Anda di halaman 1dari 5

PENGGUNAAN APLIKASI KAHOOT DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN SUBJEK ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4 ,SMK SERI


AMPANGAN.

1.0 PENGENALAN

Pembelajaran alaf ke-21 sangat mencabar. Dalam usaha kerajaan membina

modal insan yang seimbang daripada pelbagai sudut seperti intelek, emosi dan

rohani maka keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak

boleh sedikit pun mengabaikan peranan teknologi dalam pembentukkan sahsiah

dan personaliti unggul pembelajaran wajar diketengahkan dan diberikan

tumpuan yang lebih dalam usaha menrealisasikan harapan untuk melhirkan

generasi yang bijak serta mahir berfikir aras tinggi menjelang tahun 2020.

Information and Communication Technology ( ICT ) ataupun dikenali sebagai

Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan suatu kaedah yang penting yang

boleh diaplikasikan penggunaannya oleh guru-guru dalam menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran abad ini.Teknologi ini dan adalah salah satu usaha

meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap pengetahuan yang

disampaikan oleh guru dan diterima dengan pemahaman yang mendalam oleh

pelajar.Bermulanya kaedah pengajaran dengan menggunakan kapur,kini dengan

kemajuan sains dan teknologi telah merubah kaedah pengajaran tradisional

tersebut kepada kedah pengajaran yang lebih canggih lagi iaitu penggunaan

komputer,bahan elektronik,LCD,kamera digital dan lain-lain lagi dalam proses

PDP abad ini.Dalam hal ini tidak dinafikan lagi kepentingan dan kelebihan

penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran yang boleh dibahagikan

kepada dua aspek iaitu kelebihan kepada murid dan guru


2.0 PERNYATAAN MASALAH

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan aplikasi kahoot ini sangat interaktif.

Pelajar dapat peluang menguruskan sendiri jawapan mereka di

pc/smartphone/tablet masing-masing. Bila murid sendiri yang dapat tekan, dapat

terlibat dengan aktif, maka mereka akan lebih tertarik. Penggunaan aplikasi

kahoot ni telah banyak diaplikasikan oleh guru-guru di Malaysia seperti dalam

matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Pelajar bersungguh-sungguh

mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran ini. Pelajar bersaing sesama

rakan bagi mendapatkan markah yang paling tinggi.

Oleh itu, kita dapt lihat tingkah laku, kognitif dan efektif setiap pelajar yang

menggunakan aplikasi ini. Setiap pelajar akan menunjukkan sikap yang berbeza-

beza mengikut tingkah laku mereka.

3.0 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian ini adalah seperti yang berikut :

1. Bagaimana berlakunya perubahan tingkah laku pelajar terhadap penggunaan

aplikasi Kahoot dalam pembelajaran subjek ASK ?

2. Apakah peranan aplikasi Kahoot dalam membantu kefahaman pelajar di dalam

pembelajaran subjek ASK ?

4.0 OBJEKTIF KAJIAN


1. Mengkaji perubahan tingkahlaku pelajar terhadap penggunaan aplikasi Kahoot

dalam pembelajaran subjek ASK

2. Mengenalpasti peranan Kahoot dalam membantu kefahaman pelajar di dalam

pembelajaran subjek ASK.

5.0 TINJAUAN LITERATUR

Ertmer (1999) dan Hokanson & Hooper (2004) telah menjalankan satu kajian

untuk meninjau keberkesanan penggunaan wadah ICT di dalam bilik darjah

terhadap kelakonan murid. Teknologi dapat meningkatkan produktiviti,

menambah motivasi, menyokong pengajaran secara tidak langsung dan

meningkatkan literasi maklumat di kalangan murid (Roblyer dan Schwier, 2003).

Namun terdapat juga pelbagai persoalan yang timbul berkaitan dengan

pengajaran bahasa dengan menggunakan bahan ICT. Kajian Ambigapathy dan

Shanti (2004) mendapati bahawa cabaran baharu dalam dunia pendidikan

memerlukan penglibatan golongan pendidik secara sepadu dalam melakarkan

aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dapat membentuk pesona murid yang

mempunyai arah kendiri (self-directed learner).

Menurut kajian Nevin (1999) pula, teknik latih tubi yang terhasik daripada teori

pembelajaran behavior amat sesuai untuk pengajaran kosa kata, kemahiran

matematik, kemahiran sains, sejarah dan geografi. Pendekatan pembelajaran

masteri ini memerlukan guru untuk membahagikan sukatan pelajaran kepada

unit-unit kecil agar murid dapat menerima pengajaran secara bertahap lantas

dapat menguasai topik pengajaran secara berkesan. Pendekatan ini juga

mengesyorkan bahawa variasi dalam pencapaian murid boleh dikurangkan

melalui strategi dan teknik pengajaran yang disesuaikan untuk memenuhi

pelbagai keperluan pembelajaran murid.


Dalam kajian yang dilakukan oleh Baharudin (2005), beliau mendapati bahawa

penggunaan teknologi dalam bilik darjah harus diberi keutamaan bagi

menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Penggunaan alatan

berteknologi seperti perkakasan komputer dalam proses pengajaran dan

pembelajaran adalah satu alternatif yang produktif dalam proses pemindahan

maklumat dan sesuatu kemahiran. Selain itu, akses guru dan pelajar dapat

ditingkatkan melalui penggunaan komputer. Hal ini kerana penggunaan

komputer dapat meningkatkan penyerapan maklumat kerana ia melibatkan

media grafik bergambar, video dan sistem pemprosesan maklumat yang pantas

dan teratur.

6.0 METHODOLOGI

Kajian ini adalah untuk mengkaji perubahan tingkahlaku pelajar terhadap

penggunaan aplikasi Kahoot dalam pembelajaran subjek ASK dan mengenalpasti

peranan Kahoot dalam membantu kefahaman pelajar di dalam pembelajaran

subjek ASK.

6.1Reka bentuk Kajian.

Kajian ini adalah berbentuk deskriptif iaitu melalui tinjuauan dan

permerhatian. Kajian secara deskriptif ini hanyalah untuk mengukur

pemboleh ubah didalam kajian tersebut. Bentuk kajian ini dipilih kerana

dengan cara ini pengkaji dapat mengumpulkan data dengan mudah

serta dapa menumpukan perhatuan terhadap kajian yang berlangsung.

Dengan menggunakan aplikasi Kahoot untuk pelajar menjawab kuiz

ASK , pengkaji akan melihat sejauh mana kefahaman dan kepantasan

pelajar dalam menjawab soalan ASK Tingkatan 4. Soalan kuiz diberikan

untuk mendapatkan pencapaian prestasi pelajar dalam subjek ini.


Seramai 40 orang dalam sebuah kelas tingkatan empat terlibat dalam

kajian ini. Pengkaji akan menjalankan pemerhatian selama 2 minggu di

kelas yang sama. Keputusan kajian kes akan disemak dan

dibandingkan.
6.2Sampel Kajian
Sampel kajian ini terdiri daripada 40 orang pelajar tingkatan 4 di

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan. Kesemua responden

yang dipilih telah mempunyai pengetahuan sedia ada yang baik dalam

subjek ASK. Pemilihan pelajar tingkatan 4 adalah kerana mereka tidak

menghadapi peperiksaan umum pada tahun ini dan hanya mereka

yang belajar subjek ASK.

6.3Instrumen Kajian
Satu instrumen kajian akan digunakan dalam kajian ini. Ia merupakan

satu set soalan yang mengandungi 10 soalan ASK tingkatan 4. Kuiz ini

akan memberikan maklumat mengenai keputusan markah. Keputusan

ini akan digunakan untuk melihat prestasi pencapaian pelajar di

peringkat awal. Buku text ASK tingkatan empat digunakan sebagai

bahan rujukan bagi membantu pengkaji membuat rujukan serta

pengkaji juga menggunakan internet untuk mendapatkan contoh-

contoh soalan ASK tingkatan empat.


6.4Prosedur Pengumpulan Data
Pengumpulan data akan dijalankan oleh pengkaji selepas proses kuiz

tersebut. Semua pelajar akan mengambil ujian berbentuk kuiz.

Kesemua pelajar dikumpulkan didalam satu makmal komputer untuk

menjawab kuiz ASK secara maya. Kesemua keputusan akan dikumpul

dan digunakan pengkaji untuk tujuan kajian.

Anda mungkin juga menyukai