Anda di halaman 1dari 2

RINGKASAN JURNAL: PENGUASAAAN SIFIR DARAB DALAM

MATEMATIK TAHAP DUA


Ringkasan jurnal oleh Dragonizer
Penulis asal: Agnes Voo Tun Chuan
Pencapaian rendah di kalangan dalam Matematik di sekolahsekolah rendah berpunca dari kegagalan pelajar untuk
menguasai sifir darab. Kegagalan pelajar dalam menghafal sifir
dan mencongak di depan rakan-rakan mereka boleh
menyebabkan mereka menghadap math phobia. Satu kajian
tindakan melibatkan murid tahun 5 yang rendah pencapaiannya
dipilih. Pelajar-pelajar ini didapati tidak memahami konsep
operasi darab, tidak belajar melainkan di sekolah, tidak mahu
belajar, tidak sedar tentang kepentingan pendidikan dan belum
menguasai kemahiran membaca dan menulis. Tinjauan awal
melibatkan temubual dengan guru dan murid, semakan profil
murid dan ujian awal. Didapati sample terdiri daripada anak
pendatang, tiada dorongan/perhatian ibu bapa/penjaga, ke
sekolah tanpa sarapan pagi, bekerja di luar waktu sekolah dan
jarang hadir ke sekolah. Setahun kemudian, satu lagi kajian
tindakan diadakan pada kelompok murid yang sama, tetapi
melalui rombakan kelas. Pra-ujian diadakan semula dan didapati
hanya sebilangan kecil sahaja murid-murid yang dapat
menguasai sifir darab dan ada juga yang tidak dapat mendarab
dalam masa yang ditetapkan. Temuduga dijalankan dan
didapati hasilnya pelajar dimasukkan ke dalam tiga kumpulan
iaitu; 1) tidak tahu (dari segi fahaman konsep, kaedah belajar,
membaca dan menulis); 2) tidak dapat (status ekonomi
keluarga, kekangan masa, aktiviti lain) dan 3) tidak mahu (tidak
minat belajar).
Seterusnya diadakan perjumpaan dengan ibu bapa. Pengkaji
telah mengadakan sesi bimbingan di mana perkara-perkara
seperti kepentingan pendidikan dan keperluan belajar,
kepentingan matematik dalam hidup, sifir dan kegunaanya
disentuh. Kelas hari Sabtu diadakan untuk belajar semula
konsep asas operasi darab, latihan congak setiap hari, ujian dari

semasa ke semasa, perjumpaan dengan guru semasa


rehat/selepas sekolah dan pelajar digalakkan membantu antara
satu sama lain. Aktiviti hari Sabtu bertujuan membolehkan
pelajar memahami konsep operasi darab melalui aktviti handson untuk mendapat konsep, menulis sifir pada kadbod untuk
ditampal di dinding, menulis sifir pada kad kecil yang boleh
dimasukkan dalam saku, a x b = b x a dan mencari gambar
tersembunyi dengan menggunakan sifir. Pelajar juga diajar
menghafal dengan menggunakan teknik lipatan kertas selain
latihan mencongak secara lisan dan Mad Minute (jawab soalan
operasi darab sebanyak mungkin dalam masa satu minit)
semasa kelas Matematik. Berdasarkan Ujian Pertengahan
Program dan Ujian Post didapati keputusan dai kedua-dua ujian
ini amat menggalakkan. Pengkaji menyimpulkan bahawa
kerjasama antara guru-guru lain sukar dibina, kanak-kanak
memerlukan perhatian sepanjang masa; perlukan intensif untuk
belajar, tunjuk cara yang berterusan sangat diperlukan, latihan
congak mesti diteruskan; permainan Matematik sungguh
popular dan murid-murid biasanya menghadapi masalah dalam
sifir 6,7 dan 8.

Anda mungkin juga menyukai