Anda di halaman 1dari 2

Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan

Guru Matematik Di Daerah Kota Tinggi


Md. Nor Bakar
Rashita A. Hadi

Pengenalan
Artikel yang dikritik adalah bertajuk Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru Matematik Di Daerah Kota Tinggi yang
ditulis berdasarkan kajian oleh Md. Nor Bakar dan Rashita A. Hadi. Dalam kajian ini,
tujuan utama pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk meninjau tahap
perlaksanaan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di
kalangan guru Matematik.
Tajuk Kajian
Melalui tajuk yang dipilih untuk jurnal ini, dapat dilihat bahawa para penulis telah
meletakkan tajuk yang sesuai untuk para pembaca memahami apakah isi kandungan
yang ingin disampaikan nanti. Pembaca juga akan mendapat gambaran awal mengenai
isu dan topik apa yang ingin dibincangkan. Apa yang dapat diperhatikan, kajian ini
hanya melibatkan guru-guru Matematik dari Daerah Kota Tinggi sahaja.
Metodologi Kajian
Dalam pelaksanaan kajian ini, penulis telah menggunakan pendekatan kuantitatif dan
kualitatif. Kaedah dan pendekatan kuantitatif dilakukan dengan cara persampelan dan
populasi kajian di mana penulis telah menggunakan borang soal selidik ke atas 30
orang responden daripada sebuah sekolah di Daerah Kota Tinggi. Satu set borang soal
selidik disediakan dan digunakan. Soal selidik tersebut ditadbirkan kepada sepuluh
orang guru Matematik di salah sebuah sekolah di Kota Tinggi. Kaedah kualitatif iaitu
Kaedah temubual yang dipilih ialah kaedah temubual berstruktur. Temubual ini
dilakukan kepada beberapa orang guru Matematik dan 15 orang penyelaras makmal

computer. Teknik analisis dokumen juga digunakan bagi mengukuhkan lagi dapatan
yang diperolehi daripada hasil soal selidik dan temubual.

Ulasan dan Kritikan


Dalam menyokong pendapat yang diutarakan, walaupun penulis menyatakan sorotan
literatur dengan terperinci namun sebahagian besar penyataan pendapat yang
digunakan melebihi sepuluh tahun ke atas dan hal ini kurang bersesuaian kerana
sesetengah perkara tidak lagi relevan pada tahun kajian dijalankan iaitu pada tahun
2011. Selain itu, kajian ini dijalankan hanya melibatkan guru-guru yang mengajar mata
pelajaran Matematik dari Daerah Kota Tinggi sahaja. Penulis juga tidak menyatakan
cara atau kaedah yang digunakan untuk menganalisis data dan maklumat-maklumat
yang diperoleh. Namun demikian, melalui kajian ini, pengetahuan dan pemahaman
penyelidik adalah mendalam. Penyelidik telah memberi penerangan dan huraian yang
jelas dalam setiap item dalam borang soal selidik.

Anda mungkin juga menyukai