Anda di halaman 1dari 1

Sample

RANCANGAN PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN


SJK C KUO KUANG 2

MINGGU 43 TARIKH HARI Ahad


MASA 2:30 p.m. ~ 3:00 p.m. SUBJEK Bahasa Melayu KELAS 4K
Tema 1: Harmoni Sentiasa
TAJUK
Unit 3: Misi Mulia
STANDARD KANDUNGAN 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks.
5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama mengikut konteks tidak formal;
STANDARD PEMBELAJARAN
(i) kata nama am
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid boleh:
OBJEKTIF PEMBELAJARAN 1. Menyenaraikan 3 contoh kata nama am mengikut empat kategori.
2. Melengkapkan teks dengan menggunakan kata nama am yang betul.
SET INDUKSI
1. Guru memaklumkan objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan kepada murid.
2. Murid mendengar sambil menyanyikan lagu "Bapaku Pulang Dari Kota".
3. Murid menyebut kata nama yang terdapat dalam lirik lagu.
AKTIVITI UTAMA
1. Kumpulan murid menampal gambar dengan kata nama am dalam permainan stesen (Gallery Walk).
2. Kumpulan murid melengkapkan cari kata kata nama am mengikut kategori (orang, benda, haiwan, tempat).
3. Kumpulan murid mengelaskan kata nama am dalam peta pokok.
4. Kumpulan murid membuat pembentangan.
5. Murid melengkapkan teks dengan menggunakan kata nama am yang betul.
PENUTUP
1. Guru membuat penilaian PdP.
2. Murid mendengar penerangan daripada guru.
3. Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru secara individu atau beramai-ramai.
PEMULIHAN (TP1 ~ TP2)
Murid menggarisi kata nama am yang terdapat dalam ayat.
PENGUKUHAN (TP3 ~ TP4)
Murid membina ayat dengan menggunakan kata nama am yang telah dipelajari.
PENGAYAAN (TP5 ~ TP6)
Murid menjawab soalan tatabahasa kata nama am dalam lembaran kerja.
AKTIVITI PAK-21 Gallery Walk

PETA I-THINK Peta Pokok

ARAS PEMIKIRAN Mengaplikasi


EMK Kreatif dan Inovasi
NILAI Kerjasama
BBM PPT, Buku Teks
PBD Pemerhatian, Soal Jawab
REFLEKSI
/ murid dapat menyenaraikan 3 conotoh kata nama am mengikut kategori.
/ murid dapat melengkapkan teks dengan kata nama am dengan betul.
/ murid tidak mencapai objektif akan diberi bimbingan dalam sesi yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai