Anda di halaman 1dari 2

ESEI-KARANGAN SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi


SOALAN 1 : Anda akan menghadapi peperiksaan PT3 tidak lama lagi.
Tulis surat kepada rakan anda untuk menceritakan tentang persediaan yang
anda lakukan untuk menghadapi peperiksaan PT3 tersebut.

No 1, Lorong 12,
14120 Simpang
Empat,
Seberang
Perai Selatan,
Pulau Pinang.
21 Julai 2013.
Menemui sahabatku Syamimi yang kini berada di Alor Setar, Kedah.
Semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan
keluarga di sini sihat-sihat sahaja.
Sahabatku,
Apa khabar saudari sekarang? Saya harap saudari dan keluarga
dalam keadaan sihat. Sudah agak lama kita tidak berjumpa. Surat saudari
telah saya terima seminggu yang lau. Terima kasih kerana saudari masih
mengingati saya di sini.
Dalam surat saudari yang lalu, saudari ada bertanyakan tentang
persediaan saya menghadapi peperiksaan PT3. Untuk pengetahuan saudari,
saya telah membuat beberapa persediaan bagi menghadapi peperiksaan
tersebut. Langkah pertama saya saya ialah dengan mengubahsuai jadual
waktu belajar. Saya akan menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji
pelajaran dari pukul 9.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari.
Selain mengikuti kelas tambahan di sekolah, saya juga ada
mengikuti kelas tambahan Pusat Tuisyen. Ibu bapa saya telah menghantar
saya belajar ke kelas tambahan sebanyak tiga kali seminggu untuk
memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya berazam akan belajar
bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa
saya.
Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian yang
sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Saya akan segera bertanya guru
sekiranya saya tidak faham supaya saya terus dapat mengikuti pengajarannya
dengan berkesan. Program gerak gempur yang diadakan di sekolah amat

membantu saya. Hampir setiap hari, saya dan rakan-rakan di kelas akan
menjawab soalan latih tubi yang disediakan oleh guru-guru.
Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah dan
Perpustakaan Awam Simpang Empat untuk meminjam buku-buku rujukan.
Biasanya saya akan pergi ke Perpustakaan Awam Simpang Empat pada
hujung minggu sekiranya ada kelapangan masa. Di situ juga saya boleh
berbincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar
dan bertukar-tukar nota.
Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR.
Saya berharap kita akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam
peperiksaan itu nanti. Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat
tatapan saudari kali ini. Akhir sekali, sambutlah salam ingatan saya untuk
saudari serta keluarga.
Yang benar,

AFIQA
....................
(AFIQAH BT AZMAN)

LATIHAN ESEI
SOALAN : Anda menerima surat daripada rakan
anda yang telah berpindah ke sekolah lain. Di
dalam suratnya, dia bertanyakan persiapan anda
bagi menghadapi PT3. Balas surat rakan anda itu
dan ceritakan usaha-usaha anda menjelang
peperiksaan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai