Anda di halaman 1dari 1

Hari Keluarga

Pada hujung minggu yang lalu, penduduk Taman Nusa Bestari telah
mengadakan Hari Keluarga. Tujuan Hari Keluarga ini diadakan adalah untuk
mengeratkan hubungan antara penduduk di taman ini.

Sehari sebelum aktiviti Hari Keluarga diadakan, semua penduduk telah


bekerjasama mendirikan khemah di taman permainan. Mereka juga menghiaskan
kawasan taman permainan dengan belon dan reben yang berwarna-warni.
Kawasan taman permainan kelihatan menarik dan ceria.

Pada Hari Keluarga, semua penduduk berkumpul di taman permainan pada


awal pagi. Semua orang datang bersama dengan ahli keluarga masing-masing.
Sambutan Hari Keluarga bermula pada pukul 8.30 pagi. Pengerusi persatuan
penduduk Taman Nusa Bestari, Encik Wong telah memberikan ucapan alu-aluan
kepada para penduduk. Selepas itu, aktiviti Hari Keluarga pun bermula.

Pelbagai aktiviti telah diadakan. Antara acara yang dijalankan adalah


seperti pertandingan mewarna, karaoke dan pertandingan sukaneka. Antaranya,
pertandingan sukaneka adalah paling menyeronokkan. Setiap keluarga perlu
menghantar tiga orang wakil untuk menyertai setiap aktiviti sukaneka yang
diadakan. Ahli keluarga yang tidak mengambil bahagian pula bersorak-sorai di
tepi taman. Suasana di taman permainan sangat meriah.

Pertandingan sukaneka tamat pada pukul 1:00 petang. Pengerusi persatuan


penduduk Taman Nusa Bestari memberikan hadiah kepada para pemenang.
Selepas itu, semua penduduk pun mengemas dan membersihkan kawasan taman
permainan dengan bersama-sama. Semua orang balik ke rumah masing-masing
pada pukul 2:00 petang. Walaupun letih, tetapi semua orang tetap berasa
gembira kerana berpeluang menyertai aktiviti yang bermakna ini.

Melalui aktiviti Hari keluarga ini, para penduduk bukan sahaja dapat
beramah mesra dan bertanya khabar antara satu sama lain. Tetapi juga dapat
memupuk semangat kejiranan antara penduduk. Selain itu semangat
bekerjasama juga dapat dipupuk ketika mereka mendirikan khemah dan
menyediakan juadah untuk jamuan.

Anda mungkin juga menyukai