Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan

Sejak mencapai kemerdekaan, negara kita telah mengalami perubahan yang pesat dalam
sistem pendidikannya. Bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar-dasar pendidikan negara
sentiasa dikaji dan kurikulum sentiasa diubahsuai bagi memastikan keberkesanan
perlaksanaannya dalam menghadapi alaf baru dalam bidang ekonomi, politik dan sosial
supaya selaras dengan perkembangan pesat yang sedang berlaku dalam Negara. Gelombang
teknologi maklumat dan komunikasi telah meninggalkan impak yang amat nyata dalam
sistem pendidikan negara.
Budaya persekolahan sudah tiba masanya perlu berubah kepada amalan bermaklumat,
kreatif, bijak berfikir, penyayang dengan mengaplikasikan teknologi terkini (KPM, 1997).
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak ketinggalan melihat pembelajaran secara
elektronik ini sebagai satu kaedah yang dapat membantu pelajar dalam memahami konsep
bagi subjek yang diajar. Sehubungan dengan itu, KPM melalui Pusat Perkembangan
Kurikulum telah mengadakan semakan semula kurikulum sekolah dengan mengintegrasikan
teknologi maklumat dan komunikasi ke dalam kurikulum.

Kritik Artikel Tajuk Artikel : ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam
Pembaharuan Pedagogi oleh Robiah Sidin, Nor Sakinah MohamadPendahuluan Artikel yang
dikritik adalah bertajuk ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan
Pedagogi yang ditulis berdasarkan kajian oleh Md Nor Bakar dan Rashita A. Hadi. Kajian ini
dijalankan untuk melihat kesan pencapaian keatas subjek komputer yang diajar dengan
kaedah perantis (pendekatan konstruktivisme) berbanding dengan kaedah tradisional
(pendekatan tingkah laku). Kajian ini merupakan kajian kuasi eksperimental.

Pada artikel tersebut ada dinyatakan tujuan, objektif dan hipotesis kajian tetapi
tidakdinyatakan persoalan kajian. Pada bahagian objektif kajian ada dinyatakan untuk
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kaedah perantis berbanding kaedah tradisional tetapi
hal ini tidak merujuk kembali kepada tujuan asal kajian tersebut iaitu untuk melihat
perbezaan antarakedah perantis dan kaedah tradisional terhadap pencapaian pelajar. Dalam
menyokong pendapat yang diutarakan, penulis menggunakan penyataan pendapat yang
melebihi sepuluh tahun ke atas dan hal ini kurang bersesuaian kerana sesetengah perkara
tidak lagi relevan pada tahun kajian dijalankan iaitu pada tahun 2011.
Terdapat juga beberapa kenyataan yang tidak disokong oleh mana-mana sumber dan
hal ini lebih kepada pendapat sendiri yang kadang kala mengikut emosi. Penulis juga tidak
menyatakan sorotan literatur dengan terperinci.

Metodologi
Metodologi Kajian Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian kuasi
eksperimen yang direka bentuk untuk mengajar subjek komputer di sekolah menengah. Dua
kumpulan dibentuk iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Penulis tidak
menyatakan cara atau kriteria pemilihan sampel untuk diasingkan kepada dua kumpulan
tersebut. Penulis juga ada menyatakan sampel yang diambil adalah daripada pelajar tingkatan
dua sebuah sekolah didaerah Bentong, Pahang tetapi tidak dinyatakan mengapa pelajar dari
sekolah tersebut terpilih untuk dijalankan kajiannya. Dalam artikel tersebut ada dinyatakan
huraian terperinci untuk langkah-langkah pengajaran bagi kaedah perantis.
Terdapat langkah yang tidak praktikal seperti pelajar dilarang membuat catatan untuk
memastikan mereka memberikan tumpuan sepenuhnya kepada guru. Setiap pelajar

mempunyai cara penerimaan maklumat berbeza dan hal ini tidakbererti bahawa pelajar yang
mengambil nota, tidak menumpukan kepada guru. Adakah seorang guru akan hanya memberi
tumpuan kepada perkara tersebut kerana terdapat perkaralain yang juga perlu diberi perhatian
semasa kajian dijalankan. Terdapat juga langkah yang menyatakan guru mengaskan kepada
pelajar pentingnya mereka bekerjasama antara satusama lain jika terdapat masalah dalam
menyiapkan tugasan. Bagaimanakah implementasinya terhadap pelajar bagi memastikan
kerjasama itu berlaku?
Bagi ujian bertulis yang dijalankan, penulis tidak menyatakan format ujian
bertulistersebut. Hal ini penting untuk diketahui samada ujian tersebut betul-betul mengukur
apayang hendak dinilai. Mengenai kebolehpercayaan tidak dibincangkan dan menyentuh
sedikitkesahan iaitu kesahan dalaman. Variable juga tidak dinyatakan secara terus iaitu
apakahvariable bebas dan variable menganggu. 3
Dapatan Kajian Data yang diperolehi menggunakan ujian-t dan didapati aras
signifikan p adalah 0.002untuk pembinaan web yang menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan antara duakumpulan seterusnya penulis ada menyatakan hipotesis nul ditolak tetapi
sebelum ini,hipotesis tidak dinyatakan. Secara keseluruhannya penulis menyatakan
penerangannya secaratidak mendalam kerana masih wujud perkataan atau istilah yang
digunakan tidak jelas bagisesetengah pihak yang membacanya. Sebagai contoh jadual waktu
anjal, sebagai pendidikmemahami apa itu jadual waktu anjal tetapi tidak bagi sesetengah
individu yang luar dariprofession perguruan.Kesimpulan Secara kesimpulannya, masih
terdapat beberapa perkara perlu diperbaiki dandiperhalusi dalam artikel tersebut agar dapat
dijadikan panduan oleh guru-guru khususnyadalam melaksanakan P&P yang lebih berkesan

Anda mungkin juga menyukai