Anda di halaman 1dari 1

Surat Kiriman Tidak Rasmi: Persediaan menghadapi UPSR

Anda diminta menulis surat kepada rakan anda untuk menceritakan tentang persediaan yang anda lakukan untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

Alamat pengirim

No. 74, Taman Seri Merapoh, 27210 Merapoh Kuala Lipis, Pahang. Darul Makmur. 26 Januari 2011

tarikh

Pedahuluan
Menemui sahabatku Amir yang kini berada di Pulau Pinang, semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja. Sahabatku, Panggilan hormat

Apa khabar saudara sekarang? Bagaimana dengan persediaan saudara untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan kita hadapi pada bulan September nanti? Untuk pengetahuan saudara, saya telah membuat beberapa persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Jika saya tidak faham akan sesuatu pelajaran semasa belajar di kelas, saya akan segera bertanya guru supaya saya dapat mengikuti pelajaran itu sebaik mungkin. Ibu bapa saya pula telah menghantar saya belajar ke kelas tambahan sebanyak dua kali seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya amat berterima kasih atas usaha mereka itu. Saya berazam akan belajar bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya. Di samping itu, saya juga pergi ke perpustakaan sekolah dan Perpustakaan Awam Merapoh untuk meminjam buku-buku rujukan. Biasanya saya pergi ke Perpustakaan Awam Merapoh pada hujung minggu sekiranya ada kelapangan masa. Di situ juga saya boleh berbincang dengan kawankawan tentang topik-topik yang agak sukar untuk difahami dan bertukar-tukar nota. Sama-samalah kita berdoa agar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat tatapan saudara kali ini. Akhir sekali, sambutlah salam ingatan saya untuk saudara serta keluarga. Sahabatmu,

Penutup
............................. (Khairi bin Zaideen

tandatangan

Anda mungkin juga menyukai