Anda di halaman 1dari 2

Format Laporan USPR

1. Laporan ditulis untuk melaporkan sesuatu hal atau peristiwa yang telah berlaku. 
2. Karangan jenis ini boleh merangkumi laporan aktiviti seperti perbahasan, lawatan, bercerita,
atau pameran dan laporan persatuan. 
3. Dalam peperiksaan, kebiasaannya murid diminta menulis tentang pelbagai kegiatan persatuan
di sekolah. 
4. Murid perlu benar-benar terlibat atau mengetahui secara mendalam akan peristiwa yang
dilaporkan dan mesti berdasarkan kenyataan. 
5. Murid menggelakkan penggunaan bahasa yang kreatif. 
6. Format laporan adalah seperti berikut:  

       Tajuk laporan ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata kecuali kata sendi, kata
hubung, dan kata sandang atau huruf besar keseluruhannya dan digarisi.
 Idea dimulakan dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup
 Pengakuan pelapor ditulis di sebelah kiri laporan selepas perenggan akhir dengan melangkau
satu baris kosong dan diakhiri dengan tanda koma (,). Huruf pertama pada kata pertama
mestilah huruf besar.
 Tarikh ditulis di sebelah kanan bertentangan dengan pengakuan pelapor.
 Tandatangan pelapor ditulis di sudut kiri selepas pengakuan pelapor.
 Nama pelapor ditulis dalam kurungan dengan huruf besar sepenuhnya.
 Jawatan pelapor dan nama persatuan yang diwakili ditulis di sudut kiri bahagian bawah
laporan dan diakhiri dengan tanda noktah.

Contoh soalan: Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah mengadakan satu  lawatan
sambil belajar ke sebuah kilang membuat kain batik.

Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu dikehendaki menulis sebuah laporan


tentang lawatan tersebut.
Tulis laporan itu selengkapnya.

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Kilang Batik

          Pada 3 Jun 2015 yang  lalu, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan
Pengkalan Chepa telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Kilang Batik Nusa Jaza
yang terletak di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa.

    Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk menambahkan pengetahuan ahli-ahli
persatuan cara-cara membuat kain batik. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk
memberi pendedahan kepada ahli-ahli persatuan tentang kepentingan perusahaan batik
kepada ekonomi penduduk setempat.
   Lawatan yang disertai oleh tiga puluh orang ahli persatuan dengan diiringi oleh tiga orang
guru ini telah bertolak dari sekolah dengan sebuah bas. Kami bertolak pada pukul 10.00 
pagi dan tiba di kilang batik tersebut pada pukul 10.30 pagi.

    Setibanya di sana,  kami telah diberi taklimat oleh pengurus kilang  tersebut. Dalam
taklimatnya,  pengurus kilang iaitu En. Osman  Ahmad mengucapkan terima kasih atas
kesudian kami melawat ke kilang batiknya. Setelah selesai taklimat kami diiringi oleh dua
orang penyelia kilang tersebut untuk melihat cara-cara memproses kain batik.

      Kami sangat terpesona melihat kemahiran para pekerja mencanting dan melukis batik.
Corak-corak batik yang  dihasilkan sangat menarik dan bermutu tinggi. Ahli-ahli persatuan
juga mendapat pengetahuan baru apabila diberi peluang mencanting dan mewarna batik.

   Sebelum pulang, Pihak kilang batik telah memberikan cederamata berupa sehelai kain
batik yang dilukis khas untuk Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Pengkalan
Chepa. Kami amat gembira menerima cenderahati tersebut.

Laporan disediakan oleh,                                                                  10 JUN 2015

Amar Muhaimmin
(AMAR  MUHAIMIN)

Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,

Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa

latihan : Sekolah kamu telah mengadakan satu sambutan anugerah kecemerlangan.

Kamu dikehendaki menulis sebuah laporan tentang sambutan tersebut.

Tulis laporan itu selengkapnya.

Anda mungkin juga menyukai