Anda di halaman 1dari 5

Ciri-ciri rakan/ kawan yang baik

Setiap orang mempunyai impian untuk mempunyai seorang rakan yang baik kerana mereka dapat membantu kita
apabila kita menghadapi kesusahan.
Antara ciri-ciri seorang rakan yang baik ialah mereka berupaya membantu kita apabila kita berada dalam
kesusahan. Rakan yang baik akan sentiasa memberikan sokongan kepada kita dengan memberikan nasihat kepada kita
agar menjadi seorang yang tabah. Rakan yang baik akan sentiasa bersama dengan kita ketika senang atau susah dengan
memberikan dorongan untuk menghadapi cabaran hidup.
Selain itu, ciri-ciri seorang rakan yang baik ialah rakan yang sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia untuk
dijadikan teladan kita. Rakan yang baik akan selalu menasihati kita jangan melakukan kesalahan. Rakan yang baik juga
boleh dijadikan tempat meluahkan masalah supaya beban masalah yang ditanggung akan berkurangan.
Di samping itu, rakan yang baik juga akan sentiasa menghormati orang terutama sekali orang tua, ibu bapa dan
guru-guru. Rakan yang baik juga akan sentiasa menjaga kebajikan orang dan prihatin terhadap masalah yang menimpa
orang lain.
Ciri-ciri rakan yang baik juga ialah jenis rakan yang tidak angkuh dan sombong, malah akan mudah mesra apabila
berkawan dengan sesiapa. Rakan yang baik juga tidak mudah cepat panas darah apabila diusik.
Kesimpulannya, setiap orang harus bijak memilih ciri-ciri seorang rakan yang baik agar kita tidak susah pada
masa kelak.

Karangan Keperihalan/Gambaran : Cara Menggunakan Wang


Soalan : Kamu telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM500.00 dalam pertandingan lukisan. Ceritakan cara-cara
kamu menggunakan wang tersebut.
Saya berasa amat gembira dan bangga kerana telah memenangi wang tunai sebanyak RM500.00 pada
pertandingan lukisan sempena Hari Kemerdekaan. Saya telah menggunakan wang itu dengan pelbagai cara.
Saya meraikan kejayaan saya dengan membelanja keluarga saya makan di KFC. Restoran KFC merupakan
restoran ayam goreng kegemaran keluarga kami. Kami sekeluarga meluangkan masa selama lebih kurang 2 jam
menikmati ayam goreng dan pelbagai hidangan lain.
Saya telah membeli alat keperluan melukis yang baharu. Alat keperluan melukis yang sedia ada sudah lama
dipakai. Alatan yang baru akan menaikkan lagi semangat saya untuk melukis. Saya akan dapat melukis dengan gembira.
Saya juga membeli beg sekolah yang baharu. Beg yang sedia ada sudah terkoyak di bahagian hadapan dan sudah
tidak sesuai digunakan lagi. Saya membeli beg yang lebih berkualiti dan tidak mudah terkoyak..
Saya menyimpan baki wang yang masih ada di dalam bank. Saya boleh menggunakannya pada masa saya susah.
Ia juga boleh digunakan ketika saya masuk universiti.
Kemenangan kali ini memberi semangat untuk saya menyertai lebih banyak pertandingan melukis. Saya harap
akan memenangi pertandingan lukisan pada masa akan datang dan dapat menyimpan lebih banyak wang untuk masa
depan saya.

Surat Rasmi : Memohon cuti kerana demam


Soalan : Kamu tidak hadir ke sekolah kerana demam. Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk
memohon cuti.

Tan Xiao Qi
378 Tiram Buruk,
45500 Tanjong Karang,
Selangor.
_________________________________________________________________________________________
Guru Kelas
SJKC Ming Tee
45500 Tanjong Karang,
Selangor.

7 JULAI 2015.

Tuan,
Memohon Cuti Kerana Demam
Dengan segala dimaklumkan bahawa saya, Tan Xiao Qi tidak dapat hadir ke sekolah selama dua hari mulai esok
8 Julai 2015.
2.
Saya telah demam kerana meredah hujan ketika balik dari sekolah. Doktor menasihatkan saya agar
berehat di rumah.
3.
Saya akan kembali semula ke sekolah pada 10 Julai. Rakan sekelas saya, iaitu Ali akan memaklumkan
kepada saya semua kerja sekolah yang mesti dibuat.
4.

Diharap permohonan saya ini mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada cikgu.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

----------------(Tan Xiao Qi)

Balas surat kepada rakan anda untuk memberitahunya tentang persediaan anda
menghadapi peperiksaan akhir tahun.
No.228, Jalan Cheras 12,
Taman Cheras Utama,
45600, Cheras,
Selangor.
29 September 2009.
Menemui sahabatku Ahmad yang kini berada di Pulau Pinang, semoga saudara dan keluarga
berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Saudara,
Surat yang saudara kirimkan itu telah saya terima pada minggu lalu. Saya berasa amat
kagum akan persediaan yang telah saudara ambil khas untuk mengharungi peperiksaan akhir
tahun pada bulan Oktober nanti. Sememangnya saudara berfikiran jauh.
Untuk makluman saudara, saya juga sudah mula membuat persediaan dalam menghadapi
peperiksaan tersebut. Tindakan awal saya ialah dengan membuat jadual belajar di rumah.
Semua masa yang telah ditetapkan dalam jadual itu sudah saya patuhi agar proses ulang kaji
saya lebih berkualiti dan konsisten.
Pada masa yang sama, saya juga mengikuti kelas tambahan yang disediakan oleh pihak
sekolah saya. Kelas ini diadakan setiap hari Isnin bermula jam 4 petang hingga 6 petang. Kelas
tambahan ini saya gunakan untuk mengukuhkan lagi kemahiran saya untuk menjawab soalan
peperiksaan kelak.
Selain itu, saya juga telah menubuhkan satu kumpulan belajar. Kumpulan ini terdiri
daripada empat pelajar sekelas saya dan kami bertemu dua kali seminggu yakni pada hari
jumaat dan sabtu setiap jam 8 malam hingga 10 malam di rumah saya. Kami berbincang dan
bertukar-tukar pendapat supaya mampu menambahkan pengetahuan bersama.
Saya amat yakin jika saya berusaha lebih gigih, saya boleh memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun kelak lalu memberi sedikit harapan kepada ibu bapa
saya.
Sekian sahaja buat kali ini. Terima kasih.
Yang benar,
Ali
3

Surat Kiriman Tidak Rasmi: Persediaan menghadapi UPSR


Anda diminta menulis surat kepada rakan anda untuk menceritakan tentang persediaan yang anda lakukan untuk
menghadapi peperiksaan UPSR.
No. 74, Tiram Buruk,
45500Tanjung Karang,
Selangor.
26 Januari 2011.

Menemui sahabatku Ali yang kini berada di Ipoh, semoga dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan
keluarga di sini sihat-sihat sahaja.
Saudara,
Apa khabar saudara sekarang? Bagaimana dengan persediaan saudara untuk menghadapi peperiksaan
UPSR yang akan kita hadapi pada bulan September nanti? Untuk pengetahuan saudara, saya telah membuat
beberapa persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Antara persediaan yang saya buat ialah mengulang
kaji pelajaran dari pukul 8.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari.
Semasa belajar di kelas , saya akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pengajaran
guru. Jika pada masa itu saya kurang faham, saya akan segera bertanya guru supaya saya terus dapat mengikuti
pengajarannya.
Selain itu, ibu bapa saya juga menghantar saya ke kelas tambahan sebanyak dua kali seminggu untuk
memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya amat berterima kasih atas usaha mereka itu. Saya berazam
akan belajar bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya.
Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah untuk meminjam buku-buku rujukan.
Di situ juga saya boleh berbincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar dan bertukartukar nota.
Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Saya berharap kita akan dapat
menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti. Sama-samalah kita berdoa agar mendapat
kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.
Setakat ini sahaja yang dapat saya tuliskan. Akhir sekali, sambutlah salam mesra saya untuk saudara
serta keluarga.

Sahabatmu,
.............................
4

Aku sebuah Komputer Riba


Aku sebuah komputer riba yang berjenama Acer. Aku dilahirkan di sebuah kilang komputer yang terletak
di Johor Bahru. Aku berbentuk segi empat dan berwarna hitam.
Selepas siap dibuat, aku dimasukkan ke dalam kotak. Aku dan rakan-rakan dihantar ke sebuah kedai
komputer dengan lori yang besar. Aku dipamerkan di dalam almari kaca. Aku diletakkan tanda harga RM 2499.
Di sana,aku berkenalan dengan rakan-rakan seperjuangan aku yang berjenama lain.Kami mempunyai
keistimewaan tersendiri untuk menarik perhatian pelanggan.
Pada suatu hari,seorang wanita berkunjung ke kedai komputer tersebut.Dia ingin membeli komputer
untuk anaknya sebagai hadiah hari jadi.Selepas mendengar penerangan penjual komputer ,dia tertarik oleh
kecantikan dan keistimewaan aku lalu memilih aku.Aku dibeli dan dibawa pulang ke rumah.Kehadiran aku
disambut oleh ahli keluarganya dengan tangan terbuka.
Tuan aku bernama Bin Quan.Dia murid yang rajin dan bertanggungjawab.Tuan aku menggunakan aku
untuk melayari internet,mambuat projek sekolah,bermain permainan komputer atas talian dan sebagainya.Aku
berasa bangga dan gembira kerana dapat bergembira bersama tuan aku.
Bin Quan menjaga aku dengan baik bagai menatang minyak yang penuh.Setiap kali selepas
menggunakan aku,dia akan menutup aku dengan penutup plastik.Tuan aku mengelap aku pada setiap hujung
minggu.Tuan aku menggunakan aku dengan cermat.
Aku bersyukur mempunyai tuan yang menghargai perkhidmatan aku. Aku berjanji akan terus
berkhidmat untuk tuan aku buat selama-lamanya.

Anda mungkin juga menyukai