Anda di halaman 1dari 1

Aktiviti/ Hobi Yang Kamu Lakukan Pada Masa Lapang

Setiap orang mempunyai aktiviti yang dilakukan pada masa lapang. Begitu juga dengan
saya.

Pada masa lapang, saya suka membaca. Saya selalu membaca buku cerita, novel,
majalah, komik dan surat khabar. Saya juga selalu meminjam buku di perpustakaan sekolah.

Pada setiap hari minggu, bapa akan membawa saya pergi ke kedai buku. Di sana, saya
akan membeli buku-buku cerita yang baharu. Membaca menjadi hobi saya kerana membaca
mempunyai banyak faedah kepada kita.

Apabila membaca, saya dapat menambah ilmu pengetahuan. Saya dapat mengetahui
banyak pekara yang berlaku di dalam dan di luar negara. Apabila rajin membaca, saya tidak
akan menjadi katak di bawah tempurung.

Selain itu, saya juga dapat mengisi masa lapang. Jika mempunyai masa terluang, saya
suka membaca buku pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, masa lapang saya dapat diisi dengan
aktiviti yang berfaedah.

Selain itu juga, saya dapat mengetahui dan memahami banyak kosa kata. Apabila saya
memahami banyak kosa kata, ini dapat membantu saya ketika menulis karangan dan
menjawab soalan pemahaman. Selain itu, saya pasti akan mendapat markah yang tinggi dalam
peperiksaan.

Saya berasa seronok kerana mempunyai hobi yang berfaedah. Saya berharap bapa akan
sentiasa membeli buku-buku yang menarik untuk saya.

Anda mungkin juga menyukai