dan
berada di beberapa lokasi termasuk di kawasan pendalaman.

c) Pengalaman pendidikan inklusif yang dialami oleh pelajar-pelajar pintar cerdas semasa
mereka di sekolah masing-masing.

d) Program pengayaan yang dapat membuka minda mereka untuk menjadi lebih kreatif dan
inovatif.

e) Program pecutan yang boleh disepadukan dengan kurikulum kebangsaan.


f) Program pecutan yang dapat melonjakkan kebolehan pelajar untuk menjadi lebih inovatif
melalui penyelidikan bersama pakar.

g) Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan kepada perkembangan kendiri yang


holistik merangkumi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Tujuan Penubuhan

Menyediakan program pendidikan holistik dan suasana pembelajaran kondusif


khusus untuk pelajar-pelajar pintar cerdas akademik.

Membangun, menyedia, dan melaksanakan kurikulum pembelajaran yang sesuai


dengan keperluan pembelajaran pelajar pintar cerdas akademik yang mempunyai
potensi intelek yang tinggi.

Menyediakan pengalaman awal bagi pelajar pintar cerdas untuk belajar di institusi
pengajian tinggi sekali gus mendapat bimbingan mentor dari kalangan ahli akdemik.

Mengumpulkan pelajar Malaysia yang berpotensi intelek tinggi untuk diberi peluang
kepada mereka mendapatkan pengalaman awal dalam projek penyelidikan bagi
membangunkan potensi minda kreatif dan berinovasi dalam kalangan pelajar
berkenaan.

Menjadi model pendidikan pintar cerdas yang melibatkan pengintegrasian kurikulum


pendidikan menengah dengan suntikan sukatan pelajaran tahap pengajian tinggi.

Mewujudkan satu wadah perkongsian pintar dan usaha sama di antara industri,
institusi pengajian tinggi, dan sekolah dalam usaha saling lengkap melengkapi bagi
menyediakan

suasana

pengalaman

pembelajaran

yang

boleh

membantu

perkembangan holistik pelajar pintar cerdas akademik.

Objektif Penubuhan

Program ini dilaksanakan untuk pelajar-pelajar pintar cerdas yang mempunyai tahap
potensi dan kemampuan yang tinggi untuk berfikir secara logik, kritis dan kreatif.
Sehubungan itu, objektif pendidikan Program Pendidikan PERMATApintar adalah untuk
melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

Berkemampuan, berkemahiran serta berdaya saing untuk mencapai kecemerlangan


dalam akademik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam menjana penyelesaian kepada


masalah, dan boleh mencetuskan atau mencipta pemikiran-pemikiran baru
berhubung ilmu yang dipelajari hasil penelitian yang analitikal dan kritis.

Sihat fizikal, sihat minda, berfikiran positif dan mempamerkan kesedaran kendiri
yang matang dan bijaksana.

Mempunyai daya kepimpinan yang cemerlang dan terpuji, bertanggungjawab dan


boleh membuat keputusan yang berkesan dengan mengambilkira prinsip-prinsip nilai
baik dan beretika.

Menguasai kemahiran bahasa dan komunikasi yang mantap, serta mempunyai sikap
yang sesuai untuk terlibat aktif dengan berkesan dalam aktiviti di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.

Program Permata pintar

Perkhemahan Khas Matematik dan Sains (PKMS)

Diadakan khas buat pelajar Tingkatan 3 yang telah berjaya melepasi Ujian
PERMATApintar UKM 2. Perkhemahan ini bertujuan mengenalpasti pelajar-pelajar
potensi intelek yang tinggi. Pelajar-pelajar ini akan ditawarkan mengikuti Program
Pendidikan Menengah Tinggi PERMATApintar UKM.

Antara kandungan kursus

perkhemahan ini ialah pemantapan kepimpinan, kemahiran berfikir, kreativiti,


kemahiran penyelesaian masalah, sikap proaktif, kemampuan bekerja dalam satu
pasukan, kemahiran interpersonal, kemahiran intrapersonal, kemahiran komunikasi,
dedikasi, ketabahan dan motivasi.

Program pendidikan Menengah Tinggi PERMATApintar UKM

Merupakan program pendidikan di UKM. Mereka yang terpilih adalah pelajar yang telah
melepasi Ujian PERMATApintar UKM 2 dan telah berjaya menyertai sesi perkhemahan
khas. Mereka akan mengikuti sesi persekolahan di UKM untuk Tingkatan 4dan Tingkatan
5. Mereka dikehendaki menduduki SPM dan peperiksaan lain di peringkat antarabangsa.
Sesi pembelajaran juga adalah lebih mencabar.

Kurikulum dan aktiviti yang dijalankan semasa Perkhemahan Khas Matematik dan
Sains (PKMS) ialah:

1.
2.

dan Bahasa Inggeris)


3.
Penyelesaian masalah Matematik dan Sains secara kumpulan
4.
Pembentangan mini projek

Ujian Kecerdasan Emosi


Ujian Kompetensi (ujian kecekapan untuk Matematik, Sains, Bahasa Melay

Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATAPINTAR Negara

merupakan program yang dirangka bagi menanpung keperluan pelajar-pelajar pintar dan
cerdas di Negara kita. Program berbentuk pengayaan dan pecutan ini telah diadaptasi
dari Program Musim Panas (Summer Camp) di Centre for Talented Youth, John Hopkins
University. Sama seperti Falsafah Pendidikan Negara, objektif perkhemahan ini adalah
untuk mengembangkan bakat dan kebolehan sedia ada pelajar, mengasah potensi
pelajar secara holistic, mengembangkan kemahiran pelajar dan memupuk pembelajaran
sepanjang hayat. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti akademik, aktiviti
kokurikulum berbentuk kesenian dan sukan, program kerohanian dan lawatan sambil
belajar.

Berikut adalah kursus yang ditawarkan kepada pelajar.

1.
2.
3.
4.
5.
6.

7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.

Menjadi saintis
Penulisan dan imaginasi
Penaakulan mantik
Rekacipta
Pengenalan kepadarobotik
Biologi pecutan

Bioteknologi
Teknologi hujau
Kristal dan polimer
Kriptologi
Kebarangkalian dan teori permainan
Mengarang penulisan
Rekacipta lanjutan
Robotic lanjutan
Sains penerbangan

Program Pendidikan Menengah Tinggi PERMATApintar pula merupakan program yang


dilahirkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia yang diberi kepercayaan oleh Jabatan
Perdana Menteri untuk melaksanakan program ini. Pelajar-pelajar yang ditawarkan
adalah terdiri daripada pelajar yang melepasi Ujuan PERMATApintar UKM 1 dan 2 dan
Ujian Kompetensi Matematik dan Sains melalui perkhemahan Sains dan Matematik.
Program ini mengambil masa 2 tahun dan menekankan kepada pembezaan
pembelajaran iaitu pelajar belajar pada aras berbeza mengikut tahap pembelajaran
masing-masing. Penekanan banyak diberikan kepada pembelajaran berpusatkan
pelajar.

Maka, kaedah pengajaran yang digunapakai adalah seperti kaedah koperatif dan
kolaboratif, perbincangan kumpulan, amali, kajian lapangan, projek penyelidikan,
pembinaan folio dan sebagainya. Terdapat beberapa tujuan program ini dijalankan
seperti memberi peluang kepada pelajar pintar cerdas untuk mendapatkan pengalaman
awal dalam menjalankan projek penyelidikan bagi membangunkan potensi minda yang
kreatif dan inovatif dan menjadi model pendidikan pintar cerdas yang melibatkan
integrasi kurikulum pendidikan menengah tinggi dengan suntikan sukatan pelajaran

tahap pengajian tinggi yang diimbangi dengan kurikulum pendidikan peringkat


antarabangsa.

Satu lagi program yang dijalankan ialah ASASIpintar UKM


bermula pada bulan Jun 2010 dengan kohort pertama sebanyak 250 orang pelajar
menyertainya.

Bidang pengajian tertumpu kepada Sains, Teknologi dan Matematik.

Program ini menggunapakai kurikulum khas yang mengambil sejumlah 40 jam kredit.
Pengendaliannya melibatkan semua fakulti yang berasaskan sains dan teknologi
termasuk Fakulti Pendidikan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Fakulti Sains dan
Teknologi, Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian dan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu.
Pelajar berpeluang bersama-sama pakar untuk menjalankan penyelidikan melalui
pembelajaran berasaskan masalah.

Program Pembangunan Bakat (Kurikulum MRSM Model Pengayaan Seluruh


Sekolah)
Program Pembangunan Bakat MRSM adalah satu program pengayaan yang diolah
berdasarkan The Enrichment Triad Model. Melalui program ini, potensi dan bakat
pelajar dibangunkan dan diperkembangkan secara terancang dan sistematik untuk
seluruh sekolah. Program dilaksanakan dalam tiga aras pengayaan seperti berikut :
Pengayaan Type I

Pelajar diberi pendedahan kepada pelbagai disiplin, topik, isu, kerjaya, peristiwa dan
persekitaran yang biasanya tidak diberikan dalam kelas formal melalui aktiviti seperti
ceramah, dialog, lawatan-lawatan tayangan, pembacaan, penerokaan melalui internet
dan lain-lain. Pengalaman dan penemuan melalui penerokaan ini membantu pelajar
mengenalpasti minat dan bidang untuk penerokaan dan penyelidikan selanjutnya
(Pengayaan Type III).
Pengayaan Type II
Pengayaan berikutnya adalah aktiviti-aktiviti penerapan kemahiran dan emosi afektif.
Semua pelajar diberikan kemahiran generik seperti proses pemikiran aras tinggi, cara
belajar, membuat penyelidikan, komunikasi dan mendapatkan bahan. Kemahiran khusus
seperti analisis statistik data diberikan sekiranya diperlukan oleh pelajar dalam
penyelidikannya. Oleh itu, pelajar-pelajar akan lebih bersedia dan berkeyakinan untuk
mendalami sesuatu bidang atau topik.

Pengayaan Type III


Berdasarkan minat dan persoalan bersesuaian, pelajar menjalankan aktiviti penyiasatan
dan penghasilan produk atau perkhidmatan yang ada impak ke atas audience sebenar.
Pelajar berfikir dan bertindak sebagai seorang penyelidik professional dan mengkaji satu
masalah atau topik sebenar menggunakan kaedah-kaedah yang autentik. Melalui aktiviti
pengayaan Type III, pelajar akan mempraktikkan kemahiran dan emosi efektif yang
diterapkan melalui pengayaan Type II

Pelan Tindakan: Membangunkan strategi kebangsaan untuk murid pintar cerdas

Gelombang 1 transformasi pendidikan ini akan memberikan tumpuan kepada usaha


memahami dengan lebih keperluan murid pintar cerdas dan merangka program yang dapat
memenuhi keperluan mereka.
Gelombang 2 akan merintis program baharu ini manakala dalam Gelombang 3 program ini
akan diperluas ke seluruh negara.
Gelombang 1 (2013-2015): Mengenal pasti aspek yang perlu ditambah baik

Dalam masa tiga tahun yang berikut, Kementerian akan menanda aras program dalam
negara dengan program pendidikan pintar cerdas terbaik daripada sistem pendidikan
negara lain bagi mengenal pasti aspek yang perlu ditambah baik dan menerima pakai
amalan terbaik tersebut. Selain itu, Kementerian akan mengadakan perkongsian pintar
bersama-sama sektor swasta dan institusi penyelidikan terkemuka bagi membentuk set
program khusus untuk murid pintar cerdas dan murid berbakat.

Gelombang 2 (2016-2020): Merintis program pintar cerdas dan berbakat

Dengan menggunakan hasil kajian dan usaha sama dalam Gelombang1, Kementerian akan
meneroka dan melaksanakan program untuk murid berpencapaian tinggi (berdasarkan
kajian dianggarkan hampir 15% daripada populasi murid) dan program untuk murid pintar
cerdas (1% daripada populasi murid):

Program kurikulum

pintas di peringkat

menengah

akan membolehkan

murid

berpencapaian tinggi melengkapkan pelajaran menengah dan menduduki peperiksaan SPM

dalam masa empat tahun berbanding lima tahun, serta melibatkan diri dalam aktiviti
pengayaan, misalnya projek kajian. Murid akan dipilih selepas UPSR dan diuji pada setiap
tahun bagi memastikan program ini bermanfaat untuk murid dan tidak menjejaskan
perkembangan diri;
Program kurikulum pintas di peringkat rendah akan membolehkan murid berpencapaian
tinggi melengkapkan pelajaran rendah dan menduduki peperiksaan UPSR dalam masa lima
tahun berbanding enam tahun, serta melibatkan diri dalam aktiviti pengayaan seperti kerja
projek kendiri. Murid akan kerap diuji setiap tahun bagi memastikan program ini bermanfaat
untuk murid dan tidak menjejaskan perkembangan diri; dan
Program murid pintar cerdas dan murid berbakat menyasarkan 1% daripada populasi
murid yang pintar cerdas dalam aspek tertentu seperti Matematik, Bahasa, Muzik dan Seni
Visual. Murid akan mendapat akses kepada pendidikan khusus dan luwes bagi
membolehkan mereka mendapatkan pengajaran daripada pakar, dan pada masa yang
sama menjalani persekolahan arus perdana.

Gelombang 3 (2021-2025): Meningkatkan kejayaan

Semasa fasa terakhir Pelan Tindakan ini, Kementerian akan memurnikan rangka kerja
program rintis pintar cerdas dan berbakat dan memperluaskannya secara berperingkat ke
seluruh negara.

Rumusan
Kesesuaian aktiviti yang dirancang membantu pelajar pintar cerdas menyerlahkan lagi bakat
yang ada. Apabila guru membuat atau melaksanakan aktiviti dengan member kebebasan
kepada pelajar pintar cedas, dapat memberi kesan positif kepada emosi pelajar ini.
Sesungguhnya, peranan guru melaksanakan kurikulum ini dapat membantu pelajar
mempamelkan kebolehannya pada tahap yang lebih maksimum.

Anda mungkin juga menyukai